Anda di halaman 1dari 8

Unit 2 Meter Upaya

METER UPAYA

Pengenalan

Meter upaya adalah suatu alat untuk mengukur voltan (d.g.e) dengan cara
membandingkan dengan satu nilai piawai. Penggunaan meter upaya pada asasnya
adalah merupakan perbandingan voltan. Jika salah satu dari dua voltan diketahui, maka
voltan yang satu lagi dapat ditentukan dengan membuat perbandingan dengan voltan
yang diketahui tadi. Dalam penggunaan meter upaya, nilai voltan yang tidak diketahui
(yang diukur) ditentukan dengan membuat perbandingan dengan voltan piawai
(standard). Ini kerana nilai voltan piawai sudah diketahui nilainya dengan tepat.

Kegunaan Meter Upaya

a. Mengukur voltan secara bandingan dengan nilai piawai.


b. Mengukur rintangan dengan cara perbandingan dengan perintang piawai.
c. Mengukur arus melalui pengukuran voltan pada perintang yang diketahui nilainya.
d. Mengukur kuasa
e. Menentukur meter volt, ampiar dan wattmeter

Meter Upaya Asas (Jenis Dawai Gelangsar)

Rajah di bawah menunjukkan litar meter upaya asas (Jenis Dawai Gelangsar)

Rajah 2.1

14
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Cara Mengukur Voltan Menggunakan Meter Upaya Jenis Dawai Gelangsar

• Letakkan suis pilihan pada sel piawai


• Laraskan sesentuh pada dawai gelangsar supaya penunjuk galvanometer
menunjukkan bacaan sifar. Jika galvanometer tidak menunjukkan sifar, laraskan
rintangan R
• Setelah galvanometer menunjukkan bacaan sifar, ukur jarak dari titik A ke B
(Labelkan sebagai L1)
• Ubah suis pilihan kepada sel yang diukur
• Laraskan sesentuh pada dawai gelangsar supaya penunjuk galvanometer
menunjukkan bacaan sifar. Pada masa ini jangan larakan rintangan R
• Setelah galvanometer menunjukkan bacaan sifar, ukur jarak dari titik A ke B
(Labelkan sebagai L2)
• Jika panjang keseluruhan dawai gelangsar ialah L, maka

L1
Nilai sel piawai, ES = IK ………… (1)
L
L2
Nilai sel yang di ukur, EX = IK ………… (2)
L

L1
IK
ES L
Maka =
EX L2
IK
L

ES L1
=
EX L2

L2
EX = ES ………………………… (3)
L1

Contoh 2.1

Satu meter upaya jenis dawai gelangsar seperti rajah 2-1 mempunyai data-data seperti
berikut:
a. Panjang dawai gelangsar 200 sm
b. Jumlah rintangan dawai gelangsar 100 Ω
c. Sel kerja yang digunakan 3 V
d. Sel piawai 1.019 V
Semasa ditentukur, sesentuh dawai gelangsar disetkan pada 101.9 sm dari titik A.
Kirakan:
i. Arus Kerja
ii. Julat Pengukuran
iii. Nilai pelarasan rintangan R
iv. Voltan yang diukur Ex jika keseimbangan diperolehi bila sesentuh dawai gelangsar
disetkan pada jarak 94.3 sm dari A

15
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Penyelesaian

Meter Upaya Jenis Dua Dail

Meter jenis dua dail adalah lebih praktik dari segi penggunaan berbanding dengan meter
upaya jenis dawai gelangsar. Meter ini mempunyai dua dail iaitu dail utama dimana
rintangan dapat dilaraskan pada peringkat-peringkat tertentu dan dail kedua terdiri dari
dawai gelangsar dengan pelarasan yang lebih kecil (fine adjustment). Rajah 2.2 dibawah
menunjukkan litar bagi meter upaya jenis dua dail.

Rajah 2.2 Meter Upaya Jenis Dua Dail


16
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Langkah-Langkah Menentukur Meter Upaya Jenis Dua Dail

Katakan meter upaya ini menggunakan sel piawai 1.018 volt dan mempunyai 15
peringkat pada dail utama dimana setiap peringkat mempunyai kejatuhan voltan 0.1 volt.
Manakala dawai gelangsar dibahagikan kepada 100 bahagian dan jumlah susutan voltan
ialah 0.1 volt. Langkah untuk menentukur meter upaya tersebut ialah:

• Setkan dail utama dan dail dawai gelangsar pada nilai voltan piawai dimana dail
utama pada peringkat ke 10 dan dawai gelangsar pada bahagian ke 18

Voltan Piawai = (dail utama) x 0.1V + (dail dawai gelangsar) x (0.1V/100)


= 10 x 0.1 + 18 x (0.1/100)
= 1.018 V

• Suis S diletakkan pada kedudukan “cal” (Calibrate), Tekan kunci K dan laraskan
rheostat supaya galvanometer menunjukkan bacaan hampir dengan sifar
• Apabila galvanometer menghampiri sifar, pintaskan perintang pelindung dan
laraskan rheostat sehingga bacaan galvanometer mencapai “0”.

Langkah-Langkah Mengukur Ex

• Letakkan suis S pada punca “OP” (Operate)


• Tekan kekunci K dan jarum galvanometer akan menunjukkan bacaan.
• Laraskan dail utama supaya galvanometer menghampiri “0”.
• Laraskan dail dawai gelangsar supaya galvanometer mencapai “0”
• Catatkan nilai bacaan Ex dengan menjumlahkan bacaan pada dail utama dan dail
dawai gelangsar

Contoh
Satu meterupaya dua dail terdiri daripada 20 peringkat dail utama yang mana setiap satu
bernilai 10 Ω. Tiap-tiap perintang dail utama mewakili 0.1 volt. Rintangan dawai
gelangsar ialah 10 Ω dan mempunyai skala 200 bahagian. Bateri kerja ialah 6 volt.
Kirakan:
i. Arus kerja
ii. Julat pengukuran
iii. Nilai pelarasan rheostat

Penyelesaian

17
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Kotak Volt

Meter volt biasanya hanya boleh mengukur voltan bernilai 0 – 3 volt sahaja. Untuk
mengukur voltan yang lebih besar, suatu alatan yang dipanggil kotak volt digunakan.
Kotak volt merupakan suatu litar pembahagi voltan yang boleh menurunkan voltan yang
diukur kepada suatu nilai tertentu supaya sesuai untuk digunakan dengan meter upaya.
Kotak volt berfungsi untuk menambahkan julat pengukuran meter upaya yang digunakan.
Rajah 2.3 adalah merupakan litar skematik bagi kotak volt

- +
(V masukan)
suis pemilih ‘rotary’

R1 R2 R3 R4 R5

julat voltan

(V keluaran)
dari meter
upaya

Rajah 2.3 : Litar skematik kotak volt

Prinsip Kerja kotak volt

Voltan yang hendak di ukur disambungkan pada punca talian dan julat yang sesuai dipilih
dengan melaraskan suis pemutar ‘rotary’. Nilai rintangan yang diletakkan pada julat-julat
tersebut adalah supaya keluaran daripada kotak volt tidak melebihi julat pengukuran
meter upaya.

Mereka bentuk kotak volt

Apabila mereka bentuk kotak volt, setiap komponen dalam kotak volt tersebut hendaklah
dikenalpasti, seperti contoh pengiraan di bawah.

Contoh:
Rekakan satu kotak volt yang mempunyai rintangan 30 ohm/volt dengan julat-julat 5 V,
10 V, 50 V, 100 V. Kotak volt ini adalah untuk digunakan dengan meter upaya yang
berjulat 1.8 V.

18
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Penyelesaian :

R1 R2 R3 R4 R5

5V 10 V 50 V 100 V

1.8 V
( meter upaya)

R1 = 1.8 V X 30 Ω/V = 54 Ω

VR2 = 5 V – 1.8 V = 3.2 V


R2 = 3.2 V X 30 Ω/V = 96 Ω

VR3 = 10 V – 5 V =5V
R3 = 5 V X 30 Ω/V = 150 Ω

VR4 = 50 V – 10 V = 40 V
R4 = 40 V X 30 Ω/V = 1200 Ω

VR5 = 100V – 50 V = 50 V
R5 = 50 V X 30 Ω/V = 1500 Ω

Kotak Pirau

Arus yang melalui meter upaya biasanya adalah terhad kepada nilai voltan maksima
meter upaya tersebut. Oleh kerana nilai voltan maksima ini adalah kecil ( contoh nya : 2
V ) maka nilai arus yang boleh melalui meter upaya juga adalah kecil.

Kotak pirau ialah satu alatan yang digunakan untuk bertindak sebagai penyusut voltan
bagi tujuan mengecilkan arus yang akan melalui meter upaya . Kotak pirau ini biasanya
akan digunakan bersama-sama meter upaya dalam proses penetukuran meter ampiar.
Rajah 2.4 merupakan litar skimetik bagi kotak pirau.

19
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Talian
+ -
arus yang diukur
suis pemilih
‘rotary’

15A 7.5A 3.0A 1.5A 0.75A julat


100 50 20
10 5 pengkali

- +

meter upaya

Rajah 2.4 : Litar skimatik kotak pirau

Prinsip Kerja kotak pirau

Arus yang hendak di ukur dialirkan melalui punca ‘talian’ . Rintangan yang diletakkan
pada julat yang terpilih akan menyebabkan susutan voltan berlaku dan mengurangkan
(mengecilkan) arus yang melalui meter upaya.

20
Instrumentasi 1/2010
Unit 2 Meter Upaya

Latihan

1. Lakarkan litar meter upaya asas dan terangkan cara ia ditentukurkan


2. Nyatakan tiga kelebihan meter upaya jenis dail berbanding dengan meter upaya
dawai gelangsar asas
3. Satu meter upaya dawai gelangsar seperti rajah 2.1 mempunyai bateri kerja 5 V
dan rintangan dalamnya boleh diabaikan. Panjang dawai gelangsar ialah 20 sm
dan rintangannya 300Ω. Sel piawai yang digunakan dalam meter ini ialah 1.015 V
dan sesentuh disetkan pada 101.5 sm di skala dawai gelangsar. Kirakan
i. Arus kerja
ii. Julat ukuran maksima bagi meter upaya ini
iii. Rintangan Reostat
4. Terangkan kegunaan perintang pelindung di dalam litar meter upaya dawai
gelangsar asas
5. Rekakan satu kotak volt yang mempunyai rintangan 50 Ω/V dengan julat-julat 15
V, 30 V, 90 V, 180 V. Kotak volt ini adalah untuk digunakan dengan meter upaya
yang berjulat 2.5 V.
6. Satu meterupaya dua dail terdiri daripada 15 peringkat dail utama yang mana
setiap satu bernilai 6 Ω. Arus yang dibekalkan ialah 50mA. Nilai bateri kerja ialah 6
V dan dail dawai gelangsar boleh disadap sebanyak 100 bahagian. Diberi
rintangan dawai gelangsar ialah 10 Ω. Kirakan:
i. Voltan diantara tiap-tiap peringkat
ii. Julat pengukuran meter upaya
iii. Nilai pelarasan rheostat

21
Instrumentasi 1/2010

Anda mungkin juga menyukai