Anda di halaman 1dari 9

STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES, SOP KHAS

MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN


GURU MENGAJAR MURID BELAJAR,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

A.

SOP GURU MENGAJAR

Sebelum Masuk ke Kelas


1.
2.
3.

Melengkapkan Buku Rekod Mengajar (BRM) menepati SPI Bil. 3/99.


Membuat persediaan rapi untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran berkesan.
Mendahului masa dalam semua tindakan.

Semasa Memasuki dan Melaksanakan P&P di Dalam Kelas


1.

Membawa bersama-sama BRM dan kelengkapan pengajaran yang


bersesuaian.
2.
Menjawab salam /ucapan selamat pagi/petang daripada murid.
3.
Meninjau sepintas lalu kebersihan kelas.
4.
Menyemak kehadiran murid dan memastikan bilangan yang hadir berada di
dalam kelas. Jika bilangan murid tidak mencukupi, tindakan sewajarnya
tanpa mengabaikan P&P murid perlu diambil .
5.
Memulakan P&P setelah semua murid bersedia sepenuhnya (fizikal dan
emosi).
6.
Memulakan P&P dengan set induksi atau mengemukakan soalan ringkas
berdasarkan pelajaran lepas kepada murid yang dipilih secara rawak.
7.
Menggunakan masa secara optimum melaksanakan aktiviti P&P.
8.
Memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti penerangan dan memberi
contoh penyelesaian masalah secukupnya berdasarkan empat elemen
penting P&P iaitu hands-on, minds-on, audio dan visual.
9.
Tidak membenarkan pelajar meninggalkan kelas tanpa alasan yang kukuh.
10. Berdiri semasa melaksanakan P&P untuk meningkatkan kawalan kelas dan
meningkatkan keberkesanan pengajaran.
11. Mengurangkan aktiviti pelajar menyalin nota.
12. Mengelakkan aktiviti pelajar menyiapkan latihan/kerja rumah di dalam
kelas.

13. Merumus
kandungan
penting
pengajaran
(berkaitan
objektif
pengajaran/learning objectives/learning outcomes yang telah ditetapkan)
pada 5 - 7 minit terakhir.

14. Melaksanakan refleksi dengan mengemukakan beberapa soalan ringkas


bertujuan menguji tahap pemahaman murid berkaitan objektif/ isi penting
pembelajaran. Dicadangkan kaedah berikut diamalkan:
Tiga hingga lima soalan ringkas berkaitan objektif pembelajaran/isi
penting yang disedia guru diedarkan kepada semua murid untuk
dijawab (gunakan bahagian kertas A4 untuk seorang murid).
Murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas
disediakan.
Murid diarah bertukar kertas dengan rakan sebelah untuk tujuan
semakan.
Guru memberikan jawapan sebenar dan murid dikehendaki
menyemak jawapan rakan masing-masing bagi pihak guru.
Guru membuat kiraan berdasarkan angkat tangan untuk
mengetahui secara cepat tahap pemahaman keseluruhan pelajar
sebagai refleksi.
Pelajar membetulkan kesalahan.
Pelajar menampal kertas soalan dan jawapan yang telah dibetulkan
ke dalam buku catatan sebagai nota penting topik tersebut untuk
rujukan.
15. Memberikan
munasabah.

latihan kepada murid dengan bilangan dan tempoh yang

Selepas Melaksanakan P& P dan Meninggalkan Kelas


1.
2.
3.

Melakukan muhasabah diri dan membuat catatan tentang tahap kepuasan


pelaksanaan P&P dan pencapaian pelajar dalam BRM.
Merancang tindakan susulan berdasarkan status pencapaian pelajar dalam
aktiviti refleksi.
Menyemak hasil kerja dan latihan murid.

B.

SOP ADAB BELAJAR MURID

Sebelum Guru Masuk


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Berada di dalam kelas/bengkel/makmal tepat pada waktu seperti dalam


jadual.
Peka dengan ketenteraman dan kebersihan/persekitaran kelas.
Sentiasa berniat menuntut ilmu/meningkatkan pengetahuan kerana ALLAH
(bagi yang muslim) serta memenuhi harapan besar ibu bapa dan guru.
Berkeyakinan tinggi memperoleh dan menguasai pengetahuan baru dalam
setiap pembelajaran yang diikuti.
Membuat ulangkaji/pembacaan awal topik yang akan diajar guru (rujuk
rancangan pengajaran mingguan guru).
Berada di tempat duduk masing-masing dan bersedia dengan segala
kelengkapan pembelajaran termasuk buku teks dan alat tulis di atas meja.

Semasa Guru Memasuki dan Melaksanakan Aktiviti Pengajaran di Dalam


Kelas
1.
2.

Berhenti bercakap sebaik guru memasuki kelas.


Berdiri dan mengucapkan salam/terima kasih apabila guru masuk dan
keluar kelas.
3.
Berdoa sebelum memulakan pembelajaran.
4.
Memberi kerjasama kepada guru dan memberi tumpuan penuh kepada
aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
5.
Bersedia untuk menjawab soalan awal guru (dalam aktiviti set induksi).
6.
Mengangkat tangan/mendapatkan kebenaran terlebih dahulu jika ingin
bertanyakan soalan atau berkongsi idea.
7.
Duduk dengan tertib sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mata sentiasa memandang ke arah guru dan telinga sentiasa
mendengar percakapan guru.
8.
Meminta kebenaran guru jika terpaksa keluar kelas atau melakukan
sesuatu.
9.
Bersedia menjawab soalan pada akhir pembelajaran.
10. Mendapatkan maklumat segera bahan pengajaran dan soalan latihan
daripada rakan sekelas jika tidak hadir dalam pengajaran guru.

Selepas Guru Selesai Melaksanakan Aktiviti Pengajaran


1.
2.
3.
4.
5.
C.

Berusaha menyiapkan dan menghantar homework yang diberi dalam


tempoh ditetapkan.
Melaksanakan muhasabah diri tentang tahap pemahaman diperoleh dalam
P&P.
Mendapatkan bantuan segera daripada rakan/guru untuk mengatasi
masalah ketidakfahaman jika ada.
Mengulang kaji dan melaksanakan aktiviti pengukuhan secara kendiri di
rumah.
Bersedia untuk menghadapi pembelajaran bagi topik seterusnya.
SOP
PELAKSANAAN
AKTIVITI
RONDAAN
(WAYS)
DAN
PENYELIAAN MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN
GURU MENGAJAR MURID BELAJAR PENGETUA DAN GURU
BESAR

Pendahuluan
1.

Aktiviti rondaan (WAYS) dan penyeliaan Pengetua/Guru Besar (PGB)


merupakan unsur penting memastikan berlakunya perubahan sikap dan
amalan mementingkan P&P dalam kalangan guru dan murid di sekolah.
Sehubungan itu PGB dengan kerjasama Penolong Kanan perlu
melakukan rondaan secara berjadual sekurang-kurangnya dua kali sehari
(sebelum dan selepas rehat) untuk tujuan menyokong dan memastikan
guru dan murid berada di dalam kelas menjayakan tuntutan Sekolah
Berkesan - Guru Mengajar Murid Belajar.

2.

SOP khas yang disediakan merupakan prosedur minimum yang mesti


dipatuhi warga sekolah sebagai alat kawalan menjamin semua guru
berada di dalam kelas melaksanakan aktiviti pembelajaran-pengajaran
seperti yang dijadualkan. SOP ini dibenar untuk ditambahbaik di peringkat
sekolah jika perlu.

3.

Penyeliaan pembelajaran-pengajaran menggunakan instrumen SKPM


tidak termasuk dalam program ini dan perlu dirancang secara
berasingan oleh PGB.

4.

Bagi menyokong dan menggalakkan guru untuk mengutamakan aktiviti


P&P berkesan di dalam kelas, kerja-kerja sampingan atau beban tugas
perlu dikurangkan. Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah perlu
diteroka dan diamalkan.

5.

Suasana aman tenteram dengan guru dan murid tekun menjalani aktiviti
pembelajaran-pengajaran di dalam kelas merupakan KPI utama menilai
keberkesanan pengurusan PGB dan penentuan ranking sekolah daerah
LMS 2012.

6.

Mematuhi arahan mengawal pergerakan keluar guru dengan memastikan


sekurang-kurangnya 80% daripada hari bekerja guru digunakan untuk
menjayakan P&P dan aktiviti-aktiviti pendidikan yang lain di sekolah.

7.

Mematuhi arahan PGB mesti berada di sekolah sekurang-kurangnya 70%


daripada hari bekerja rasmi untuk mengetuai dan memimpin
kecemerlangan sekolah.

8.

Memastikan kelas ganti diurus secara berkesan dengan aktiviti P&P


berjalan seperti biasa. Kerjasama ketua panitia menguruskan jual beli
waktu dalam kalangan ahli dan penggunaan bilik khas dengan
kerjasama guru jadual waktu bagi pelaksanaan kelas cantum boleh
difikirkan.

9.

Pemantauan berulang oleh penghulu sekolah menjadi sumber maklumat


utama Pegawai Pelajaran Daerah merancang dan melaksanakan tindak
ikut seterusnya.

Panduan Pelaksanaan
Sebelum Melaksanakan Rondaan (WAYS)
1.

Memahami, menguasai dan menghayati sepenuhnya SOP Adab Belajar


Murid dan SOP Pengajaran Guru.

2.

Memastikan maklumat dan objektif penggunaan SOP Khas difahami


dengan jelas oleh pelajar dan guru terlibat. Penerangan kepada guru perlu
disampaikan sendiri oleh Pengetua manakala penerangan kepada murid
boleh dibantu kaunselor dan guru kelas masing-masing.

3.

Memilih mana-mana kelas untuk diselia selepas rondaan penuh telah


dilaksanakan.

Semasa Penyeliaan Pematuhan SOP


1.

Membuat pemerhatian dan catatan ringkas status pematuhan guru dan


murid terhadap SOP Khas masing-masing.

2.

Menyemak status ketepatan tajuk semasa P&P berbanding perancangan


tahunan dan mingguan guru.

3.

Menyemak secara rawak buku latihan dan buku nota pelajar untuk
mengetahui status:
Pematuhan bilangan latihan minima ditetapkan sekolah/Panitia Mata
pelajaran.
Kualiti penyemakan hasil kerja bertulis murid.
Kualiti dan kadar nota penting diberi guru.

4.

Membuat pemerhatian menyeluruh merangkumi aspek kekuatan dan


kelemahan guru dalam pelaksanaan P&P.

5.

Memberi bimbingan dan pujian/teguran secara berulang kepada guru dan


murid kelas yang berjaya/gagal melaksanakan tuntutan Guru Mengajar
Murid Belajar.

Selepas Aktiviti Rondaan dan Penyeliaan


PGB dan Penolong Kanan perlu menyediakan rumusan secara bertulis perkaraperkara berikut:
1.

Bilangan kelas yang tiada berlaku P&P sewaktu rondaan oleh PK dan PGB
(statistik harian).

2.

Bilangan kelas yang mematuhi sepenuhnya SOP Guru Mengajar dan


Adab Belajar atau bilangan kelas yang berlakunya pembelajaranpengajaran berkesan statistik mingguan.

3.

Bilangan guru yang gagal melaksanakan pengajaran berkesan dan tidak


mematuhi sebahagian besar SOP ditetapkan (statistik mingguan).

4.

Bilangan kelas yang tidak mematuhi sebahagian besar SOP Adab Belajar
dan bermasalah disiplin (statistik mingguan).

5.

Pengetua/Guru Besar bersama-sama Kaunselor dan guru kelas


mengadakan perjumpaan mengatasi masalah berbangkit ketidakpatuhan

SOP Adab Belajar bagi kelas yang bermasalah disiplin (perjumpaan


mingguan).
6.

Pengetua/Guru Besar bersama-sama Penolong Kanan mengadakan


perjumpaan, teguran dan nasihat kepada guru yang gagal mematuhi SOP
Guru Mengajar dan gagal melaksanakan pengajaran berkesan
(perjumpaan mingguan).

7.

Pengetua/Guru Besar mengadakan perbincangan khas bersama-sama


ketua bidang/ketua panitia dan kaunselor bagi mengatasi sebarang
masalah guru dan murid dalam menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan
- Guru Mengajar Murid Belajar.

D.

SOP PENGHULU/PEGAWAI PPD MENJAYAKAN TUNTUTAN


SEKOLAH BERKESAN - GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

1.

Melaksanakan tugas yang sama seperti dalam senarai tugas


Pengetua/Guru Besar menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru
Mengajar Murid Belajar.

2.

Meneliti semua rekod/statistik status pelaksanaan dan pematuhan SOP


Khas bagi menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar
Murid Belajar.

3.

Membuat rumusan berdasarkan fakta, data dan pemerhatian tahap


pelaksanaan menjayakan Tuntutan Sekolah Berkesan - Guru Mengajar
Murid Belajar dan memberikan ranking (bintang) kepada sekolah pada
setiap bulan untuk tujuan pemantauan peningkatan prestasi
kecemerlangan pelaksanaan program oleh sekolah angkat masingmasing.

4.

Memberi nasihat dan panduan bagi meningkatkan kecemerlangan


akademik sekolah angkat masing-masing.

5.

Melapor dan memaklumkan status pematuhan SOP dan segala


permasalahan dihadapi sekolah angkat dalam contact time pada setiap
hari Jumaat untuk dibincang dan diambil tindakan bersama.

E.

ETIKA GURU

1.
2.
3.

Menghayati sepenuhnya etika profesion keguruan.


Mempunyai jati diri dan berintegriti tinggi.
Berusaha menjadi guru cemerlang untuk meningkatkan pencapaian
pelajar dalam aspek kualiti, kuantiti dan gred purata mata pelajaran di ajar
dari semasa ke semasa.
Menyayangi murid dan sekolah serta berusaha meningkatkan imej dan
pencapaian organisasi.
Bekerjasama penuh dengan pentadbir dan guru sebagai satu pasukan.
Berusaha meningkatkan sistem penyampaian (kaedah menyampaikan
ilmu kepada murid).
Melaksanakan tugas dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan
tanggungjawab.
Mendahulukan kepentingan murid dan sekolah. Tidak boleh
menggunakan kedudukan
profesionalisme untuk memperoleh
keuntungan peribadi.
Menjadi suri teladan (role model) kepada murid dalam semua perkara
termasuk sikap dan perwatakan untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh
pelajar.
Berpakaian kemas, berkomitmen tinggi dan sentiasa ceria.
Menjadi motivator, fasilitator dan sumber ilmu pengetahuan kepada
semua murid.
Mendahulukan tugas hakiki menjayakan aktiviti pengajaran berkesan
dalam sebarang masa dan keadaan.
Menjadi sandaran murid untuk menempa kejayaan.
Mengajar dengan persediaan yang terbaik.
Berusaha menguasai dan mengamalkan pedagogi terkini untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Menyediakan Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian dengan
sempurna.
Menguasai sepenuhnya knowledge content subjek diajar.
Menyediakan latihan yang berperingkat dan bermanfaat.
Memastikan semua latihan diberi dapat disiapkan murid dalam tempoh
yang ditetapkan.
Menyemak, menilai, membuat pembetulan dan memberi ulasan kepada
hasil kerja dan latihan murid.
Berusaha untuk meningkatkan kawalan kelas semasa P&P.
Memaklumkan lebih awal ketidakhadiran ke sekolah kepada Penolong
Kanan dan Panitia untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
Merancang dan melaksanakan team teaching.
Berusaha melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah (kontekstual) 2 kali setahun.
Menghabiskan sukatan pelajaran dan menepati perancangan serta
menyerahkan pelajar dalam prestasi yang terbaik kepada guru yang
seterusnya.

4.
5.
6.
7.
8.

9.

10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.

26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.

Memenuhi sepenuhnya course of study (masa pengajaran) ditetapkan.


Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang
sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
Mengajar dengan persediaan rapi menggunakan pelbagai pendekatan
yang sesuai.
Menyediakan perancangan tahunan, mingguan dan harian dengan
sempurna dengan mengambil kira keupayaan pelajar.
Menguasai sepenuhnya knowledge content subjek diajar.
Berusaha
mempelbagai
pendekatan
pengajaran
melaluiaktiviti
pengkayaan, pengukuhan dan pemulihan kepada semua murid.
Menyemak, menilai, membuat pembetulan dan memberi ulasan kepada
hasil kerja dan latihan murid.
Berkeupayaan tinggi melaksanakan kawalan kelas semasa P&P.
Mengganti waktu tertunggak dengan kadar segera.
Mengamalkan pengajaran masteri (ajar sampai dapat) untuk mengelakkan
sindrom kelemahan terkumpul (academic cumulative deficiency syndrom).
Meletakkan harapan tinggi kepada pelajar supaya berjaya dalam
pelajaran dan kerjaya.
Melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Etika Murid

1.
2.
3.
4.
5.
6.

7.
8.
9.
10.

Memuliakan dan menghormati ibu bapa dan guru.


Memahami tujuan menuntut ilmu.
Mempunyai keazaman dan keyakinan tinggi untuk berjaya dalam
menuntut ilmu.
Menghindarkan diri daripada segala sifat negatif dalam menuntut ilmu.
Memberi tumpuan dan fokus dalam pelajaran.
Tidak sombong terhadap ilmu dan menjauhi tindakan tidak terpuji
terhadap guru. Bahkan, menurut Al-Ghazali seorang murid haruslah
menyerahkan segala urusannya kepada guru.
Menjaga diri daripada terpengaruh dengan budaya negatif.
Menjaga harta benda sekolah.
Menuntut ilmu bermula dari aras rendah ke aras tinggi.
Menjaga pemakanan dan meninggalkan sebarang unsur subahah.

Anda mungkin juga menyukai