Anda di halaman 1dari 2

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam

membentuk masyarakat
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bincangkan.
Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi
kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak
yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan
negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang
minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan
kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar
jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan
cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam
pembentukan disiplin anak-anak.
Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman
globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak
kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan.
Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat
memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun,
saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan
ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan
kesalahan.
Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu
bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan
perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian
kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah
yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai
masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang.
Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-
anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng
arang di muka ibu bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam
memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin
melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalambelukar,
melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan
dalam masyarakat.Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni
mendidik anak-anak dengan ajaran agama danmoral. Sebagai contoh, ibu bapa
haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murnidemi
mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat
didisiplinkan dan dibentukmenjadi modal insan yang berketerampilan dan
berkewibawaan.
Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak
akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat
kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih
berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu
diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan
ketidakjujuran mereka. Langkah inipenting agar akal anak-anak yang waras dapat
dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesalatas perbuatan
diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat
penting agaranak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan
disiplin diri mereka terbentuk secarasemula jadi.
Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-
anak mereka. Oleh sebabbagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan
penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depananak-anak. Tamsilannya, ibu bapa
haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri dikhalayak
ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif
ibu bapa pastitidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikapketam yang mengajar anaknya berjalan
betul tetapi diri sendiri berjalan senget.
Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada
komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa
depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka.
Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan
kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh
hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam
pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus
dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang
daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan
tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai