Anda di halaman 1dari 6

BORANG PEMERHATIAN

Kelas : Tahun 3

Mata Pelajaran

: Bahasa Inggeris

Hari

Tarikh

: 19 Jun 2015

: Jumaat

Kekuatan
Set Induksi
1. Penggunaan tayangan gambar menggunakan LCD menarik perhatian
murid. ( saiz sesuai, jelas, bertepatan dengan tajuk
2. Penggunaan bahan maujud menggunakan binatang peliharaan
sebenar untuk memberikan contoh.
3. Kata-kata guru jelas, mudah difahami, bertepatan dengan tajuk.
Pembinaan
1. Murid membawa bahan relia menggunakan haiwan peliharaan
sendiri untuk bercerita.
2. Penglibatan murid aktif murid bermotivasi untuk bercerita dan
pendengar mendengar dengan teliti.
3. Kedudukan murid semasa cerita sesuai diadakan di hadapan kelas.
4. Murid tidak menggunakan bantuan nota untuk bercerita.
Latihan
1. Lembaran kerja mudah untuk murid menjawab.
2. Lembaran kerja bertepatan dengan tajuk.
Kesimpulan
1. Memberi soalan KBAT.

Kelemahan Perlu Diperbaiki

1. Teknik bercerita bebas membuat murid kurang lancar.


2. Penggunakan kosa kata murid agak lemah.

Cadangan Penambahbaikan
1. Murid bercerita menggunakan kad-kad tema yang disediakan oleh
guru.
2. Murid disediakan satu borang i-Think untuk mengumpul maklumat
semasa murid bercerita.

Laporan Profesional Learning Community (PLC)


SK Rambai Tujuh, Kuala Kangsar

Pada hari Jumaat lalu iaitu 19 Jun 2015 telah diadakan satu sesi pengajaran
menggunakan kaedah PLC bertempat di Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan
Rambai Tujuh, Kuala Kangsar. Pengajaran ini telah menggunakan teknik Peer
Coaching semasa sesi pengajaran. Pada pusingan pertama aplikasi PLC ini
disekolah, pihak pentadbiran telah memutuskan untuk mengamanahkan Panatia
Bahasa Inggeris untuk mengendalikan sesi pengajaran dengan menggunakan teknik
Peer Coaching ini serta menjadikan Tahun 3 sebagai murid-murid dalam aplikasi
PLC ini.
Sebelum sesi pengajaran bermula, dua orang guru yang ditugaskan untuk
mengendalikan sesi pengajaran ini iaitu Puan Intan Suzana dan Encik Khairil
Hakimin Bin Hamidun telah duduk berbincang bersama untuk memutuskan tajuk dan
rancangan mengajar yang sesuai untuk diajarkan kepada murid Tahun 3.
Seterusnya, keputusan telah dicapai untuk menggunakan tajuk My Pet sebagai isi
pengajaran dan kemahiran lisan dan mendengar sebagai objektif utama yang perlu
dicapai. Akhir sekali penentuan hari dan waktu dilakukan.
Sehari sebelum menjalankan aktiviti PLC, murid-murid Tahun 3 telah
ditaklimat terlebih dahulu untuk membawa haiwan peliharaan masing-masing dan
berlatih untuk bertutur beberapa ayat bagi menceritakan berkenaan haiwan
peliharaan masing-masing.
Pada hari pengajaran PLC dilakukan, dua orang guru dan murid-murid telah
memahami tugas masing-masing. Puan Intan Suzana ditugaskan untuk mengendali
pengajaran pada hari berkenaan manakala Encik Khairil Hakimin membuat rakaman
serta pemerhatian menggunakan borang pemerhatian sepanjang sesi pengajaran
diadakan.
Berdasarkan borang pemerhatian, terdapat kekuatan serta kelemahan yang
didapati semasa pengajaran ini berlangsung.
Kekuatan pengajaran ini ialah dari aspek teknologi maklumat. Penggunaan
projektor semasa set induksi sangat menarik perhatian murid-murid. Murid dapat
melihat gambar yang jelas serta mendapat gambaran awal mengenai tajuk yang
akan diajar sebelum pengajaran dilakukan. Hal ini turut memudahkan guru bercerita

dengan menggunakan contoh-contoh yang ditayangkan dengan menggunakan


projektor.
Selain itu, guru telah membawa haiwan peliharaan sebenar sambil bercerita
perihal haiwan peliharaannya. Hal ini memberikan gambaran kepada murid bagi
mendapatkan idea-idea sebelum mereka berkongsi cerita di hadapan kelas.
Seterusnya, kekuatan pengajaran ini diperhatikan melalui aspek bahan
maujud ataupun bahan contoh sebenar. Dalam hal ini, berdasarkan tajuk My Pet,
murid telah membawa contoh haiwan peliharaan sebenar ke dalam kelas sambil
berkongsi cerita perkara-perkara menarik mengenai haiwan peliharaan mereka.
Secara tidak langsung, murid-murid lain turut tertarik untuk terlibat dalam sesi
pengajaran. Hal ini didapati, murid kerap bertanya soalan mengenai haiwan
peliharaan rakan-rakan mereka.
Disebalik itu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Yang
pertama, teknik bercerita bebas membuatkan murid kurang lancar untuk bercerita.
Hal ini kerana, mereka perlu mengambil masa yang agak panjang untuk
mendapatkan idea-idea lain selepas bercerita sesuatu idea. Oleh itu, untuk
cadangan penambahbaikan akan datang, perancangan untuk mengadakan kad-kad
tema idea akan dilakukan untuk memudahkan murid untuk bercerita. Dalam hal ini,
kad-kad tema akan ditulis dengan beberapa idea. Oleh itu, murid akan bercerita satu
demi satu dengan menggunakan kad tema berkenaan.
Yang kedua, kelemahan yang perlu diatasi di sini ialah penggunaan kosa kata
Bahasa Inggeris murid. Kebanyakan murid mencampur adukkan Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris semasa menanyakan soalan.
Yang ketiga, kebanyakan murid sukar mengingati maklumat yang diperolehi
melalui cerita haiwan peliharaan oleh murid-murid lain. Semasa menjawab lembaran
kerja, terdapat murid yang menanyakan jawapan kepada guru kerana tidak
mengingati maklumat yang telah didengari. Oleh hal demikian, untuk pengajaran
akan datang, guru akan mengaplikasikan peta minda i-think dalam pengajaran lisan
dan mendengar. Sebagai contoh, semasa murid bercerita, murid lain akan
mendengar secara aktif dan menulis secara ringkas maklumat yang didengar dalam
peta minda i-think.

Secara kesimpulan, pengajaran ini berjalan dengan sangat baik. Murid-murid


terhibur dan aktif dalam sesi pengajaran.

Dilaporkan oleh,

(ENCIK KHAIRIL HAKIMIN B. HAMIDUN)


Guru Bahasa Inggeris,
SK Rambai Tujuh, Kuala Kangsar

19 Jun 2015

Guru sedang meminta murid


meneka binatang di dalam
sangkar

Guru sedang membimbing


murid.

Seorang murid sedang


menceritakan haiwan
peliharaannya.

Haiwan peliharaan guru.

Anda mungkin juga menyukai