Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TUGASAN KUMPULAN

PK 30803

NAMA PENSYARAH

PROF DR MD SHUAIB CHE DIN

TAJUK TUGASAN KUMPULAN

PENGGUNAAN INSTRUMEN DAN DIAGNOSIS DAN ISU ETIKA

TUTORIAL

11-12 PAGI (JUMAAT)

NAMA PENGKAJI

BIL. NAMA NO. MATRIK


1. ARMEZAH BTE MASLIN BP 07160304
2. NOR AZLINA BTE MOHAMED NOR BP 07160316
3. NOR HEDAYAH BTE KAULAN BP 07110245
4. NURUL FATIHA FIRDAUS BTE ROSLAN BP 07160315
5. ROZANAH BTE PIASIN BP 07110238
6. WAN FATIMAH BTE WAN YUSOFF BP 07110037

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. PENGGUNAAN INSTRUMEN
3. PENGGUNAAN DIAGNOSIS
4. ISU ETIKA DI DALAM PENGGUNAAN INSTRUMEN DAN DIAGNOSIS
5. PENUTUP
6. RUJUKAN

PENGENALAN
Perhubungan menolong di dalam perkhidmatan kaunseling adalah suatu faktor utama
dalam menentukan keberkesanan perubahan klien mencapai matlamat yang diingini. Pelbagai
cabaran dalam menjadi seorang kaunselor yang efektif, hal ini adalah kerana kaunselor perlu
memahami norma budaya dan meneroka kehidupan klien agar prosedur kaunseling dapat
memberi klien potensi diri sebaiknya bagi menjalankan kefungsian sebagai individu yang
normal.

Menjalankan aspek profesionalisma kaunseling seperti profesion lain, kaunseling juga


mempunyai garis panduan yang harus diikuti oleh para kaunselor. Antara garis panduan yang
dipegang oleh kaunselor di Malaysia khususnya ialah Kod Etika Kaunselor Malaysia. Wujudnya
kod etika ini adalah bertujuan memberi garis panduan kepada semua kaunselor agar bertindak
secara professional dan lebih terarah dalam memberikan khidmat kaunseling yang efektif. Oleh
kerana cabaran kaunselor sentiasa berhadapan dengan dilemma-dilema etika yang sukar
diselesaikan dan boleh mewujudkan konflik, maka kod etika kaunselor banyak membantu pihak
kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling yang professional dan terbaik.

Mengulas penggunaan kod etika ini, kumpulan pengkaji menerima tanggungjawab bagi
mengulas penggunaan instrumen, diagnosis dan isu etika yang menjadi salah satu cabang
kepada kod etika yang diguna pakai dalam kaunseling. Penggunaan bahan instrumen sangat
diperlukan dalam memberikan bantuan kepada kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Hal ini
adalah perlu bagi menentukan tanda aras kebolehpercayaan sesi kaunseling yang dibuat antara
kaunselor dank lien.

Malahan aspek pendiagnosisan juga diperlukan agar penilaian secara tepat tentang
seseorang klien tidak tersasar daripada matlamat kaunseling yang dilakukan. Aspek isu etika
dalam penggunaan kedua-dua aspek tadi iaitu instrumen dan diagnosis tidak dapat dicapai
kerana isu etika sering terabai ataupun terlepas pandang oleh kaunselor.

Kaunseling tanpa matlamat sukar menjadi efektif, malahan kaunselor gagal meletakkan
masa yang spesifik dalam memberi kepuasan matlamat dari pihak klien mahupun kaunselor.
Dalam tugasan ini, kumpulan pengkaji mendapati penggunaan instrumen dan diagnosis ini juga
adalah salah satu cabang mencapai matlamat yang tela dipersetujui. Kaunselor secara
langsungnya dapat menjawab persoalan klien dengan mengaitkannya dengan orientasi
teoritikal.
Mempertimbangkan matlamat teraputik, adalah penting untuk mengambil kira mengenai
budaya dalam sesuatu terapi yang akan digunakan. Terapi kepada pengkhususan definisi
budaya melibatkan kesihatan psikologi seseorang klien. Didalam banyak pendekatan matlamat ,
kaunseling yang efektif tidak dihasilkan apabila ahli klinikal menunjukkan matlamat,
walaubagaimanapun, wujud pempraktis percaya apa yang terbaik kepada klien dan memujuk
klien untuk menerima matlamat yang diberikan. Namun terdapat juga kaunseling yang khusus
memberikan kebebasan kepada klien dalam mencapai matlamat yang dikehendaki. Aturan
matlamat kaunseling terbaik adalah dengan penerangan teori yang digunakan, jenis kaunseling
yang ditawarkan, dan budaya seseorang klien. Orientasi teoritikal boleh mempengaruhi asas
matlamat, seperti kesedaran berlawanan perubahan tingkahlaku. Masalah mungkin akan
berlaku jika matlamat jelas tidak dapat dibuat, dan hasilnya, kesilapan penggunaan teknik akan
berlaku. Oleh kerana itulah, pencapaian matlamat melalui pelbagai teknik dan salah satunya
dengan penggunaan instrumen dan diagnosis perlu digunakan dalam mencapai hasil matlamat
kaunseling dengan lebih efektif.

Penutup
Penggunaan instrumen, diagnosis dan isu etika yang berkaitan dengan kedua-dua aspek
ini sememangnya berkaitan antara satu sama lain. Daripada perspektif etika, ahli terapi perlu
mengaplikasikan praktisnya antara teori dan kajian, dan hal ini membabitkan juga penggunaan
diagnosis dan juga instrumen. Tanpa penggunaan instrument dan diagnosis, kaunselor
meninggalkan rasional formulasi matlamat teraputik dan memperkembangkan teknik dalam
mencapai matlamat kaunseling. Kadangkala, kaunselor tidak mempunyai kesabaran yang cukup
dalam penggunaan kedua-dua aspek ini dalam menghadapi isu etika mengikut garis panduan
teori mahupun kod etika yang telah sedia ada wujud. Kesedaran tentang wujudnya kelemahan
teknik untuk menyelesaikan masalah klien juga menjadi salah satu kekangan dalam
pengaplikasian teori. Namun, penggunaan instrumen dan diagnosis yang baik membantu ahli
klinikal memahami apa yang telah dilakukannya.

Penggunaan satu sahaja samaada diagnosis mahupun instrumen, tidak seharusnya


terjadi didalam pengalikasian kaunseling daripada banyaknya pendekatan teori yang ada. Hal ini
kerana, setiap masalah yang dibawa klien sememangnya mempunyai keunikan dan
latarbelakang yang berlainan memberikan impak besar dengan kebangkitan isu etika yang
berkaitan. Secara idealnya,, orientasi teoritikal dalam penggunaan instrumen dan diagnosis
akan menyediakan asas tindak balas terhadap matlamat antara kaunselor mahupun klien.
Malahan kebiasaanya, setiap klien empunyai masalah khusus yang berbeza, oleh dengan itu,
pengaplikasian instrumen dan diagnosis perlulah berkaitan dan benar-benar sesuai dengan
klien.

Kesimpulannya Kadangkala Isu etika yang timbul dibawah penggunaan kedua-dua


aplikasi ini tidak dilihat secara praktikal nilai sesuatu instrumen atau diagnosis yang dibuat.
Tanpa pemahaman bagaimana untuk menterjemahkan diagnosis semasa kedalam praktis, ahli
terapis juga kurang kebolehan di dalam membantu klien adalah sesuatu perkara yang sering
menjadi isu etika terjadi. Adalah sesuatu kewajipan pemahaman penggunaan sesuatu
instrumen dan diagnosis agar kaunselor dapat berfungsi dengan lebih efektif dan beretika
secara praktisnya.

Anda mungkin juga menyukai