Anda di halaman 1dari 20
Penggunaan Matawang Dinar =~ Dalam Era Globalisasi 7” Fembentang Po EN. UMAR AZMON AMIR HASSAN — NAIB PRESIDEN, E-DINAR LIMITED ~ 16 Mac ry, ; Kou ve as islam ar) PENGGUNAAN MATAWANG DINAR DALAM ERA GLOBALISASI OLEH EN. UMAR AZMON AMIR HASSAN NAIB PRESIDEN E-DINAR LIMITED Dalam ucapan YAB Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad di Doha Qatar 11 November 2000 yang bertajuk ‘Islam and Globalisation’ beliau berkata globalisasi yang diremus dan disampaikan pada masa kini telah direncanakan dan menjadi satu rekaan Negara Atlantik Utara dan kita boleh menganggap yang ia bertujuan untuk memperkayakan diti mereka lagi dan menambah dominasi mereka terhadap dunia. Mereka telah pun menguasai dunia. Mereka telah menjajah sekian lama dan selepas perang dunia kedua mereka telah menunjukkan taring kapitalisma. Menurut mereka perdagangan bebas adalah segala- galanya, Ia akan memberikan kekayaan kepada seluruh dunia. Perdagangan bebas seperti yang dimaklumkan oleh mereka bermakna mereka telah menghapuskan sekatan perdagangan supaya perdagangan dan perkhidmatan akan bergerak lancar tanpa sempadan, Pedagangan bebas dilaksanakan sebagai meratakan padang permainan. Pada tanggapan mereka meratakan padang permainan akan mewujudkan persaingan yang adil. Tetapi tidak dinyatakan tentang saiz permain, Malangnya kebanyakan yang memperkatakan mengenai meratakan padang permainan terlupa bahawa mereka memiliki koporat gergasi, bank atau produk untuk dijual dipasaran. Jelas bahawa mereka yang mempunyai wang dan produk akan memborong pasaran, Dengan cara senyap dan tersembunyi perdagangan bebas diabadikan dengan kudus melalui GATT dan WTO. Bank Dunia, IMF dan Media. yang dikuasai barat mencanangkanaya, Barangsiapa yang berani melanggar perdagangan bebas menjadi murtad, kafir daripada cuba menghimpit yang sedia miskin. Kami memetik dengan panjang ucapan YAB adalah untuk melihat dari kaca mata beliau masalah globalisasi dan bagaimana forum saperti ini dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Dr, Mahathir pemimpin yang ulung pada masa ini yang meperjuangkan hal-hal penting dan relevan yang dihadapi oleh rakyat dan dunia terutama sekali di dunia ketiga. Jadi jelas globalisasi ciptaan barat adalah berat sebelah dan hanya mementingkan segelintir manusia sahaja. Globalisasi menimbulkan pasaran dagangan yang dimonopoli dan juga memonopoli techadap sistem kewangan dan mata wang itu sendiri khususnya mata wang Amerika yang dianggap sebagai mata wang dunia tetapi dikuasai oleh pihak yang mencetaknya tanpa had, Ada dua masalah pokok yang dapat dirumuskan yang dihadapi daripada giobalisasi iaitu a) Masalah Mata Wang b) Masalah pasaran dan perdagangan, Kita hanya akan melihat masalah mata wang sebagai yang relevan pada forum ini walaubagaimana pun agak sukar saperti globalisasi untuk memberi sempadan pada kedua-duanya kerana terdapat banyak hubung kait di antara mereka. Hakikat Mata Wang Kecelaruan tentang mata wang sekarang memaksa kita memahami secara lebih jelas tentang mata wang itu sendiri, Menurat Dr Mahathir mata wang tidak boleh dijual beli kerana iunya tiada nilai intrinsik ( Mahathir 1998a ), Dr Mahathir mengulangi kenyataan beliau di Yemen baru-baru ini. Sekarang kami berfikir untuk melaksanakan dinar emas yang mempunyai nilai intrinsik. Beliau juga menambah ia adalah lebih baik kerana kepingan kertas tidak ada nilai. Memang benar kenyataan itu kerana mata wang sekarang hanyalah wang kertas yang sah diperlakukan apabila Kerajaan membuat pengisytiharan tentang nilainya. Jika wang sekatang tiada nilai intrinsik maka kenapa ianya masih menjadi suatu komoditi? Masalah Wang Kertas Perhatikan beberapa masalah berikut a) b) d) Wang kertas jika disimpan di rumah ( misalnya di dalam tabung atau di bawah tilam ) akan disusut nilai oleh kuasa pasaran lebih-lebih lagi jika disimpan untuk Jangka masa yang lama, Dalam keadaan sekarang sekiranya dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat, wang tersebut boleh disusut nilai dalam tempoh sehati malahan sejam sahaja, Di Indonesia susut nilai rupiak didapati sehingga beratus- ratus peratus (itusant Malaysia 1998c). Jika demikianlah sifat nilai wang yang disimpan di rumah, ini bererti kita terpaksa’ menyimpan wang di bank kerana di situ lazimnya wang akan ditokok tambah melalui faedah. Oleh itu susut nilai boleh dietakkan menurut kadar semasa yang diberikan oleh pihak bank. Ini bermakna kemungkinan faedah yang kita perolehi daripada bank bukanlah keuntungan tetapi ‘adjustment’ untuk susut nilai yang bertaku. Kemungkinan juga wang yang disimpan di bank pun tidak selamat dari susut nilai yang berlebihan, Malahan wang kertas kita boleh lupus langsung kerana sama ada akaun dibekukan atau bank ditutup. Keadaan ini sudah menjadi agak lazim sekarang di beberapa negara luar. Faedah 100% setahun pun sudah tidak bermakna lagi apabila susut nifai wang semakin menjadi-jadi. Di negara jiran wang disusut nilai melebihi 600% (Utusan Malaysia 1998c). Apabila kita meminjam RM1000 dari sahabat kita dan kita pulangkan RM1000 itu selepas 10 tahun sebagai contoh, kita katakan tiada riba. Dari segi kuantiti memang betul tiada riba. Tetapi 10 tahun lagi RM1000 tidak mempunyai nilai atau kuasa membeli yang sama. Tentulah tidak adil peminjam membayar pada kadar yang sama sebegini walaupun tidak digelar riba. Contoh-contoh di atas jelas bahawa satu mata wang yang intrinsik perlu diwujudkan, ‘Matawang ini harus berbentuk neutral yang tidak memihak pada sesiapa, Ia juga harus berbentuk komodi Jika dinilai dari segi itu, komoditi yang sesuai pada masa ini adalah emas dan minyak, Selain itu kita dapati minyak agak susar untuk di bawa ke sana ke mari. Emas atau logam betharga yang lain mempunyai keistimewaan ini dan ia juga mempunyai sejarah yang lama dan nilai yang stabil. Sayugia diingatkan bahawa wang kertas seperti dolar Amerika Syarikat dabulunya bersandarkan emas. Pada akhir perang dunia kedua termetrilah Bretton woods Agreement yang menyandarkan 3SUSD pada setiap satu ounce emas. Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentt, Dengan demikian wang kertas yang kita gunakan sebenamya ialah resit untuk kita quntut emas dari pihak yang berkenaan. Kertas ini dijamin oleh Kerajaan biasanya dengan tulisan ‘sah diperlakukan’ sebanyak mana yang tercatit di atasnya. Resit ini sebenarnya jarang kita guna untuk menuntut emas tersebut, Sebagai contoh pada muka hadapan wang kertes 10 dolar Amerika Syarikat siri 1928 ada tercatit “ Redeemable in gold on demand at The United States Treasury .” Peter Kershaw 1994). Sejak Ogos 1971 Presiden Nixon telah memutuskan hubungan di antara emas dengan wang kertas dolar Amerika Syarikat. Ketika itu pihak Amerika Syarikat memerlukan belanja yang banyak untuk membiayai perang di Vietnam. Keputusan itu dibuat kerana suntutan dari negara-negara yang menyimpan dolar untuk mendapatkan emas sudah melebihi emas yang ada di dalam simpanan. Perkara ini pasti akan berlaku kerana terdapat Sebihan wang kertas yang dicetak, Keadaan ini menyebabkan negara Amerika Syarikat tergugat kerana peras ugut melalui tuntutan emas Peristiwa ini ekoran daripada tuntutan President Charles DeGaulle terhadap Amerika Syarikat, (Adam Smith 1982, Kurtzman 1993), Tanpa piawaian emas, pihak bank Amerika Syarikat bebas meneipta wang melalui cetakan wang kertas tanpa ikatan dengan simpanan emas lagi. Maka wang kertas dolar pin menjadi wang spekulasi kerana tiada sandaran emas lagi, Semua wang kertas di dunia yang mengambil dolar sebagai bandingan pun turut tidak bersandaran emas Kurtzman berkata keputusan yang dibuat Nixon telah menjadikan wang yang asalnya suatu yang benar dan nyata kepada suatu abstraksi tersimpul atau nvisted abstraction (Kurtzman 1993). Dalam buku yang sama dikatakan bahawa wang kertas itu masih lagi suatu nota janji untuk pembayaran tetapi pembayaran apa kepada siapa? (Ut is still a promise to pay. But to pay what to whom?) Wang kertas ¢elah menjadi semacam sistem kepereayaan psikologi terhadap nilai yang tertera di atasnya dan nilai tukaran yang dipaksa oleh kuasa pasaran, Alat Perhambaan Khalid Noorshah menghuraikan dalam ruangan Pandangan Songsang MASSA tentang, wang kertas sebagai alat perhambaan (MASSA bil. 126, 1998). Pandangan itu mangkin bukan songsang untuk sebahagian pemerhati masyarakat seperti Goethe, Juenger, Ezra Pound dan Richard Wagner. Melalui tulisan, ucapan, puisi, drama dan muzik, mereka telah mengupas tentang sifat tamak manusia yang melabelkan dan memaksa kertas sebagai simbol wang yang mewakili emas yang belum digali. Goethe (1749-1832) mengkritik wang kertas (note) dalam Faust seperti yang diterjemahkan oleh Louis MacNeice, pada tahun 1952 dalam buku Goethe’s Faust: Be it known to all men who may so require This note is worth a thousand crowns entire Which has its guarantee and counterfoil In untold wealth beneath Imperial soil And this hereby is a substitute approved Until such time as the treasure can be moved.

Anda mungkin juga menyukai