Anda di halaman 1dari 13

PANTUN LAPAN

KERAT

bmmaya.blogspot.com
Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.
Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
Maksud Rangkap ;
1

Rasa bersyukur kepada tuhan


walaupun menerima nasib
yang malang sehingga
terpaksa hidup dengan
mengharapkan simpati orang
lain.
Maksud Rangkap:
2
Mengundang tetamu untuk makan
bersama-sama setelah semua
hidangan dan kelengkapan makan
disediakan.
Maksud Rangkap:
3
Seseorang yang pergi merantau
seorang diri di tempat orang lain
perlu menyesuaikan diri kerana ia
pergi bersendirian tanpa ditemani
sesiapa.

PUISI TRADISIONAL PANTUN LAPAN


KERAT
PERSOALAN

1. Redha dan berterima kasih kepada tuhan atas segala nasib


yang telah ditakdirkan untuknya.

2. Tatatertib ketika melayani dan menghormati tetamu iaitu


dengan menjamu selera dengan penuh kesopanan.

3. Adab dan kebijaksanaan yang perlu ada pada diri


seseorang yang merantau atau berdagang di tempat orang
asing.
TEMA
Kemanusiaan yang dikaitkan
dengan kehidupan manusia yang
terikat oleh nasib, adat resam
dan budaya sesebuah
masyarakat.
Gaya Bahasa
1.Personafikasi-penganan
mulia sudah terletak.
2.Aliterasi-Pinggan mangkuk
sudah terhidang.
3.Kata Ganda-Berkejar-
kejaran anak rusa.
4.Asonasi(Vokal)-bagus rupanya
bunga melur.
5.Anafora(awal)-Tiada saudara
tempat mengadu,tiada saudara
tempat berunding.
6.Responsi(tengah)-bagus rupanya
bunga melur,putih rupanya buah
pinang.
7.Rima Akhir:terikat abcd,abcd
NILAI
Bersyukur – kepada tuhan atas dugaan atau
nasib kerana ada hikmah.
Bersopan santun – semasa melayan tetamu dan
menjamu selera.
Bijaksana – dalam menyesuaikan diri dengan
suasana di perantauan.
PENGAJARAN :
1. Kita perlu bersyukur kepada tuhan dan
menerima segala dugaan dengan tabah.
2. Kita perlu sentiasa bekerjasama dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita perlu pandai berdikari terutamanya
apabila berada dalam perantauan supaya kita
dapat menyesuaikan diri dengan suasana di
sana.
4. Kita hendaklah saling hormat-menghormati
antara satu sama lain terutamanya kepada
tetamu.

PUISI TRADISIONAL PANTUN LAPAN


KERAT

Anda mungkin juga menyukai