Anda di halaman 1dari 14

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

1.0

PENGENALAN
Umumnya telah diperakui bahawa ilmu linguistik telah berkembang dengan

begitu pesat sekali. Bidang atau ilmu linguistik ini merupakan suatu bidang yang telah
begitu lama dikaji oleh ramai pengkaji bahasa, bukan sahaja di Negara kita malah di
serata dunia. Ini adalah kerana pengkajian berkaitan dengan bidang linguistik ini adalah
begitu penting sejak dahulu lagi. Jadi, tidak hairanlah jika bidang ini telah dijadikan
sebagai subjek utama dan diajar disemua peringkat pengajian samada peringkat sekolah
mahupun di peringkat pengajian tinggi. Biarpun pada masa kini bidang sains dan
teknologi telah diberikan perhatian yang lebih mendalam oleh pihak kerajaan, namun
begitu bidang linguistik ini masih terus diberikan perhatian supaya ianya dapat
mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan masyarakat.
Akibat daripada perkembangan tersebut juga, aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan bidang kajian bahasa turut sama berkembang. Kajian ini dilakukan tidak sahaja
tertumpu kepada satu aspek semata-mata tetapi berkembang dengan lebih meluas
meliputi bidang atau aspek-aspek di luar bahasa yang berkait rapat dengan penggunaan
bahasa dan juga kehidupan manusia itu sendiri.
Ilmu linguistik ini pada asasnya merujuk kepada bahasa secara umum seperti
mana pandangan yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure (1857), di mana beliau
merumuskan ilmu linguistik ini tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja tetapi
ianya merangkumi bahasa secara umum. Selain daripada bersifat umum, ianya juga
dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik iaitu bidang kajian linguistik ini
mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu
yang dipelajari. Ianya juga dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji
kesahihannya oleh mereka yang berkelayakan.
Berdasarkan kepada keperluan tersebut maka ilmu linguistik ini dapat
dirumuskan pembahagiannya kepada beberapa jenis berdasarkan kepada sistem atau
disiplin yang berhubungan dan ianya pula menjadi tumpuan para penyelidik dan
1

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

pengkaji bahasa terhadap bahasa yang dikaji atau diselidiki dan salah satu daripadanya
ialah kajian stilistik.

2.0

KONSEP DAN DEFINISI KAJIAN STILISTIK


Bahasa, sejak dari awal kewujudannya memang sudah mempunyai apa yang

dinamakan gaya untuk bahasa itu sendiri. Ini disebabkan setiap pengucapan yang tidak
lurus atau teratur seperti yang biasa digunakan oleh masyarakat merupakan gaya. Ini
berbeza dengan bahasa yang teratur atau dikatakan bahasa standard itu yang digunapakai
untuk bercakap atau menulis. Maka disitu timbullah berbagai macam ragam serta
kelainan gaya dan ianya membezakan gaya tertentu di antara satu sama lain.
Stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik atau kaedah
dalam kajian linguistik tertentu terhadap bahasa yang digunakan dalam ucapan awam
oleh masyarakat seperti bahasa undang-undang, agama, perdebatan, sains, sastera atau
bahasa perhubungan sosial yang berbeza seperti mana yang dinyatakan oleh David
Crystal (1985).
Stylistics in its most general sense refers to the application of
linguistic techniques to the study of particular kinds of language current
within a given community, such as the language of science, of law, of
religion, of debate, or of literature, or the language of different sosial
classes.
Stilistik adalah berasal daripada bahasa Inggeris iaitu style yang bermaksud
gaya. Menurut Abdullah Hassan (1990), beliau mendefinisikan stilistik sebagai ilmu
tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa.
Ianya memberi fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu stilistik tersebut
muncul dalam bidang linguistik dan diperluaskan lagi dalam bidang kesusateraan yang
menggunakan bahasa sebagai sebagai wahana pengucapan. Kesan daripada penerapan

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

berdasarkan disiplin linguistik maka tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya
sastera dan bukan sastera.
Kamus Linguistik Edisi Ketiga mendefinisikan stilistik sebagai ilmu yang
menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat
interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian
gaya bahasa itu sendiri. Bagi Kamus Dewan Edisi Ketiga, stilistik dinyatakan sebagai
kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara yang berkesan di dalam penulisan
yang berkaitan dengan tail atau gaya bahasa khasnya. Manakala menurut Kamus Zaba
pula, stilistik didefinisikan sebagai suatu kajian mengenai teknik atau tatacara
penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara yang lebih berkesan di dalam sesuatu
bentuk penulisan.
Konsep stilistik atau dinamakan juga kajian bentuk boleh dibahagikan kepada
dua perkara yang berbeza iaitu ;
i.

Kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi pelbagai bentuk gaya


bahasa seperti pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan
pertentangan. Ianya juga merangkumi peribahasa, sindiran dan gaya

ii.

retorik.
Pemakaian bahasa iaitu termasuk segala yang mencakupi dalam bidang
linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantic.

Rajah 1.0 : Gambarajah Kajian Stilistik

Stilistik
Kajian tentang
kelainan bahasa

Kajian tentang
pemakaian bahasa

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Selain daripada itu, stilistik juga merupakan satu bentuk disiplin yang mengkaji
ciri-ciri yang berbeza mengenai linguistik yang berlaku di dalam kelompok sosial
masyarakat di mana kelompok sosial ini dibezakan oleh bidang pekerjaan atau kelas
sesuatu masyarakat itu sendiri. Namun begitu, pada asasnya stilistik lebih merujuk
kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu masyarakat yang lebih kecil atau
komuniti dengan menggunakan kaedah linguistik yang banyak digunakan untuk
menghuraikan tingkah laku bentuk-bentuk bahasa tulisan yang digunakan oleh
pengarang di dalam karya-karya deskriptif ataupun karya kesusasteraan mereka.
Bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa biasanya banyak digunakan di dalam
karya kesusasteraan. Berdasarkan jenis bahasa ini jugalah, maka kajian stilistik
digunakan dalam usaha mencari jalan keluar bagi menghuraikan perhubungan antara
bentuk pengucapan dengan maksud yang dibawa olehnya.
Sebelum adanya stilistik, kajian terhadap teks sastera dilakukan secara tradisional
di mana ianya hanya terbatas pada kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak
tatabahasa termasuklah kelainan yang bersifat figurative seperti penggunaan peribahasa,
bahasa kiasan, ungkapan dan sebagainya. Dengan adanya kajian stilistik ini, ianya telah
dianggap lebih objektif dan saintifik di mana kajian tersebut meliputi kajian teks sastera
bukan sahaja dari sudut kebahasaan tetapi juga merangkumi isi yang disampaikan
dengan penggunaan bahasa itu.
Secara ringkasnya, konsep stilistik iaitu kajian stail atau gaya merupakan kajian
yang mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat
segala kefahaman sebenar mengenai sesebuah karya teks kesusasteraan. Pendekatan
terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan yang lebih subjektif dan
memasuki cara baru yang lebih objektif dan saintifik dengan penggunaan kajian stilistik.
Ini bermakna, segala bentuk hubungan yang menimbulkan kelainan pada gaya bahasa,
baik gaya individu atau implikasi lain yang melibatkan kelahiran sebuah hasil sastera
telah diperhatikan dan diberikan saluran kajian yang khusus.

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

3.0

KONSEP DAN DEFINISI GAYA BAHASA


Menurut Nik Hassan Basri (2007), gaya bahasa ialah ragam bahasa yang sering

digunakan di dalam bentuk penulisan, lisan atau cara pemakaian bahasa di dalam
sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh seseorang penulis
atau pengarang dalam usaha untuk melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya di
dalam hasil karya mereka. Terdapat lima kelompok utama gaya bahasa iaitu gaya bahasa
pengulangan, gaya bahasa penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan
dan gaya bahasa pertentangan. Aspek gaya bahasa adalah amat penting bagi menjadikan
sesebuah karya itu lebih menarik dengan penggunaan gaya bahasa yang pelbagai.
Gaya bahasa perbandingan merupakan suatu bentuk gaya bahasa yang
menggunakan kata-kata kiasan atau perbandingan yang tepat bagi mengungkapkan
sesuatu maksud yang tersirat bagi membentuk pemilihan bahasa yang tepat. Setiap gaya
bahasa perbandingan tersebut, biasanya setiap pengarang memiliki cara pemilihan gaya
bahasa mereka sendiri, digunakan bagi mengindahkan hasil karya serta digunakan untuk
menambahkan kesan dan makna yang tertentu dengan cara perbandingan sesuatu perkara
dengan perkara lain. Bagi gaya bahasa perbandingan bahasa Melayu, terdapat pelbagai
jenis gaya bahasa yang disampaikan oleh setiap penulis atau pengkarya dalam
menghasilkan karya terbaik mereka, antaranya :

3.1

Metafora
Merupakan perbandingan yang dibuat secara langsung di antara satu
benda dengan benda yang lain di mana perbandingan tersebut mempunyai sifat
kesamaannya. Ianya juga merupakan gaya bahasa yang menggunakan kata-kata
bukan membawa erti sebenar tetapi sebagai kiasan berdasarkan persamaan.
Metafora juga merupakan cara yang paling berkesan untuk menyampaikan
sesuatu kepada pembaca. Bahasa yang digunakan juga tidak hanya lembut
didengar tetapi juga adakala membawa unsur yang agak lucu.

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Contoh metafora yang selalu digunakan oleh penulis dalam karya mereka,
antaranya ialah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Matahari disifatkan sebagai raja siang.


Jinak-jinak merpati
Tunas harapan
Lembah duka
Lautan api

Namun begitu, ada juga bentuk metafora yang membawa persamaan


antara metafora itu sendiri dengan perumpamaan, antaranya :

3.2

i.
ii.

Harapkan pagar, pagar makan padi


Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, ini pula otak

iii.

manusia.
Biar mati anak, jangan mati adat

Personafikasi
Personafikasi yang berasal daripada bahasa Yunani iaitu prosopopoeia
ialah perlambangan bagi sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda yang
tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Antara contoh-contoh personafikasi
yang sering kita temui dalam hasil karya penulis ialah :
i.
ii.
iii.

3.3

Daun nyiur melambai-lambai.


Bulan tersenyum manis padaku
Angin malam membisik kata rindu padaku

Simbolik
Simbolik merupakan salah satu gaya bahasa perbandingan di mana gaya
bahasa tersebut membawa erti memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada
yang lain, atau melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda-benda atau
perkara seperti lambing atau symbol-simbol yang tertentu, antaranya :
i.

Lintah darat
6

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

ii.
iii.

3.4

Kambing hitam
Kaki bangku

Euphimisma
Euphimisma merupakan gaya bahasa perbandingan yang memperhalusi
sesuatu kata-kata atau ucapan samada kata-kata yang kasar, lucu, lucah dan
sebagainya supaya pembaca atau pendengar melihat kata-kata tersebut dalam
bentuk yang lembut, halus dan lebih sopan. Contohnya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

3.5

Minta diri sebentar


Hilang akal
Dipersilakan duduk
Kemaluan
Hubungan jenis

Periprase
Periprase juga merupakan gaya bahasa perbandingan bagi penghuraian, di
mana satu kata yang ditukarkan dengan kata-kata lain yang lebih panjang tetapi
masih membawa maksud atau erti yang sama dan sesuai dengan kata yang
hendak digantikan itu. Contoh periprase, antaranya ialah :
i.
ii.

4.0

Ketika sang suria menunjukkan dirinya menggantikan pagi-pagi.


Suria merangkan melabuhkan tirainya menggangtikan malam.

KONSEP DAN DEFINISI GAYA BAHASA PERTENTANGAN


Gaya bahasa pertentangan dijelaskan sebagai satu gaya bahasa yang

memperlihatkan kebertentangan maksud, erti atau makna di dalam sesuatu ayat bagi
memperindahkan sesuatu hasil penulisan atau karya seseorang penulis. Gaya bahasa
pertentangan ini juga terdiri daripada beberapa jenis, iaitu :
7

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

4.1

Pradoks
Pradoks adalah antara gaya bahasa pertentangan yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Ianya merupakan satu corak gaya yang bertentangan dengan
kata-kata atau maksud dalam satu kalimat. Contoh bagi pradoks ialah :

4.2

i.

Senyuman dalam tangisan di mana kebiasaannya seseorang yang

ii.
iii.

tersenyum tidak menangis dan begitu juga sebaliknya.


Marah dalam sayang
Benci tapi rindu.

Antithese
Satu lagi bentuk gaya bahasa pertentangan ialah antithese iaitu gaya yang
mempertentangkan paduan bagi dua patah perkataan yang berlawanan sertinya
bagi setiap perkataan tersebut. Contohnya ialah :
i.
ii.
iii.

4.3

Hitam putih
Tua muda
Jantan betina

Occupasi
Occupasi ialah gaya bahasa pertentangan yang mengandungi suatu
bantahan atau tentangan yang tidak dipersetujui tetapi tetap di cuba
membentangkannya sebagai diketahui oleh umum. Namun begitu, waalaupun
umum telah mengetahuinya tetapi ianya tetap juga ditonjolkan bagi menimbulkan
kepuasan pihak yang menyampaikannya. Contoh terbaik bagi occupasi adalah
seperti berikut :
i.

Amaran oleh Kerajaan Malaysia. Merokok membahayakan

ii.

kesihatan.
Dilarang menjaja di kawasan ini.
8

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

4.4

Kontradiksio
Kontradiksio merupakan gaya bahasa pertentangan yang membawa
maksud satu gaya yang memperlihatkan pertentangan dengan apa yang sudah
diperkatakan atau ditegaskan terlebih dahulu. Contoh bagi gaya kontradiksio
ialah:
i.
ii.

Lelaki itu kelihatan baik tetapi sebenarnya kejam.


Malam ini sungguh sepi, hanya kedengaran bunyi anjing
menyalak bersahutan.

5.0

KONSEP DAN DEFINISI GAYA BAHASA PENYIRNAAN


Gaya bahasa penyirnaan pula ialah bentuk bahasa yang mengalami unsur

pengguguran bunyi, suku kata, huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau pewujudan
kata-kata ringkas yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata daripada
perkataan yang asal. Gaya bahasa penyirnaan ini banyak ditemui dalam bentuk penulisan
cerpen, novel dan sebagainya. Contoh bagi penggunaan gaya bahasa penyirnaan boleh
dilihat seperti berikut :
Apa yang kau mau, Piah? tanya Rizal
Tengok jam.
Tengok jam? Rizal agak kehairanan. Piah tidak pernah melihat jam selama ini.
Mengapa pulak hari itu tiba-tiba dia mahu menengok jam. Tapi hairannya itu
hanya sebentar.
Gaya bahasa penyirnaan yang digunakan di dalam contoh tersebut adalah
singkatan bagi perkataan kau menggantikan engkau dan juga mau menggantikan
mahu. Tujuan penggunaan gaya bahasa tersebut adalah untuk mengindahkan lagi gaya
penulisan serta mengujudkan situasi yang sebenar apabila pembaca membacanya.

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

6.0

HURAIAN

RINGKAS

ASPEK

GAYA

BAHASA

DALAM

PUISI

TRADISIONAL
Salah satu genre puisi tradisional yang terdapat dalan Antologi Harga Remaja :
Teks Komsas Tingkatan Empat ialah Seloka Emak Si Randang. Seloka berbentuk bebas
ini mengisahkan emak Si Randang yang sangat baik hati. Dia dengan rela hati memasak
makanan untuk menjamu pedagang atau orang dagang yang tidak dikenalinya. Kebaikan
emak Si Randang ini tiada tolok bandingnya sehinggakan beliau sanggup untuk
meruntuhkan rumahnya jika tidak berkayu untuk memasak semata-mata untuk melayan
tetamunya. Namun begitu, emak Si Randang terlupa untuk menjaga keluarga dan
anaknya sendiri sehinggakan emak Si Randang terpaksa menanggung hutang yang
banyak kerana kehabisan beras akibat menjamu atau melayan tetamunya. Penderitaan ini
terpaksa ditanggung emak Si Randang kerana padi yang ditanamnya langsung tidak
menjadi.
Tema puisi tradisional ini adalah mengenai sikap masyarakat yang terlalu
mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarganya sendiri manakala persoalan
seloka ialah :
i.
ii.
iii.

Rasional ketika melakukan sebarang tindakan


Pembaziran yang perlu dielakkan
Tanggungjawab ibu terhadap keluarga terutamanya anak.

Selain tema dan persoalan, terdapat juga nilai-nilai yang ditonjolkan oleh penulis
dalam Seloka Emak Si Andang iaitu :
i.

Nilai

kebijaksanaan

di

mana

seseorang

perlu

bijaksana

ii.

menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.


Nilai bertanggungjawab di mana seorang ibu harus mempunyai

iii.

rasa tanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak sendiri.


Nilai berbudi pula ialah saranan supaya kita hendaklah berbudi
kepada semua orang tetapi hendaklah jangan berlebih-lebihan atau
berpada-pada sahaja.
10

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Manakala pengajaran yang boleh kita perolehi daripada puisi tradisional bertajuk
Seloka Emak Si Andang pula ialah :
i.

Kita sebagai manusia yang hidup berkeluarga janganlah melebihlebihkan orang luar dan tidak mengabaikan ahli keluarga sendiri
terutamanya anak-anak agar setiap kehidupan kita menjadi lebih

ii.

harmoni.
Setiap daripada kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang
waras dan rasional dalam melakukan sebarang tindakan agar
tindakan yang kita lakukan tidak membawa kesan yang buruk

iii.

kepada kita dan keluarga.


Kita digalakkan memberi layanan yang baik kepada tetamu tetapi
layanan yang diberikan itu juga biarlah berpada-pada supaya tidak
nanti berlakunya pembaziran sehingga mendatangkan kesan yang
tidak baik kepada diri kita sendiri.

Dalam puisi tradisional Seloka Emak Si Randang yang diterbitkan dalam


Antologi Harga Remaja : Teks Komsas Tingkatan Empat ini terdapat enam bentuk gaya
bahasa yang digunakan oleh penulis untuk dihuraikan. Antara gaya bahasa yang
digunakan dalam puisi tradisional itu ialah :
i.

Ansonansi iaitu pengulangan huruf vocal yang sama iaitu a, e, i, o, u di


dalam satu baris. Dalam Seloka Emak Si Randang ini ansonansinya ialah
a iaitu Anak pulang kelaparan yang telah diulangkan sebanyak enam

ii.

kali.
Alitersi ialah pengulangan huruf konsonan yang sama selain daripada
huruf vocal a,e,i,o,u di dalam satu baris. Aliterasi dalam puisi tradisional
ini merujuk kepada pengulangan huruf k yang merujuk kepada Anak

iii.

dipangku diletakkan telah diulang-ulang sebanyak empat kali.


Sinkof pula merupakan pengguguran bunyi, suku kata, huruf sisip atau
suku kata sisip perkataan atau pewujudan kata-kata ringkas yang terhasil
akibat penghilangan huruf atau suku kata daripada perkataan yang asal.
Merujuk kepada puisi tradisional Seloka Emak Si Randang, perkataan
11

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

tak di dalam ayat pada baris ke-8 iaitu Beras habis padi tak jadi
iv.

merupakan gaya bahasa sinkof.


Anafora ialah pengulangan kata di baris depan. Contoh anafora yang
terdapat dalam puisi tradisional ini ialah pengulangan kata Anak seperti

v.

contoh yang ditunjukkan di bawah ini.


Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
Selain daripada itu, peribahasa juga digunakan sebagai salah satu gaya
bahasa yang boleh ditemui di dalam puisi tradisional ini. Peribahasa
secara ringkasnya menurut Zaba ialah susunan kata-kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan
bijak perkataannya. Unsur peribahasa yang digunakan di dalam puisi
tradisional ini ialah Kera di hutan disusui yang membawa maksud

vi.

mengutamakan orang lain lebih daripada keluarga sendiri.


Hiperbola juga digunakan sebagai gaya bahasa dalam penulisan puisi
tradisional Seloka Emak Si Andang. Hiperbola secara ringkasnya
membawa maksud gaya bahasa yang mengandungi pernyataan yang
bersifat melebih-lebih bertujuan menekankan atau memperhebatkan
kesan serta pengaruhnya. Tiada kayu rumah diruntuhkan merupakan
hiperbola yang ditunjukkan di dalam puisi tradisional ini.

.
7.0

PENUTUP
Secara keseluruhannya pengertian linguistik boleh kita rumuskan sebagai satu

bidang yang memerlukan kajian yang mendalam serta teliti. Penekanan khusus sangat
diperlukan dalam bidang kajian bahasa serta menghubungkan bidang bahasa dengan
ilmu disiplin lain yang terdapat dalam bahasa. Setiap disiplin ini pula banyak
memberikan penawaran kepada pelbagai isu yang mempunyai hubungkait antara bahasa
dan masyarakat yang menjunjung bahasa tersebut. Menurut Nik SafiahKarim (1981),
perkaitan antara aspek bahasa dengan masyarakat dapat dilihat dengan jelas terutamanya
apabila kajian membabitkan pelbagai pola pengguna bahasa dengan latar belakang
12

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

masyarakat dijalankan walaupun kebanyakan ahli sosiolinguistik mengaitkan tafsiran


mereka dengan subbidang sosiolinguistik yang memfokuskan samada apek bahasa atau
pun masyarakat yang mendukung bahasa itu.
Terlalu banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa dan bukan hanya sebagai alat
komunikasi atau perhubungan semata-mata tetapi terdapat juga beberpa aspek lain yang
turut disumbangkan oleh bahasa, bahkan peranan yang dimainkannya juga perlu selari
dengan fungsi utamanya. Berdasarkan huraiaan yang ringkas di atas, dapatlah
disimpulkan di sini bahawa stilistik linguistik adalah ilmu khas untuk mengkaji berkaitan
disiplin linguistik dalam penulisan sastera di mana stilistik itu sendiri adalah ilmu
tentang pemakaian bahasa dalam penghasilan sesebuah karya sastera. Selain itu,ianya
juga merupakan ilmu gaya bahasa yang digunakan dalam setiap wacana sastera,
mengkajinya dengan orientasi linguistik dan memainkan peranan menurut perspektif
linguistik itu sendiri.
( 2928 patah perkataan ).
RUJUKAN.
1.

Abdullah Yusof. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Open


Universiti Malaysia.

2.

Awang Sariyan, (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan


Suatu Idelisma. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Persatuan
Linguistik Malaysia.

3.

Awang Sariyan. (2002). Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan
Linguistik Malaysia.

4.

Awang Sariyan. ( 2004 ). Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu. Kertas


edaran dalam Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian
Pelajaran, 21 Disember 2004.

5.

Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
13

HBML3403 :LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

6.

Majalah Pelita bahasa Mac 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka

7.

Majalah Dewan Budaya November 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.

Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia,


Meteor Doc.Sdn. Bhd, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan
Keempat 2010.

9.

Zalina Yahya . Petikan Akhbar.Bahasa Baku Pastikan Keseragaman


Penyampaian Ilmu. 5 Januari2000.

10.

Zalina Yahya. Petikan Akhbar Berita Harian.Memasyarakatkan dan


Menghayati Sastera Kita.3 Jun 2000

14

Anda mungkin juga menyukai