Anda di halaman 1dari 5

Teori dan model yang berkaitan: Kekuatan dan kelemahan Friedrich Froebel dan Reggio

Emilia
Oleh: Anis Sakinah Binti Ahmad

1.0 Pengenalan
Rentetan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak semenjak beberapa dekad yang lepas
memberi impak positif kepada pembangunan negara era globalisasi. Perkembangan ini dilihat
begitu pesat berkembang dengan kelangsungan dan penambahbaikan teori dan pendekatan
yang sedia ada bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak dari masa ke semasa.
Walaubagaimanapun, setiap teori dan pandangan yang diinspirasikan adalah pandangan setiap
orang yang mempunyai visi, misi dan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, setiap teori dan
pendekatan yang digunakan sudah tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri
tidak terkecuali dengan teori Froebel dan Reggio Emilia yang akan dibincangkan di bawah sub
topik seterusnya.

2.0 Kekuatan Teori Dan Model


Pendidik awal kanak-kanak tidak mempunyai sebab untuk menolak mentah-mentah dari
menggunakan teori Froebel dan Reggio Emilia disebabkan beberapa kekuatan masing-masing
yang tersendiri. Oleh itu, sub topik ini membincangkan kekuatan pada teori Froebel dan Reggio
Emilia (REA) yang dikaji dalam pelbagai dimensi. Secara dasarnya, dapat dilihat Froebel
membentuk kurikulum atas kepercayaan bahawa manusia secara semula jadi adalah baik dan
kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan baik. REA pula percaya bahawa
kanak-kanak perlu meneroka sendiri untuk mendapatkan pemahaman terhadap sesuatu
perkara dalam projek yang ditadbir oleh kanak-kanak,(Azizah, 2002) . Dalam hal ini, dapat
dilihat teori Froebel lebih berpusatkan guru dan Rea lebih kepada berpusatkan murid. Keduaduanya mempunyai kekuatan dari segi bagaimana guru mentafsir dan menerima teori untuk
diaplikasikan.. Jika diaplikasikan di dalam kelas menggunakan teori Froebel, guru berperanan
sebagai pembimbing dan pemberi tunjuk ajar. Kelebihannya, pengurusan bilik darjah (kawalan
kelas) ternyata lebih baik daripada pendekatan REA disebabkan oleh peranan guru sebagai
pemerhati dan penyelidik yang mana kadang-kadang berlaku masalah pengawalan kelas.
(Spielgaben,2013)
Spielgaben (2013) juga berpendapat bahawa menggunakan persekitaran sebagai guru
dalam pendekatan REA. Ini juga adalah satu kelebihan kepada kanak-kanak dalam memberi
interpretasi dengan lebih berkesan kepada kanak-kanak dalam meneroka dan memahami
tentang sesuatu perkara kerana lebih rapat dengan persekitaran tersebut. Mereka juga dapat
mengeksplotasi persekitaran sebagai satu kaedah belajar dan lebih memahami sesuatu dengan
cara yang menarik. Tidak ketinggalan juga, kedua-dua teori ini mengaplikasikan pendekatan
menggunakan deria sensori motor serta psikomotor terutamanya motor halus melalui projek)
dan aplikasi set hadiah gift ,(Azizah,2002) kepada kanak-kanak secara langsung
mengembangkan deria kanak-kanak secara holistik.
Pendekatan REA juga dilihat mementingkan perasaan kanak-kanak dengan mengambil
kira pendapat dan idea murid untuk dijadikan kurikulum. Namun, dilihat kurikulum REA nampak
lebih kompleks dan tidak tersusun berbanding dengan kurikulum teori Froebel yang lebih regik
dan tersusun (Spielgaben,2013). Ini menunjukkan bahawa kurikulum yang dibentuk oleh guru
memberi lebih manfaat kerana guru akan mempertimbangkan kemahiran yang akan diajar

seterusnya mengikuti perkembangan murid. Berbanding dengan kurikulum yang dibentuk


berasaskan idea dan pendapat murid, kebarangkalian terdapat kemahiran dan pengetahuan
yang perlu dikuasai murid akan tertinggal lebih tinggi dan tidak mengikut perkembangan yang
sejajar dengan pertumbuhan kanak-kanak pada masa itu.
Kedua-dua teori ini juga menggunakan pendekatan membuat aktiviti secara kumpulan.
Secara tidak langsung, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan literasi, intelek dan soial
kanak-kanak melalui interaksi rakan sebaya. Peneguhan positif dalam cara
mendokumentasikan hasil kerja murid juga memberi motivasi instrinsik kepada murid seperti
yang diaplikasikan dalam REA. Froebel juga memberi peneguhan positif melalui penghasilan
bahan konkrit sebagai medium pengajaran iaitu Gift sedikit sebanyak memberi rangsangan
kepada kanak-kanak untuk belajar.

3.0 Kelemahan teori dan model


Pandangan teori ini terhadap kanak-kanak ini juga berbeza. Froebel berpendapat persekitaran
yang menentukan corak dan perkembangan kanak-kanak namun REA berpendapat konsep
berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan persekitaran menyatakan bahawa teori
Froebel tidak mementingkan keseimbangan emosi murid dalam mengekpresiasikan perasaan
mereka dalam proses pembelajaran. Berbeza dengan REA yang meluahkan perasaan,
berimaginasi secara bebas dan secara tidak langsung mampu mengembangkan perkembangan
kognitif, sosoioemosi, dan jasmani, (Spielgaben,2013).
Jelas dilihat teori Froebel yang dikatakan lebih berstuktur sebenarnya terdapat elemen
pengawalan . Ini bermaksud, murid terhad kepada kapasiti pengajaran guru berbanding REA
yang meminta kanak-kanak membuat penerokaan sendiri bagi menjawab persoalan dan inkuri
yang bersarang dalam minda kanak-kanak. Keseimbangan dan kestabilan jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial dilihat lebih menyerlah dalam pendekatan REA.

4.0 Cadangan Penambaikan


Teori Froebel dan REA sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Namun
begitu, jika digabung jalin kekuatan dan atasi kelemahan yang ada, kedua-dua teori ini sangat
baik untuk diaplikasikan dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Contohnya, kurikulum
berstruktur oleh Froebel digabung jalin dengan kurikulum REA yang mementingkan idea dan
pendapat kanak-kanak memberi impak positif kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Hal ini disebabkan oleh kerana kanak-kanak mampu bebas mengeksperesi idea mereka di
samping dibimbing oleh guru secara terancang. Kawalan kelas juga lebih baik dengan
pengintergrasian ini selain kurikulum lebih fleksibel dan boleh dipinda berdasarkan minat,
kecenderungan serta perkembangan murid.

5.0 Rumusan
Persamaan yang dapat dilihat ialah kedua-dua teori ini berpaksikan matlamat yang sama iaitu
mengajak kanak-kanak supaya belajar. Justeru, kedua-dua teori ini perlu dintergarasikan sekali
bagi mendapatkan hasil yang hebat dan dapat diimplematasikan oleh pendidik awal kanakkanak dalam memperkembangkan kanak-kanak ini sebagai asset negara sekaligus
memanfaatkan sehabis baik golden time kanak-kanak,(Zailani Zakaria&Asiah Munajam, 2013)

6.0 Rujukan

Nordin, A. L. (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Spielgaben. (2013). Camporison among Froebel, Montessori, Reggio Emilia and
Waldorf-Steiner Methods-Part 1Camporison among Froebel, Montessori,
Reggio Emilia and Waldorf-Steiner Methods-Part 1 : Spielgaben. 1-8.
Zailani Zakaria & Asiah Munajam. (2013). Pendekatan Reggio Emilia: Provokasi dan
Kerjasama Dengan Pendidikan Kanak-kanak Di Amerika Syarikat. 1.

7.0
Lampiran

6.1 Perbandingan Friedrich Froebel dan Reggio Emilia

Perbezaan
Pandangan terhadap kanakkanak

Friedrich Froebel
Kain suci dan perlu dicorak

Peranan guru

Pendidik
(guru
mengajar)
Berpusatkan guru
Berasaskan BBM
Mementingkan

Pendekatan
kurikulum
model
Pendekatan teori

Struktur Kurikulum

Matlamat pendidikan

yang

Teori behavioris
(persekitaran
yang
menentukan
corak
dan
perkembangan kanak-kanak
ibarat kain putih yang tidak
mempunyai corak)
Tidak
mementingkan
perasaan
kanak-kanak
(
tingkah
laku
yang
diperhatikan
menjadi
keutamaan)

Kembangkan aspek fizikal,


spiritual, kognitif dan sosial
kanak-kanak
Hubungan
dengan Menekankan
bahawa
persekitaran
penglibatan secara langsung,
interaksi dan bergaul dengan
rakan
sebaya
dapat
membentuk tingkah laku
yang baik (yang diharapkan)
Proses pembelajaran
Tidak
dapat
mengaspresiasikan
serta
mengembangkan
idea,

Reggio Emilia
Kanak-kanak perlu diberi
kebebasan
untuk
berimaginasi dan berinovasi.
Penyelidik / pembimbing
(membimbing dan pemerhati)
Berpusatkan murid
Berasaskan projek
Mementingkan minat dan
kecenderungan kanak-kanak
Teori
konstruktivisme
(membina
kosep
berdasarkan
pengalaman
mereka berinteraksi dengan
persekitaran)
Mementingkan perasaan dan
idea murid (beri peluang
murid
berimaginasi,
berinovasi dan meneroka
sendiri dalam menjawab
persoalan
inkuiri
kanakkanak
Kembangkan aspek fizikal,
kognitif dan sosial kanakkanak
Kanak-kanak diberi peluang
untuk berkolaborasi dengan
orang sekeliling, bekerja
bersama-sama.

Dapat meluahkan perasaan,


berimaginasi secara bebas
dan
mampu

perasaan dan fizikal secara


holistik

mengembangkan
perkembangan
kognitif,
sosoioemosi, dan jasmani.

Anda mungkin juga menyukai