Anda di halaman 1dari 3

Kes kecuaian perubatan: Mahkamah tetap 29 Mei nilai ganti rugi

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menetapkan 29


Mei ini untuk memutuskan penilaian ganti rugi bagi saman kecuaian
perubatan yang dimenangi oleh bekas atlet junior negara, Nor Azleen
Mohammad Mustafa. Nor Azleen, 24, menerusi peguamnya yang
ditemui di luar mahkamah, N Sharmini , berkata Hakim Datuk Azmi
Ariffin menetapkan tarikh berkenaan bagi membuat penilaian
sewajarnya sebelum membuat keputusan itu. "Mahkamah menetapkan
tarikh berkenaan bagi membolehkan pertimbangan dan penilaian
sewajarnya dapat dijalankan. "Hakim memerlukan masa untuk
menilai dan menyemak semua dokumen, bukti serta keterangan yang
dikemukakan di mahkamah dan ia memerlukan sedikit masa kerana
membabitkan banyak isu perubatan yang perlu diteliti lanjut, "
katanya. Beliau berkata, anak guamnya yang lumpuh selepas
pembedahan tulang sudah membuat tuntutan sebanyak RM4.6 juta
sebagai ganti rugi am dan khas terhadap doktor dan hospital yang
menjalankan pembedahan terhadapnya 10 tahun lalu. Nor Azleen
memfailkan saman kecuaian perubatan terhadap Dr Omar Md Isa
Jabatan Ortopedik Universiti Malaya, Fakulti Perubatan dan Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) beberapa tahun lalu selepas dia
lumpuh separuh badan susulan dari pembedahan tulang belakang pada
3 September 2005. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang untuk menolak saman pada 9 November 2012, Nor Azleen
memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Pada 21 Julai tahun
lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan (COA) panel yang diketuai oleh
Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus membenarkan rayuan beliau.
Mahkamah Rayuan memerintahkan kes itu dihantar semula kepada
Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk penilaian ganti rugi.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/43271

KORAM : 1. YA DATO SRI ABU SAMAN BIN NORDIN,


2. YA DATO MOHD HISHAMUDIN BIN MOHD YUNUS,
3. YA DATO BALIA YUSOF BIN HAJI WAHI.
PEGUAM PERAYU : TETUAN MAHINDAR & CO.
PEGUAM RESPONDEN 1 : PKP KAMAL AZIRA BIN HASSAN
PEGUAM RESPONDEN 2 : TETUAN KHOO & SIDHU.
1.

Ini adalah kes tuntutan gantirugi kemalangan jalanraya yang didakwa


berlaku di Jalan Nenasi Rompin, Pekan, Pahang pada 7.6.1996 oleh
Perayu terhadap Kerajaan Malaysia (Responden 1) dan Kontraktor yang
dilantik untuk pembinaan jalanraya berkenaan (Responden 2) .
2.
Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, Perayu mendakwa bahawa
pada 7.6.1996 semasa Simati sedang menunggang motorsikal No.
JDQ 7937 di Jalan Nenasi ke Rompin, telah terlanggar permukaan
jalan yang tidak rata dan jatuh, dan Simati telah mengalami
kecederaan dan meninggal dunia pada 12.6.1996.
3.
Berdasarkan Pernyataan Pembelaan Defendan 1, Responden 1
telah menafikan kecuaian dan menyatakan bahawa kemalangan
tersebut adalah disebabkan kecuaian Simati sendiri semasa
menunggang motorsikal tersebut. Secara alternatif, pihak
Responden 1 telah menyatakan bahawa jalan tersebut adalah
dibawah tanggungjawab pengawasan / penyelenggaraan Responden
2.
Responden/Defendan 2, berdasarkan Pernyataan Pembelaan
Defendan Kedua, Responden 2 juga telah menafikan kecuaian dan
menyatakan bahawa pada bulan Jun 1996 tersebut kesemua kerja di
tempat kejadian telah siap dan sempurna. Oleh itu, Perayu tidak
mempunyai apa-apa kausa tindakan terhadap Responden 2.
Keputusan Mahkamah semasa perbicaraan di Mahkamah
Sesyen dan Tinggi:
1. Pada 17.8. 2004, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen telah
memutuskan bahawaPerayu adalah bertanggungan 100%
kecuaian dan tindakan ini telah ditolak dengan kos. Dan
sekiranya Responden 1 dan 2 didapati bertanggungan 100%,
Responden
1
dan
2
diperintahkan
membayar
kepada
Pemohon Gantirugi Khas sebanyak
RM 12,270-00 dan
Gantirugi Am sebanyak RM 76,800-00.
2.
Perayu, tidak berpuashati dengan keputusan Tuan Hakim
Mahkamah Sesyen Kuantan ini, telah merayu kepada Mahkamah
Tinggi Kuantan terhadap sebahagian keputusan / isu liability sahaja.

YA Pesuruhjaya Kehakiman pada 3.3.2009 telah memutuskan


untuk menolak rayuan Perayu dengan kos.

Anda mungkin juga menyukai