Anda di halaman 1dari 23

BAB 1

`Sayang bangun dah pukul 9 pagi…Hari inikan sayang ambil keputusan SPM……
Bangunlah…’, kedengaran suara yang merdu mengejutkanku dari tidur. Aku dengan
perlahan membuka mata sambil mengeliat. Aku tersenyum melihat mama
mengejutkanku sambil menyelak langsir dan membuka tingkap…
`Bangun sayang...’, perkataan ini diulangi mama supaya aku bangun dari katil...
`Cepat sayang bangun pergi mandi… Mak Ara sudah siapkan sarapan kegemaran
Chah di bawah..’, kata mama lagi.
Mak Ara ialah pengasuhku sejak kecil lagi. Ketika ketiadaan papa dan mama dirumah
atas alasan kerja, mak aralah yang menjaga makan pakai aku.
`Baiklah mama, nak bangunlah nie… mama turun bawah dulu nanti bila chah dah
siap, chah turun bawah ye…’, jawab ku sambil turun dari katil dan mendapatkan tuala
serta pakaian seragam sekolah di penyangkut almari.
`Ok, mama tunggu sayang di bawah…cepat sikit siap tu’, balas mama lalu
mengambil langkah beredar dari bilik aku.
Aku melihat jam di dinding dan terus masuk ke bilik air...
Tidak lama kemudian aku pun keluar dari bilik lalu turun ke bawah untuk bersarapan
sebelum ke sekolah…
Keadaan di meja makan di serikan dengan pelbagai pertanyaan dan gurau sendaku…
`Ma, pa hari nie chah ke sekolah dengan siapa?’, Tanya ku sambil menyenduk nasi
goreng kegemaranku yang di hidang oleh Mak Ara.
Suasana tiba-tiba semakin sepi tanpa nada sudu yang digunakan apabila aku
menujukan soalan…Mama dan papaku berdua saling berpandangan...
`Hari ini papa tak dapat ikut Chah ke sekolah because I’ve an emergency meeting…
You can go with Pak Abu, Shukor and Fizzy right?,’ balas papa yang menatap wajah
ku sejak tadi…Pak Abu ialah pemandu peribadi aku sejak kecil lagi manakala Shukor
dan Fizzy pula bodyguard aku yang menemaniku kemana saja aku pergi.
`Jangan buat muka macam tu sayang, mama tak sukalah,’ mama menyampuk.
`Chah nak papa dengan mama teman ambil keputusan tu’, balasku dengan nada suara
yang tiba-tiba sebak…
`Ok lah macam ni saja, papa hantar Chah ke sekolah sahaja ya?,’ balas papa yang
ingin memujukku.
`Kalau macam tu tak payahlah papa,’ jawab jawabku dengan sedih.
`Chah janganlah macam tu…Papa betul-betul sibuk hari ni,’ jawab papa. Aku mengatur
langkah beredar meninggalkan mama dan papa di meja makan.
`Its fine pa, I go with her… You go to the office ,’ kata Tengku Asfa melihat gelagat
anak dan bapa yang keras kepala. Masing-masing tidak mahu mengalah.
`Ok…thanks ma,’ jawab Tengku Azhar
Selepas beberapa minit, aku dan mama ke sekolah… Manakala papa ke pejabat.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 2

Sebelum papa dan mama berangkat, mereka sempat berborak seketika sebelum
menemuiku di luar rumah…
`Ma hari ini papa balik lewat sikit, sebab petang nanti jam 6 petang papa ada
meeting dengan klien yang datang dari England. Mama jangan tunggu papalah ya,’
kata Tengku Azhar kepada isterinya yang tercinta.
`Baiklah pa,’ balas Tengku Asfa.
`Oklah ma, nanti kita sambung berborak lagi ye, papa dah lewat nie. Dekat office tu
banyak kerja nak di buat. Papa pergi dulu. Pak Samad dah tunggu lama tu di dalam
kereta, nanti beku pula Pak Samad dalam kereta tu’ jawab Tengku Azhar yang cuba
membuat lawak sambil ketawa. Pak Samad ialah pemandu peribadi papa.Tengku Asfa
mencium tangan suaminya lalu Tengku Azhar mengucup dahi isterinya dan mengatur
langkah menuju ke kereta Mercedes compesornya itu.

`Mak Ara, nanti tolong saya kemaskan bilik Chah,’ Tengku Asfa berkata dengan Mak
Ara sambil mengatur langkah ke almari kasut.
`Tengku, Chah sudah mengemas biliknya tadi sebelum dia turun makan,’ jawab Mak
Ara.
`Kalau macam tu tak pelah…Oklah Mak Ara, Pak Sudin sudah menunggu saya tu,’ kata
Tengku Asfa sambil masuk ke dalam kereta BMW berwarna hitam yang berada di
halaman rumahnya. Pak Sudin pula pemandu peribadi mama.
`Oh ya Tengku, Pak Samad macam mana pula?’ tanya Mak Ara.
`Kenapa pula dengan Pak Samad?’ Tengku Asfa bertanya balik.
`Oh ya lupa pula, ha tak pelah biarkan Pak Samad berada di rumah hari ni dan pesan
pada Zul pokok bunga saya tu jangan lupa siram. Tadi saya tak sempat nak menyiram
pokok di halaman belakang’ balas Tengku Asfa selepas teringatkan Pak Samad.
`Baiklah Tengku’ balas Mak Ara.
Seperti biasa, Mak Ara dan beberapa orang gaji yang lain tinggal bertiga seperti
hari-hari kebiasaannya dan di temankan oleh dua orang security guard serta dua
orang pekebun.

Setelah dua jam berada di sekolah, Arisha pulang ke rumah dalam keadaan gembira.
Dia kemudiannya keluar dari kereta lalu duduk di tangga di halaman pintu masuk
rumahnya sambil memegang keputusannya.
Tengku Asfa keluar dari kereta sambil tersenyum. Keputusan SPM anak gadisnya itu
mendapat 9 A 1.
`Mama…,’ perkataan ini sahaja yang mampu aku luahkan lalu memeluk erat tubuh
mama. Air mataku tiba-tiba menitis di atas bahu mama.
`Sayang, kenapa ni? ,’ tanya mama.
`Chah tak sangka ma…,’ jawab ku.
`Kenapa tak sangka pula?,’ tanya mama lalu di tatapnya wajahku.
`Yelah ingatkan tak dapat apa yang Chah target selama ni…,’ jawab ku tanda
gembira.
`Oklah tu sayang,’ balas mama.
Aku hanya dapat mengangguk sahaja mendengar nasihat dan pendapat mama.
Ketika kami bergurau senda, tidak lama kemudian telefon mama berdering. Rupa-
rupanya papa yang telefon. Papa menanyakan Keputusanku kepada mama. Mama kata
Papa lega apabila mendengar berita yang di sampaikan oleh mama tadi. Papa
memberitahu mama untuk meraikan kejayaanku di sebuah hotel di Johor Bahru
dalam masa yang terdekat disebabkan papa terlalu sibuk tahun ni.

Janji papa akhirnya ditunaikan juga. Walaupun lama menunggu akhirnya hari ni papa
dapat tunaikan janjinya kepadaku.Selepas solat isyak, mama dan papa menungguku di
bawah sementara aku bersiap. Selepas beberapa minit menunggu, mereka berdua
merenungku kerana berpakaian baju kemeja berbelang hijau putih dan dilengkapi
dengan seluar jeans. Papa dan mama ternganga melihat pakaian yang dipakai aku.
Kerana selama ini aku tidak mengenakan baju itu ketika aku keluar pergi ke mana-
mana. Pakaian ini juga dilenglkapi dengan tudung yang telah digulung menjadi bunga
serta dipinkan agar tidak teburai gulungan bunga itu. `Ma, pa, mari kita pergi...?’ aku
mengajak mama dan papa beredar…
`Baiklah, mari kita pergi...’ jawab papa bersetuju dengan cadanganku itu.
Mereka bertiga mengatur langkah menuju ke luar rumah dan memasuki kereta BMW
Tengku Azhar…
Hampir dua jam mereka bertiga berada di Hotel Hyatt. Pada masa Arisha meraikan
kejayaannya bersama keluarga, kesemua rakan karibnya tidak lagi berada di Malaysia
kerana mereka semua mengikut keluarga masing-masing ke oversees atas urusan
pekerjaan. Mereka adalah Amiera (Miera), Tina (berbangsa india), Lily (berbangsa
china), Suria dan Sofia (sofy). Miera, Suria dan Sofy ke London mengambil kos
teknologi manakala Tina ke Dublin mengambil kos medical dan Lily ke Australia
mengambil kos perakaunan.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 3

Hari-hari yang indah saling bertukar ganti apabila matahari terbenam


di ufuknya dan bulan muncul menunjukkan cahayanya pada waktu malam. Keputusan
aku untuk melanjutkan pelajaranya di London selama ini tercapai. Sebulan selepas
keputusan SPM keluar, aku telah menghantar borang permohonan untuk melanjutkan
pelajaranku di London. Aku berasa gembira kerana borang permohonanku telah
diterima. Aku akan menyambung pelajaranku di University Of London.
`Mama, papa, permohonan Chah sudah diterima. Boleh tak Chah ke sana lusa? Sebab
nak buat visa dua minggu dan kuliah Chah mula bulan depan’ kataku.
`Alhamdulillah. Boleh tapi sayang jaga diri baik-baik’ jawab mamanya.
`Ya mama… Mama tak payahlah risaukan Chah. Chahkan dah besar lagipun umur Chah
pun dah 19 tahun ma’ balas Arisha sambil memegang tangan ibunya itu
`Ya mama tahu Chah sudah besar…Apa salahnya kalau seorang ibu tu merisaukan
keadaan anaknya…Chahkan anak mama dan papa,’ jawab Tengku Asfa dalam nada yang
sebak.
`Baiklah mama, Chah janji Chah akan jaga diri …,’ balasku.
`Oh ya, nanti bolehlah Chah duduk dengan atuk, nenek dan Mak Lina disana,’ Mak
Lina atau lebih dikenali sebagai Tengku Azhalina Sofia ialah adik kepada papa. Dia
tinggal di London bersama nenek. Kata ayah mereka membawa diri setelah Mak Lina
kehilangan suaminya yang tercinta Tengku Azrul akibat kemalangan. Mereka juga
sudah menetap lama disana selepas papa dan mama berkahwin sebulan.
`Oklah papa… Tapi papa confirmkan dulu dengan Mak Lina,’ balas Arisha.

Dua hari selepas itu…


`Ok ma, papa sudah tunggu Chah tu di kereta… Mama jaga diri baik-baik tau,’ pesan
Arisha kepada mamanya.
`Baik-baik ya sayang…Jangan lupa solat. Belajar sungguh-sungguh,’ balas Tengku
Asfa sambil mengucup dahi anak gadisnya itu.
Selama satu jam perjalanan, Arisha akhirnya sampai di lapangan terbang. Sudah
hampir setengah jam menunggu di dalam kapal terbang, akhirnya kapal terbang yang
dinaiki Arisha berlepas….

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 4

Lima tahun kemudian……

`Pa cepatlah sikit, anak kita dah nak balik ni. Nanti kita lambat ke tiba di airport.
Sekarang sudah pukul lima,’ kata Tengku Asfa memanggil suaminya.
`Ya datang lah ni. Kalau ya pun sabarlah sikit, papa tak sempat nak kancing butang
baju ni,’ jawab Tengku Asfa. Tengku Asfa membantu suaminya mengancing butang
baju kemeja.
Tidak lama kemudian mereka berdua bertolak ke airport untuk menjemput anaknya
Tengku Arisha.

Semasa di tempat menunggu…


`Assalamualaikum mama papa,’ terdengar satu suara memberi salam.
Mereka berdua menoleh lantas menjawab salam. `Waalaikumussalam…eh, anak
kitalah pa..,’ kata Tengku Asfa.
`Papa dan mama sihat,’ sapaku sambil mencium tangan orang tuaku yang ku rindu
selama ini.
`Alhamdulillah, mama dan papa sihat sayang,’
`Wah, anak mama semakin cantik. Betulkan pa?’ Mama bertanya kepada papa sambil
membelik wajahku.
`Ya lah mama,’ balas Tengku Azhar.
`Oh ya sayang atuk, nenek, Mak Lina sihat?’ tanya papa.
`Oh, mereka sihat-sihat sahaja papa. Mereka semua kirim salam mama dan papa,’
jawabku.
`Waalaikumussalam…Papa, Chah mari kita balik. Dalam kereta kita boleh berborak
panjang,’ seru mama.
`Baiklah ma, mari Chah,’ balas Tengku Azhar.

Suasana didalam Estima (Mpv) riuh sekali...


`Di sana ambil course apa?’ tanya Tengku Azhar kepada anaknya.
`Chah ambil course business and management papa,’ jawab Arisha
`Sampai peringkat apa yang diambilnya tu?’ tanya Tengku Asfa.
`Degree mama. Chah belajar terus sebab Chah nak menceburi bidang ni lebih
mendalam lagi. Lagipun taklah membuang masa,’ jawab Arisha lagi
`Pandainya anak papa ni,’ papa memujiku.
Aku mampu tersenyum sahaja.
Kepulanganku di sambut oleh Mak Ara, Pak Abu, Pak Budin dan Pak Samad. Semasa
kepulanganku itu, tidak kelihatan abang Fizzy dan abang Shukor. Mama kata mereka
mendapat tawaran yang baik demi masa depan mereka. Yelah gaji yang diberikan
papa dulu tidaklah seberapa sangat nak dibandingkan dengan gaji mereka sekarang.
Lagipun mereka berdua sudah pun mendirikan rumah tangga dan mendapat dua
cahaya mata. Kos kehidupan mesti meningkat.
Arisha keluar dari Estima lalu mendapatkan Mak Ara.
`Mak Ara tahu Chah rindu sangat dekat Mak Ara tau,’ kataku kepada Mak Ara.
`Mak Ara pun begitu juga. Yelah mana tidaknya, kamu meninggalkan Mak Ara selama
lima tahun,’ balas Mak Ara sambil tersenyum gembira.
`Mari kita masuk. Hari sudah petang ni,’ kata papa.
`Pak Abu, tolong bawa beg Chah ke biliknya ya?’ kata Tengku Asfa.
`Baiklah Tengku,’ jawab Pak Abu.

Mereka semua duduk di ruang tamu sambil bercerita panjang. Suasana sudah
pun berubah pada suasana malam tanpa disedari mereka yang asyik berborak sahaja
setelah empat tahun tidak berborak bersama Arisha…Mereka semua menuju ke bilik
masing-masing untuk menyempurnakan ibadat yang wajib dikerjakan oleh semua umat
Islam. Setelah menyempurnakan ibadat solat, mereka semua menjamu selera di
ruang makan. Keempat-empat orang gaji mereka, Pak Abu, Pak Samad, Pak Budin,
Fizzy dan Shukor turut serta. Semasa di meja makan suasana riuh rendah dengan
senda gurau masing-masing.
Setelah selesai menjamu selera, mereka semua menuju ke bilik masing-masing. Di
ruang makan, Arisha, Mak Ara dan Keempat-empat orang gaji sibuk membersihkan
meja makan.
Di dalam bilik, Tengku Azhar sempat berborak bersama Tengku Asfa tentang anak
gadisnya yang kian meningkat dewasa…

`Pa, dengan sekelip mata sahaja anak kita sudah 23 tahun,’ kata Tengku Asfa kepada
suaminya.
`Ya lah ma, papa pun tak sangka anak kita sudah menjadi lebih matang daripada kita
kenal dulu,’ balas Tengku Azhar.
`Ma apa kata kalau papa ajak Arisha kerja dengan papa? Lagipun kita ni sudah tua’
kata Tengku Azhar lagi.
`Ye tak ye jugakan pa. Bagus juga idea tu, tapi mama cadangkan papa jangan tanya
perkara ini terlebih dahulu ke dia sebab dia kan baru sahaja balik, penat dan rindu
dia dekat sini pun belum puas lagi biarlah dia berehat dulu’ jawab Tengku Asfa.
`Betul juga kata mama. Ya lah papa akan tanya dia apabila dia sudah bersedia nanti,’
jawab Tengku Azhar.
`Ma mari kita solat isyak bersama,’ ajak Tengku Azhar.
`Baiklah pa,’ balas Tengku Asfa.
Semasa mengemas di meja makan…

`Di England, Chah tidak berjumpa dengan sesiapa yang berkenan ke?’ usik Mak Ara.
`Mak Ara, Chah ke bilik dulu ya. Chah nak solat’
`Nak mengelaklah tu, ni mesti ada ni,’ balas Mak Ara.
`Pandai-pandai je Mak Ara ni, tak delah …,’ balasku sambil tersenyum.
`Yalah tu. Eh kata tadi nak solat? Pergilah cepat yang asyik termenung saja tu
kenapa?’ jawab Mak Ara sambil tersenyum melihat reaksiku.
`Ok lah Mak Ara, Chah naik ke bilik ya,’ kata Arisha
`Ha pergilah cepat,’ Mak Ara menggeleng kepala sambil tersenyum melihat gelagat
anak jagaannya itu.
Kemudian aku pun berlalu. Mak Ara menyambung kerjanya semula.
Ketika aku selesai solat, mama masuk ke dalam bilikku.
`Chah sudah selesai solat?’ tanya mama.
`Sudah ma,’ jawabku semula.
`Chah penat kan? Rehatlah dulu ya,’ kata mama.
`Baiklah ma. Ma, Chah ingat esok nak pergi jalan-jalan dekat Bandar dengan Pak Abu.
Mama ikut Chah ya?’ seruku.
`Kalau esok tak boleh rasanya sebab mama akan berangkat ke US ada kerja sikit’
`Papa?’ tanya Arisha lagi.
`Papa pula ke Indonesia. Lain kali lah ya? Mama tahu kami hanya meluangkan masa
bersama Chah sekejap sahaja tapi hendak buat macam mana, mama dan papa kerja’
`Ok…tak pelah, Chah faham’
`Chah tidurlah,’ kata Tengku Asfa sambil mengatur langkah menuju ke biliknya.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 5
Pada keesokkan harinya mereka sarapan bersama-sama. Setelah selesai, papa
bertolak ke lapangan terbang bersama Pak Samad menemaninya ke Jakarta,
Indonesia atas urusan pekerjaan. Mama pula berangkat ke lapangan terbang bersama
Pak Budin. Aku tinggal dirumah seorang tanpa ditemani kedua orang tuaku. Tetapi
aku tidak risau kerana Mak Ara dan yang lainnya ada bersamaku di rumah.
`Mana Pak Abu?’ aku bertanya kepada Mak ara yang sedang mengupas bawang.
`Oh, Pak Abu di belakang rumah agaknya.’ jawab Mak Ara.
`Yelah,’ balas Arisha sambil menuju ke bilik kerjanya sambil memanggil Bik Suti
(orang gaji).
`Ya cik, ada apa yang bisa bibik tolong?’ tanya bik Suti.
`Bik tolong panggilkan Pak Abu ketemu saya sekarang ya? Di sini,’ kata Arisha.
`Ya cik,’ jawab Bik Suti.

Tidak lama kemudian…,

`Ya Chah, Chah panggil Pak Abu?’ tanya Pak Abu.


`Ha’a, kalau ye pun duduklah dulu. Chah ingat nak ajak Pak Abu teman Chah ke
bandar petang ni, bolehkan?’ tanya Arisha.
`Tapi Chah nak pergi mana?’ tanya Pak Abu.
`Chah ingat nak jalan-jalan. Pak Abu tak kesahkan?
` `Oh patutlah…Ok lah, Chah kalau tidak ada apa- apa lagi Pak Abu nak kemas kereta
dulu’
`Ok…,’ jawab Arisha sambil membelik buku-buku dihadapanya.
Arisha menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku di perpustakaan di
rumahnya. Hari semakin siang, Mak Ara memanggil Arisha untuk makan tengah hari
yang telah disediakan di atas meja makan. Arisha segera ke meja makan. Setelah
selesai makan, Arisha menuju ke biliknya untuk bersiap dan menunaikan solat zohor.
Selepas selesai solat, Arisha berehat sejenak menunggu waktu asar tiba..

Selama dua jam melelapkan mata, kedengaran seruan azan telah berkumandang di
dada langit. Aku terjaga dari tidur lalu menuju ke bilik air kemudian menunaikan
solat. Setelah selesai solat, aku bersiap untuk pergi ke bandar. Tidak lama kemudian
aku mengatur langkah keluar dari bilikku lalu menuju ke bilik Mak Ara untuk
mengajak Mak Ara menemaninya sekali ke bandar. Tetapi ajakanku ditolak
disebabkan Mak Ara tidak sihat badan. Terpaksalah aku meneruskan rancanganya
untuk pergi bersama Pak Abu sahaja.
Apabila tiba di bandar, Pak Abu membawaku ke City Square, aku kedua keluar dari
kereta sementara Pak Abu mencari tempat parking yang kosong. Kemudian, aku
masuk ke dalam City Square untuk menunggu ketibaan Pak Abu. Ketika menunggu Pak
Abu, terdengar bunyi deringan telefon datangnya dari sebuah beg galasku. Aku
membuka beg tersebut lalu menjawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut
datangnya dari mamanya sendiri.
`Assalamualaikum, anak mama dekat mana ni? Dah makan?’ pertanyaan yang
dikeluarkan oleh Tengku Asfa.
`Waalaikumussalam, mama… Chah dekat CS ni, Chah dah makan tadi dekat rumah.
Mama dekat mana ni? Dah sampai ke belum?’ tanya Arisha kepada mamanya.
`Mama ingat Chah tidak jadi pergi CS. Mama dekat Airport Shah Alam ni. Mama nak
tunggu flight pukul 5.30 petang. Chah sudah solat asar?’ tanya Tengku Asfa kepada
anaknya.
`Chah sudah solat. Sekarang Chah tengah tunggu Pak Abu ni. Pak Abu pergi parking
kereta. Mama nak kirim apa-apa tak?’ tanya Arisha lagi.
`Tidak mengapalah Chah, mama tidak tahu hendak kirim apa. Chah ada wang ke
hendak berbelanja? Tanya Tengku Asfa lagi kepada anaknya.
`Adalah mama. Mama janganlah risau, wang Chah banyak lagi,’ balas Arisha.
`Mama bukannya apa, risau kalau-kalau anak mama ni belanja tidak cukup wang,’ balas
Tengku Asfa.
`Tu yang Chah sayang sangat dekat mama ni. Untung Chah dapat ibu seperti mama,’
jawab Arisha sambil mengherdik mamanya.
`Pandailah kamu…Oklah sayang mama hendak pergi surau ni, mama belum solat lagi
ni. Sayang jaga diri tau, dan jangan lupa jaga Mak Ara,’ kata Tengku Asfa.
`Yelah mama, Chah akan ikut semua cakap mama. Mama pun hati-hati tau jaga diri
baik-baik. Assalamualaikum,’ balas Arisha.
Perbualan mereka akhirnya berakhir. Dalam masa yang sama Pak Abu pun muncul.
Arisha meneruskan rancanganya untuk berbelanja. Dia kelihatan gembira berbelanja.
Tetapi dia tidak melupakan jasa tiga lelaki yang selama ini menjaganya daripada
kecil. Dia menyuruh Pak Mat, Fizzy dan Shukor memilih baju, seluar dan kasut.
Hanya dengan itu sahaja yang dapat melenyapkan sedikit rasa terhutang budi kepada
mereka selama ini. Dia tidak lupa juga untuk membelikan sesuatu untuk Mak Ara.
Selepas seronok berbelanja, mereka berempat pulang ke rumah.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 6

Tanpa disedari sudah setahun aku mengambil alih Permata Holidings.


Keputusanku itu telah menyenangkan hati mama dan papa. Suasana di bilik meeting
riuh rendah sekali selepas aku kemukakan idea untuk mendirikan sebuah hotel di
bawah nama syarikat papa. Papa turut serta dalam meeting tersebut dan daripada
reaksinya menandakan setuju dengan idea aku kerana hotel itu akan aku uruskan
dalam masa yang sama. Tidak lama kemudian akhirnya keputusan telah di buat, idea
aku dipersetujui oleh staf-staf papa. Idea untuk mendirikan hotel ini akan di bina di
Johor hasil daripada wang aku sendiri. Puas rasanya mempunyai hotel sendiri.
Beberapa tahun kemudian, bangunan hotel itu telah di didirikan dalam jangka masa
yang singkat. Sebelum hotel itu dapat beroperasi sepenuhnya, pelbagai usaha telah
aku lakukan untuk menjadikan hotel ini yang terbaik. Ianya termasuklah memberikan
kursus pengurusan hotel yang professional kepada pekerja-pekerja profesional,
menghias suasana yang bertemakan kedamaian yang boleh dirasai oleh penginap
disini.
`Ha, termenung jauh nampak?’ tegur Tengku Azhar yang membuatkan Arisha
tersentak daripada lamunannya.
`Eh papa, ingatkan siapa tadi…Mana ada Chah termenung, cuma terfikir apa yang
belum Chah buat lagi untuk menceriakan suasana hotel kita tu. Yelah apa taknya,
kalau suasana tu tidak menggambarkan imej yang baik, larilah pelancong yang datang
menginap dihotel kita tu papa…Itu sahaja’ balas Arisha sambil tersenyum.
`Eh anak papa ni pandai berkata-kata nak tutup kesalahanlah tu. Fikirkan hotel ke
buah hati ?’ perli ayahnya.
`Papa ni ke situ pula jadinya. Tak delah, anak papa ni mana ada buah hati…’ balas
Arisha lagi sambil menggaru kepalanya keresahan.
`Ha yelah tu. Kalau tak de kenapa garu kepala tu?’ usik papanya lagi.
Arisha tersenyum memanjang.
`Papa, mama talifon tadi. Mama tanya papa balik tak tengah hari ni? Sebab selepas
solat zohor ada tetamu hendak datang ke rumah kita’ kata Arisha menukar topic
perbualan dengan ayahnya.
`Ha nak tukar topiclah tu. Balik tapi lepas tu papa terus nak berangkat ke London
sebab nenek kamu tu rindu sangat dekat papa maklumlah sudah lama tidak berjumpa
eh nanti dulu, siapa yang nak datang? Bila mama kamu talifon?’ tanya papanya.
`Baru sekejap tadi, kenapa pa?’
`Tiada apalah cuma tanya. Kot ia pon janganlah buat muka macam tu. Oklah papa nak
balik ni. Buat kerja tu betul-betul tau’, Tengku Azhar mengangkat punggungnya
sambil menepuk paha anak gadisnya.
`Baiklah pa’ Arisha mencium tangan papanya itu. Tengku Azhar mengambil langkah
keluar meninggalkan bilik anaknya itu.
`Suzy buatkan saya milo panas dan jangan lupa bawakan saya dokumen-dokumen
projek baru yang kita terima daripada Syarikat Noble SDN.BHD semalam. Saya nak
dokumen-dokumen tu sebelum petang ni,’ arahnya. Suzy merupakan setiausaha di
pejabatnya. Jika dia memerlukan apa-apa, Suzylah yang akan membantu. Dia juga
merupakan seorang setiausaha yang baik hati dan bagus dalam menjalankan kerja-
kerjanya. `Baiklah cik. Saya sediakan milo panas cik sekarang ya?’ jawab Suzy
`Terima Kasih Suzy,’ balas Arisha.
`Sama-sama’ Suzy terus mengambil langkah ke dapur untuk membuat air milo panas
bosnya itu.

Arisha leka membelik fail-fail projek yang berada di atas mejanya itu sehinggakan
pesanannya itu terlupa untuk di minum sehingga sejuk air milonya sejuk. Dia
menyelak dokumen-dokumen itu dengan teliti. Semakan dokumen-dokumen tadi
tersentak apabila Suzy masuk ke ruangannya untuk memberi dokumen-dokumen yang
dimintanya pagi tadi. `Cik, ini dokumen-dokumen yang cik minta pagi tadi’ kata
setiausahanya.
`Letakkan disitu sahaja Suzy,’ balasnya sambil menunjuk ke arah penjuru mejanya
disebabkan ruang mejanya itu berselerak dengan fail-fail yang lain. `Oh ya, bila u
hantar air milo ni?’
`Tengah hari tadilah cik. Masa saya hantar tadi, cik sedang menyelak dokumen-
dokumen tu’ jelas setiausahanya sambil menunding jari.
`Oh ya ke? Terima kasih ya’
`Sebelum saya terlupa, Tengku pesan supaya cik pulang ke rumah sekarang. Katanya
penting sangat’ ulas setiausahanya menyampaikan pesan.
`Baiklah terima kasih, awak boleh pergi sekarang’ balas Arisha sambil mendapatkan
beg tangannya di dalam loker meja. Dia terus mengatur langkah keluar dari
pejabatnya dan turun ke lobby kemudiannya ke tempat letak kereta.

Arisha memecut laju sebelum malam melaburkan tirainya. Setibanya di perkarangan


rumah, kelihatan ramai orang datang ke rumahnya. Hatinya tiba-tiba berdebar
teringatkan pesanan setiausahanya tadi “Sebelum saya terlupa, Tengku pesan supaya
cik pulang ke rumah sekarang. Katanya penting sangat”. Inikah yang penting? Arisha
tertanya-tanya sendiri. Mungkinkah..?Hish takkanlah, tadi mama ok saja. Aku mesti
cari tahu sekarang.
Tanpa membuang masa, dia terus mengatur langkah keluar daripada keretanya dan
memasuki rumah, kelihatan tiga orang sedang berborak, antaranya paplah. Aku
mencari-cari wajah mama, tetapi tidak kelihatan. Hanya raut wajah papa saja yang
kelihatan. Kenapa papa bergembira? Mana mama? Arisha bertanya dirinya sendiri.
Dia hanya membatukan dirinya di depan pintu.
`Chah marilah sini. Kenapa tercegat saja depan pintu tu’ suara papa menyedarkan
aku dari lamunanku. Aku dengan pantas mengambil langkah supaya tetamu tidak
melihat keadaanku yang sebenar. Aku berjabat tangan dengan kedua tetamau yang
datang kemudian melabuhkan punggungku di atas sofa bersebelahan papa.
`Pa, mama mana’ aku berbisik.
`Ha, dah balik pon kamu. Ingatkan tak nak balik anak mama ni’ suara mama tiba-tiba
muncul dicuping telingaku. Aku dengan pantas menoleh ke arah suara tersebut,
kelihatan mama sedang menyensing lengan bajunya. Teguran mama sebentar tadi
terpaksa aku tahan kerana kedua tetamu yang hadir melihatku sambil tersenyum.
`Bukan tak nak balik ma, dekat pejabat banyak kerjalah’ aku mencium tangan mama.
`Kamu kenal tak yang duduk di depan kamu ni siapa?’ kata mama.
Aku hanya mampu berkerut dahi sahaja sambil tersengih tidak tahu.
`Kenal tak? Tanya mama lagi.
Aku menggeleng.
`Kamu ni… Inikan Tengku Safina dan Tengku Sofian. Takkan kamu dah lupa?’
`Bukan dah lupa ma, tapi tak ingatlah’ aku berbisik.
`Samalah tu’
`Tengku Safinakan semasa kamu kecil selalu dia datang ke sini sayang’
`Oh ya ke? Apa khabar makcik? Pak cik? Sihat?’
`Khabar baik sayang. Kerja kamu macam mana? Ok ke? Dengar khabar kamu sudah
buka hotel ya? Larat ke kamu buat kerja dalam satu masa?’ kata Tengku Safina.
`Buat masa ni kerja Chah ok untie, hotel pon ok… takde masalah. Untie?’ aku
menjawab dengan pantas dan menujukan soalan kepadanya tanpa segan silu.
`Untie macam nilah sayang, baisa saja. Business untie dengan uncle ok maklumlah dah
serahkan dekat anak…’
`Oh ya ke? Baguslah macam tu, dapatlah untie dengan uncle berehat mengambil
ketenanganlah katakan’
`Yelah kamu ni’
Disebabkan terlalu rancak sangat berborak, aku terlupa mengerjakan solat magrib.
Tanpa melengahkan masa lagi aku meminta diri untuk bersihkan diri kemudian
mengerjakan solat.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 7

`Sudah besar anak kamu ya Har? Tak sangka secantik macam tu sekali, sopan pula
tu’ puji Tengku Sofian.
`Biasa jelah. Ha, Aliff apa khabar Yan? Dia sihat ke?’
`Dia sihat Alhamdulillah. Cuma perangai dia jelah yang suka tidak lekat dekat rumah,
asyik keluar malam saja’
`Nanti bila dah ada bini, lekatlah dia dekat rumah tu’ mereka berempat ketawa
sampai sakit perut.
`Ha, tu yang aku nak tanya kau ni. Jadi tak dengan rancangan kita tu?
`Rancangan kita? Rancangan apa?’
`Rancangan nak jodohkan anak-anak kitalah’
Tiba-tiba suasana jadi sangat sepi.
`Rancangan itu ke? Aku rasa baik kita tanya tuan empunya diri dulu. Aku tak kesah’
`Alhamdulillah kalau kau dah setuju’
`Eh, jemput minum’ sampuk Tengku Asfa.
`Ya, terima kasih’
`Baiklah dah malam ni, kami ingat nak minta diri dulu’
`Ya baiklah, hati-hati’
`Terima kasih, Assalamualaikum’
`Waalaikumsalam, lain kali datang lagi, jangan serik’
`Insyaalah’
Akhirnya perkarangan rumah Tengku Azhar sunyi sepi kembali. Tengku Azhar tidak
menyangka Tengku Sofian masih ingat dengan janji-janji mereka dahulu.
`Har bila mereka besar nanti kita jodohkan mereka ya?’
`Insyaalah yan kalau mereka setuju nanti’ itulah lafaz-lafaz janji mereka suatu
ketika dahulu.
Saban hari silir berganti begitu juga seperti hidup manusia yang sering
bertukar ganti. Ada yang suka dan ada yang duka. Itulah yang asyik terlintas
difikiranku sejak tadi mengenagkan tajuk terkini di halaman Harian Metro pagi tadi.
Tidak seperti seseorang yang susah, mereka membanting tulang empat kerat untuk
mencari sesuap nasi. Itu pun jikalau rezeki mereka ada, jikalau tiada mereka sanggup
kelaparan seharian malah berhari-hari. Ini yang membuatkanku kasihan kepada
mereka. Inginku bantu tapi apakan daya. Hanya tuhan saja yang tahu.
`Hie, jauh termenung?’ tegur Fara membuatkanku tersentak daripada lamunan
sejenakku. Fara sepupuku sebelah mama. Aku mengenalinya sejak di Tingkatan dua.
`Hish, terperanjat aku tau. Kau ni tak berubah langsung, dari dulu sampai sekarang
sama saja. Cubalah kalau nak masuk tu ketuk pintu dulu. Buat orang terkejut saja’
`Kita dah ketuk banyak kali, tapi orang tu yang termenung memanjang. Sampai
sepupu sendiri datang pun tak perasaan. Kau termenungkan apa Chah? Buah hati ke?’
`Sorylah aku tak perasaan kau ketuk pintu tadi. Kau nikan kalau tak usik aku tak sah
kan? Kau nikan dah tahu aku tak de buah hati, kenapa benda tu juga yang kau
tanyakan? Macam tak de benda lain nak ditanya, lainlah macam orang tu. Hari-hari
berkepit’
`Ha tak pelah, berkepit pun dengan suami sendiri. Tak macam orang tu tak kahwin-
kahwin lagi sampai sekarang. Umur dah nak tua. Hehehe’
‘Cukuplah tu. Tak payahlah kau nak perli aku pula. Malas aku nak dengar syarahan kau
tu. Naik bengkak telinga aku kau tahu tak?
`Ha tahu pun kau’ balas Fara sambil tersenyum.
`Eh, bila kau balik sini? Honeymoon kau macam mana? Ok? Tak call pon? Mentang-
mentanglah dah ada buah hati, kita ni dilupakan’ usikku.
`Bukan tak nak call, aku sampai pun malam semalam nak call kau macam mana? Tu
yang aku datang sini nak buat surprise kat kau tapi hapeh, hancur semua rancangan
aku. Datang-datang je orang tu dah temenung jauh. Tu yang geram’
`Sorry…kenapa tak cakap awal-awal nak datang. Kalau tahu tadi taklah aku melayang
jauh. Hehehe…’
`Yelah tu, kalau bagi tahu kau bukan surpriselah namanya cik akak oi’
`Hehehe…kau dah makan belum? Perut aku dah berkeroncong ni’
`Belum lagi’
`Eloklah tu. Bolehlah kita pergi makan sama-sama nanti’
`Ok juga tu. Nanti bolehlah aku kenalkan suami aku kat kau’
`Boleh…apa salahnya’
`Oklah aku pergi dulu. Banyak benda yang aku nak selesaikan ni, kita jumpa dekat
Taman Merdeka ya? Pukul 1.30 tengah hari ’
`Yalah…Insyaallah’
Perbualan kami tamat di situ saja. Fara mengatur langkah meninggalkan pejabatku
dan tidak kelihatan lagi susuk tubuh yang ramping itu. Seketika itu Suzy pula masuk
ke bilikku menyerahkan beberapa dokumen yang diminta olehku pagi tadi. Aku
meneliti beberapa dokumen yang belum sempat disemak sebelum ini. Dalam leka
meneliti beberapa fail dokumen, tanpa diduga jam telah menunjukkan pukul 1.15
tengah hari. Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mengatur langkah keluar dari
perkarangan pejabat dan menuju ke Taman Merdeka yang tidak jauh dari pejabatku
hanya 10 minit sahaja. Setibanya disana, aku terus booking tempat duduk kami
bertiga. Dalam masa lima minit menunggu akhirnya raut wajah Fara yang senyum
simpul akhirnya muncul bersama seorang lelaki yang sangat tanpan wajahnya,
berbadan sederhana dan tinggi lampai menghala ke arah tempat dudukku.
`Chah kenalkan ini suami aku, Firas Ismadi. Sayang ini sepupu I yang selalu I sebut-
sebutkan tu, Tengku Arisha’
`Salam perkenalan. Panggil Chah saja. Eh, duduklah’ aku menyambut salam
perkenalan dengan memberikan seribu senyuman. Bak kata pepatah melayu “senyum
itu membawa berkat dalam hidup”.
`Dah berapa lama kenal dengan Fara sebelum kahwin Firas?’ aku menujukan soalan
kepada suaminya yang sering dibanggakan-banggakan selalu.
`Dah dekat tiga tahun’ pertanyaanku dibalas dengan senyuman.
`Kau nikan Chah macam mak aku pula. Tanya itu ini’ sampuk Fara sambil tersenyum.
`Eh u ni tak pelah. Apa salahnya. Sekurang-kurangnya sepupu u ni ambil berat
tentang kita. Betul tak?’
Aku mengangguk setuju.
`Ha’a, apa salahnya kalau aku tanya. Habis kau tak nak cerita dengan aku, asyik
tersengih saja daripada tadi’ aku memerhati Fara daripada tadi yang asyik tersengih
saja selepas mengenalkan aku dengan suaminya. Tanpa dia duga pemerhatianku itu
dia tidak perasaan.
`Yelah…sorry. Kita ni datang sini nak berbual ke nak makan?’ sindir Fara.
`Dua-dua pun apa salahnyakan sayang?’ balas Firas tersenyum lebar menoleh kearah
Fara.
Malas nak kacau pasangan bahagia ni. Aku terus memesan makanan dan minuman.
Setelah beberapa minit menunggu, pesanan pun sampai diatas meja. Aku tidak
mempelawa mereka berdua pun makan dan terus makan memandangkan perut yang
tengah kebuluran sejak pagi tadi lagi. Hanya dibekalkan air milo panas saja.
`Hish kau ni Chah, kebulur sangat ke sampai makan pun tak baca bismillah. Pula tu
tak mempelawa kita berdua makan pun kan sayang’ usik Fara melihat segelojohnya
temannya itu dan Firas hanya mampu tersenyum melihat ragam mereka berdua.
`Ha’a, memang kebulur pun aku. Habis nak tunggu pasangan bercinta ni, sampai mati
pun aku tak makan lagi. Maklumlah orang tengah angau, makan pun tak kisah. Bila-bila
pun boleh makan. Yang aku ni, daripada pagi tak makan tau. Sorrylah kalau aku tak
pelawa, memang sengaja pun. Hehehe…’
`Kau ni memang. Jomlah sayang makan. Jangan layan kawan I ni, dia tengah tak betul
sikit’
`Apanya yang tak betul? Betul apa aku cakap. Ha, tengok tu!!!’ aku mengetap bibirku
tanda geram dengan Fara yang asyik mengerjakan aku saja. Peranginya tidak
berubah daripada dulu. `Yalah… sorry…’
Kami bertiga pun menyambung makan. Tiba-tiba datang dua orang jejaka kacak
berambut ala-ala landak yang tercacak mengikut fesyen sekarang. Sorang tu berbaju
belang biru putih, sorang lagi berbaju batik berwarna unggu bertanahkan hitam
mengahala kearah kami bertiga.
`Hye Firas, Fara. Lama tak jumpa? Bila u all balik sini? Tak call kita pun?’ tanya
jejaka berbaju belang biru putih itu sambil tersenyum.
`Eh, Iskandar, Fuad…Tak sangka jumpa dekat sini. Aku dengan Fara baru je balik
malam semalam’
`Oh ya ke? Hmm… nie siapa?’ tanya Aliff lagi yang berbaju belang biru putih tadi.
Aku tiba-tiba terpinga-pinga setelah soalan tersebut ditujukan ke Firas.
`Oh, ini Tengku Arisha sepupu sebelah mama Fara’ balas Firas sambil mengenalkan
aku dengan rakannya itu.
`Salam perkenalan’ perkataan itu saja yang mampu aku katakan. Tiba-tiba hatiku
berdebar-debar. Rasa macam nak gugur jantung ini.
Mereka berdua mengambil kerusi berdekatan apabila Firas mengajak mereka berdua
tumpang sekaki makan bersama.
`Hai Chah diam je. Tadi punyalah banyak bercakap, kenapa sekarang diam saja?’
Mereka semua memerhati aku. Fara cuba memerli aku. Tetapi belum sempat aku
menjawab pertanyaan Fara, telefonku berdering. Disitu tertera nama pejabat
memanggil. Dengan bersahaja, aku menjawab panggilan itu. Syukurlah aku tidak usah
menjawab pertanyaan Fara tadi kerana aku terpaksa hadir mesyuarat yang
sepatutnya papa hadir.
`Eh, Chah kau ni kenapa? Kelam kabut nampak? Kau ni nak pergi mana? Habiskanlah
makan tu dulu’ suara Fara memecah gegedang telingaku dengan pertanyaan yang
sebegitu rupa.
`Banyaknya pertanyaan kau ni Fara. Aku terpaksa pergi ni, ada meeting dengan
klient. Papa tak dapat hadir tiba-tiba. Sorry sangat-sangat. Lain kali aku jumpa kau
ya’
`Oh by de way, nice to meet u all, I’ve to go now cause have emergency meeting.
Bye. Assalamualaikum’
Akhirnya terasa lega juga daripada terpaksa menjawab soalan Fara tadi. Aku dengan
segera memecut laju menuju ke pejabat disebabkan sudah terlewat hadir mesyuarat
bersama klient papa.
`Ma, kenapa papa tak pergi meeting petang tadi? Chah yang terpaksa pergi’
`Papa kamu ada kerja sikit dengan uncle Yan, itu yang tak dapat hadir. Papa tahu
Chah boleh handle meeting tu. Tu yang papa suruh Chah pergi. Ok tak meeting tadi?’
`Oklah juga. Mereka semua tu kawan papa ke ma?’
`Ha’a kenapa?’
`Takde papelah, Cuma mereka asyik memuji Chah macam papa. Keputusan Chah
katanya semua macam papa. Tu sebab Chah tanya mama’
`Oh ya ke? Tak sangka mama mereka puji anak mama macam tu. Bertuahnya anak
mama ni. Siap ada orang puji lagi’
`Mama ni orang serious boleh bergurau pula’
`Yelah betul apa mama cakap. Hehehe sensitive juga anak mama ni kan?’
`Mana ada ma. Papa mana ma?’
`Ha, papa kamu tu pun satu, kalau dah jumpa kawan lama sampai mama pun dia lupa.
Biasalah orang lelaki ni pantang berjumpa ada saja yang diborakkannya. Macam tak
boleh cakap esok…’
`Ha mengata sayalah tu, mama tu apa kurangnya? Ngata orang je lebih’
`Eh, papa dah balik. Mama baru saja sebut nama papa. Hehehe’
`Betullah apa mama cakap. Papa tu kalau keluar jumpa kawan lama sampai lupakan
mama. Tengoklah malam baru pulang. Tinggalkan mama sorang pula di rumah’
`Sejak bila mama pandai merajuk ni? Yelah, lain kali papa ajak mama sekali ya?’
mama dan papa nie macam kekasih yang sedang bercinta pula. Geliati tengok mama
dan papa ni. Tak kesahlah asalkan mereka berdua bahagia. Harap jodohku seperti
mama dan papa saling memerlukan.
`Ha, yang kamu ni kenapa? Angau ke? suara papa menusuk di telingaku.
`Mana de pa’
`Kamu ni sampai bila nak membujang? Nak jadi anak dara tua ke? Umur dah 26?’
Aku tergamam sebentar.
`Habis siapa yang nak dekat anak papa yang cerewet dan manja ni? Masak pun tak
pandai sangat’
`Kamu tu agaknya yang memilih?’
`Mana ada. Papa tengok anak papa ni memilih ke orangnya? Tak kan?’
`Manalah tahu belakang papa dan mama Chah orangnya suka memilih…Hehehe’
`Papa ni suka tau usik Chah. Biarlah pa, kalau Chah ada jodoh adalah, kalau tak ada
Chah terima seadanya’
`Memandangkan kamu dah cakap macam tu, uncle Yan dan untie Ina nak jadikan kamu
menantu dia? Kamu nak tak?’
`Apalah papa ni’
`Papa cakap betullah, kan ma?’
`Ha’a Chah. Kamu setuju tak?’
`Setuju Apanya? Anak uncle Yan pun Chah tak kenal, mama ngan papa lagi nak
jodohkan kami berdua pula’
`Kalau kamu nak jumpa dengan anaknya tu mama ngan papa dah diberitahu awal-awal
tentang rancangan uncle Yan dan untie Ina untuk perjumpaan kamu berdua’ sampuk
mama.
`Apa ma?’ aku terperanjat mendengar kata-kata mama.
`Esok selepas sayang habis meeting, Aliff akan berjumpa dengan sayang di Hotel
Hyatt memandangkan kamu berdua esok ada meeting di sanakan?’ kata papa.
`Apa? Macam mana papa tahu esok Chah meeting dekat Hotel Hyatt?’
`Papa minta pertolongan Suzy. Kalau papa tanya kamu, kamu bukannya nak jawab pun’
`Dia tunggu Chah kat mana ma?’
`Untie Ina cakap Aliff jumpa Chah dekat Sofa depan kaunter katanyalah, tapi kamu
tunggu jelah dekat situ’
`Ma, pa, kalau Chah tak suka Aliff tu macam mana?’
`Tu yang kami suruh kamu jumpa dengan dia. Baru tahu kamu suka ke tak’
`Oklah, Chah cuba ya? Chah dah ngantok ni, Chah naik dulu ya? Selamat malam ma,
pa’ aku mengatur langkah menuju ke bilik dengan perasaan berdebar sekali lagi untuk
menunggu hari esok.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
BAB 8

`Suzy, u pergi tengok kita meeting kat mana? Saya nak ke tandas sebentar. Kita
jumpa dekat sofa depan tu’ aku menunding jari kearah sofa di hadapan kaunter
pertanyaan.
`Baiklah cik’ balas Suzy. Aku menuju ke tandas yang tidak jauh dari kaunter
pertanyaan. Aku merasa kelainan pada hari ini mungkinkah ianya kerana Aliff ingin
bertemu denganku? Rasa-rasanya bagaimanakah orangnya ya? Tinggikah dia?
Menepati ciri-ciri jejaka idamanku kah? Ah, tunggu sajalah. Selepas keluar daripada
tandas aku menuju ke sofa yang dijanjikan tadi. Kelihatan Suzy sedang menantiku
sejak dari tadi lagi.
`Sudah?’ tanyaku.
`Kita mesyuarat di tingkat 5, Room 1. Hari ini ada dua mesyuarat diadakan’ terang
Suzy.
`Salah satunya adalah syarikat kita cik’ Suzy menerangkan lagi. Aku hanya
mendengar saja. Mungkinkah yang lagi satu itu Aliff ataupun bukan? Hish, ada-ada
ajelah aku ni.
`Mari Suzy, jangan sampai orang menunggu kita’
`Baiklah cik’
Kami pun mengatur langkah menuju ke lif untuk ke tingkat 5. Setibanya di bilik
mesyuarat, aku pun memulakan mesyuarat memandangkan sudah ramai yang hadir.
Setelah tiga jam tamat, seperti yang dirancangkan aku akan menunggu Aliff di depan
kaunter.
`Cik tak nak balik sama-sama ke?’ pertanyaan Suzy tiba-tiba memecah lorong
sepanjang jalan ke lif.
`Ha? Apa? Oh, taklah kot. Saya nak jumpa kawan sekejap. Suzy baliklah dulu,
mungkin hari ni saya tak masuk pejabat’ balasku sambil memikirkan ayat.
`Baiklah cik, saya balik ke pejabat ya’
Suzy pun mengatur langkah keluar daripada lif menuju ke tempat letak kereta
manakala aku pula berhadapan dengan masalah besar yang tak dapat dielakkan. Aku
terus menuju ke tempat yang dirancangkan. Setibanya di situ, aku melabuhkan
punggungku dan mengambil sebuah buku majalah WANITA untuk mengurangkan
debaran selama menanti kedatangan Aliff. Ketika menyelak buku tersebut, aku
terlihat satu wajah yang selama ini aku kenal iaitu wajah mama!! Mama masuk
majalah? Tak sangka, dalam diam-diam ubi berisi rupanya mama aku ini. Bangganya
jadi anaknya.
`Hye, saya…’ suara ini memecah gegendang telingaku. Macam pernah dengar suara ni
tapi tak tahu dimana. Aku terus berpaling untuk mencari tahu siapa empunya badan,
rupa-rupanya…
`Is…Iskandar? Apa…apa awak buat dekat sini? Perkataan itu tiba-tiba terkeluar
dari mulutku. Celupar sungguh mulut ni.
`Arisha? Tengku Arisha kan nama awak? Anak Tengku Azhar dan Tengku Asfa kan?’
`Ha’a. Kenapa?’
`Saya Tengku Aliff Iskandar anak kepada Tengku Sofian dan Tengku Safina’
`Oh awaklah Aliff tu ya? Yang selalu disebut-sebut mama dan papa? Awak memang
dah kenal saya ke?’
`Ya ke? Tak sangka pula ya nama saya ni disebut-sebut dengan mama dan papa awak?
Kenal tu taklah sangat tapi mama ada bagi gambar awak dekat saya. Tu yang bila
ternampak awak dekat Taman Merdeka hari tu memang saya sengaja tanya nama
awak dekat Firas, ternyata tak salahlah tanggapan saya. Kebetulan pula masa tu
memang nak makan kat sana, tak sangka boleh terserempak dengan Firas, Fara dan
awak’ terangnya lebar sambil tersenyum.
`Oh ya ke? Maknanya kita ni dah jumpa kali kedualah ya’ sengaja aku berkata begitu.
`Macam tulah… Eh, tak nak ajak saya duduk dulu ke? Kaki ni dah penat berdiri’
`Eh, duduklah. Siapa nak larang’
`Eh, garangnya dia… Awak dah makan belum? Mesti belumkan? Mari kita pergi
makan. Dekat sini tak sesuailah. Privet sangat’ jelasnya lagi.
`Eh tak pelah, nanti balik rumah saya makan’ aku sengaja mengelak dari keluar makan
dengannya.
`Eh janganlah macam tu, takkan tak sudi keluar makan dengan saya? Macam nilah,
saya belanja awak makan. Marilah…’ desaknya.
Disebabkan tidak tahan dengan ajakannya itu, aku terpaksa mengalah dan keluar
makan dengannya. Aliff tersenyum gembira dengan kemenangan yang dia kecapinya.
`Awak bawa kereta ke?’ tanya Aliff.
`Kebetulan hari ni saya tak bawa kereta. Terpaksalah awak bawa saya pergi makan
dan hantar saya pulang’ jelasku.
`Baguslah macam tu, ada peluang juga jumpa uncle Har dan untie Asfa’
`Eh awak ni, saya main-main jelah. Kereta saya ada dekat tempat letak keretalah’
`Ingatkan betul tadi. Apa kata awak tinggalkan kereta awak dekat sini, lepas habis
makan saya hantar awak balik sini ambil kereta. Boleh?’
`Oklah…’
`Mari…’
Kami berdua mengatur langkah ke kereta Aliff dan menuju ke restoran yang
berdekatan. Kami menjamu selera di Larkin Plaza. Semasa banyak yang kami bualkan
antaranya masalah pekerjaan, masalah sendiri dan lain-lain. Selepas habis makan,
Aliff menunaikan janjinya untuk menghantar aku pulang ke Hotel Hyatt dan aku
menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan Hotel Hyatt.
15 minit kemudian, aku tiba dirumah.
`Ha!!! Apa cerita? Ok tak?’ tidak perasaan mama dan papa menjenguk di tingkap
menyergah aku tiba-tiba.
`Eh, mama, papa… terperanjat chah. Buat apa kat sini?’
`Tengok kamulah, macam mana? Ok?’
`Ok, Apanya ma?’
`Eh, budak ni kita tanya dia, dia tanya kita pula’ mama mengetap bibirnya tanda
geram dan mencubit pipiku.
`Sakitlah ma… Oklah juga… Mama dengan papa nak tahu tak?’
`Apanya? Kamu ceritalah, baru mama dan papa tahu’ desak mama.
`Sabarlah mama, biarlah dia mulakan cerita dulu’ sampuk papa.
`Macam ni pa, ma, sebelum ni Chah pernah jumpa dengan si Aliff tu, tapi tak tahu
nama dia Aliff’
`Apa? Mama tak fahamlah?’
`Semalam, Chah ada jumpa Aliff dengan kawan dia tak silap namanya… Fuad, dekat
Taman Merdeka masa tu Chah tengah makan dengan Firas dan Fara’
`Mereka dah balik sini? Bila? Tak cakap pun dengan mama?’
`Dah, mereka balik kelmarin. Tu pun Chah tahu mereka dah balik sini bila Fara tiba-
tiba muncul depan bilik Chah’
`Lagi…’
`Lepas tu tiba-tiba Aliff dengan Fuad datang dekat meja, dia tegur Firas dengan
Fara. Firas pun tegurlah mereka. Rupa-rupanya mereka berdua tu kawannya si Firas
dengan Fara masa dekat London dulu. Habis tu si Firas sebut namanya Iskandar
bukan Aliff ma, pa’
`Habis macam mana kamu tahu Aliff dan Iskandar tu orang yang sama? Tanya mama.
`Dia bagi tahu tadilah’
`Oh begitu ya’
`Ha, mama tak bagi tahu Chah pun yang mama bagi gambar dekat Untie Ina kan?’
`Ala… apa salahnya kalau mama bagi dekat bakal besan mama sendiri’
`Eh, mama ni memandai je. Belum lagilah mama. Sudahlah, Chah nak naik atas’

Anda mungkin juga menyukai