Anda di halaman 1dari 28

BMM 3104 PENGAJARAN

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


TAJUK :KEMAHIRAN MEMBACA
KUMPULAN 6
NAMA :MOHD SARUDDIN B. MAT ZIN
MUHAMMAD ALIFF HAIKAL B. ZAIDI
KUMARAJEEVAN A/L DARMALINGAM

MATLAMAT

JENIS
BACAAN

KEMAHIRAN
MEMBACA

PERINGKAT
PENGAJARAN
BACAAN

TEKNIK
BACAAN

MATLAMAT
Kemahiran membaca dan memahami
diajarkan kepada murid supaya mereka
dapat bertindak balas tehadap maklumat
yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Daripada kemahiran ini, mereka dapat
memperluas ilmu dan pengetahuan yang
terakam dalam bahan bertulis.

JENIS BACAAN

BACAAN MEKANIS

BACAAN MENTALIS

BACAAN INTENSIF

BACAAN EKSTENSIF

BACAAN MEKANIS

Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas


dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu
mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan
betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul.
Bahan bacaan yang sesuai ialah bahan bacaan
yang mudah difahami dan tidak membebankan.

BACAAN MENTALIS

Dikenali juga sebagai bacaan akliah


Dilaksanakan dalam hati tanpa suara
setelah pelajar menguasai bacaan
bersuara
Tujuannya adalah untuk memahami
maklumat / idea atau buah fikiran

BACAAN INTENSIF

Bacaan secara mendalam


Tujuannya untuk memperkembangkan
kebolehan meneliti, memahami dan
mentafsirkan perkara yang dibaca.
Memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan
bahasa dalam konteks dan situasi yang
berlainan.

BACAAN INTENSIF

Konsep bacaan intensif :


Untuk memperkembang pembelajaran
bahasa murid
Memberi penjelasan tentang struktur yang
sukar dan memperkembang perbendaharaan
kata
Mengkaji ciri-ciri tatabahasa
Memperkembang usaha mengawal bahasa
lisan dan pertuturan
Kepentingan gerak laju dan kelainan masa

BACAAN EKSTENSIF

Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar


bilik darjah
Menitikberatkan pengukuhan asas
bacaan, menambah kemahiran
pemahaman dan meningkatkan
kepantasan membaca
Membolehkan pelajar mencari isi penting
melalui bacaan jenis ini.

BACAAN
EKSENTENSIF

Konsep bacaan ekstensif ialah :


Kegiatan membaca dilakukan di luar bilik
darjah
Bahan bacaan perlu sesuai dengan murid
Bahan yang berbeza dan murid mendapat
kepuasan, keseronokan dan terhibur

KESEDIAAN
MEMBACA

BACAAN &
KEFAHAMAN

PERINGKAT
PENGAJARA
N BACAAN

BACAAN
MEKANIS

PRABACAAN

KESEDIAAN
MEMBACA

Kesediaan membaca ialah satu peringkat


perkembangan sama ada faktor-faktor
alam sekitar ataupun faktor tersedia yang
menyediakan seseorang kanak-kanak itu
untuk membaca.
Dikatakan sebagai satu peringkat yang
menyediakan kanak-kanak dengan
bacaan awal atau bacaan asas.

KESEDIAAN
MEMBACA

Antara faktor yang mempengaruhi kesediaan


membaca ialah :
1.
2.
3.
4.

Keadaan fizikal
Pengalaman dan persekitaran
Emosi dan motivasi
Kecerdasan dan perkembangan kognitif

PRABACAAN

Merupakan kesediaan murid untuk


membaca
Meliputi kemahiran pengamatan
pendengaran, pengamatan penglihatan,
aktiviti koordinasi psikomotor, latihan
menajamkan daya ingatan, dan latihan
bahasa pertuturan.

PRABACAAN

Peringkat bacaan meliputi kemahiran


mengenal abjad hingga membaca ayat
Pada tahap ini murid didedahkan kepada
aktiviti yang boleh mendorong kepada
aktiviti yang boleh meningkatkan
ketajaman pendengaran dan penglihatan.
Contoh aktiviti ialah seperti bermain huruf,
suku kata dan perkataan

BACAAN MEKANIS

Murid sudah boleh menyebut huruf, suku


kata, perkataan ,frasa, dan ayat-ayat
mudah.
Mereka boleh membatangkan perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup yang bermula dengan konsonan.
Kaedah bacaan yang sesuai : pandang
sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad
atau mengeja.

BACAAN
KEFAHAMAN

Murid sepatutnya mempunyai keupayaan


untuk mengumpul maklumat dan makna
daripada apa yang dibaca dan mentafsir
dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya
tentang apa yang dibaca.

BENGKEL KLINIKAL
TEKNIK BACAAN
INTENSIF, SKIMMING,
DAN SCANNING

Satu kaedah membaca


cepat dengan cara
mengutip maklumat
sepintas lalu bagi
mendapat idea penting

BACAAN
SKIMMING

Skimming merupakan
proses sepintas lalu
atas sesuatu
perenggan untuk
mendapatkan idea
utama

Teknik bacaan ini


sangat penting
kepada pembaca
yang ingin membaca
banyak bahan
dalam jangka masa
yang singkat

Langkah-langkah skimming
1. Guru perlu selidik secara keseluruhan tentang
petikan yang diberikan. ( mengikut kesesuaian )
2. Tentukan sumber pilihan supaya bersedia dengan
sesuatu penulisan.
3. Guru akan meminta murid membaca perenggan
pertama walaupun tidak penting kerana
perenggan ini menjadi asas untuk skim.
4. Semasa murid membaca perenggan pertama,
guru akan cuba kaitkan isu utama dan konteks
petikan tersebut. Baca ayat pertama dan akhir
bagi setiap perenggan
5. Baca perenggan akhir dengan teliti. Biasanya, di
sini terdapat unsur-unsur penyimpulan dan
rumusan.

CONTOH AKTIVITI
Guru memberikan murid-murid berkaitan dengan tajuk
Kepentingan buah-buahan terhadap kesihatan tubuh badan
PETIKAN
Buah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ia kaya
dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi
komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di
dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu
menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan. Selain itu,
buah-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu
dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi
kepada kanak-kanak.
Setiap buah mengandungi kandungan vitamin yang tinggi.
Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral.
Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting
dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam
melawan jangkitan kuman. Buah pisang kaya dengan vitamin
A, B1, B2 dan C, buah mangga kaya dengan vitamin A, E & C
manakala buah betik kaya dengan Vitamin C dan provitamin
A.

Konsep bacaan ini


adalah untuk
memperkembang
pembelajaran bahasa
murid, memberi
penjelasan tentang
struktur dan
perbendaharaan kata.

Bacaan intensif
adalah bacaan secara
mendalam

BACAAN
INTENSIF

Bacaan ini
memfokuskan
kepada ciri-ciri
tatabahasa, meneliti
pembentukan dan
penggunaan bahasa

Bertujuan untuk
memperkembang
kebolehan meneliti,
memahami dan
mentafsirkan perkara
yang dibaca

KAEDAH
ABJAD
Penghafalan
abjad

Pembentukan suku
kata

Aktiviti mengeja

CONTOH AKTIVITI
PERKENALKAN HURUF VOKAL a, e, I, o, u ; huruf kecil

CONTOH AKTIVITI
MENYEBUT SUKU KATA KV ( KONSONAN-VOKAL )

BACAAN SCANNING
Kemahiran atau keupayaan untuk
mendapatkan maklumat secara cepat dan
untuk mencari jawapan kepada sesuatu
soalan atau mencari maklumat secara
khusus.
Menentukan sejauh mana kecekapan kita
mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan
menghabiskan bacaan dengan cepat)
Kecekapan scanning bergantung kepada
keupayaan mental.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru menentukan perkara yang hendak dicari.
2. Guru meminta murid-murid perhatikan sepintas
lalu ke atas bahan bacaan dan tumpukan
perhatian kepada maklumat yang dicari.
3. Bagi mempercepat proses bacaan, guru boleh
meminta murid menggunakan jari dan gerakkan
secara cepat ke atas barisan perkataan ketika
membaca.
4. Guru akan meminta murid membacakan teks dan
menceritakan semula kepada rakan tentang isi
teks yang dibaca.
5. Jika scan daripada bahan seperti surat khabar,
fokus perhatian di tengah-tengah kolum dan
gerakan mata terus ke bawah.

CONTOH AKTIVITI
Guru memberi teks bertajuk Kepentingan Buah-buahan
Tempatan
PETIKAN

Buah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ia kaya


dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi
komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di
dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu
menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan. Selain itu,
buah-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu
dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi
kepada kanak-kanak.
Setiap buah mengandungi kandungan vitamin yang tinggi.
Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral.
Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting
dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam
melawan jangkitan kuman. Buah pisang kaya dengan vitamin
A, B1, B2 dan C, buah mangga kaya dengan vitamin A, E & C
manakala buah betik kaya dengan Vitamin C dan provitamin
A.

Anda mungkin juga menyukai