Anda di halaman 1dari 4

Soalan

a. Apakah perkara-perkara yang menyebabkan sesuatu lot tanah itu tidak boleh di buat
penyatuan

Jawapan :

 Maksud penyatuan tanah ialah dua atau lebih lot-lot yang berdampingan yang dipegang
berasingan di bawah hakmilik tetap oleh tuanpunya yang sama, sama hakmilik Pejabat
Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah disatukan menjadi satu lot untuk dipegang di
bawah satu hakmilik
Dengan syarat hendaklah lot-lot tersebut terletak di Mukim, Bandar dan Pekan yang
sama.
Lot-lot tanah adalah dianggap berdampingan jika setiap satunya berkongsi sekurang-
kurangnya satu sempadan

 Sesuatu lot tanah itu tidak dapat dibuat penyatuan kerana tidak memenuhi syarat –syarat
yang ditetapkan contohnya tidak dibawah mukim yang sama, Bandar dan pekan yang
sama.

 Pihak berkuasa tidak meluluskan lot-lot yang hendak disatukan


Soalan

b. Kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam seksyen dalam seksyen 151 Hakmilik


Subsidiari KTN yang menyebabkan ianya di manansuhkan dan dig anti dengan Akta
Hakmilik Strata (AHS) 1985

Jawapan :

Sebelum Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) diwujudkan, ianya dikenali sebagai
Hakmilik Subsidiari menurut Bahagian 9, Bab 4 dan Bahagian 10, Bab 2, Kanun Tanah Negara
1965 (Akta 56/1965).

Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) digubal dengan menggabungkan peruntukan
mengenai pecah bahagi bangunan dan Kanun Tanah Negara 1965, beberapa peruntukan baru
ditambah untuk memenuhi keperluan semasa

Peruntukan undang-undang mengenai pecah bahagi bangunan (PBB) telah pun ada di
bawah Kanun Tanah Negara (KTN) dimana petak/premis dalam bangunan berbilang tingkat
yang dipecah bahagi akan didaftarkan suatu hakmilik yang dikenali sebagai Hakmilik
Subsidiari. Hakmilik tanah yang asal yang dikenali sebagai ‘master title’ dikekalkan.

Peruntukan mengenai PBB dalam KTN adalah sesuai dengan perkembangan semasa ianya
digubalkan iaitu pada era tahun enam puluhan. Dengan berlakunya beberapa perubahan
pembangunan yang pesat, peruntukan mengenai PBB yang sedia ada tidak dapat memenuhi
keperluan semasa . Dengan itu perlu diadakan satu undang-undang berasingan untuk mengatasi
kelemahan/kekurangan dalam peruntukan didalam KTN tersebut, antara lain iaitu : -

1. keperluan kepada petak sampingan (petak aksesori) kepada petak utama seperti tempat
letak kereta, setor dan kegunaan-kegunaan lain
2. keperluan bagi membolehkan pembangunan di atas satu-satu tanah secara berperingkat
(mengikut fasa),
3. keperluan bagi mengadakan PBB kos rendah,
4. keperluan membenarkan satu petak dibahagi kepada beberapa petak atau pun membenar
dua atau lebih petak yang berdampingan dicantum menjadi satu petak,
5. keperluan mengawal pemaju tidak menindas pemilik-pemilik petak.
6. terlalu banyak langkah dalam pemprosesan permohonan PBB (27 peringkat kerja) yang
boleh menyebabkan kelewatan dalam pengeluaran hakmilik subsidiari.

Soalan

c. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan ‘Perbadanan Pengurusan”

Jawapan :

PERBADANAN PENGURUSAN

1 Bangunan Bukan Kos Rendah

 Bagi bangunan berbilang tingkat bukan kos rendah, Perbadanan Pengurusan (PP)
diwujudkan secara otomatis sebaik sahaja hakmilik strata didaftarkan. Perbadanan
Pengurusan adalah bertanggungjawab keatas pengurusan bangunan tersebut dan
harta bersama (common property). PP adalah dianggotai oleh semua pemilik petak
dan pemilik blok sementara. Apabila hakmilik strata didaftarkan, nama pemilik
bagi semua petak-petak adalah nama pemaju, oleh itu pada mulanya pemaju akan
menjadi ahli tunggal PP berkenaan.

2 Bangunan Kos Rendah


 Bagi bangunan kos rendah, PP tidak diwujudkan secara otomatis apabila hakmilik
strata didaftarkan. Pemilik asal diberi tanggungjawab menguruskan bangunan
tersebut sementara PP diwujudkan. Dalam kes bangunan kos rendah PP akan wujud
dalam dua keadaan:-

1. selepas petak telah dipindahmilik kepada pembeli-pembeli (seksyen 64


AHS); atau

2. selepas 50% dari jumlah syer unit telah dipindahmilik dan permohonan
dibuat kepada PTG oleh pemilik-pemilik petak supaya arahan
dikeluarkan bagi PP diwujudkan (Seksyen 64A). Jika PTG berpuashati
bahawa pemilik asal telah gagal menjalankan tugas-tugasnya dengan
sempurna, PTG boleh mengarahkan supaya PP diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai