Anda di halaman 1dari 18

BAB 3: HIPOTESIS

Objektif:
Apa itu Hipotesis?;
Bagaimana membina hipotesis dalam penyelidikan;
Ralat dalam hipotesis dan penyelidikan;
Bagaimana mengecilkan ralat.

HIPOTESIS

Penyelidikan merupakan suatu kaedah/ proses


di mana kita mencari masalah dan cuba
menyelesaikan masalah itu. Penyelidikan
boleh juga dilakukan untuk pengujian sesuatu
ciri. Walau apa pun jenis penyelidikan dan
bidang yang diselidiki, atau pun masalah yang
perlu diselesaikan atau dicari jawapannya,
biasanya kita akan merangka-rangka, menekaneka akan penyelesaiannya atau jawapannya.
Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian
atau jawapan kepada masalah kajian ini adalah
apa yang dipanggil sebagai tekaan berilmiah
atau educated guess atau hipotesis.

Contoh:

Seandainya kereta anda tidak boleh


dihidup di pagi hari. Anda akan
merangka beberapa tekaan atau
hipotesis, mengapa ia tidak boleh
dihidupkan?
Di antara tekaan/hiptotesis yang
dirangka adalah seperti berikut:
Pam petrol tidak berfungsi;
Baterinya lemah;
Starter nya rosak;
Dan seterusnya ....

Setelah itu anda akan menguji semua hipotesis


yang anda rangka tadi untuk menyelesaikan
masalah kereta anda yang tidak boleh dihidupkan.
Proses pengujian akan berjalan sampailah kepada
kereta anda dapat dihidupkan dan anda dapat
jawapan kepada masalah mengapa kereta anda
tidak boleh dihidupkan?.

Kaedah yang sama juga berlaku dalam


penyelidikan di mana anda merangka hipotesis
kepada sesuatu masalah dan menguji hipotesis
anda. Cuma yang berbeza dalam penyelidikan
ialah ia mungkin tidak semudah seperti
menghidupkan enjin kereta. Masalahnya mungkin
lebih komplek dan memakan masa yang lebih lama
untuk mencari jawapannya.

PENGUJIAN HIPOTESIS

Sebelum kita berbincang lebih


mendalam tentang ujian hipotesis,
mari kita lihat langkah-langkah
dalam kaedah saintifik. Langkahlangkah dalam kaedah saintifik:
Definasi masalah;
Pembinaan hipotesis;
Pemungutan data;
Analisis;
Membuat keputusan/kesimpulan.

PEMBINAAN HIPOTESIS

Menyatakan hipotesis;
Membuat keputusan;
Paras kebarangkalian;
Keadaan hipotesis.

Menyatakan Hipotesis

Hipotesis null (Ho)


Ia

merupakan hipotesis yang akan


kita tolak.Hipotesis alternatif.

Hipotesis alternatif (Ha)


Ia

merupakan hipotesis yang akan


kita terima.

Bagaimana Menulis
Hipotesis

Sebagai seorang pensyarah kita selalu


memerhatikan keadaan pelajar kita.
Pemerhatian ini termasuklah pemakanan
dan pencapaian akademik mereka. Dalam
peramatan dan pemerhatian tersebut kita
dapati pelajar yang memakan maggi setiap
hari dalam dietnya memperolehi
pencapaian akademik yang rendah. Lalu
kita ingin mengkaji lebih lanjut lagi dan
membentuk hipotesis untuk kajian kita.

Hipotesis null (Ho)

Ho: Pelajar UTM yang memakan


maggi setiap hari tidak
memperolehi pencapaian
akademik rendah yang
signifikan berbanding pelajar
yang tidak memakan maggi.

Ha: Pelajar UTM yang memakan


maggi setiap hari memperolehi
pencapaian akademik rendah yang
signifikan berbanding pelajar yang
tidak memakan maggi.

Membuat Keputusan

Apabila persoalan statistik ditanyakan, apa yang


cuba kita tentukan ialah sama ada terdapat
perbezaan corak/pattern di antara nilai
lapangan/perhatian dan nilai teori. Dengan
membandingkan nilai kiraan dengan nilai sifir,
penyelidik dapat membuat keputusan sama ada
wujud perbezaan di antara kedua nilai ini (lapangan
dan teori).

Sebelum kita boleh membuat keputusan sama ada


terdapat perbezaan atau tidak, kita perlu
menentukan paras kebarangkalian atau paras
signifikan (keertian). Nilai yang biasa dipilih ialah:
= 0.01 atau = 0.05

Contoh:

Sekiranya kita memilih nilai =


0.01 dan wujud perbezaan di
antara pertandingan, maka
keputusan yang buat adalah
99% betul sementara kesilapan
atau ralatnya adalah 1% dan
begitu juga sebaliknya.

KENYATAAN KEPUTUSAN
STATISTIK

Apabila kita membuat kenyataan


keputusan statistik, berikut adalah
beberapa kenyataan yang boleh kita
gunakan:

Hipotesisnya dikekalkan atau diterima;


Hipotesisnya ditolak;
Hipotesisnya tidak ditolak.

Apabila nilai kiraan sama atau lebih dari


nilai sifir, maka kita buat keputusan
hipotesis nullnya ditolak.
Apabila nilai kiraan kurang dari nilai sifir,
kita kekalkan/terima hipotesis nullnya.

Apabila membuat keputusan statistik,


hanya dua keadaan boleh wujud.
Keadaan 1

Keadaan 2

Ho dikekalkan/terima
Ho ditolak
Ha tidak dikekalkan/tidak diterima Ha dikekalkan/diterima
Nilai kiraan kurang dari nilai sifir

Nilai kiraan sama atau lebih besar


dari nilai sifir

tkiraan < tsifir


Fkiraan < Fsifir
2kiraan < 2sifir
Hkiraan < Hsifir

tkiraan > tsifir


Fkiraan > Fsifir
2kiraan > 2sifir
Hkiraan > Hsifir

JENIS HIPOTESIS

Satu hujung terarah;


Satu hujung tidak terarah.

Satu Hujung Terarah

Ho :

U1 = U2 (min bagi
sampel 1 tidak berbeza
dengan min sampel 2)

Ha :

U1 > U2 (min bagi


sampel 1 lebih besar
dari min sampel 2)

Contoh:

Seorang penyelidik pendidikan ingin


mengetahui sama ada wujud
perbezaan signifikan di antara pra
ujian dan pos ujian bagi pelajar tahun
satu bidang kimia. Satu kaedah baru
dalam pengajaran telah digunakan
kajian ini sebagai treatmennya.
Hipotesis berikut dibina:
Ho :
Upra = Upasca
Ha :
Upra > Upasca

Hipotesis 2 hujung (tidak


terarah)

Ho :

Ha1:

Ha2:

U1 = U2 (min bagi 2
kumpulan tidak
berbeza)
U1 > U2 (min sampel 1
lebih besar dari min sampel
2)
U1 < U2 (min sampel 2
lebih besar dari min sampel
1)

Contoh:

Satu kajian pendidikan dibuat untuk


membeza pelajar sains di tingkatan
V yang diajar secara tradisional
dengan yang diajar secara
berpusatkan makmal. Hipotesisnya
adalah sepert berikut:
Ho :
U1 = U2
Ha1 :
U1 > U2
Ha2 :
U1 < U2

Anda mungkin juga menyukai