Anda di halaman 1dari 11

AKTA KONTRAK

SEKSYEN 11 DAN SEKSYEN


12
TENTANG KANAK-KANAK
DALAM UNDANG- UNDANG
KONTRAK
KEUPAYAAN BERKONTRAK
 Salah satu unsur penting bagi pembentukan kontrak yang
sah dan mengikat.
 Merujuk kepada keupayaan orang perseorangan dan
keupayaan orang buatan contohnya sebuah
perbadanan/syarikat.
LAYAK MEMBUAT KONTRAK
 Menurut seksyen 11 Akta Kontrak:
‘Setiap orang adalah layak membuat kontrak
sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana
ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan
tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak
menurut mana-mana undang-undang yang mana ia
tertakluk’.
UMUR DEWASA
 Akta Umur Dewasa 1971: menetapkan 18 tahun sebagai umur
dewasa.
 Hanya umur 18 tahun dan ke atas sahaja yang boleh
membuat kontrak.
 Akta Umur Dewasa ini tidak menyentuh perkara-perkara
seperti:-
 Perkahwinan,perceraian,pembahagian harta yang diterima oleh balu
dan pengambilan anak angkat.
 Agama dan upacara keagamaan serta kelaziman bagi apa-apa kelas
penduduk Malaysia.
 Sebarang undang-undang bertulis lain yang menentukan umur
dewasa.
 Contohnya :
Layak mengundi = 21 tahun
KESAN KONTRAK DIBUAT OLEH
REMAJA
 Kontrak kanak-kanak terbatal dari awal.
 Seksyen 65 dan Seksyen 66 tidak boleh digunakan.
 Perjanjianboleh dikuatkuasakan dengan kanak-kanak apabila
ada keperluan.
 Akta Relief Spesifik 1950 (Seksyan 40) berkuatkuasa.
 Akibatnya, seseorang yang berkontrak dengan remaja
tidak berpeluang menuntut ganti rugi jika berlaku
kemungkiran kontrak.
 Contoh kes-kes:-
 Mohori Bibee lwn Dharmodas Ghose(1903)
 Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat (1934)
KEKECUALIAN KEPADA KAEDAH AM
Kontrak yang sah dibuat oleh kanak-kanak:
 Kontrak keperluan
• Ini berdasarkan Akta Kontrak Seksyen 69.
• Keperluan adalah benda-benda yang perlu kepada kewujudan dan
kemudahan seseorang kanak-kanak atau remajawan
• Remaja hanya bertanggungan membayar harga barang keperluan
yang dibekalkan kepada jika beliau mempunyai harta.
• Contoh kes-kes:-
a) Kerajan Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors(1971)
b) Nash lwn Inman(1908)
 Kontrak biasiswa
• Berdasarkan dalam seksyen 4(a) dalam Akta Kontrak
(pindaan)1976.
• Perjanjian yang dibuat antara seorang pelajar dengan pihak
kerajaan atau agensi-agensi kerajaan tidak dianggap batal.

 Kontrak perkahwinan
• Bagi muslim,perempuan berumur 16 tahun dan lelaki pula berumur
18 tahun
• Kaum lain,dibolehkan kahwin pada umur 21 tahun
 Kontrak insurans
• Seksyen 153(1) dan (2) Akta Insurans,1996
• Seseorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas boleh
memasuki kontrak insurans tetapi jika usianya kurang daripada 16
tahun, dia hanya boleh melakukannya dengan mendapatkan
keizinan bertulis daripada ibubapa atau penjaganya
BERAKAL SEMPURNA ATAU WARAS
 Seksyen 12 menyatakan:
(1) Seseorang itu dikatakan berakal sempurna jika sewaktu
membuat kontrak ia faham isi kandungan kontrak itu
dan berkeupayaan membuat pertimbangan rasional
mengenai kesan kontrak itu terhadap dirinya.
(2) Jika seseorang itu selalunya tidak berakal sempurna
tetapi kadangkala kembali siuman, ia boleh berkontrak
dalam keadaan ia kembali siuman.
• Contoh kes: Matthews lwn Baxter(1873)
(3) Sebaliknya, jika seseorang itu selalunya sempurna akal
tetapi kadangkala tidak siuman, ia tidak boleh
berkontrak semasa ia tidak siuman.
• Contoh kes: Che Som bte Yip & Ors lwn Maha Pte Ltd & Ors
(1989)
RUJUKAN TAMBAHAN
 Saudah Sulaiman (2001), Pengenalan Undang-Undang
Kontrak Dan Agensi
 International Law Book Services (2008), Akta Kontrak
1950 (Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan
1949(Akta 120)
 Hapriza Ashari, Khairiah Soehod, Lekha Laxma, Prinsip
Undang-Undang Malaysia

Anda mungkin juga menyukai