Anda di halaman 1dari 7

Siri Ketiga: Menjawab Salah faham Asaari Muhammad Terhadap Konsep Ummiy

Rasulullah SAW

SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP UMMIY RASULULLAH ρ

Antara perkara penting yang perlu diperbetulkan ialah salah faham Asaari dan para
pengikutnya tentang konsep ke-ummiy-an Rasulullah. Haji Asaari telah menerbitkan buku
Buah Fikiran Ustaz Hj. Ashaari Muhammad Siri 2 pada tahun 2006. Dalam buku
tersebut, Haji Asaari ada menulis satu tajuk yang berjudul Apakah Maksud Ummiy
Rasulullah ρ? Dalam huraian Haji Asaari itu, terdapat kesalah fahaman pada
pemikirannya tentang konsep ummiy yang didapati bercanggah dengan kefahaman Ahli
al-Sunnah wa al-Jamaah.

Haji Asaari memulakan penulisannya dengan teks berikut:

“Semoga Allah mengampunkan kita di atas salah tanggapan dan salah tafsir
terhadap status baginda Rasulullah s.a.w. sebagai seorang rasul yang ummiy.
Selama ini kita difahamkan bahawa ummiy bereerti orang yang tidak tahu
membaca dan menulis, atau dalam istilah lain buta huruf. Jika begitu fahaman
kita ertinya kita menganggap baginda orang yang tidak belajar atau seorang
yang bodoh... Mana mungkin seorang Rasul yang kemuliaannya sampai namanya
digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf... Sebenarnya yang
dimaksudkan ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan
mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa”.1

Daripada tulisan di atas, dapatlah difahami beberapa perkara berikut:


1. Haji Asaari menolak tafsiran yang dibuat oleh Rasulullah sendiri dan ijma’
para ulama tentang definisi ummiy.
2. Haji Asaari tidak memahami maksud sebenar ummiy menurut al-Quran
dan Al-Sunnah.
3. Haji Asaari membuat andaian bahawa semua umat Islam
‘memperbodohkan’ Rasulullah hanya kerana baginda tidak pandai
membaca dan menulis.
4. Haji Asaari mempunyai hidden agenda (niat tersembunyi) dalam artikel
itu kerana ingin mengutamakan perkara ‘belajar secara luar biasa’.

Sebenarnya, para ulama telah pun membincangkan definisi dan konsep ummiy ini
sebelum Haji Asaari lagi. Sebaliknya, Haji Asaari menuduh para ulama telah mengambil
tafsiran yang dibuat oleh Yahudi dan orientalis tentang konsep ummiy. Ini dapat dilihat
dalam petikan tulisannya sebagaimana berikut:

“Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat


kenal siapa Rasulullah. Kehebatan dan kemuliaanya ada dalam pengetahuan dan
kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengelabukan pemikiran
1
Ashaari Muhammad, 2006, Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 2, Selangor: Penerbitan
Minda Ikhwan, hlm. 107-108.
umat Islam dengan mengatakan bahawa, “Rasulullah itu ummiy yakni tidak tahu
membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa al-Quran itu bukan dari
tulisan Rasulullah.” Nampaknya macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi,
sebenarnya mereka menutup maksud ummiy yang sebenar yang memperlihatkan
kehebatan Rasulullah.” 2

Dapatlah difahami di sini, Haji Asaari telah mengeluarkan pendapat berkenaan konsep
ummiy yang bercanggah dengan kefahaman para ulama. Sebenarnya, ummiy telah
dinyatakan oleh Allah Ι dalam dua ayat berikut:

#
 $% !&

'
(
)  (*+
) , - $.  /  
 
 
      
    !  "

0 ' %& 1
!&)

Maksud: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang Arab


yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mreka,
serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah…
(Surah al-Jumuah: 2)

<  98=) >   4!    "


6 / $7
%&  ,
8)
69
  ! 4   4 3 4! : 
;4 ! 2 
3 4 5  !

Maksud: “iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, nabi yang ummiy yang
mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang
ada di sisi mereka…”
(Surah al-‘Aaraf: 157)

Imam Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari, ulama tafsir terawal telah menulis
maksud ummiy dalam tafsirnya; Tafsir al-Tabari. Beliau menyatakan:

2)H;I ) 23%  5! G "" D E :;?@ A :$B

Beliau mentafsirkan ummiy sebagai orang yang tidak tahu membaca dan menulis iaitu
berdasarkan tafsiran yang dibuat oleh al-Sunnah (kata-kata Rasulullah ρ sendiri).
Terdapat hadith sahih yang menerangkan sifat ummiy Rasulullah ρ dengan maksud tidak
boleh membaca, menulis dan mengira.

Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah ρ bersabda:

5/ O+! 5 >);/ 5/ #$ N 5 5/ <I/ 5/ ! $ L6M :$B O% 5 JK $ L6M

2
Ibid., hlm. 110.
M! 5 ) ,/ Y WX Y : , Z6 $ :)A :V!$B $PA  QR SA 0TU$/
,!] c3M d e3b! f <[ \H$@ ] $^ _;  2$% S ! ` 0a$b! $^;!
lm 2A <3B n6! \)o k$! 63! ") ,  1 H;M $g h 2$*) Hij
$v ` ") fa wH$@ pM $ [R n)+ 0q6r s] t@; d u!! n)+) ,"A s]
d 6 z E { pM E|g xry :$B Z$I $8A $ :$B A;B :$I uR wH$9 H;M
EA d 6 z E { pM 08$[! E|g xry Z$I $8A $ VB A;B :$I EA
::$I EA d 0[!$[! E|g xry Z$I $8A $ VI A;B :$I
S;* u) A;B f/ 5 2$}8= fr fr ! u $ A;B

Hadis riwayat Aisyah τ, isteri Nabi ρ dia berkata:


Wahyu pertama yang diterima Rasulullah ρ adalah mimpi yang benar.
Setiap kali baginda bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya
Subuh. Kemudian baginda sering menyendiri. Biasanya baginda menyepi
di gua Hira'. Di sana, baginda beribadah beberapa malam, sebelum
kembali kepada keluarganya (isterinya) dan mempersiapkan bekalan untuk
itu. Kemudian baginda pulang ke Khadijah, mengambil bekal lagi untuk
beberapa malam. Hal itu terus baginda lakukan sampai tiba-tiba wahyu
datang ketika baginda sedang berada di gua Hira'. Malaikat (Jibril) datang
dan berkata: Bacalah. Baginda menjawab: Aku tidak boleh membaca.
Rasulullah ρ. bersabda: Malaikat itu menarik dan mendakapku, hingga
aku merasa kepayahan. Lalu ia melepaskanku sambil berkata: Bacalah.
Aku menjawab: Aku tidak boleh membaca. Dia menarik dan mendakapku
lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian ia melepaskan sambil
berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak boleh membaca. Dan untuk
yang ketiga kalinya ia menarik dan mendakapku sehingga aku merasa
kepayahan, lalu ia melepaskanku dan berkata: Bacalah dengan menyebut
nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang
mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak ia ketahui. … (sehingga akhir hadith)3

Jelas dalam hadith di atas bahawa Rasulullah ρ mengaku bahawa dirinya tidak tahu
membaca. Pengakuan Rasulullah itu tidaklah menggambarkan baginda memperbodohkan
dirinya atau mengalami inferiority complex (rasa rendah diri)? Tidak tahu membaca dan
tidak tahu menulis bukan bererti bodoh sebagaimana yang didakwa oleh Asaari.

3
Muhammmad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari, 1987, Sahih Bukhari, Cetakan Ketiga, Beirut: Dar Ibn
Kahtir, Jil. 1, hlm. 4, No. hadith: 3.
Perlu disedari bahawa semua bangsa Arab ketika itu memang tidak mempunyai
kemahiran membaca dan menulis. Demikianlah kedudukan tamadun mereka tetapi masih
tetap ada individu yang boleh membaca dan menulis. Malah Rasulullah ρ sendiri
mengarahkan Zaid bin Thabit τ belajar membaca dan menulis bahasa Yahudi daripada
orang Yahudi.4 Malah, Rasulullah mengarahkan semua tawanan Badar mengajar anak-
anak Muslimin membaca dan menulis. Mereka tidak pernah merasa bodoh kerana tidak
tahu membaca dan menulis. Malah, mereka lebih hebat lagi kerana kaedah
pengembangan ilmu dibuat melalui lisan. Mereka menghafal dari lisan ke lisan.

Terdapat satu lagi hadith penting yang menyokong hujah ini. Dari Ibn Umar
berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"c} ) c%8  0A 0A $8]": ) ,/ Y WX ~ ! :B

Maksudnya: Kami adalah kaum yang buta huruf iaitu tidak boleh menulis
dan tidak boleh mengira.5

Para ulama hadith seperti Imam Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan lain-lain
lagi berkata bahawa maksud ummiy ialah tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Itu
adalah tafsiran sebenar tanpa perlu ditakwilkan dengan maksud yang lain. Kenyataan ini
tidak pernah membawa maksud mereka menghina Nabi, kerana Nabi sendiri yang
menerangkan apakah maksud ummiy tersebut.

al-Hafiz Ibn Hajar pula menyatakan perkataan ummiy dinisbahkan kepada bangsa Arab
sebagai masyarakat yang ummiy kerana penulisan sukar didapati pada zaman itu.
Walaupun begitu terdapat juga orang yang boleh membaca dan menulis. Apa yang
dimaksudkan sebagai pengiraan dalam hadith di atas ialah kiraan bintang-bintang dan
perjalanannya yang orang mengetahuinya terlalu sedikit.6 Imam Nawawi dalam Syarah
Sahih Muslim pula berkata, ummiy itu bermaksud mereka yang kekal dalam keadaan
mereka ketika dilahirkan iaitu tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Dan di antara
mereka ialah Nabi Muhammad al-Ummiy. Selain itu, ummiy juga dinisbahkan kepada
‘ibu’ kerana kebanyakan wanita ketika itu tidak tahu membaca dan menulis.7 Dalam
Kitab Syarah Hadith Imam Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi, juga menyatakan bahawa ummiy
ialah mereka yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Persoalannya di sini,
adakah semua Imam Ahli Al-Sunnah ini menghina Rasulullah?

Seterusnya, Imam al-Shawkani menegaskan bahawa Rasulullah ρ tidak tahu membaca,


tidak tahu menulis dan tidak tahu bersyair kerana untuk menyempurnakan hujah dan

4
Hadith Riwayat Zaid bin Thabit; al-Bukahri, op. cit., No. hadith: 7195, hlm. 1509.
5
Muhammmad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari, op. cit., Beirut: Dar Ibn Kahtir, Jil. 2, hlm. 675, No.
hadith: 1814.
6
Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Syafie, op. cit., jil. 4, hlm. 127.
7
Abu Zakaria Yahya Ibn Sharaf Ibn Musri al-Nawawi, 1392H, Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim,
Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, cetakan 2, jil. 7, hlm. 192.
menghilangkan keraguan terhadap al-Quran.8 Menurut Imam al-Syatibi pula, antara
hikmah syariat ini diturunkan kepada golongan yang tidak tahu membaca dan menulis
adalah kerana syariat Islam ini adalah untuk semua manusia termasuklah mereka yang
tidak mempunyai pendidikan.9 Ini kerana jika syariat Islam ini diturunkan hanya untuk
orang yang bijak sahaja atau orang yang mampu untuk belajar secara luar biasa
sebagaimana yang didakwa oleh Asaari, syariat Islam ini adalah syariat yang khusus dan
bukan untuk semua manusia.

Fakta yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad merupakan nabi yang ummiy adalah
sangat jelas dan menjadi ijma’ seluruh ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Fakta ini
bukan diambil daripada para Orientalis mahupun Yahudi sebagaimana yang didakwa oleh
Haji Asaari dalam bukunya.

Setelah diteliti, menurut pandangan kami Haji Asaari menulis artikel itu adalah atas
tujuan berikut:

a. Untuk membuat analogi (perumpamaan). Haji Asaari kononnya mencontohi


keadaan Rasulullah yang boleh mendidik manusia, menjadi bijaksana dan memiliki ilmu-
ilmu tanpa perlu melalui proses pembelajaran sebagaimana orang lain. Maka, dirinya
juga adalah sama seperti keadaan Rasulullah tersebut. Beliau tidak pernah melalui sistem
pengajian Islam secara formal sehingga tamat, tidak membaca kitab turath dan kitab
ulama silam yang muktabar, tetapi beliau telah mendakwa bahawa beliau diberi ilmu
secara langsung dan terus daripada Allah sebagaimana proses yang dialami oleh Nabi ρ.
Sehubungan itu, kalau Rasulullah ρ boleh sedemikian kerana dipilih oleh Allah Ι, maka
Haji Asaari juga berkeadaan sedemikian kerana beliau merupakan orang dipilih oleh
Allah Ι untuk umat Islam pada zaman ini.

Kesimpulan ini dapat difahami menerusi petikan perenggan berikut:

"Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa, Allah pandaikan


baginda tanpa mengikut proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya
Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah
sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar
biasa. Rasulullah belajar tetapi tidak perlu menulis, membaca, berguru
atau belajar di sekolah.10

“Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang


dikehendaki–Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar
secara biasa.11

8
Al-Syawkani, op. cit., hlm. 1477.
9
Al-Syatibi, Ibrahim Ibn Musa, 1999, al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah, Beirut: Dar al-Ma’rifah, cetakan
keempat, jil. 1, hlm. 397.
10
Ashaari Muhammad, 2006, Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 2, Selangor: Penerbitan
Minda Ikhwan, hlm. 108.
11
Ibid., hlm. 109.
“Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa
dari Tuhan sepertimana Rasulullah mendapat wahyu. Tidak cukup
sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera.12

b. Untuk menafikan keilmuan para ulama, malah menuduh bahawa ilmu


mereka sebenarnya berasal daripada Yahudi. Ini adalah fitnah dan pernyataan
yang tidak ilmiah yang dibuat oleh Haji Asaari. Tujuannya hanyalah untuk
mengelakkan para pengikutnya meninggalkan ajarannya kerana beliau menyedari
terdapat beberapa percanggahan di antara ajarannya dengan ajaran para ulama
yang sentiasa berjihad mendedahkan kepalsuan dan pendustaan penyeru ajaran
sesat.

Asaari mengkritik para ulama dalam buku-bukunya sebagaimana berikut:

Orang kafir, munafik, fasik, memperkatakan Islam bahkan mengajarnya.


Dulu orang yang memperkatakan Islam ini tentulah orang Islam sahaja.
Tapi sekarang, orang yang memperkatakan Islam boleh jadi orang kafir,
munafik, fasik, orientalis dan lain-lain. Bahkan mengajar atau jadi
pensyarah di Universiti-universiti orang Islam di seluruh dunia. Lepasan
pengajian Islam kini mendapat ijazah di tangan-tangan mereka.13

…Apatah lagi bagi mereka yang mengambil ilmu Islam dari lidah orang-
orang kafir. Tentulah orang kafir tidak akan ajar ilmu-ilmu ini kerana
mereka tidak faham, terutamanya mereka yang mengambil ilmu Islam di
London...14

Pada hakikatnya, para ulama itu mewarisi ilmu dari Nabi sejak dari zaman berzaman
tanpa membuat dakwaan bahawa mereka mendapat ilmu secara langsung dari Allah tanpa
perantaraan. Rasulullah ρ bersabda:

wrA 5' ! L) $€n ) $ n L  H$38 2]) H$38 0L) H$'! 2])
;) ‚ƒ rA

Sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi
itu tidak meninggalkan dinar atau dirham tetapi mewariskan ilmu.
Sesiapa yang mengambil ilmu tersebut sesungguhnya dia mendapat
keuntungan yang besar.15

12
Ibid., hlm. 111.
13
Ashaari Muhammad, 2005, Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 1, Selangor: Penerbitan
Minda Ikhwan, hlm 310.
14
Asaari Muhammad, 2005, Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia, Selangor: Penerbitan Minda
Ikhwan, hlm. 440.
15
Sulaiman Ibn al-Asy’ath Abu Daud al-Sajistani, (t.t.), Sunan Abi Daud, Riyadh: International Ideas
Home, hlm. 403, No. Hadith: 3641.
Ini bermakna, para ulama mewariskan ilmu yang datangnya dari Nabi ρ daripada ulama
dari satu generasi kepada generasi berikutnya. Penolakan seseorang terhadap ilmu yang
diwarisi daripada ulama silam pada hakikatnya telah mencemarkan sumber agama Islam
yang suci ini. Lebih-lebih lagi jika orang itu mendakwa dia mendapat ilmu secara
langsung dari Allah Ι. Sebenarnya, secara tidak sedar, dia telah mengingkari hadith di
atas. Pada hakikatnya, bukan semua ulama yang menolak ajaran Haji Asaari belajar
daripada orang bukan Islam. Jika wujud sebahagian ilmuan Islam pada masa kini yang
belajar dari orang bukan Islam, ia hanyalah bersifat kajian lanjutan sahaja dan bukan
mempelajari teras ilmu agama Islam.

Anda mungkin juga menyukai