Teks Pengacara Aku Janji 2011 PDF
Teks Pengacara Aku Janji 2011 PDF
TARIKH
: 20 JANUARI 2012
MAJLIS
: PROGRAM AKU JANJI
TEMPAT
: SK BANDAR PUTRA , KULAI
ISU
: JURUACARA
KATEGORI:
HARI
: JUMAAT
Bersyukur kita ke hadrat AllahSubhanahu Wataala kerana pada pagi yang mulia
ini dapat kita bersama-sama menghadiri Program Aku Janji Murid-muird Tahun
6, SK Bandar Putra, Kulaijaya bagi tahun 2012 ini.. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Encik Alkaf bin baharudin
NYDP PIBG SK Bandar Putra, barisan AJK PIBG dan para ibu bapa
kerana dapat menghadirkan diri ke sekolah pada pagi ini walaupun sibuk dengan
pelbagai agenda lain yang menuntut tindakan segera tuan-tuan dan puan-puan
sekalian.Semoga tindakan dan sokongan yang diambil oleh ibu-ibu dan bapabapa pada hari ini dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid tahun 6
yang ada bersama-sama kita pada pagi yang mulai ini.
Kita teruskan program ini dengan mendengar pula ucapan dan taklimat daripada
Puan Hajah Rozita bt Abd Majid , Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sk Bandar
Putra . Dipersilakan puan...
Para hadirin yang dihormati sekalian,Harapan tuan guru besar sudah diluah,
amanat guru kanan pentadbiran sudahpun didengar. Sekarang tibalah
masanya untuk kita mendengar pula lafaz ikrar daripada ketua murid SK Bandar
Putra, adik Ana Maisarah bt Mohamad Arif. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada ketua murid, adik Ana Maisarah bt Mohd Arif
kerana sudi mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.
Murid sudah guru pun sudah.Seterusnya, majlis menjemput pula Encik Alkaf bin
Baharudin tampil ke hadapan untuk mengetuai bacaan ikrar bagi pihak ibu bapa.
Diminta para ibu bapa dapat berdiri dan melafazkan ikrar bersama-sama.
Dipersilakan.
untuk menandatangani aku janji. Justeru majis dengan ini menjemput adik Ana
Maisarah bt Mohamad Arif tampil ke hadapan bagi mewakili murid-murid tahun
6, Encik Awalludin bin Mohd Yusof bagi mengetuai para guru dan akhir sekali
Encik Alkaf bin Baharudin NYDP PIBG SK Bandar Putra akan mewakili pihak
ibu bapa, sementara Tuan Haji Mohamed Noor bin Ibrahim sebagai saksi kepada
ketiga-tiga pihak yang akan menandatangani aku janji tersebut. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik Ana Maisarah bt Mohd Arif, Encik
Awaluddin bin Mohd Yusof , Encik Alkaf bin Baharudin serta Tuan Hj Mohamed
Noor bin Ibrahim.
Tuan-tuan, puan-puan , dan anak-anak yang dikasihi sekalian
Dengan termeterainya perjanjian antara 3 pihak itu, maka berakhirlah sudah
Program Aku Janji Murid-murid Tahun 6 bagi tahun 2012 ini.
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri.
Wabillahittaufiq...
Kesempurnaan itu milik ALLAH, kepincangan itu milik
hamba. Sekian, salam hormat daripada saya:
SKBAN
DARPUTRA
DISEDIAKAN OLEH
PUAN MAHANI BT HANIPAH
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU,
SK BANDAR PUTRA, KULAI