Pengertian Tamadun.
Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan
kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mempunyai satu etika tamadun
jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan tamadun Islam tidaklah
terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan
kebudayaan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan
tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan Ad-Din sebagai asas yang membentuk
tamadun, bukan manusia yang membentukkannya. Jika diteliti pada tamadun yang lain,
jelas menunjukkan bahawa manusia yang membentuk asas kepada sesebuah tamadun.
Dalam abad kemegahan inilah tokoh-tokoh Islam yang menyerap tamadun yang terdapat
dikalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam merupakan pembela
utama dan tokoh yang melindungi dan membina pusat-pusat pengajian tersebut dan hasil
usaha merekalah yang menyebabkan Baghdad menjadi pusat pengajian yang begitu
cemerlang. Selepas itu pula akademi-akademi mulai tumbuh di Samarkand, Isfahan dan
Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid, tempat mahaguru serta siswa
menginap. Di masjid pula terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Buku-
buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari
bahasa Yunani. Pada tahun 765 M, Khalifah Harun al-Rasyid(763-809 M) pula mula
menubuhkan dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad. 3
Zaman sejarah ilmu perubatan Islam memakan masa 7 abad dan serentak dengan zaman
kecemerlangan Islam. Dengan ringkasnya penggal pertama zaman tersebut bermula
dengan Nabi Muhammad S.A.W. baginda amat memahami kepentingan kesihatan jasmani
dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep-konsep kesihatan dari
unsure-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak
dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib al-Nabi(kitab perubatan S.A.W. ) mengandungi
beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. Orang Arab
dalam zaman permulaan agama Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat
perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat
di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam
bahasa Arab dan dianggap sebagai pusaka yang sangat dihargai4.
Ahli falsafah Aristotle merupakan karyawan Yunani yang begitu popular di kalangan orang
Arab pada ketika itu. bayak karyanya diterjemah dan dipelajari dengan penuh ketekunan.
Juga banyak karya tokoh Yunani seperti Hippocrates, Dioscorides, Galen, Oribasius,
Allexander Tralles dan Paulus Aegina diterjemahkan dan diperlajari serta dibincang dan
dianalisa dengan luasnya5. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas
pengajian asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-
unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dpadankan pula dengan prinsip-prinsip
ajaran Islam.
Pakar perubatan Khalifah Harun al-Rasyid,Masawaih(yang juga ahli farmakologi dan pakar
oftalmologi) juga berpindah bersama keluarganya dari Jundishapur ke Baghdad.
Pengalaman perubatan dalam tamadun Islam bersifat ‘alamiyyah atau sejagat. Pada kurun
ke-10 M, Toledo yang terletak di Sepanyol atau Andalusia, merupakan pusat perubatan
Arab bagi Eropah. Sebuah institusi penterjemahan telah didirikan di situ. Cedekiawan dari
seluruh Eropah dan Kepulauan British berkumpul dan meraih ilmu. Antara tokoh Barat yang
ternama yang telah menuntut ilmu perubatan Islam ini ialah Gerard of Cremona, Michael
Scot, Adelaid of Bath, Robert of Chester dan Constantinus Africanus(seorang pakar
perubatan Yahudi yang mendakwa bahawa al-Kitab al-Maliki karya ‘Ali Ibn al-‘Abbas al-
Majusi ialah hasil karyanya sendiri dan diberi tajuk Pentagne).
Walaupun kurun ke-13 M merupakan zaman gerhana bagi sebahagian besar daerah Islam
kerana pemusnahan warisan tamadun Islam oleh tentera Mongol, namun kecintaan dan
kegiatan ilmu masih berkembang dikalangan para pengamal perubatan Islam,hingga
lahirlah empat orang tokoh terkemuka iaitu Ibn al-Qifti, Ibn Abu ‘Usaibiyah, Ibn Khallikan
dan Abu al-Faraj.
Kemudian, satu lagi keanehan berlaku pada waktu itu iaitu pemerintah Mongol yang hanya
beberapa tahun sebelumnya menjadi pemusnah Empayar Islam Timur di Baghdad,
kemudian berubah menjadi pemerintah yang berasaskan keimanan dan ‘aqidah tauhid,
hingga mampu menjadi penaung pengalaman perubatan. Dari kalangan orang-orang istana
yang mengamalkan perubatan Islam ialah tokoh-tokoh seperti Qutd al-Din al-Syirazi(yang
menulis sebuah komentar bagi al-Qanun Ibn Sina) dan Rasyid al-Din Fadl Allah, yang telah
menjadikan kota Tabriz penuh dengan pusat pengajian tinggi, sekolah dan hospital; dan
juga menganjurkan pertandingan menulis buku di samping mengeratkan semula
perhubungan antara para pewaris perubatan Islam di Andalusia, Tunis, Tripoli dan Tabriz. 8
Proses pengubatan
Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan
kesakitan. Jiwa dan emosinya juga mungkin tertekan. Ia mengharapkan layanan dan
rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor
serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Pesakit tadi seterusnya bertawakal kepada
Allah s.w.t agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor
dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan saja perlu mempunyai ilmu,
kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, mereka juga patut menpunyai
satu etika dan adab yang sesuai untuk melayani pesakit. Mereka perlu mempunyai
keimanan dan ketakwaan agar dapat meyakinkan pesakit. 9 Disaat-saat begini biasanya
pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari pelbagai jenis ubatan atau tatacara
rawatan, malah ia sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk
menceriakan diri dan suasana, termasuk nasihat dan bimbingan.
Satu kenyataan yang menyeluruh daripada Rasulullah s.a.w. dalam tulisan hadith ialah
“Tuhan menurunkan rawatan bagi setiap penyakit”, atau “ada ubat bagi setiap penyakit iaitu
jika ubat yang betul digunakan terhadap sesuatu penyakit,dangan redha Tuhan, kesihatan
akan kembali”. Hadith ini mempunyai satu titik teologi yang mustahak-iaitu ubat-ubat
bertindak terhadap pelbagai penyakit melalui kehendak Tuhan. Kebanyakan hadith itu
merupakan nasihat tentang makanan dan minuman serta bersifat pencegahan. Ini adalah
prinsip mustahak dalam penjagaan kesihatan pada zaman praIslam Arab. Sebagai
contohnya, nasihat yang melarang terlampau kenyang atau makan terlalu cepat, banyak
dibincangkan dalam hadith-hadith. Kebersihan juga banyak dibincangkan, malahan,
berwudhuk sebelum solat yang melibatkan pembasuhan tangan, muka, kaki, gigi sebelum
solat subuh. Hadith yang menceritakan, “jasad seseorang mempunyai hak keatas dirinya”.
“Kerisauan yang terlalu menyebabkan kesakitan fizikal kepada seseorang” menurut satu
hadith mengenai fenomena psikosomatik penyakit. Walaupun kita mendapati contoh-contoh
rawatan penyakit melalui azimat dan doa-doa, ia sangat terhad. Telah dilaporkan bahawa
pada mulanya Rasulullah s.a.w mengharamkan semua jenis azimat kerana takut
mempunyai ayat-ayat yang dapat membawa kepada syirik dengan cara menyeru hantu-
hantu dan pelesit. Kemudian, baginda membenarkan penggunaanya dengan syarat
kandungan tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran. Baginda juga membenarkan doa
menyembuh bagi gigitan binatang beracun dan terkena sampuk. Kepercayaan kepada
terkena sampuk atau ilmu jahat sangat berleluasa dikalangan orang-orang Islam.
Sihir, samada “jahat” atau “baik”, telah diharamkan oleh Allah, kuasa yang dihasilkannya
boleh diterima tetapi hanya pada perinkat psikologikal. Ahli-ahli sihir Firaun yang
menentang Nabi Allah Musa, membaling tali dan kayu” hanya mengaburi mata yang
memandang” tanpa menukar bentuknya yang asal walaupun perkara itu juga menakutkan
Nabi Musa. Dengan kata lain semua ilmu sihir merupakan ilmu yang jahat kerana ia
menutup kebenaran, bertentangan dengan “tanda-tanda”(ayat) atau mukjizat yang benar-
benar memberi kesan kepada kebenaran. Begitu juga,kesan psikologi dapat ditunjukkan
dalam satu cerita tenteng dua malaikat yang turun ke bumi iaitu Harut dan Marut yang
mengajar manusia ilmu sihir bagi menceraikan diantara seorang suami dan isterinya
melalui manipulasi psikologi.
Nabi Muhammad s.a.w pernah mencadangkan beberapa rawatan untuk orang sakit.
terdapat hadith yang menyakan bahawa Rasulullah s.a.w ada mencadangkan
bekam(pengeluaran darah dari sesetengah urat) dan penggunaan madu sebagai
penyembuh penyakit. Bagi sesetengah penyakit dalam perut, baginda sendiri
menggunakan minuman yang diperbuat daripada kulit bijirin, susu dan madu. Tetapi,
seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Khaldun, mungkin cara ini telah diambil oleh baginda
daripada tradisi perubatan orang-orang Arab Zaman Jahiliah.
Walau bagaimanapun, terdapat juga suatu hadith yang bertentangan dengan beberapa
jenis penyakit dan cara rawatannya. Sebagai contoh, terdapat suatu hadith yang
menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang penyelaran yang telah menjadi
kebiasaan orang-orang Arab untuk rawatan penyakit pada daging. Tetapi terdapat juga
hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan penggunaannya malah
digunakan sendiri pada pejuang-pejuang Islam yang luka dalam peperangan. Hadith yang
awal tidaklah bersyarat, yang hanya disebut oleh Rasulullah s.a.w. adalah, “walaupun ia
adalah baik untuk memulihkan kesihatan, aku melarang masyarakatku daripada
penyelaran”15. Para pengulas hadith yang percaya bahawa penyelaran adalah betul,
menyatakan larangannya hanya boleh diambil sekiranya ia dianggap satu cara yang boleh
menyembuhkan, seperti yang dipercayai oleh orang-orang Arab sebelum kebangkitan
Islam.
Ibn Taimiyah(meninggal 1328 M) seorang ulamak yang terkenal, guru bagi Ibn Qayyun al-
Jauziyah telah disoal tentang penggunaan bahan-bahan yang tidak halal bagi orang Islam
menggunakannya. Ibn Taimiyah menjawab bahawa penggunaannya adalah haram untuk
tujuan perubatan walau penggunaannya dibenarkan sekiranya tiada terdapat makanan
yang lain dan hampir mati disebabkan oleh lapar atau dahaga.
Akhirnya, perbincangan juga perlu ditumpukan pada bentuk yang nyata bagi hasil penulisan
Ilmu Perubatan Nabi-Nabi. Mungkin yang paling penting ialah kecenderungan yang
ditunjukkan bagi ubat-ubatan yang agak mudah(al-adwiyah al-mufradah atau al-basitah)
berbanding dengan ubat-ubatan sebatian(al-murakkaba). Kelin-Faranke berpendapat ubat-
ubatan sebatian berkemungkinan mengandungi kandungan yang tidak halal dari segi
hukum Islam bagi digunakan oleh orang-orang Islam. Ibn Qayyun al-Jauziyah menjelaskan
hal ini:
Atas panduan baginda sendirilah baginda mendapat rawatan dan mengarahkan keluarga
dan pengikut-pengikutnya yang mengidap penyakit mendapatkan rawatan juga. Tetapi
bukanlah termasuk dalam panduan baginda atau sahabat-sahabat baginda untuk
menggunakan ubat-ubatan sebatian yang dikenali sebagai aqrabadhin. Ubat-ubatan jenis
ini ialah ubat daripada orang yang berbeza-beza yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik-
Arab, Turki dan penduduk-penduduk gurun. Bagi mereka yang selalu memakan makanan
yang mudah atau ringkas tidaklah mengidap penyakit yang banyak dan rawatannya juga
adalah ubat-ubatan yang ringkas.
Rumusan
Ilmu dan amalan perubatan telah lama berkembang dan masih lagi maju ke hadapan
walaupun banyak lagi isu-isu tenteng punca penyakit dan kaedah rawatan belum dapat
diselesaikan. Masanya telah tiba bagi para doktor dan ahli-ahli sains perubatan Islam,
negara-negara Islam, hartawan dan ahli-ahli korporat Islam untuk mengambleng tenaga
untuk memulakan satu era baru dalam meningkatkan satu lagi sudut perkhidmatan
kemanusiaan menerusi perubatan Islam. Penggemblengan tenaga pakar yang disokong
dengan pembiayaan dan pengumpulan dana dan tabung kewangan yang bertujuan untuk
meningkatkan ilmu dan amalan perubatan Islam akan mengangkat imej Islam ke tahap
kecemerlangan dan kegemilangan.
Rujukan
1. Ismail Saad, Prof(1985), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan, jilid 1,
Kuala Lumpur : DBP.
2. S. M. Hatta(1995), Perubatan Psikologi Islam, Kuala Lumpur : DBP.
3. Abu Bakar Majeed(1999), Konsep Dan Operasi Perubatan Islam,
Kuala Lumpur : Ikim.
4. Wan Mohd. Nor Daud(1992), Kesihatan Dan Perubatan Dalam Tradisi Islam,
Kuala Lumpur : DBP.
5. Abul Fadl Mohsin Ebrahim(1980), Isu-Isu Bio Perubatan Menurut Islam,
Kuala Lumpur : A. S. Noordeen.