Anda di halaman 1dari 15

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:

Satu Kerangka Umum


Oleh:
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal
Unit Matematik MPKTBR

Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran
lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan
kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan
tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi,
1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan
mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para
pelajar (NCTM, 1980).
Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves
to the improvement of student learning as their primary professional objective
(NCTM, 1980: 25)
Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran,
antaranya:

Perancangan mengajar
Pelaksanaan pengajaran

Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai

Pengayaan dan pemulihan

Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

Pengurusan bilik darjah

Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Perancangan pengajaran dalam matematik

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam


menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan
di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang
gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ).
Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting
seperti berikut :

Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik


Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran
secara eksplisit

Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan


skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk


mengembangkan sesuatu konsep

Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu


kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan


proses pengajaran dan pembelajaran.

Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di


kalangan pelajar.

Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran


serta aktiviti luar kelas.

Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar,
kita perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap
murid apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang
telah disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan
tahap kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada
pelajar memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif
tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep
segitiga, antaranya :

Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas


se keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris.
Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada
set pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka.
Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan
tepat sama ada secara lisan atau bertulis.

Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada
untuk satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan
masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman
seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai
digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat
menambah dua nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru
mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami
konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran bermula
dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif,
memanupulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan.
Setelah murid memahami konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing
untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak
banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa
penguasaan konsep.
Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu
menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh
setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula
pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam
matematik bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan
menguasai konsep dan kemahiran awal, akan menyebabkan kesukaran dalam
pembelajaran kemahiran berikutnya.
Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau
kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai
objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Pelaksanaan pengajaran dalam matematik


Pendidik matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :

mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh


mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran
menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa
pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah.

mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah


pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya )

menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap


pencapaian pelajar

mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang


berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik

menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada


proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak
tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan
dan kemusykilan

memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan


semangat untuk mempelajari matematik

mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya


dalam kehidupan seharian

mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif


yang digariskan.

menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.

Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza


bergantung kepada personaliti, pengalaman, dan latihan yang diterima (Shaharir,
1984). Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara penyampaian dan pengendalian
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun begitu, kaedah umum yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masih sama. Beberapa
kaedah umum yang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik ialah :
1. Penglibatan aktif ( active involvement )
Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti
seperti menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan
anggota badan (D' Augustine, 1973 ). Setiap pelajar terlibat di dalam
mengembangkan sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif,
penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua
pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau
penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Penglibatan pelajar secara aktif
adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan
proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya
akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina
sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya tidak akan berlaku secara pasif
(Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).
2. Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery )
Perbincangan adalah satu kaedah yang akan dapat meningkatkan interaksi harmoni
di kalangan pelajar di samping dapat menyedia serta mengukuhkan input dalam

sesuatu proses pembelajaran. Perbincangan yang bermakna akan dapat memupuk


semangat setia kawan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Banyak
nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui kaedah ini di samping dapat mengasah
bakat dan kreativiti. Pelbagai idea dan situasi dapat dikait dan dikembangkan
sesuai dengan dunia matematik yang luas (Forsten, 1992).
Manakala penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para pelajar akan
mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga mereka
memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine, 1973; Husen &
Postlethwaite, 1970). Kaedah penemuan merangkumi semua aktiviti merancang,
menyiasat, menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini
memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari
ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh
dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau
penemuan terpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972). Dalam
matematik banyak konsep, rumus dan hukum boleh dipelajari dengan
menggunakan kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem
Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan sebagainya.

3. Analogi ( Analogy )
Satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili
seuatu konsep yang hendak diajar (D' Augustine, 1973). Contoh analogi untuk
konsep pembundaran:

Kemana harus saya lompat ?


Mengapa ?

4 Analisis

Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa


bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki
pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau algorithma iu dilakukan.
Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap
sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi ,
bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan.
Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai 'relational understanding' ( Skemp,
1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992;
Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992).
Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk
mekanis:
24 x 36
= (20 + 4) x 36 cerakinan
= (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan
= [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] cerakinan
= [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum taburan
= 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban
= 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan
= 800 + 60 + 4 kemahiran menambah
= 864

5. Kaedah eksperimen / kerja praktik


Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang
mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran
matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih
menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai
sesuatu kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran
dalam penyelesaian masalah matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas. Berikut adalah
contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen:

Menyukat air dengan menggunakan bekas dan selinder penyukat untuk


mempelajari isipadu cecair

Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali


pecahan.

Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk menemui
luas segiempat tepat.

Mengagihkan sebilangan biji gulu ke dalam beberapa bekas yang disediakan


untuk memahami konsep bahagi atau purata.

6. Eksposisi atau ' Direct Instruction '


Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau
dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan
merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan
sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching',
'explicit instruction', 'explicit teaching', and ' active teaching' (Husen &
Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi
melibatkan:

penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan


dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.
demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu pembinaan geometri.

penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah matematik.

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran
dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu
peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat
dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau
bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak
menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu
tepat dengan masa dan keadaan.

7. Persembahan kreatif dan inovatif pelajar


Dalam kaedah ini, para pelajar didedah dan digalakkan mengguna bahan-bahan
terancang, projektor, komputer, filem komersil dan bahan audio visual yang tidak
melibatkan kos yang tinggi. Guru akan bertindak sebagai pembimbing, pemerhati
di samping menyelia suasana kelas dan pembelajaran. Aktiviti dilakukan dalam
bentuk individu atau kumpulan, bergantung kepada masa, peralatan, kos
perbelanjaan dan sebagainya. Penilaian boleh dibuat untuk menentukan kekuatan
dan kelemahan persembahan serta bahan yang disediakan. Sumbangan dan hasil

kerja yang kreatif dan inovatif menjadi objektif utama. Penglibatan dan sokongan
ibu bapa adalah digalakkan.

8. Persembahan dengan audio dan / atau visual


Kaedah ini melibatkan alat pandang dengar seperti overhead projecter, komputer
dan sebagainya. Guru-guru akan mempamirkan bahan-bahan yang telah disediakan
untuk menerangkan sesuatu konsep atau contoh bagi setiap kemahiran. Pada hari
ini, penggunaan komputer dengan kemudahan multimedia dan internet banyak
membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Tg. Zawawi, 1997b).
9. Permainan dan simulasi
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya
kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik (D' Augustine, 1973; Sobel
&Maletsky, 1972). Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu,
khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti
permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Penyelesaian bagi
beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan
dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian.
Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian
dalam rekreasi matematik.
Math is more than rote memorization and practice. Math is a creative activity, like
drawing or writing or playing basketball. In fact, one of the best definations of
creativity that I have heard says that " creativity is play"
( Flansburg, 1994: 17)

Latihan yang berterusan dan pelbagai


Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan
penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987; Souviney,
1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadap
matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata.
Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua
kemahiran dalam sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya (D'
Augustine, 1973).
Apabila bercakap tentang latihan dalam matematik, ramai yang beranggapan
bahawa latihan tersebut hanyalah latihan bertulis sahaja. Sedangkan latihan untuk

tujuan penguasaan kemahiran boleh dalam berbagai bentuk, sama ada secara
tulisan, lisan , permainan dan simulasi atau dalam bentuk projek. Walau
bagaimanapun latihan tersebut seharusnya:

Jelas dan jitu


Merangkumi semua kemahiran atau isi pelajaran dalam sesuatu topik.

Menguji kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

Pelbagai bentuk atau variasi

Berkesinambungan dan saling lengkap melengkapi

Pelbagai aras kesukaran

Termasuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan

Pengabungjalinan dengan topik dan subjek lain

Sama ada 'self-scoring' atau 'easily scored'

Latihan dalam matematik tidak hanya diperolehi dari buku teks atau buku kerja ,
malah ia boleh didapati di mana-mana sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian
(Flansburg, 1994). Oleh yang demikian, perancangan dan penyediaan soalan
latihan hendaklah melibatkan pelbagai situasi dan merangkumi segala aktiviti
kehidupan seharian. Tentu sekali , bentuk soalannya lebih tertumpu kepada aktiviti
penyelesaian masalah. Terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang
mempengaruhi penguasaan matematik seseorang pelajar (Flansburg, 1994) :

Strategi am dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.


Ingatan (memory)

Latihan dan amalan yang berterusan

Pengayaan dan pemulihan


Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang
cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah.
Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang
untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah
(D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan
merupakan kompenon yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik
KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran
yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran.
Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks
tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering

digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan
kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan
teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktivitiaktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu.
Aktiviti pengayaan mestilah dapat:

Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah


Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi
menyeluruh

Mengembangkan daya kreativiti pelajar

Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik


dalam kehidupan seharian.

Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :

Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari


Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau
yang sebelumnya

Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )

Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu
topik / konsep

Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.

Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi,


masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan
emosi (psikologi).

Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang
upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.

Penilaian kefahaman konsep, dan penguasaan kemahiran


Penilaian terhadap kefahaman sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik perlu
dilakukan untuk:

Meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terdahulu


Menentukan kesediaan murid untuk mempelajari konsep dan kemahiran
baru

Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam sesuatu topik amat
penting dalam pendidikan matematik. Selain daripada kemahiran matematik yang
bersifat heirarki ( Ngean, 1984 ), penguasaan konsep yang mantap akan
memudahkan aktiviti penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996; Travers, et. al., 1977).
Melaksanakan proses pengajaran kepada kumpulan murid yang belum bersedia
dari segi mental dan fizikal,, akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa
(D'Augustine, 1973). Penilaian tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam
matematik akan melibatkan beberapa instrumen seperti senarai semak, ujian pra,
ujian diagnostik, ujian pencapaian, dan rekod anekdot.
Menilai tahap kefahaman konsep yang dimiliki oleh seseorang murid lebih sukar
berbanding dengan penilaian prestasi yang berasaskan penguasaan kemahiran
(Skemp, 1987; Md. Nor, 1995). Walau bagaimanapun temubual klinikal akan
membantu para guru mendapat maklumat yang sewajarnya (Nik Azis, 1996; Rees
& Barr, 1984; Johansson, 1993). Kaedah 'Newman Error Analysis' juga boleh
dimanfaatkan untuk mengenalpasti punca kesilapan dan kesalahan pelajar
khususnya dalam penyelesaian masalah (Newman; 1977). Ujian rujukan kriteria
hendaklah diberi keutamaan dan dilakukan secara formatif.

Pengurusan bilik darjah


Sifat seorang pengurus yang mahir dan berkesan adalah penting bagi seseorang
pendidik. Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik
darjah yang cekap dan terpimpin. Pengurusan bilik darjah yang berkesan
bergantung kepada beberapa faktor :

Teknik kawalan kelas


Penjagaan dan penyusunan rekod

Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa

Etika dan perhubungan yang profesional

Aktiviti kumpulan yang berkesan

Situasi pembelajaran dalam bilik darjah

Masalah khusus berhubung dengan kemanusiaan

Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai
amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Amalan ini
berlaku menerusi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru sebagai
pengurus bilik darjah yang baik:
Pengurusan pengajaran

Bahasa pengajaran
Perancangan strategi

Pengendalian aktiviti

Penggunaan teknologi

Membina iklim pembelajaran yang kondusif

Persekitaran bilik darjah


Suasana interaktif

Orientasi pelajar

Terhadap persekitaran
Terhadap keperluan sekolah dan bilik darjah

Terhadap kurikulum

(B
PG
,
19
98)

Penelitian terhadap kurikulum dan bahan matematik


Penelitian terhadap kurikulum pendidikan matematik sesebuah sekolah, bukanlah
tugas dan tanggungjawab utama seseorang pendidik matematik. Walau
bagaimanapun pada masa-masa tertentu, seorang pendidik matematik mungkin
dikehendaki memilih bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas matematik.
Untuk pemilihan yang rasional, setiap pendidik matematik seharusnya dapat
mengenalpasti dan mempertimbangkan:

Objektif kurikulum matematik


Skop dan aliran carta

Kriteria penilaian untuk memilih bahan

Trenda dan penyelidikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada.

Kurikulum meliputi kandungan dan aktiviti, yang sekali gus berkait rapat dengan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (Collis, 1986; Blane; 1986; Haris,
1991). Meneliti dan memahami kurikulum bermakna meningkatkan penguasaan
dalam strategi pengajaran dan kepekaannya terhadap keperluan pelajar dan

pembelajaran. Selain daripada perancangan dan pelaksanaan pengajaran, penelitian


terhadap kurikulum juga diperlukan semasa penyediaan bahan dan aktiviti
penilaian, sama ada penilaian berpusat atau pun penilaian berasaskan sekolah
(PKBS).

Penutup
Dalam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai
kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik
perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif,
konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang
berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan
menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah
mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai
sepenuhnya oleh para pendidik matematik.
" Stuff them artistically, creatively and critically "

Bibliografi
Aida Suraya Md. Yunos (1997). Skim Nombor Perpuluhan. Tesis Phd (Tidak
diterbitkan).
BPG (1998). Modul Latihan Guru Bestari: Kemahiran Fasilitator. KPM
Blane, D. (1986). "Curriculum Planning, Assessment and Student Learning in
Mathematics". Dalam Leder, G. (Editor). Assessment and Learning of
Mathematics. Acer: U.K: 24-43
Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Collis, K. F. (1986). "Curriculum and Assessment: A Basic Cognitive Model".
Dalam Leder, G. (Editor). Assessment and Learning of Mathematics. Acer: U.K:
24-43.
D' Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the
Elementary School. New York: Harper & Row Publisher.
Desforges, C. & Cockburn, A. (1987). Understanding the Mathematics Teacher:
A Study of Practice in First School. New York: The Falmer Press

Flansburg, S. (1994). Math Magic. Harper Perennial: New York


Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid
Professional Books: New York
Haris Md. Jadi (1991). "Reformasi Kurikulum Di Malaysia". Jurnal Pendidik dan
Pendidikan. USM. Jilid 11(1): 1 - 15.
Husen, T. & Postlethwaite, T. N. (1970). The International Encyclopedia of
Education: Research and Studies. Volume 3 (D-E): 1395. Pergamon Press: New
York.
Ibrahim Md. Noh (1994). " Reformasi Pendidikan Matematik". Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik
Rendah. Bangi: BPG.
Johansson, B. (1993). " Diagostic Assessment in Arithmetic ". Dalam Niss, M.
(editor). Investigation into Assessment in Mathematics Education. Kluwer
Academic Publishers: USA: 169 - 184.
Md. Nor Bakar (1995). "Masalah Pengkonsepan dalam Matematik ". Jurnal
Pendidikan UTM. 1(1): 72 - 80.
NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School
Mathematics. New York
Newman, M. A. (1977). "An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written
Mathematical Task". Research in Mathematical Education in Australia. Vol.5:
239 - 258.
Ngean, Ng See (1984). "Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah
Menengah di Malaysia". Kertas yang dibentangkan dalam Simposium
Kebangsaan Matematik. UKM
Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR
dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik
KBSR dan KBSM: Kuala Lumpur: DBP
PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pemulihan. KPM
PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pengayaan. KPM
Rees, R & Barr, G. (1984). Diagnosis and Prescription: Some Common Maths
Problems. London: Harper & Row, Publishers

Resnick, L. B. & Ford, W. W. (1981). The Psychology of Mathematics for


Instruction. Lawrence Erlbaum Associates: New Jersey
Shaharir Mohammad Zain (1982). " Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Universiti di Malaysia ". Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium
Kebangsaan Matematik : UKM
Skemp, R. R. (1987). Psychology of Learning Mathematics. London: Lawrence
Erlbaum Associates
Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1972). Teaching Mathematics: A Sourcebook of
Aids, Activities, and Strategies. Prentice Hall: New Jersey
Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997a). Tahap Kefahaman Konsep Pecahan
Di kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan).
Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997b). "Peranan Komputer dalam Pendidikan
Matematik ". Buletin Jabatan Sains (JASA).Jilid 1(1):1-6

Anda mungkin juga menyukai