Anda di halaman 1dari 14

KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi membaca ialah kemahiran asas yang terhasil dari terjemahan


lambang-lambang dan simbol yang hasil terakhirnya merupakan hasilan bunyi-
bunyi yang mempunyai makna.

Tujuan membaca ialah:

i. Membolehkan murid untuk mengenal dan membunyikan huruf. Murid juga


dapat menyebut perkataan yang terbina dengan betul.
ii. Melatih murid untuk memetik isi bahan bacaan dengan cepat dan dapat
menghuraikan kepada orang lain dengan mudah.
iii. Murid dapat meluaskan perbendaharaan kata dan dapat berkongsi
maklumat.
iv. Membina sikap “suka membaca” dalam kalangan murid.

Kemahiran membaca terbahagi kepada dua jenis iaitu;

Kemahiran Membaca

Bacaan Mekanis: bacaan kuat Bacaan Akaliah: bacaan senyap,


yang mementingkan sebutan nada,intonasi dan tekanan tidak
dan bunyi huruf, intonasi , dititkberatkan.
nada dan tekanan yang tepat.
Isi bacaan merupakan fokus
Isi bacaan yang berbentuk utama.
ringkas.

Terdapat lima peringkat yang terdapat dalam kemahiran membaca, iaitu:

i. Peringkat Kesediaan Membaca.


Faktor yang mempengaruhi peringkat ini ialah persekitaran, keadaan
mental dan keadaan fizikal. Faktor-faktor ini perlu diambil kira bagi
mengenal pasti tahap kesediaan membaca alam diri murid. Murid yang
dipaksa untuk membaca sedangkan dia belum bersedia, akan

1
menimbulkan rasa kurang selesa dalam diri murid terbabit. Untuk
mengenalpasti kesediaan murid beberapa ujian boleh dilakukan;
 Menggunakan Inventori
 Ujian Kesediaan
 Pemerhatian Guru

ii. Peringkat Mendirikan Asas.


Peringkat ini murid diperkenalkan dengan bentuk, huruf, bunyi, dan
sebutan huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Aspek yang ditekankan
dalam peringkat ini ialah;
 Bahan yang hendak digunakan mesti dipilih, dikawal dan disusun
dengan baik.
 ABM yang dapat menimbulkan minat murid.
 Isi pelajaran yang berkait rapat dengan murid.
 Guru perlu memberikan galakan.

iii. Peringkat Melatih Membaca dan Memahami.


Pada peringkat ini pula isi bacaan yang disediakan perlulah sesuai
dengan umur murid. Guru perlu sediakan bersama soalan kefahaman
bagi meningkat kefahaman murid. Jenis bacaan senyap juga digalakkan
bagi melatih murid.

iv. Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan.


Guru perlu menyediakan buku yang bersesuaian bagi menimbulkan minat
murid. Sebagai contoh buku cerita dongeng, buku cerita bergambar, buku
cerita binatang dan buku cerita jenaka. Buku-buku ini tidaklah terlalu
panjang dan susah difahami.

2
v. Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca.
Minat untuk membaca perlu dipupuk sepanjang masa dalam diri murid.
Bahan bantu mengajar, teknik, dan kaedah yang menarik perlu
diaplikasikan oleh guru.

Mengeja dan Mengeja Terus


Bunyikan suku kata, dan
membatang suku kata.
Contoh: b,a,t,u sambung dengan suku kata
Contoh: b,a = ba; t,u=tu kata lain.
= batu
batu Contoh: ba,tang = batang

Mengeja Bunyikan huruf dan


Bunyi jadikan suku kata

Contoh: b(beh) a (ah);ba

Kaedah T(teh) u (uh); tu

ba + tu = batu

Pandang Sebut Huruf

1) Kenalkan huruf a-z


1) Bunyikan perkataan 2) Bunyikan huruf
berdasarkan gambar. 3) Bunyi disambung
2) Bunyikan ayat menjadi suku kata.
berdasarkan gambar 4) Kenalkan rangkai kata
cerita. dan ayat.

3
Pendekatan yang diguna pakai dalam kemahiran membaca ialah
pendekatan sintesis dan pendekatan analisis. Kedua-dua pendekatan ini
merupakan pendekatan asas. Namun terdapat juga pendekatan lain, iaitu;

Pendekatan

Membina Cerakinan Eklektik Berformatkan


KBSR
(sintesis) (analisis)

- Kenalkan huruf. - Kenalkan ayat. Gabungkan kedua-dua


- Kenalkan suku - Kenalkan rangkai pendekatan menjadi
kata. kata.
- Kenalkan - Kenalkan
perkataan. perkataan. Pandang dengar
- Kenalkan rangkai - Kenalka suku
kata kata.
- kenalkan ayat. - Kenalkan huruf.

A B C D

- Menekankan - Berasaskan - Pendekatan -berdasarkan prinsip


bentuk kaedah fonik. bunyi. sintesis.
cerakinanan. - Memperlihatkan - Bunyikan suku
- Bunyi huruf susunan bunyi. kata yang - susun bahagian kecil
menjadi besar.
diutamakan. bermakna.

4
d
m
R
3
Q
H
L
W
K
k
e
T
g
i
n
a
c
S
Teknik dalam kemahiran membaca terbahagi kepada 3 iaitu;

Teknik KWLH, merupakan singkatan kepada;

W
L
K (know)
(want)
(learned)
-
-
-

(untuk membaca seterusnya)


Apa
Apa
Apa
yang
yang
yang
telah
hendak
telah
diketahui
diketahui
diketahui

Manakala teknik SQ3R pula merupakan singkatan kepada,

S (survey)  -   tinjau
(sebelum
(sebelum
(selepas
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan

Melalui teknik bacaan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dibacanya sekarang. Murid juga dapat merancang tindakan
mereka setelah membaca.

Langkah untuk mendapatkan gambaran awal dengan membaca tajuk utama, dan
tajuk kecil.

Q (question) - soal/tanya

Soalan mengenai apa yang pembaca mahukan hasil daripada aktiviti membaca
tersebut.

5
membaca)
membaca)
membaca)
R (read)   -    baca

Aktiviti yang dijalankan secara aktif, serta cuba untuk mendapatkan segala
jawapan bagi persoalan yang dikemukakan sebelum membaca.

R (recite)  -   imbas kembali atau nyatakan secara lisan

Mengingat kembali apa yang telah dibaca dan membuat pemilihan maklumat
yang berkaitan.

R (review) -  baca semula

Membaca bahagian tertentu sahaja sebagai pengesahan kepada jawapan yang


dicari dan memastikan tiada fakta yang tertinggal.

Teknik Skimming dan Scanning pula seperti berikut;

Skimming berlaku dengan membaca idea penting setiap perenggan untuk


mendapat gambaran umum.

Scanning pula berlaku dengan melangkaui bahagian-bahagian tertentu,


pergerakkan mata dari atas ke bawah sambil tumpu kepada maklumat yang
dicari. Teknik ini bukan untuk mendapat gambaran umum dan lebih cepat
berbanding skimming.

Suku kata ialah pecahan perkataan jika terdapat bunyi vokal seperti; pa-
gi,pe-ri-gi dan ke-lu-ar-ga.

Terdapat dua jenis suku kata, iaitu;

i. Suku kata terbuka ( V, KV, KKV )


Suku kata jenis ini berakhir dengan huruf vokal pada suku kata
akhirannya, seperti bu-ku, me-ja, dan sa-ya.
ii. Suku kata tertutup ( VK, KVK, KVKK )
Suku kata tertutup merupakan suku kata yang berakhir dengan huruf
konsonan pada suku kata akhiran. Contohnya, da-un, se-mut, dan ja-rum.

6
Setiap suku kata Bahasa Melayu ditandai oleh sebuah huruf vokal. Huruf vokal
itu dapat di dahului atau diikuti oleh huruf konsonan. V mewakili huruf vokal, dan
K mewakili huruf konsonan.

Terdapat bebeapa jenis suku kata seperti,

1. Kata tunggal satu suku kata


KV = yu
VK = am
KKVK = draf,gred
2. Kata tunggal dua suku kata
V + KV = ibu,ela
V + VK = air,aib
V + KVK = adab, apit
VK + KV = anda, unta
VK + KVK = antah, untuk
KV +KVK = dekat, bukan
3. Kata tunggal tiga suku kata
KV + V + KV = biasa, cuaca, suara
KV + V + KV = kaedah
V + KV + V = abai, usia
KV + KV + VK = maruah, peluang
KV + KVK + KVK = kelompok, kumandang
4. Kata tunggal empat suku kata
KV + KV + KV + KV = panorama
KV + KV + KV + KVK = masyarakat
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah universiti
(V+KV+KVK+KV+KV) lima suku kata.

7
Terdapat empat pola asas suku kata iaitu;

Selain itu, Bahasa Melayu juga memiliki pola yang berikut;

a) KKV = kri-tik,in-fra
b) KKVK = blok, trak-tor
c) VKK = eks
d) KVKK = teks, bank
e) KKVKK = kom-pleks
f) KKKV = stra-te-gi, skru
g) KKKVK = struk-tur, skrip

Pemenggalan suku kata pada kata dasar adalah seperti berikut;

1. Di tengah kata ada dua huruf vokal yang berturutan, pemenggalan


tersebut dialakukan antara kedua-dua huruf vokal, contohnya ma-in,
sa-at, bu-ih.
2. Di tengah kata ada huruf konsonan, termasuk gabungan huruf
konsonan, di antara dua huruf vokal, pemenggalan tersebut dilakukan
sebelum huruf konsonan atau gabungan huruf konsonan tersebut,
contohnya, a-nak, ba-rang, la-wan.
3. Di tengah kata ada dua huruf konsonan yang berturutan, kecuali
gabungan huruf konsonan, pemenggalan tersebut terdapat di antara
kedua-dua huruf konsonan itu. Contohnya, man-di, som-bong, swas-
ta.

8
4. Di tengah kata ada tiga konsonan atau lebih, maka pemenggalan
tersebut dilakukan di antara huruf konsonan pertama(termasuk
gabungan huruf konsonan) dengan huruf konsonan kedua. Sebagai
contoh, kon-tra, ul-tra, sang-gul, ikh-las.

Manakala, tatabahasa pula bermaksud peraturan-peraturan dalam


pembentukan ayat yang diterima sebagai ayat yang baik. Pengajaran
peraturan pembentukan bahasa ini perlu meliputi struktur dan sistem bahasa
itu sendiri. Antara komponen tatabahasa ialah;

1. Fonetik
Bidang ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari penyebutan,
pendengaran atau sifatnya.
2. Fonologi
Kajian mengenai pola bunyi, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
3. Morfologi
Bidang ilmu yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan
penggolongan kata.
4. Sintaksis
Kajian-kajian mengenai bagaimana perkataan-perkataan menjadi ayat.
5. Semantik
Ilmu yang berkaitan tentang tanda-tanda linguistik.

Antara salah satu kaedah untuk mengaplikasikan kemahiran membaca,


“Big Book” diperkenalkan. Selain mudah untuk difahami, “Big Book” juga dapat
menarik minat membaca murid kerana “Big Book” tampil dengan gambar yang
menarik.

“Big Book” ialah buku cerita kanak-kanak yang didatangkan dalam saiz
yang besar. Dilengkapi dengan bahan yang menarik bagi merintis minat
membaca. “Big Book” juga menjadi bahan pembelajaran di peringkat tinggi.

9
Salah satu rasional penghasilan “Big Book” adalah kerana tulisannya yang
besar membolehkan murid untuk membaca dan bertindak balas kepada
perkataan yang dilihat berdasarkan gambar yang disertakan bersama. Selain itu,
“Big Book” juga mampu menghasilkan persekitaran kelas yang selamat dan
santai bagi murid untuk dialami oleh mereka. Murid juga akan turut berminat
untuk serta membaca pada ketika ini.

Antara ciri-ciri “Big Book” yang ditetapkan mengikut kesesuaian murid


adalah;

i. Menggunakan perkataan dan ayat yang mudah difahami.


ii. Plot cerita yang mudah difahami kanak-kanak.
iii. Ilustrasi yang berkesinambungan – kanak-kanak dapat memahami jalan
cerita.
iv. Ilustrasi yang berkait dengan teks cerita.
v. Saiz – lebih kurang 18 hingga 20 inci tinggi.
- Saiz tulisan (3/4 inci)
vi. Kanak-kanak dapat melihat dari jarak sejauh 15 kaki.
vii. Tidak terlalu banyak perkataan.
viii. Lebih menarik jika dihasilkan oleh guru atau murid sendiri.

Bagi menghasilkan “Big Book”, beberapa contoh buku cerita kanak-kanak telah
dipilih. Buku cerita yang hendak dipilih perlulah mengandungi pengajaran yang
sesuai dengan murid. Antara cerita yang perlu dipilih ialah;

- Bambo dan buah Oren


- Mari ke Klinik Gigi
- Corky the proud roaster

Penggunaan “Big Book” yang terdiri dari ayat-ayat ringkas memerlukan


kemahiran membaca yang baik dari guru bagi mengajar murid-murid yang tidak
tahu membaca. Terdapat 3 asas bacaan yang boleh digunakan dan diaplikasikan
dalam penggunaan “Big Book” iaitu,

10
i. Kaedah Abjad
ii. Kaedah Fonik
iii. Kaedah Suku Kata

Kaedah abjad merupakan kaedah paling biasa digunakan dalam mengajar


mengeja dan membaca. Murid pada pertama kalinya diperkenalkan terlebih
dahulu dengan huruf dari A hingga Z.

Kemudian mereka didedahkan pula dengan huruf vokal, konsonan dan


diftong. Bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Akhirnya huruf-huruf
digabung untuk membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Kaedah fonik pula, merupakan kaedah yang menekankan hubungan bunyi


huruf-huruf. Kaedah ini memperkenalkan bunyi huruf terlebih dahulu dan
kemudiannya baru diperkenalkan suku kata kepada murid. Dalam kaedah ini
huruf perlu dibunyikan bukan dieja.

Manakala kaedah suku kata pula, merupakan kaedah yang bermula


dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Proses mengeja dan
membatang perkataan ini perlu dimulakan dari peringkat yang mudah iaitu
dengan bermula dari perkataan yang mempunyai dua suku kata (KVKV),
kemudian barulah diperkenalkan perkataan yang mempunyai tiga suku kata
(KVKVK) dan menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong dan
konsonan berganding (KK).

Untuk aplikasi pola ayat pula, hanya 4 pola dasar ayat Bahasa Melayu
digunakan. Empat pola ayat ini merupakan asas, yang terdiri daripada pola;

i. Subjek N – predikat N
ii. Subjek N – predikat A
iii. Subjek N - predikat P
iv. Subjek N – predikat S
N boleh jadi – nama

11
- nama khas
- ganti nama petunjuk
- ganti nama
- kumpulan nama
- perkataan atau rangkai kata yang berkuasa nama
A boleh jadi - adjektif
- kumpulan adjektif
P boleh jadi - perbuatan melampau
- perbuatan tidak melampau
- perbuatan pasif
S boleh jadi - perkataan nama atau kumpulan nama yang bersendi

Contoh:

 Subjek N – predikat N

(Ahmad) (adik saya.)

 Subjek N – predikat A
(Dia) (pandai.)
 Subjek N - predikat P
(Budak gemuk itu) (tidur.)
 Subjek N – predikat S
(Dia) ( ke Ipoh.)

Jadi setelah membuat pemilihan dengan melihat ciri-ciri “Big Book” dan jenis
perkataan yang terkandung dalam ketiga-tiga buah buku cerita berkenaan, buku
cerita Croky the proud roaster menjadi pilihan kerana mempunyai gambar yang
manarik. Namun jalan cerita telah diubah mengikut kesesuaian “Big Book” bagi
pemulihan. Jalan cerita asal yang diserap masuk telah diterjemah menjadi ayat
mudah mengikut pola ayat dan suku kata yang mudah.

12
REFLEKSI

Syukur kerana tugasan Bahasa Melayu Literasi kali ini telah sempurna dilakukan.
Hasil bimbingan pensyarah pembimbing yang sabar melayan karenah saya yang
banyak soal, telahpun menghasilkan hasil.

Pertama kali menerima tugasan, saya merasakan tugas ini agak sukar
kerana berikutan sumber bacaan yang terhad di pusat sumber. Namun belas
ehsan pensyarah telah memberikan nota tambahan yang sangat membantu saya
dalam mengempurnakan tugasan ini.

Terdapat dua tugasan yang perlu saya siapkan iaitu secara individu dan
secara berkumpulan. Tugasan berkumpulan dijalankan terlebih dahulu. Saya
sangat bersyukur kerana diberikan anggota kumpulan yang sangat berdedikasi
dan sentiasa bersemangat dalam menyiapkan tugasan kami iaitu “Big Book”.
Bagi menghasilkan “Big Book” ini kami telah menelan belanja sebanyak RM 80.
Kami berpuas hati dengan hasil tugasan kami apabila kami tunjukkan kepada
pensyarah kami, beliau sangat teruja dengan hasil yang kami lakukan. Walaupun
beliau tidak melihat secara keseluruhan namun komen secara rawak ini sudah
cukp memuaskan hati.

Beralih pula pada tugasan individu. Tugasan ini merupakan asas kepada
penghasilan “Big Book”. Berdasar maklumat yang disaring dalam tugasan inilah
terhasilnya “Big Book”. Bagaimana mengajar murid membaca dan kemudiannya
hinggalah kepada apa itu “Big Book”. Bagi tugasan ini, saya banyak merujuk
buku-buku tatabahasa yang terdapat di rumah saya. Sedikit tunjuk ajar dari ayah
saya. Tugasan individu juga selesai disiapkan dan saya berpuas hati dengan
hasilnya yang tidak seberapa ini.

Harapan saya agar, kedua-dua tugasan ini telah memenuhi ciri- ciri yang
telah ditetapkan oleh puan.

13
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Muka surat 97 dan 189.

Alias Mohammad Yatim (Ph.D) dan rakan.(1992). Mengenali Bahasa


Malaysia. Wintell Printing(M) Sdn.Bhd. Muka surat 59.

Arbak bin Othman M.A(U.M).(1985). Mengajar Tatabahasa. Dewan


Bahasa dan Pustaka. Muka surat 16.

Arbak Othman.(1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Sarjana Enterprise.

Dr. Abdullah Hassan(penyunting). (1983). Rencana Linguistik. Dewan


Bahasa dan Pustaka. Rencana oleh Halimah Wok Awang. Pola-pola Ayat Dasar
Dalam Bahasa Malaysia. Muka surat 94.

Prof. Mohd. Taib Osman(penyunting). (1977). Pengajaran Bahasa dan


Kesusasteraan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas kerja oleh Raja
Mukhtaruddin R. Mohd. Dain. Teknik Mengajar pola-polaAyat. Muka surat 47.

Haidi. ( ). Teknik Pengajaran Pemulihan Part 1.


http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/27/teknik-pengajaran-pemulihan-part-1/. Dilayari
pada 23 Ogos 2010.

Tiada nama pengarang. ( ).


Fonologi .http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm. Dilayari pada 23 Ogos
2010.

14

Anda mungkin juga menyukai