Anda di halaman 1dari 2

WARGA EMAS

Golongan warga emas ialah mereka yang ditakrif sebagai penduduk berumur 60 tahun keatas.
Di malaysia, warga tua terus meningkat dari setahun kesetahun.
Pada tahun 1999, jumlah penduduk di negara ini adalah sebanyak 21.8 juta orang dan 6.5%
daripadanya adalah warga tua.
Dijangkakan pada tahun 2020 nanti, jumlah warga tua adalah sebanyak 11.3% daripada jumlah
keseluruhan penduduk di negara ini.

isu warga tua

Umum

masyarakat kita semakin memiliki tahap kesihatan yang baik


jumlah warga emas atau tua semakin bertambah setiap tahun
kerajaan harus mencari jalan untuk menjaga kehidupan golongan ini pada masa hadapan

SIKAP MASYARAKAT TERHADAP WARGA TUA

Masih ada yang tidak peka dengan nasib mereka dengan mencemuh dan tidak menghormati warga tua
Malah ada anak yang sanggup menghantar ibu bapanya ke Rumah Orang-orang Tua
Warga tua harus dihormati kerana wujudnya mereka maka generasi muda turut wujud

USAHA-USAHA MEMBANTU WARGA TUA

Memberi kemudahan seperti diskaun tambang, pencen dan rawatan kesihatan kepada mereka
Mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan umur mereka
Mengadakan satu hari sebagai tanda penghormatan jasa mereka sebelum ini
Mendirikan lebih banyak rumah kebajikan untuk warga tua yang tidak mempunyai saudara mara

Cabaran-cabaran itu merangkumi aspek kewangan, sosial, fizikal dan psikologi.

KESIMPULAN

Warga tua merupakan sumber dan pedoman kepada generasi muda untuk mengharungi pancaroba hidup.
Malangnya, golongan ini sering diabaikan,manakala jumlah penghuni di rumah orang tua kian hari kian meningkat.
Aliran ini jelas memaparkan nasib warga tua tidak sebaik dahulu.
Dalam usaha untuk kita mencegah sesuatu, kita hendaklah mencari punca asal yang menyebabkan berlakunya
peningkatan warga tua dirumah orang tua.
Oleh itu, langkah-langkah yang ampuh lagi bersepadu harus diambil demi untuk membela warga tua yang banyak
memberi sumbangan dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai