Anda di halaman 1dari 1

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan seterusnya para hadirin sekalian. Berdirinya saya di
sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Berjimat
cermat Amalan Mulia .
Hadirin sekalian,
Berjimat cermat bermaksud berhati-hati menggunakan wang atau
tidak boros. Amalan mulia pula bermaksud perbuatan yang baik.
Sikap berjimat cermat patut dipupuk oleh kita. Berjimat dapat
menolong kita mengatasi masalah kewangan terutama ketika susah.
Sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan murah.
Berjimat juga amalan yang mulia kerana dapat melatih kita supaya
tidak terlalu boros. Sebarang keinginan untuk membeli sesuatu dapat
dibendung dengan mengamalkan sikap berjimat cermat.
Hadirin sekalian,
Berjimat juga dapat membantu masyarakat. Dengan berjimat cermat,
kita dapat membantu masyarakat, keluarga dan lain-lain jika diperlukan.
Sehubungan itu, jelaskan bahawa amalan berjimat cermat merupakan
amalan yang mulia dan sewajarnya ditanam sejak kecil lagi. Sehingga di sini
dahulu syarahan saya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai