Anda di halaman 1dari 11

2.

6 AKTIVITI BERASASKAN ALAM SEKITAR

ASAS IKHTIAR HIDUP


Ikhtiar hidup merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus
hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu ikhtiar dalam proses
kelangsungan hidup. Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para
peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan hutan, bukit, dan
gunung.

ASAS IKHTIAR HIDUP

KEMAHUAN

PERALATAN

PRINSIPPRINSIP
ASAS
IKHTIAR
HIDUP

UNDANGUNDANG ASAS

MENGATASI
KETAKUTAN

KEMAHUAN DIRI
Segala daya usaha untuk terus hidup. Ini termasuklah , kemahuan untuk
mencari sumber minuman dan makanan melalui pemasangan jerat ,
perangkap dan sebagainya serta kemahuan mencari jalan keluar.
kemahuan berkait rapat dengan semangat dan keberanian yang
membantu dalam kelangsungan hidup.Ia lahir melalui dari dalam diri
sendiri

MENGATASI KETAKUTAN
Menjadi lumrah dalam situasi ikhtiar hidup, seseorang
itu akan mudah menjadi panik, cemas, dan takut.
Ketakutan ini biasanya datang dari kelemahan diri
sendiri.
Antara ketakutan ini adalah seperti takut kepada
ancaman liar, ketiadaan makanan dan minuman serta
takut dengan benda yang tidak pernah ditemui
contohnya hantu dan jin.
Semasa dalam situasi ikhtiar hidup, kita mestilah
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ilmu
pengetahuan mengenai hutan juga perlulah diambil
tahu. Sekiranya terjumpa makhluk halus, hendaklah
segera memohon perlindungan daripada Allah.

UNDANG-UNDANG ASAS

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya, anda mesti


mula menyediakan khemah atau khemah reka ganti sebelum waktu
petang. Ini disebabkan oleh keadaan hutan yang mudah menjadi gelap
walaupun pada pukul 5.00 petang.
Kumpulkan seberapa banyak kayu api untuk menghalau nyamuk dan
binatang buas. Tidur mestilah cukup untuk mendapatkan tenaga dan
kekuatan yang kian merosot.

PERALATAN IKHTIAR HIDUP

Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa ke mana-mana. Lima


jenis alat ikhtiar hidup yang paling asas ialah pisau, parang, mata
pancing, tali pancing , sekotak mancis atau pemetik api dan sebungkus
garam. Beberapa jenis makanan yang boleh bertahan untuk 48 jam, ubat,
tali, lampu suluh, getah lastik dan kompas.

CARA CARA IKHTIAR


HIDUP
TEMPAT
PERLINDUNGA
N

ISYARAT
KESELAMATAN

IKHTIAR
HIDUP

SUMBER AIR

TEMPAT PERLINDUNGAN
SEMENTARA
SECARA SEMULAJADI
GUA-Banyak didapati di kawasan bukit dan gunung batu kapur.Jika
menggunakan gua,lohong laluan angin ataupunstruktur batu-batuan yang
longgar boleh membahayakan keselamatan.
ANJUNG BATU-Banyak terdapat di kawasan bukit batu kapur.Anjung batu
terjadi apabila struktur batu yang lemah terhakis oleh angin selama beribu-ribu
tahun. Anjung batu terjadi lengkap dengan dinding dan bumbung.

SECARA BUATAN
Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling
senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek.
Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.
Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk
jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak
rata.
Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau
keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata

MENCARI SUMBER AIR


Skil ikhtiar hidup mendapatkan air dari sumber tumbuhan - akar kayu, pokok
periuk kera dan pokok buloh adalah antara sumber bekalan air. Potong akar
kayu dengan cara meruncing, jika anda bernasib anda akan mendapat titisan
air.
Pokok buluh sering menyimpan air hujan di dalam katam-katam nya. Ketuk
setiap katam untuk mengenal pasti katam yang mengandungi air. Katam yang
mengandungi air hendaklah ditebuk, dibuat lubang kecik untuk mengeluarkan
air didalam nya..
Pokok periuk kera tumbuh dengan meluas dipergunungan bentuknya secara
semulajadi dapat mengumpul air hujan.. Sumber air diperolehi dari periuk kera
agak memuaskan dalam keadaan darurat.

ISYARAT KESELAMATAN
Tulisan - menulis huruf S.O.S dalam saiz besar contoh diatas pasir atau di tepi
pantai.
lampu picit - sesuai pada waktu malam - nyalakan lampu picit berturut-turut
dengan tiga suluhan pendek, tiga suluhan panjang (lama) dan tiga suluhan
pendek semula.
wisel - bunyi tiupan pada jarak yang jauh. - teknik tiup seperti lampu picit, tiup
wisel berturut-turut dengan tiga tiupan pendek, tiga tiupan panjang dan tiga
tiupan pendek sekali mahupun isyarat dari asap.

Anda mungkin juga menyukai