Anda di halaman 1dari 24

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Apakah Kemahiran Belajar? Menurut (Sabri Samad, 2003), Kemahiran


belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang dmelipatgandakan
keberkesanan belajar. Manakala berdasarkan Modul OUM HBML 2203, 2009,
Kemahiran Belajar ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk
memperolah dan memproses maklumat.
Belajar Cara Belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran
memperoleh teknik pembelajaran secara elektif dengan atau tanpa guru.
Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) amat penting bagi pelajar
lantaran masa pengajaran dan pembelajaran(P&P). Pada masa yang sama,
ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Dengan adanya
BCB, pelajar mampu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri mereka
dalam proses pembelajaran, belajar sendiri tanpa guru dan menilai tahap
pembelajarannya sendiri demi meningkat prestasinya dalam pelajaran.
Selepas kajian-kajian dijalankan seperti kajian Bass dan Greary
(1996), Kalvas (1994), beberapa kesimpulan tentang kemahiran belajar telah
dibuat. Pertama, Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang
untuk

mendapatkan

perubahan

tingkah

laku.

Kedua,

sebagai

hasil

pengalaman individu. Ketiga, proses yang digunakan untuk memproses


maklumat yang diperoleh. Keempat, maklumat yang penting sahaja masuk
ke dalam minda. Kelima, proses mentor yang akan berlaku bagi pengalaman
dan maklumat yang penting dan disimpan dalam minda. Akhir sekali, proses
yang membawa perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran.
1

Menurut Selmes (1987) pula , Kemahiran Belajar adalah kemahiran


yang membolehkan sesorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun,
memyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar
merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar
untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kea
rah pembelajaran seumur hidup.
Secara rumusnya, kemahiran belajar sebagai elemen yang penting
bagi membentuk kejayaan dalam akademik. Seseorang pelajar perlu
menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan
bagi mengurangkan masalah belajar.

Kepentingan Kemahiran Belajar


Banyak kepentingan dan faedah akan diperolehi sekiranya seseorang
pelajar menguasai kemahiran belajar. Antara kepentingan kemahiran belajar
adalah meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari. Kedua,
menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran.
2

Ketiga, meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang. Keempat, dapat
menyelesaikan masalah pembelajaran. Kelima, mengaitkan pengalaman
dahulu

dengan

pembelajaran

yang

baru.

Keenam,

melatih

individu

menggunakan persepsi yang tepat untuk berfikir secara rasional. Ketujuh,


dapat memupuk motivasi. Kelapan, membina konsep dan hukum. Akhir
sekali, mengukuhkan ingatan jangka pendek dan panjang.
Setiap pelajar belajar dengan cara dan gaya pembelajaran yang berbeza
antara satu sama lain. Mereka perlu didedahkan dengan pelbagai model dan
teknik belajar. Terdapat tiga model pembelajaran yang menyatakan
perbezaan gaya pembelajaran antara setiap individu, iaitu model gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn, model gaya pembelajaran Honey dan
Mumford dan model gaya pembelajaran Kolb.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn


Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan
mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza di antara
satu sama lain dan mendapati gaya pembelajaran boleh dikategorikan
kepada lima kategori , iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan
psikologikal.

Manakala,

model

gaya

pembelajaran

Dunn

dan

Dunn

menyatakan gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu,


memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru
3

dan sukar. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:
kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
setiap individu mempunyai gaya pembelajaran
gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber
dan pendekatan pengajaran dan pembelajran.
iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat
mengoptimumkan proses pembelajaran.

Persekitaran

Cahaya
bunyi
suhu
rekabentuk

Emosi

Motivasi
kecekalan
tanggungjawab
struktur

Sosiologikal

Fizikal

Psikologikal

berpasangan
rakan sebaya
orang dewasa

persepsi pancaindera
makanan dan minuman
waktu belajar
pengerakan/mobiliti

analitik/global
impulsif/reflektif
dominan otak kiri/ dominan otak kanan

Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford


Menurut Honey dan Mumford (1992), gaya pembelajaran didefinisikan
sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang
mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya
pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, relektif, teoris dan pragmatis.

Aktivis
sikap tidak sabar
perasaan ingin tahu yang tinggi
bergerak pantas& cepat membalas
gemar pengalaman baru
penuh semangat, fleksibel
motivasi intrinsik
KBKK
Reflektif
KBKK
suka tafsir& nilai sesuatu perkara
suka cari hakitat sebenar
sikap berhati-hati
pendengar yang baik
kerja dengan sistematik
tidak terburu-buru buat keputusan
Teoris
memiliki fikiran rasional dan logikal
sikap berdisiplin
kurang kreatif
suka bentuk hipotesis
suka mengesan sebab dan akibat
suka kaji fenomena yang berlaku

Pragmatis
bersikap praktikal
pentingkan bukti dan hakitat
percaya perkara yang dapat dilihat
utamakan kegunaan dan penggunaan
lebih bersifat ekspresif daripada kreatif
suka buat perbandingan

Model Gaya Pembelajaran Kolb


6

Kolb (1984) telah membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kategori


iaitu imaginative dan kreatif, teori analisis, praktik dan intuitif dinamik.

Imaginatif/Kreati
f
buat
pengamatan
mencari
makna
berkongsi
idea dengan
rakan

Teori analisis
peroleh
maklumat
secara
abstrak
suka mencari
fakta

Praktik
suka
mencuba
sendiri
uji kebenaran
teori

Intuiti dinamik
cari perkara
baru
cuba
jaya/inkuiri

Melalui kemahiran belajar, pelajar-pelajar berupaya belajar sendiri. Selain


itu, mereka dapat menggunakan pengetahuan yang sedia ada dan membuat
refleksi terhadap pembelajaran serta mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran ke situasi lain. Mereka juga mengetahui proses untuk memperoleh
teknik belajar di samping menambah ilmu pengetahuan. Jadi, pelajar harus
mengaplikasi kemahiran belajar untuk menjadikan proses pembelajaran lebih
menarik dan berjaya mencapai objektif yang telah dirancangkan oleh tenaga
pengajar.

Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasi kemahiran


belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari segi sikap berdikari
dan berinisiatif, mencari ilmu dan pelbagai sumber maklumat dan
7

menggunakan teknik-teknik meningkatkan ingatan.


Sikap Berdikari dan Berinisiatif
Berdikari membawa maksud kebolehan dan kesanggupan seseorang
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain manakala berinisiatif
bermaksud melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri dan mencari jalam
penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Seseorang

guru

boleh

mendedahkan

kemahiran-kemahiran

seperti

kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota,


kemahiran

membuat

rujukan,

kemahiran

mendengar,

kemahiran

perpustakaan dan kemahiran menghadapi peperiksaan kepada para pelajar


supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka
secara individu semasa belajar.
Kemahiran mengurus masa merupakan cara menggunakan masa dengan
betul. Rahsia kejayaan seorang pelajar yang berpencapaian tinggi adalah
mempunyai pengurusan masa yang cekap. Cara dan teknik menguruskan
masa belajar yang baik dan berkesan adalan membuat jadual waktu. Jadual
waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata
pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV. Pelajar boleh
mengamalkan teknik belajar secara bayangan sebelum tidur iaitu pada masa
berbaring atas katil. Pelajar juga boleh membaca selembar dua surat khabar
pada masa sarapan pagi dan menggunakan masa berjalan ke sekolah untuk
tanya diri sifir formula mata pelajaran.
Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana
kemahiran itu merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran membaca
ialah proses berfikir yang melibatkan pemikiran berkaitan dengan perkara
8

tersurat, tersirat dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru.


Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang
dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Pada
asasnya, pelajar harus menguasai lima langkah (SQ3R):
i. Skim: Baca sepints lalu
Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau
topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki.
ii. Question: Menyoal
Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca
Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang
telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali
Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan
v. Review: Menyemak
Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat
memahaminya.
Terdapat 4 gaya pembacaan iaitu skimming ( luncuran ), imbasan (scanning ),
bacaan

intensif

&

bacaan

laju

Skiming/Luncuran

Scanning / Imbasan

mendapatkan maklumat ringkas


dan pantas dan membuat
pandangan umum dengan
segera.
membaca tajuk, pendahuluan
dan rumusan dan menggunakan
pergerakan mata yang cepat
serta memberikan tumpuan
sepenuhnya pada bahan yang
dibaca.

mendapatkan maklumat yang


lebih mendalam daripada
skimming
membaca pendahuluan dan
rumusan teks secara mendalam,
membaca kandungan bab
dengan pantas sambil
mencatatkan kata kunci dan
konsep yang dinyatakan.

Bacaan intensif/KWLH

mendapatkan maklumat terperinci


memerlukan penumpuaan yang
teliti terhadap bahan atau
dokumen yang dibaca.
mengambil masa yang lebih
panjang dan perlu ketekunan
melibatkan pemikiran kritis

Bacaan Laju

membaca dengan laju dan


mampu memahami dengan
serentak apa yang dibaca.
menggunakan masa terhad
dengan lebih produktif
dapat menjimatkan masa
memperolehi maklumat tambahan
pada kadar yang cepat.

Kemahiran menulis nota pula adalah merekod isi-isi penting atau


maklumat yang diperoleh melalui kuliah, daripada buku ataupun daripada
sumber lain. Kemahiran membuat nota memastikan pelajar betul-betul

10

memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat


ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu. Langkah-langkah
dalam kemahiran membuat nota adalah memahami maklumat yang didapati
daripada pelbagai sumber, memilih idea atau maklumat yang penting dan
menyusunnya dan menulis atau merekod dalam komputer idea atau
maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki
dan menggunakan pelbagai warna jika perlu. Semasa menulis nota ringkas,
pelajar boleh menggunakan perkataan atau frasa yang penting contohnya,
singkatan, symbol, nemoniks atau akronim, lukisan atau lakarandan manamana bentuk berikut untuk membuat nota seperti jadual, carta aliran, gambar
rajah Venn, peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan
kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.
Kemahiran membuat rujukan adalah membaca atau mencari bahan rujukan
tambahan untuk mendapatkan maklumat. Pelajar perlu membiasakan diri
berada di dalam pepustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan.
Menurut Abdul Ghani Awang (1996), kebanyakan pelajar berasa malu dan
masih kurang mahir untuk menggunakan perpustakaan. Salihan Siais (1991)
menyatakan, kemahiran membuat rujukan di perpustakaan adalah kemahiran
pembelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Ini
adalah disebabkan pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nota
kuliah yang diberikan oleh guru sahaja. Lagipun, bagi memenuhi tugasantugasan yang diberi, pelajar-pelajar perlu sentiasa merujuk mana-mana
sumber seperti buku. Jadi, kemahiran ini dapat membantu mereka
mengurangkan masalah semasa mencari maklumat.
Kemahiran mendengar ialah aktiviti mendengar dan menyimpan maklumat
11

yang diterima dengan maklumat yang sedia ada. Menurut Mohd Nashuha
Jamidin et al. (1995), mendengar merupakan salah satu aktiviti yang penting
dalam kehidupan dan sebanyak 70% daripada masa belajar menggunakan
kaedah mendengar. Para pelajar digalakkan menumpu perhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran supaya mudah mengingat semula dan ulang
kaji.
Kemahiran

menghadapi

peperiksaan

adalah

mengetahui

cara

menghadapi dan bersedia untuk peperiksaan. Siti Hawa Munji (1987)


mendapati 74.3% daripada pelajar di dalam kajiannya mengaku bahawa
mereka akan mengulangkaji pada malam sebelum peperiksaan atau belajar
pada saat-saat akhir. Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan yang akan
mengurangkan kecekapan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan.
Dengan ini, kemahiran ini perlu disampaikan kepada pelajar. Melalui
kemahiran ini, pelajar-pelajar dapat memahami tentang bentuk perperiksaan
yang akan diduduki dan mengulangkaji lebih awal. Mereka juga boleh
mengkaji soalan-soalan pada tahun-tahun lepas tanpa suruhan guru.
Dengan adanya kemahiran-kemahiran tersebut, sifat berdikari dan
berinisiatif mampu dipupuk ke dalam diri pelajar.
Mencari dan Menggunakan Sumber Maklumat
Pada zaman moden ini, kemahiran mencari dan menggunakan sumber
maklumat amat kepenting kepada pelajar. Hal ini demikian kerana maklumat
daripada buku adalah tidak mencukupi. Jadi , guru perlu memberikan
panduan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Antara sumber
yang boleh pelajar gunakan untuk memperoleh maklumat untuk proses
pembelajaran ialah sumber manusia, media elektronik, media bercetak,
12

media tiga dimensi dan sumber persekitaran.


Sumber manusia merujuk kepada sumber rujukan yang dibuat kepada
orang yang mempunyai kepakaran tertentu. Mereka benar-benar arif dan juga
berpengetahuan atau berpengalaman dalam sesuatu bidang. Selain itu,
perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab kepakaran
mereka seperti kemahiran belajar, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
perundingan, kemahiran pengurusan masa dan kemahiran lain yang lebih
bersifat umum yang selalunya terdapat pada orang yang berjaya juga boleh
dirujuk daripada mereka. Antara sumber manusia ialah ahli politik, pakar,
penguatkuasa dan orang awam yang terlibat.
Ahli politik
golongan yang mempunyai maklumat yang pelbagai mengenai dasardasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,negara lain , pengurusan
organisasi , pembangunan negara dan sebagainya.
Contoh : pemimpin kerajaan, pemimpin setempat dan pemimpin parti
Pakar
Golongan yang pakar dalam bidang yang berkaitan dengan bidang sendiri
Untuk bidang perguruan, contoh ahli pakar ialah pegawai dan
kementerian jabatan, guru besar dan pengetua, guru kana mata
pelajaran, guru cemerlang dan ketua panitia.
Penguatkuasa
pihak yang menguatkuasakan undang-undang dan dasar-dasar tertentu
dalam negara.
Maklumat seperti undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan
atau persatuan, pelaksanaan sesuatu penguatkuasaan, jenis-jenis
13

hukuman, bentuk operasi, pelaksanaan dan pencegahan, pendidikan


boleh diperoleh daripada mereka
Contoh: pegawai kementerian /jabatan, jemaah nazar dan pihak berkuasa
tempatan
Orang awam yang terlibat
Orang yang terlibat secara langsung dalam pendidikan
Contoh: AJK PIBG, pemimpin setempat, ketua kampung dan penghulu
Sumber media elektronik pula terdiri daripada dua jenis iaitu audio visual
dan komputer. Audio visual merupakan sesuatu yang melibatkan atau
menggunakan pendengaran atau penglihatan. Ia membolehkan pelajar
menerima maklumat dengan cepat dan berkesan. Audio visual meliputi
sinematografi, pita, video, disket, cakera laser, cakera padat, cakara keras
dan rekod lain. Penggunaan audio visual mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya audio visual boleh berulang dan dimainkan di bilik tayangan sambil
berbincang dengan rakanrakan.

Contoh Gambar 1: disket


Komputer adalah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima
kemasukan data dan memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan
arahan dan maklumat yang diproses dan mengeluarkan hasil pemprosesan.
Banyak maklumat boleh diperolehi melalui komputer. Antara kelebihan
14

menggunakan komputer adalah menjimatkan kos, bebas memilih maklumat,


berdikari, minat bertambah, mempunyai pelbagai sumber, memanfaatkan
masa terluang,proses pembelajaran lebih teratur, berfikiran terbuka dan
pembelajaran lebih kreatif.

Contoh Gambar 2: Komputer


Media bercetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan
sehingga kini masih lagi digunakan dalam perpindahan ilmu di bilik darjah
atau di mana sahaja. Terdapat dua jenis bahan bercetak iaitu bahan bertulis
dan bahan grafik.

buku rujukan
buku
bergambar

surat
khabar

buku fiksyen

Bahan
bertulis

nota

kertas
kerja

gambar folio
majalah

15

Contoh Gambar 3: Surat Khabar

Bahan Grafik

Peta Minda
Satu kaedah mengingat dan
mencatat nota yang berkesan
Hanya
fakta-fakta
yang
dimasukkan

Media Tiga Dimensi


Bahan yang mempunyai bentuk
serta menyerupai bahan yang
sebenar
Antara bahan 3D ialah realia,
model, diorama, mobil,
topeng,boneka, akuarium dan
terrarium

Persekitaran merujuk kepada suasana yang ceria dan dilengkapi dengan


pelbagai kemudahan asas paling sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

Keadaan

fizikal

tempat

belajar

boleh

mempengaruhi

pembelajaran seseorang pelajar. Antara sumber persekitaran yang perlu


dipertimbangkan semasa belajar ialah bunyi, warna, cahaya, bau dan
pengerakan.
Bunyi

ditaksirkan

sebagai

persekitaran

yang

sunyi

atau

bising.Kebanyakan Kebanyakan pelajar belajar pada waktu perdana (waktu


pagi atau malam) dengan mempunyai persekitaran yang sunyi dan tenteram.
Persekitaran yang tidak kondusif akan menjejaskan tumpuan pelajar.
Warna pula digunakan untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan
visual. Perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan
menimbulkan kontras yang baik.
16

Cahaya
mencukupi

merujuk kepada tempat yang terang dengan cahaya yang


sewaktu

belajar.

Elakkan

daripada

ruang

belajar

yang

membelakangi cahaya.
Bau sebagai tempat belajar yang tidak mempunyai bau yang tidak
menenangkan di samping pergerakan ialah keluasan sesuatu bilik untuk para
pelajar mudah alih terutama kelas yang mempunyai jumlah pelajar yang
besar.
Menggunakan Teknik-teknik Meningkatkan Ingatan
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman
dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga
merupakan satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Jenis
ingatan manusia dibahagi kepada dua iaitu ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka masa panjang.

Ingatan
jangka
pendek

ingat seketika sahaja


bergantung kepada item
m udah lupa
perlu lalui latihan

Ingatan
jangka
panjang

kekal dalam ingatan


hilang jika ada
gangguan/lupaan
tiada batasan m asa untuk ingatan

Daya ingatan amat penting kepada seseorang pelajar untuk menentukan


kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan. Dengan ini, teknik-teknik
meningkatkan ingatan perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Antara
teknik mengingat ialah Mnemonik, Lokus dan Chunking.
Mnemonik sebagai alat untuk kita mengingati sesuatu yang kita pelajari,
nombor telefon, nama kawan-kawan, tarikh-tarikh penting dalam sejarah.
17

Kata kunci bagi teknik ini ialah minat dan ulangan. Rima, pantun, prosa, ayat,
pola (pattern) gambar dan pelbagai bunyi dijadikan pembantu untuk
menambahkan daya ingatan. Mnemonik jenis ini dikenali sebagai akronim,
contohnya SPRM merupakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mnemonik terbahagi kepada tiga iaitu kata gentian, anekdot, lokasi dan
rantaian. Kata gentian biasanya digunakan kepada perkara abstrak yang
sukar diingat. Sebagai contoh, perkataan sopan boleh digambarkan dengan
gambaran visual seorang pelajar bertegur sapa dengan gurunya di samping
perkataan buah boleh digambarkan pokok yang berbuah. Seterusnya,
Anekdot ialah cerita pendek dan lucu. Dengan cara ini, minda mudah
mengingati sesuatu fakta . Misalnya, kata kunci keperluan asas manusia
seperti air, udara, pakaian dan makanan dimasukkan dalam sebuah cerita
pendek. Manakala, lokasi sebagai kaedah tempat yang berdasarkan dua
cantuman unsur iaitu tempat dan imej. Melalui teknik ini, pelajar perlu ingat
kepada sesuatu lokasi dan kaitkan dengan maklumat yang diingati. Rantaian
pula sesuai untuk mengingati senarai yang panjang dan digunakan dengan
menggunakan gambaran. Sebagai contoh, sebuah bas yang berbentuk roti
sedang meronda di jalan raya, ketika seorang burung sedang memakai topi
sambil membaca buku di dalam bas dan seterusnya. Sebenarnya, apa yang
perlu diingat ialah buku ,topi, burung , bas dan pensil.
Kaedah lokus pula adalah mengaitkan bahan ingatan dengan sesuatu
tempat yang dikenali. Sebagai contoh, mengingat daftar belanja :
Lokasi

Kata Kunci

Depan pintu.

Beras

Ruang tamu

Bawang merah
18

Dapur

Kicap

Tandas

sabun

Tandas

Berus gigi

Ketika anda menvisualisasikan pindu depan, bayangkan ada setumpuk beras


yang menghalangi jalan masuk di depan pintu. Setelah beras itu anda
singkirkan, anda masuk ke ruang tamu, bayangkan ada bawang merah besar
sedang duduk di sofa ruang tamu lalu ketika anda masuk ke dapur anda
melihat kicap sedang menari, lalu anda sampai di tandas bayangkan ada
sabun besar sedang menggosok gigi dengan berus gigi yang bermuka yang
sedang

tersenyum

kepada

anda.

Teknik Chunking merupakan teknik kumpul beberapa maklumat yang tidak


berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragamam tertentu. Sebagai
contohnya, untuk menghafal nombor 1-10 , boleh mengaitkannya dengan
sebuah lagu kanak-kanak. Hal ini perlu memecahkan nombor-nombor ini
kepada beberapa bahagian mengikut rentak lagu nyayian. Melalui teknik
Chunking dan disertakan dengan lagu, proses menghafal hanya memerlukan
beberapa sesi latihan sahaja.

123

456

789

10

Dengan adanya teknik-teknik tersebut, daya ingatan pelajar dapat


ditingkatkan sekiranya mereka mempratikkan dengan sepenuh hati.

19

REFLEKSI
Dengan penuh kesyukuran, tugasan projek ini dapat saya laksanakan
dengan sempurna serta lancar. Ketika saya mendapat tugasan ini daripada
pensyarah, saya berasa agak terkejut kerana subjek ini merupakan perkara
baru kepada saya. Setelah memahami kehendak tugasan tersebut, saya mula
mencari dan mengumpul bahan dari pelbagai sumber dan rujukan.
Melalui kerja kursus ini, saya dapat memahami kemahiran belajar secara
mendalam. Kemahiran belajar merangkumi pelbagai aspek seperti kemahiran
mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran
20

membuat

rujukan,kemahiran

mendengar,

kemahiran

menghadapi

peperiksaan, kemahiran mencari maklumat dan kemahiran mengingat.


Sampai hari ini, saya baru sedar bahawa segala teknik belajar yang saya
gunakan adalah kurang tepat. Namun, saya akan berusaha memperbaiki
segala kekurangan saya semasa belajar.
Selain itu, kemahiran belajar sangat penting kepada seseorang pelajar.
Pelbagai pelajar mempunyai gaya pembelajaran masing-masing temasuk
saya. Selepas saya melaksanakan tugasan projek ini, saya dapat memahami
gaya pembelajaran yang terdapat pada diri saya.
Begitu juga, saya dapati bahawa sikap berdikari dan berinisiatif dapat
dipupuk melalui menguasai kemahiran belajar. Seseorang pelajar dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa belajar secara individu. Mulai
hari ini, saya akan cuba mengaplikasikan kemahiran belajar dengan cekap
dalam pembelajaran saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
saya, En Said Bin Sulaiman kerana memberi peluang kepada saya membuat
projek ini di samping memberi bimbingan dan panduan kepada saya. Saya
juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada rakanrakan saya atas bantuan mereka.

21

BIBLIOGRAFI
1. Buku
Syed Ismail Bin Syed Mustapa&Ahmad Subki Bin Maskon, 2010
Kemahiran Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
2.Internet
Definisi Kemahiran Belajar, diakses pada 12 Ogos 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/22969395/Kemahiran-Belajar
Pelbagai Kemahiran Belajar, diakses pada 12 Ogos 2012 daripada
http://www.teachersrock.net/masteri5.htm
http://nursarinar.blogspot.com/2009/04/kemahiran-belajar.html
http://nazlelatraining.blogspot.com/2012/06/belajar-cara-belajar-bcb.html
Pelbagai Kemahiran Belajar, diakses pada 16 Ogos 2012 daripada
http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf

22

LAMPIRAN

23

24

Anda mungkin juga menyukai