Anda di halaman 1dari 16

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

TAJUK 5

ASAS GRAFIK

SINOPSIS
Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantu
pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan sesuatu
bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti yang diperolehi melalui perancangan
rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai teknik
penghasilan yang digunakan.

HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan
dapat:
i.

Menerangkan konsep grafik.

ii.

Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran.

iii.

Menyatakan prinsip grafik yang berkesan.

iv.

Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang


menggabungkan elemen, pola/corak dan susunatur dengan baik dalam
penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

v.

Menyatakan peralatan penghasilan grafik.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

KERANGKA TAJUK

Asas Grafik

Konsep dan
peranan

Prinsip grafik

Reka bentuk
visual

Elemen

Visual

Kontras

Pola/Corak

Lisan

Seimbang

Susunatur

Daya

Mudah

Kehampiran

Penegasan

Perulangan

Penghasilan
bahan pengajaran
dan pembelajaran

Peralatan
penghasilan grafik

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Fikirkan

Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan


sesuatu sesi
pengajaran-pembelajaran anda?

Sebuah gambar membawa seribu perkataan. Pernyataan ini menggambarkan


bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan
berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka
bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan
mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek graphikos bermaksud lukisan. Grafik
ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar,
lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada
aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui
satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan
gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran
dan persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru
mempraktikkan prinsip-prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat
menghasilkan

satu-satu

bahan

pengajaran

yang

mudah

menepati

objektif

pengajaran, dan bersistematik.


Fikirkan

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan grafik yang menarik?

5.1 Prinsip Grafik

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen


grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus
dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat
membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.
Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah,
kehampiran, penegasan, dan pengulangan.
5.1.1 Kontras (Contrast)
Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar
perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan
perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna
dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan
garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada
cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka
bentuk.

Rajah 5.1 : Kontras

5.1.2 Seimbang (Alignment)


Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan
yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan
tidak formal atau sebaliknya.
Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian
visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu
timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan
atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi
bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

a. formal

b. tidak formal
Rajah 5.2 : Seimbang

5.1.3 Mudah (Simplicity)


Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan
kefahaman

yang

cepat

dan

jelas.

Cara

yang

terbaik

ialah

dengan

mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu
visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan
perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang
hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.3: Prinsip Mudah

5.1.4 Kehampiran (Proximity)


Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya
berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen
yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak
disampaikan. Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk
mengukuhkan idea dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan
menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

a. anak panah

b. bentuk

c. tekstur

Rajah 5.4 : Penyatuan

5.1.5 Penegasan (Emphasis)

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus
utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat
menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

Surat
berkuatkuasa
mulai

September
a. bentuk

b. warna

c. perspektif

Rajah 5.5 : Penegasan


5.1.6 Pengulangan (Repetition)
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada
tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan,
gariskasar, bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan
ruang dan sebagainya.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.6 : Pengulangan


Latihan
Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang
digunakan dan mengapa ia digunakan.

5.2 Reka Bentuk Visual


Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan
susunatur.
5.2.1 Elemen
Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk
rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:


i.

Realistik merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

ii. Analogi memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan
memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik
tersebut.
iii. Organisasi memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam
elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

Elemen lisan

Kebanyakan

paparan

visual

dimantapkan

maksudnya

dengan

menyatukan

perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan
dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi
pertimbangan dari aspek-aspek berikut:
i. Stail huruf stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan
konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman
memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica
sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.
ii. Bilangan stail huruf digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan
menarik.
iii. Huruf besar dan huruf kecil wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan
huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.
iv. Warna huruf kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna
huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang
hendak disampaikan.
v. Saiz huruf berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah
berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
vi. Jarak antara huruf dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu
jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.
vii. Jarak antara baris sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris
yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu
jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

Elemen Daya Tarikan

Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D
atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan
objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi
oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:
i. Ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di
antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan
kemas dan terancang.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.7 : Ruang

ii. Garisan digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk


mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen
tertentu.

Rajah 5.8 : Pelbagai Garisan

iii. Permukaan digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang
dibuat di atasnya.

10

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.9 : Jenis Tekstur

iv. Bentuk digunakan untuk menunjukkan dimensi.

Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi

Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi

v. Warna digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan


visual.

11

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas
kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna

panas

ini

dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan


suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat.

Maka

warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan

perayaan

warnadan

kemeriahan.
Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan
hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan
tumbuh-tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan
ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula
menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

Rajah 5.12 : Skema Warna


Latihan:
Dapatkan maklumat dari internet untuk menambahkan fahaman anda
tentang warna. Gunakan frasa seperti skema warna atau colour
schemes untuk tujuan tersebut

12

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

5.2.2 Pola/Corak
Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan
perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

Rajah 5.13 : Pola/Corak


5.2.3 Susunatur
Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk
menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara
elemen dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu
dapat mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat
diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule
of Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual
dengan menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu,
perkara yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut
ditunjukkan pada Rajah 5.14.

13

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

5.3 Peralatan Penghasilan Grafik


Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu
idea yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan
peralatan

dengan

cekap

membolehkan

maklumat

yang

ingin

disampaikan

dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang
digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej,
pencetak dan pemplot. Di samping itu, peralatan lain seperti kamera digital juga
merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan
aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau
perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk
mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak
ruang.

a. Pengimbas imej

14

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

b. Kamera digital
Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

RUMUSAN
Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk
visual. Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan
pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik
yang berkualiti dan berkesan kepada murid.

Amali
Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan
bantuan alat pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster
atau fotoyang boleh anda gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam
matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda menggunakan pelbagai
prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang menarik.

BIBLIOGRAFI
Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi

ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.


Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan
pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan
pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

15

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey:
Prentice Hall.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin
Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar.
Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities
to learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.
Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and
media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.
Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional
technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.

16

Anda mungkin juga menyukai