Anda di halaman 1dari 2

LITERATURE REVIEW/sorotan literatur

Mengenai kajian -kajian lepas yang dapat membantu penulisan


tesis- dirumuskan secara keseluruhan dan juga boleh dibuat bandingan
antara satu kajian dengan kajian lain.
Cara penulisan literature review bukan sekadar merumuskan tetapi
menilai kelebihan/kekurangan pada karya tersebut dan
sejauhmanakah pentingnya kepada kajian penyelidik.
CONTOH 1
Kajian mengenai sejarah pemikiran ataupun apa yang dikaitkan dengan sejarah
intelek juga pernah dibicarakan oleh Abdul Rahman Hj. Abdullah. Buku beliau
berjudul Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur lebih
membincangkan tentang perkembangan pensejarahan dan falsafah sejarah antara
dunia Barat dan Timur. Beberapa aspek tentang persoalan penting dalam falsafah dan
pemikiran sejarah seperti teori kosmologi, epistemologi, ontology, teleologi dan
sebagainya turut dipaparkan. Walaupun perbincangan menyorot juga kepada
dunia Timur namun dalam konteks dunia Melayu amat sedikit sekali disentuh
oleh beliau iaitu ketika membincangan teori linear yang disamakan dengan
teori kemajuan yang berlaku di Malaysia pada akhir abad ke-20 sahaja.

CONTOH 2
Kebanyakannya buku yang menyentuh mengenai falsafah sejarah atau pemikiran
yang dikarang oleh ahli sejarawan barat lebih menyentuh mengenai pemikiran
atau falsafah sejarah yang wujud selain di dunia Melayu. Antaranya ialah Grace E.
Cairns yang membicarakan salah satu aspek daripada pemikiran atau falsafah
sejarah iaitu mengenai teori kitaran melalui bukunya yang berjudul Philisophes
of History: Meeting of East and West in Cycle Pattern of History. Buku ini
bermanfaat bagi memahami istilah, definisi, bentuk dan beberapa aspek
dalam falsafah dan pemikiran sejarah Barat dan Timur.

Anda mungkin juga menyukai