Anda di halaman 1dari 12

Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud

mengikutindividu yang mendalami tentangnya. Falsafah di dalam bahasa Melayu


bermaksud cintakepada hikmah.Falsafah dalam istilah Yunani disebut Filo dan
Sofia.Socretes pulamengatakan falsafah ialah Ilmu yang menyintai hikmah fitrah
semulajadi, manakalaAristotle pula mengatakan falsafah itu adalah Suatu ilmu
yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan
sesuatu terhadap sesuatu yang wujud.Istilahfalsafah ini jika dirujuk kepada Kamus
Dewan edisi keempat, ianya memberi maknapengetahuan tentang pengertian
yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadidasar ilmu-ilmu
lain.Sepertimana yang katakan oleh Wolff (1989) falsafah adalah cintakepada
kebijaksanaan.Manakala B. Russel (1946) mengatakan falsafah adalah
sesuatudiantara teologi dan sains yang mana ianya mengandungi perkara yang
belum tepat atau belum nyata.Jika dirujuk kepada W. W. Howick pula beliau
mengaitkan falsafah ini diantara manusia dengan alam sejagat. Dari ketiga-tiga
pendapat itu bolehlah dikatakanfalsafah merupakan suatu usaha berfikir yang tiada
akhirnya dengan tujuan mencarikebenaran
Makna serta intipati bagi falsafah. Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada
dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philobermaksud
'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi, dengan
bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan
hikmah/cintakan hikmah'.Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras.Manakala ahli
falsafah pula bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'.Perkataan cinta melibatkan
kesungguhan, kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga.Ia juga melibatkan
tindakan yang bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula
membawa konotasi yang berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup
dan keupayaan membezakan nilai. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa
bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan
makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.

Dari makna etimologi diatas, terdapat dua perkara yang menarik


perhatian.Pertama, kemungkinan menyintai sesuatu walaupun tidak memilikinya.
Cinta yang cuba dihuraikan disini bermaksud keinginan atau ingin memiliki. Ia tidak
menjadi syarat bahawa seseorang itu mesti memilikinya. Dengan kata lain, seorang
ahli falsafah merupakan individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom)
walaupun tidak berjaya memilikinya.

Kedua, hikmah digunakan dalam konteks aktiviti intelektual dalam apa jua bidang
ilmu, pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan sikap
yang membawa kebahagiaan. Maksudnya disini, hikmah itu merupakan suatu

perkara yang membantu seseorang itu memahami ilmu dengan lebih mendalam
sehingga ia benar-benar merasakan ketenangan.

Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari
perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Perkataan ini telah di "tasrifkan" menjadi
masdar yang merupakan sebuah perkataan mendatang yang di serap masuk dalam
bahasa arab.

Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada
makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini
dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada
dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna
yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah itu sendiri, makna
falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli
falsafah.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang
penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal
ini kerana, ia memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang
ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu
yang terdapat di dunia ini.Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di
dunia ini.

Sejarah dan falsafah merupakan dua perkara yang sukar dan payah untuk di
ungkapkan dengan makna kata sebenar.Hal ini kerana, falsafah dan sejarah
mempunyai bidang dan perbahasan yang tersendiri dan rumit untuk di
huraikan.Hanya insan yang mempunyai minat dan tahap pemikiran yang tertentu
sahaja mampu untuk menghuraikannya dengan mudah dan memahaminya dengan
baik.

Sejarah dan falsafah bukan sahaja mempunyai hubungan rapat, malah merupakan
intipati kepada kedua-duanya.Jika ingin mempelajari sejarah, falsafah tidak boleh di
tinggalkan.Hal ini kerana, sejarah tanpa falsafah adalah seperti gula tanpa
manisnya.Itulah hubungan di antara falsafah dan sejarah.Kaitan sejarah dan
falsafah ini boleh dihuraikan seperti hubungan antara air dengan tebing, bagai buku
dengan ruas.Hanya gambaran sahaja yang boleh menjelaskan perkaitan rapat
antara sejarah dengan falsafah ini.

Sejarah secara ringkasnya, merupakan peristiwa yang sudah berlaku.Peristiwa


tersebut terlalu banyak dan ada yang bersifat runcitan (tidak penting). Manakala
falsafah pula, seperti yang dihuraikan sebelum ini, merupakan pemikiran-pemikiran
yang pernah dan akan lahir dalam peradaban manusia. Dan falsafah juga
membincangkan mengenai ilmu mengenai pemikiran.Maka, secara ringkasnya,
falsafah itu merupakan ilmu yang membahaskan pemikiran-pemikiran manusia
yang muncul dalam sejarah manusia.

Oleh yang demikian, untuk memahami falsafah, maka sejarah harus dipelajari juga.
Hal ini kerana, dengan memahami sejarah, seseorang itu akan dapat memahami
apakah, bagaimana, bila, siapa, mengapa dan sebagainya sesuatu pemikiran
falsafah itu boleh lahir dan muncul dalam peradaban pemikiran manusia. Dengan
sejarah juga, manusia boleh mengetahuai asal-usul sesuatu pemikiran falsafah itu
muncul.
Perbahasan dalam falsafah sejarah ini selalunya berkait rapat dengan persoalan
sejarah itu sendiri.Ini kerana, perbahasan yang dibincangkan oleh sejarah, termasuk
dalam perbahasan falsafah sejarah juga juga. Dengan kata lain, falsafah sejarah ini
cuba membahaskan intipati @ tujuan sejarah itu sendiri. Ianya bertujuan unutk
menyimpulkan @ menyebut sesuatu yang berguna daripada sejarah.Maksudnya
untuk mendapatkan dan mencari sesuatu yang bermakna daripada
sejarah.Lantaran itu, falsafah sejarah bolehlah dikatakan sebagai suatu percubaan
sejarawan untuk memahami dan menerangkan apakah sejarah itu.
Pada awalnya, falsafah sejarah merupakan falsafah kehidupan itu sendiri. Kata
mudahnya, para sejarawan cuba membentuk satu kesimpulan tentang kehidupan
iaitu untuk melihat dan mengetahui bagaimanakah sejarah itu, yang
menggambarkan perjalanan kehidupan, dapat disimpulkan atau 'dibentuk' sehingga
ia menjadi natijah-natijah yang boleh dijadikan pengajaran, panduan dan iktibar.

Kemudian ia berkembang lebih luas lagi. Ia melihat falsafah sejarah dari sesuatu
peradaban dan juga perkembangan peradaban tersebut. Setiap beradaban itu
mempunyai natijah-natijahnya yang tersendiri berdasarkan kepada falsafah
kehidupan masyarakatnya. Pada peringkat ini, ia menampakkan perkembangan dan
juga perluasan skop falsafah sejarah itu sendiri, akan tetapi, ia juga menimbulkan
perbagai kerumitan dan persoalan yang sukar dijawab.

Oleh yang demikian, falsafah sejarah pada zaman silam kerap dianggap sebagai
satu bentuk spekulasi terhadap sejarah.Maksudnya, spekulasi itulah yang menjadi

dasar dalam menghuraikan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku dalam sejarah.
Kemudian, ia berkembang sebagai jawapan kepada persoalan apakah sejarah itu
sendiri.

Cabang Ilmu Falsafah


Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses
memahami aktiviti-aktivi berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti
berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan
lebih kritis dan kritik. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu
menggambarkan apa yang di fikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa
yang di lakukannya adalah apa yang di fikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak
dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran
yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat.Ini kerana, akhlak yang di
cerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.
Ramai manusia tidak menggemari falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang
susah dan merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri mansuia ti
sendiri.Setiap dari manusia itu mempunyai falsafahnya sendiri.Falsafah yang di
maksudkan disini adalah corak serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan
berfikir apa yang hendak di lakukannya sepanjang seharian dia bekerja. Ini
bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar.
Cabang ilmu falsafah secara dasarnya mempunyai tiga cabang utama iaitu
Kosmologi, Antropologi dan Teologi.Secara umumnya kosmologi adalah satu bidang
ilmu falsafah yang mempelajari mengenai pengetahuan ahli falsafah (failasuf)
mengenai peraturan-peraturan alam ini.

Manakala bidang antropolgi pula adalah satu ilmu yang membicarakan mengenai
manusia.Perkara yang di bincangkan adalah mengenai hakikat manusia itu sendiri
bukannya tubuh badan manusia seperti dalam bidang perubatan.Soal manusia ini
sentiasa menjadi pertanyaan dalam sejarah falsafah.Ini kerana, falsafah itu
melibatkan mengenai aktiviti akal fikiran manusia secara langsung yang mana akal
itu hanya di miliki oleh manusia sahaja. Pertanyaan mengenai hakikat ini jugalah
yang cuba di huraikan oleh akal manusia untuk mencari kebenarnnya.

Bidang teologi pula merupakan sebuah bidang yang membincangkan mengenai


pemikiran failasuf mengenai ketuhanan. Dengan kata mudahnya, teologi ini adalah
bidang yang cuba membahas mengenai hal-hal yang berkait dengan Tuhan. Failasuf
cuba memahami sifat-sifat Tuhan dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha
mereka memahami mengenai Tuhan.

Oleh yang demikian, secara ringkasnya, cabang ilmu falsafah itu ada tiga yang
utama seperti yang dihuraikan diatas.Tidak dinafikan bahawa, cabang ilmu falsafah
ada banyak antaranya etika, politik, ekonomi dll. Maka dengan itu, pelajaran
falsafah ini akan dapat membantu manusia untuk berfikir dengan lebih terstur dan
sistematik dalam usaha untuk mencari kebenaran dan ilmu.

Kepentingan Falsafah
Kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia
merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja
perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti
di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah
akan menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata
pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami
oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.

Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita
sendiri.Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu
dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari
ini.Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia
pada hari ini.Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedahkaedah berfikir yang ada dalam dunia.

Ia memerlukan satu ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk


sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan
akal fikiran. Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia
memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga
jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu
bersedia untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat
perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda
masyarakatnya.

Selain itu, ahli falsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam
kelompok masyarakatnya.Hal ini kerana, ahli falsafah memberikan sumbangan yang
mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyaraktnya ke arah
jalan yang benar.Ahli falsafah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada

masyarakat agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan
sebagainya.

Pada masa sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk mengelakkan diri dari
kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup
kelemahan fikiran. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan
dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam
sekelilingnya.

Ilmu Falsafah dan Peranannya Dalam Kehidupan


Dalam usaha untuk memahami falsafah, perkara utama yang perlu diberi perhatian
adalah ciri-ciri utama atau komponen penting ilmu falsafah itu sendiri. Secara
dasarnya, ilmu falsafah memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia
mempunyai enam asas, iaitu:
1. Masalah.
2. Sikap.
3. Kaedah.
4. Kegiatan.
5. Kesimpulan.
6. Kesan.

Masalah dalam falsafah ialah masalah-masalah yang berkaitan dengan alam seperti
asal usul (dulu), perkembangan (sekarang) dan masa depan (akan datang). Malah,
masalah itu juga berkaitan dengan manusia, moral dan etika dan sebagainya. Ini
kerana, skop atau perbincangan ilmu falsafah adalah segala sesuatu yang ada
wujud dalam alam ini termasuklah persoalan Ketuhanan, Wahyu, Ilmu, Kebenaran
dll.Usaha yang berterusan untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti diatas
melahirkan beberapa bidang ilmu pengetahuan seperti epistemologi (perbahasan
mengenai ilmu), logik, sains, falsafah bahasa, metafizik, nilai dan sebagainya.

Sikap yang dimaksudkan ialah sikap terhadap masalah falsafah itu tadi.Terdapat
banyak sikap yang berkaitan dengan falsafah.Akan tetapi hanya sebahagian sahaja
yang bersifat falsafah.Falsafah yang diertikan sebagai cinta kepada hikmah wujud
apabila seseorang itu berusaha untuk memahami sesuatu dengan hakikatnya.

Individu yang berusaha untuk memahami hakikat itu akan mengambil beberapa
sikap, iaitu:
Pertama: mencari pandangan yang betul,
Kedua: bersikap terbuka, bersedia mencari apa yang benar,
Ketiga: bersedia untuk dibimbing oleh wahyu, pengalaman dan akal atau
kesemuanya sekali dalam membuat penentuan atau pemilihan,
Keempat: bersedia menggantung keputusan disebabkan kekurangan bukti yang
munasabah.
Sikap-sikap inilah yang disebut sebagai sikap terhadap masalah falsafah tadi.
Apabila seseorang telah membina keyakinan kepada sesuatu kesimpulan terhadap
masalah falsafah, maka ia akan juga membentuk sikap pada dirinya mengenai
masalah falsafah itu. Keputusan yang diambil terhadap sesuatu-dalam kes ini
masalah falsafah- maka akan terbentuklah sikapnya terhadap masalah itu. Sikap
mempunyai hubungan dengan kerja-kerja akal (falsafah-pemikiran) dan jiwa atau
hati (keyakinan-agama).Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu berfikir tentang
agama, dan mengambil keputusan bahawa agama itu benar, maka sikapnya
terhadap agama itu adalah menerima dan mengikutinya. Sekiranya dia membuat
keputusan bahawa agama tidak penting, maka dia akan menolak agama. Begitu
juga dengan masalah-masalah falsafah yang lain. Dalam hal ini, falsafah digunakan
sebagai suatu alat pencarian kepada kefahaman supaya seseorang itu akan hidup
lebih baik.

Dalam kehidupan seharian, manusia sudah tentu mempunyai kerangka tindakan


atau kaedah tertentu dalam menghadapi sesuatu situasi atau perkara. Apabila
masalah dihadapi, pertamanya, dia akan menentukan sikapnya terhadap perkara
itu. Kemudian dia akan mencari kaedah yang sesuai untuk menyelesaikannya.
Begitu juga dengan falsafah.Kaedah untuk menyelesaikan masalah falsafah itu
banyak.Ia bergantung kepada pendekatan dan cara individu itu sendiri dalam
menyelesaikannya. Pendekatan antara seseorang dengan seseorang yang lain
sudah tentu berbeza berdasarkan kepada pengalaman peribadi, keilmuannya dan
keupayaannya. Oleh itu, tanggapan dan tindak balas sudah tentu berbeza antara
satu sama lain. Apabila sudah berbeza, maka ia akan membawa juga kepada
perbezaan kesimpulan yang dibuat dan kesan yang bakal ditinggalkan.

Oleh yang demikian, masalah yang dihadapi seseorang itu akan membuatkan
seseorang itu mengambil sikap tertentu dalam menghadapi masalah yang dihadapi.
Dengan sikap itu, ia akan menentukan kaedah atau cara untuk menyelesaikannya
atau menghadapinya. Seterusnya, Ia akan mengambil tindakan atau melakukan

kegiatan/aktiviti yang selaras dengan kaedah yang telah difikirkan dan sikapnya
terhadap masalah tersebut hasil daripada kesimpulan masalah, sikap, kaedah dan
kegiatan tadi. Kemudian, hasil dari itu akan memberi kesan. Inilah peranan ilmu
falsafah itu yang mana dalam menghadapi masalah-masalah kehidupan seperti
persoalan Ketuhanan, Kebenaran, Kebahagiaan dll akan memberi impak terhadap
sikap, kaedah, kegiatan-aktiviti- kesimpulan dan kesan yang bakal diambil dalam
kehidupan seorang manu

Aliran-Aliran Epistemologi
1. Skeptisisme

Skeptisisme adalah aliran yang secara radikal dan fundamental tidak mengakui
adanya kepastian dan kebenaran pengetahuan atau sekurang-kurangnya
menyangsikan secara fundamental kemampuan pikiran manusia untuk mendapat
kepastian dan kebenaran.

Skeptisisme berasal dari bahasa Yunani, skeptomai: memperhatikan dengan


cermat, teliti.

Skeptisisme adalah aliran atau sistem pemikiran yang mengajarkan sikap ragu
sebagai sikap dasar yang fundamental dan universal.

Tokoh-Tokohnya: Democritus, Protagoras, Phyrro, Montaigne, Charron, Bayle,


Nietze, Spengler, Goblot.

2. Relativisme

Relativisme adalah suatu aliran atau paham yang mengajarkan bahwa kebenaran
itu ada, akan tetapi kebenaran itu tidak mempunyai sifat mutlak.

Istilah relativisme diangkat dari kata relatif, berasal dari kata latin reffere:
membawa, mengacu, menghubungkan .dari situ timbullah kata relatio yang artinya
relasi: hubungan, ikatan. Relativisme: adanya ikatan, adanya keterbatasa, nisbi.

3. Fenomenalisme

Phenomenalism: theory that knowledge is limited to phenomena including: (a)


physical phenomena or totally of objects of actual and possible perception; and (b)
mental phenomena, the totally of objects of introspection. ( Fenomenalisme: teori
yang memandang pengetahuan terbatas pada gejala (fenomena) yang mencakup:
(a) fenomena fisik atau seluruh object yang nyata dan dapat dipersepsi; dan (b)
fenomena mental, yakni seluruh object yang dapat diintrospeksi).

Tokohnya: Kant, Comte, Spencer).

4. Empirisisme

Empiricism: (1) a proposition about sources of knowledge: that the sole source of
knowledge is experience; or that no knowledge at all or no knowledge with
existential reference is possible independently of experience. (2) A proposition
about origin of ideas, concepts, or universals: that they or at least those of theme
having existential reference are derived solely or primarily from experience or some
significant part of experience. (Empirisme: (1) Sebuah dalil tentang sumber
pengetahuan: dimana sumber pengetahuan adalah pengalaman; tidak ada
pengetahuan yang eksistensial kecuali hal-hal mungkin dialami secara bebas. (2)
Sebuah dalil tentang sekitar asal mula ide-ide, konsep-konsep atau hal-hal
universal: dimana hal-hal acuan yang eksis adalah sesuatu diperoleh semata-mata
atau terutama didapatkan dari pengalaman atau beberapa bagian penting dari
pengalaman.

5. Subjektibisme

Subjectivism: the restriction of knowledge to the knowing subject and its sensory.
Affective and volitional states and to such external realities as may be inferred from

the minds subjection states. (Subjectivism: aliran yang membatasi pengetahuan


pada hal-hal (objek) yang dapat diketahui dan dirasa. Kecendrungan dan kedudukan
kemauan pada realitas eksternal sebagai sesuatu yang bisa ditinjau dari pemikiran
yang subjektif).

Falsafah dan Sorotan kerumitannya

Falsafah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang terdapat dalam
dunia masa kini dan sejak dahulu lagi.Ia menjadi titik tolak kepada pembangunan
dan pembinaan sesebuah tamadun kemanusiaan. Di samping ia menjadi cabang
kepada ilmu, malah ia menjadi nadi dan pengerak kepada ilmu-ilmu yang lain.

Boleh di katakan, falsafah merupakan ilmu yang membincangkan tentang asas-asas


dan juga dasar-dasar kepada ilmu yang terdapat di dunia kini.Sejak dari zaman
Yunani lagi, perbincangan falsafah ini merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti
sains, perubatan, matematik, fizik, metafizik, teologi, sejarah dsb. Bidang ilmu
falsafah ini bukan sahaja membincangkan mengenai soal fizikal semata-mata iaitu
dengan menjawab persoalan apa, bagaimana, siapa dan bila, akan tetapi ia
menjawab lebih dari itu dengan cuba menjawab persoalan mengapa dan kenapa.

Persoalan yang cuba dirungkaikan ini memerlukan kepada jangka waktu yang lama
untuk memberikan jawapannya. Hal ini kerana ia cuba menghuraikan sesuatu
perkara yang disebalik sesuatu. Sebagai contohnya, ilmu sejarah. Secara kasarnya,
sejarah adalah bidang ilmu yang cuba menjawab memberikan maklumat tentang
masa lampau. Ia merekodkan perkara-perkara yang berlaku yang dianggap penting.
Akan tetapi, bagi falsafah pula, iaitu bidang ilmu falsafah sejarah, ia cuba menjawab
persoalan, mana satu sejarah yang penting, apakah faedah memelajari sejarah,
sejarah yang mana memberi kesan kepada kehidupan manusia dari pelbagai
sejarah atau perkara yang berlaku, dan kenapa? Persoalan-persoalan yang sebegini
yang cuba dirungkaikan oleh falsafah.

Oleh yang demikian, perbahasan bidang ilmu falsafah ini memang agak rumit dan
memerlukan tenaga dan usaha yang kuat. Denan pemikiran yang mantap, serta
kefahaman ilmu yang secukupnya, ia dapat membantu seseorang itu memahami
dengan lebih baik sesuatu perkara. Dalam falsafah, perkara yang penting adalah
mencari kebenaran dengan kekuatan yang adap pada manusia sekadar

kemampuannya dan mencari kebahagiaan yang sebenarnya. Antara kebahagiaan


yang cuba dicapai adalah mencari kebenaran.

Kebaikkan Mempelajari Falsafah


Setiap ilmu pengetahuan, mempunyai kebaikkan dan kegunaannya masingmasing.Begitu juga dengan ilmu falsafah ini. Walaupun ramai yang menganggap
ilmu falsafah itu sebagai suatu ilmu yang tidak penting, hanya spekulasi, bersifat
angan-angan, akan tetapi ia mempunyai kebaikkannya yang tersendiri.

Dengan mempelajari falsafah, seseorang itu mampu memahami idea-idea dan


pemikiran-pemikiran yang pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan dan
dunia.Dengan kemampuan untuk memahami pelbagai pemikiran yang muncul ini,
samada individu itu terpengaruh dengan idea tersebut atau menolak idea pemikiran
itu dan membentuk sebuah idea pemikiran yang baru.Selain itu, individu itu mampu
untuk mengetahui kebaikkan dan kelemahan sesebuah idea pemikiran yang
diutarakan dengan mempelajari falsafah.

Pada masa sama, individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah
idea pemikiran itu dibuat. Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat
kesimpulan dan keputusan sama ada idea tersebut mampu memberi kesan dalam
kehidupan atau sebaliknya. Disamping itu juga, ia dapat menilai hujah-hujah serta
bukti-bukti yang digunakan untuk membentuk sesebuah pemikiran itu.

Seterusnya, pembelajaran falsafah ini dapat mendidik minda dan akal fikiran
manusia untuk berfikir dengan lebih sistematik. Hal ini kerana, dalam mempelajari
falsafah dan memahaminya, ia memerlukan kekuatan logik atau mantik yang
berdasarkan kepada hujah akal yang waras. Maksudnya, seseorang yang
mempelajari falsafah akan berfikir dengan cara yang betul kerana dalam falsafah itu
mempunyai suatu ilmu yang dipanggil ilmu logik yang membantu manusia untuk
berfikir dengan lebih teratur. Dan setiap hujah yang dikemukakan mestilah
mematuhi beberapa syarat agar hujah yang dikemukakan itu adal valid dan boleh
diterima.

Lantaran daripada itu juga, tujuan utama falsafah adalah untuk mencari kebenaran
atau hikmah.Kebenaran atau hikmah yang dicari ini adalah bersesuaian dengan
kemampuan akal manusia sendiri. Kebenaran yang cuba dicapai tersebut adalah

kebenaran yang bersifat umum dan bukanya bersifat khusus. Usaha-usaha ke arah
ini memerlukan kepada suatu sifat dan peribadi yang berdisiplin tinggi.Ini
disebabkan, jalan untuk mencari dan menuju kepada kebenaran atau hikmah
tersebut menrupakan jalan yang amat mencabar dan memerlukan tenaga, masa
dan upaya yang lama.

Oleh yang demikian, ilmu falsafah itu penting kepada manusia yang ingin mencari
kebenaran. Kebenaran yang cuba dicapai tersebut tidak semestinya akan
diperolehi. Ia memerlukan kepada beberapa syarat dan kemampuan untuk
mencapainya. Akan tetapi, ini tidak menghalang seseorang untuk
mempelajarinya.Dengan huraian seperti yang dinyatakan diatas, kewajaran untuk
mempelajari falsafah ini perlu.

Anda mungkin juga menyukai