Proposal Talk

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ POLY-TECH MARA

KERTAS KERJA USAHAWAN KERJAYA PILIHAN


KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR

1. PERKARA

Kertas kerja cadangan penawaran seminar keusahawanan kepada semua pelajar


KPTMKL

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak
pengurusan KPTM terhadap cadangan untuk menawarkan seminar keushawanan
kepada semua pelajar KPTMKL.

3. LATARBELAKANG

3.1 Kursus ini memberi peluang untuk menyediakan platform keusahawanan


kepada pelajar. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya untuk bakal
keusahawanan berkecimpung dalam perniagaan memastikan pembelajaran
dalam bidang e-niaga sentiasa berterusan.

1
3.2 Menurut Unit Perancangan danEkonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri
negara ini mengeluarkan 20 000 graduan IT yang menganggur. Seminar ini
bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep
keusahawanan yang ideal.

3.3 Membolehkan peserta merancang strategi pemasaran yang berkesan serta


membolehkan peserta menyediakan belanjawan yang baik.

3.4 Format Program

 Kandungan program adalah memenuhi keperluan semasa dan memenuhi


kehendak pasaran terkini
 Kandungan program adalah sentiasa terkini dari semasa ke semasa
kerana disampaikan oleh pekerja mahir di bidang keusahwanan
 Kandungan program termasuklah menunjukkan senario perniagaan di
Malaysia
 Pengenalan strategi pemasaran dan teknik perniagaan.
 Berupaya memacu pelajar mematuhi piawai teknologi terkini yang
diperlukan dalam pengurusan perniagaan atau e-dagang

4. JUSTIFIKASI

4.1 Keperluan akademik dan kemahiran


 Pasaran dan keperluan sekarang memerlukan lepasan institusi yang
memiliki pencapaian akademik dan kemahiran tertentu sebagai
tambahan.
 Seminar ini bertujuan berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang
status, hala tuju dan pencapaian program pendidikan dan latihan
keusahawanan.
 Merupakan salah satu saluran penting dalam melahirkan seorang yang
memiliki pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai.

2
4.2 Ciri-ciri dan kelebihan

Aplikasi kursus ini bersifat fleksibel yang mampu memenuhi keperluan


keusahawanan bedasarkan ciri-ciri dan kelebihan berikut:
 Meneroka peluang-peluang perniagaan dalam pelbagai bidang yang
berpotensi
 Sumber pengajar yang berkemahiran dan kos pembelajaran yang efektif
 Kemudahan Tabung Pinjaman MARA berkisar mengenai kelayakan
permohonan syarat-syarat pinjaman dan sebagainya

5. ISU DAN CADANGAN

5.1 Tempoh Pengajian


Kursus seminar perkomputeran memakan masa selama 2 jam. Ini bagi
mengelakkan pertindihan jadual kelas pelajar selain membantu pelajar
mengisi masa lapang dengan tujuan yang lebih bermakna

5.2 Kumpulan Sasaran dan Kelayakan Masuk


Sasaran adalah semua pelajar KPTMKL. Bilangan pelajar mestilah terdiri
daripada 40 orang dan ke atas. Pelajar yang layak menyertai seminar ini
terdiri daripada semua mentee.

5.3 Kurikulum dan Perlaksanaan

5.3.1 Seminar akan dibawa oleh penceramah dari Institut Keusahawanan


Negara (INSKEN) dan MDEC.

5.4 Lokasi
LT 5.1, Tingkat 5, KPTM KL

3
5.5 Penyelesaian kepada program keusahawanan

 Mendapat khidmat nasihat, bimbingan dan permudah cara usahawan.


 Salinan fail slaid subjek disediakan dalam bentuk softcopy.
 Mendapat bahan rujukan keusahawanan dan maklumat berkaitan
keusahawanan.
 Mendapat coaching dan monitoring.
 Mewujudkan sistem yang lengkap, cekap dan realistik dalam
menyampaikan belanjawan agar dapat mengawal perniagaan.
 Mendapat bantuan menyelaraskan masalah yang diahadapi dalam
perniagaan melalui pelan keusahawanan yang sesuai.

6. IMPLIKASI KEWANGAN.

Tawaran Persijilan Profesional sebagai seminar jangka pendek (5 hari)

Perincian Keperluan
Iklan dan Promosi MYR 200
Cenderahati MYR 600
Katering MYR 300
Panel jemputan MYR 1600
Jumlah MYR 2700
7. PENUTUP

7.1 Kejayaan perlaksaan program ini bergantung kepada sikap terbuka pelajar
dalam keusahawanan dan kepentingannya disamping sokongan lain seperti
kaedah penyampaian penceramah, aplikasi nota dan material serta
sokongan padu dari semua pihak.

7.2 Dengan ini mentee di bawah seliaan Puan Noor Maizatulshima Binti
Muhammad Sabri memohon pertimbangan yang sewajarnya dan seterusnya

4
kelulusan daripada Pengurusan KPTM terhadap kertas konsep cadangan
untuk menawarkan seminar keusahawanan kepada pelajar KPTM KL demi
memenuhi aspirasi kolej yang ingin memastikan produk KPTM KL menuju
kebaikan hidup dan menjadikan KPTM sebagai satu saluran penting dalam
melahirkan seseorang yang pengetahuan dalam keusahawanan.

Disediakan oleh :
Tarikh : 14 Januari 2011

Anda mungkin juga menyukai