BRM Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia
BRM Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
keturunan atau agama.
Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaranmatapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada para pelajar.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggitingginya.
4.
5.
6.
Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang
lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami
sehari-hari dengan baik.
2.
3.
4.
5.
6.
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion
perguruan.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konsep Tatasusila ini ialah orang yen menyebarkan ilmu pengetahuan di
sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.