Anda di halaman 1dari 9

SOALAN UJI MINDA

Pusingan Pertama

1. Siapakah pegawai Khas PPDa Kota Tinggi?


- EN ZAKARIA B AHMAD

2. Apakah visi PPDa?


- Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah
Tahun 2015

3. Nyatakan salah satu fungsi PPDa?

o Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah,


inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
o Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang
berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
o Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti
berkaitan PPDa.
o Pengurusan Hubungan Luar

4. Nyatakan salah satu program PPDa yang telah diadakan?


1) Program Sekolah Sifar Dadah (Prosidar)

2) Program Intervensi Pelajar (PIP)

3) Program Ujian Urin di Sekolah

4) Karnival PPDa

5) Program Pencegahan Dadah di Tempat Kerja


SOALAN UJI MINDA

Pusingan Kedua

5. ”Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud


kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898
bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin.
Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-
25 kali lebih kuat dari Morfin.”
Apakah nama dadah ini?
heroin

6. Nyatakan cara penggunaan dadah jenis Morfin?


- menyuntik / menelan

7. Nyatakan salah satu ciri-ciri penagih candu?


Pernafasan perlahan
Rasa pening dan keliru
Mual dan muntah-muntah
Cirit-birit
Hilang selera makan
Sugul

8. Apakah bentuk dadah jenis Syabu?


Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperti tawas
SOALAN UJI MINDA

Pusingan Ketiga

9. Sebutkan dua langkah-langkah mengelakkan belia-belia terjerumus


ke dalam kancah penagihan dadah?
Kelas-kelas Dharma
Ceramah
Sukan
Peranan sekolah
Peranan ibu bapa
Persatuan kabajikan

10. Nyatakan satu kesan penagihan dadah ke atas kesihatan?

- Asap ganja mengandungi THC (tetrahydrocabinol) dan


bahan-bahan kimia lain boleh mengakibatkan
penyakit paru-paru serta merosakkan sistem
pertahanannya. Penagih-penagih juga menghadapi
risiko yang tinggi berkemungkinan diserang oleh
penyakit-penyakit seperti bronchitis, sakit dada dan
kanser.
- Peningkatan kadar denyutan jantung boleh
mengakibatkan pengguna menghidap penyakit jantung.
- Jangkitan penyakit seperti AIDS, hepatitis dan
kancing gigi.
- Keracunan darah boleh berlaku apabila penagih
menggunakan alat-alat suntikan yang kotor.
11. Berikan dua sebab seseorang mengambil atau menghisap dadah?
Kerana ingin tahu .
Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .
Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai
bahaya akibat dari penggunaan dadah .
Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan
kehampaan .
Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan
( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan
sebagainya ) .
Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .
Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu :
Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah
kebendaan.
Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

12. Nyatakan hukuman / denda bagi kesalahan memiliki dadah jenis


ganja bawah 20 gram?
- RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua- duanya

SOALAN CEPAT JAWAB


1. Eja perkataan ” heroin” – heroin
2. Nyatakan nama lain bagi dadah jenis ” heroin”
- Big H , Dope , Smack , TNT

3. Eja perkataan “ Ecstacy” - Ecstacy

4. Nyatakan bentuk ecstacy?


- pil dengan pelbagai warna dan simbol

5. Nama lain bagi dadah jenis ” Ketamin”


- “K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

6. Nyatakan cara penggunaan ” Ketamin”


Dihisap melalui hidung
Campur dalam minuman

7. ”Ice” merupakan nama lain bagi sejenis dadah. Apakah dadah itu?
- Syabu

8. Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp Cannabis Sativa.
Namakan dadah yang dimaksudkan itu?
- ganja

9. Candu terdapat dalam tiga jenis. Namakan salah satu jenis candu?
- candu mentah
- candu masak
- tahi candu

10. Nyatakan satu nama lain daripada dadah jenis candu?


- Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh ,
“O” , Tar
11. Apakah yang terkandung dalam pil morfin?
- morfin sulfat
12. Nyatakan warna pil morfin?
- putih
- coklat pucat

13. Eja perkataan Morphan? – Morphan

14. ”Monkey” merupakan nama lain bagi dadah jenis apa?


- Morfin

15. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25
kali lebih kuat dari Morfin. Namakan dadah itu?
- heroin

16. Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan


keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi ,
mengantuk , cemas merupakan ciri-ciri penagih dadah jenis apa?
morfin

17. Syabu yang berwarna putih kristal adalah syabu yang paling
berkualiti. Betul atau salah?
betul

18. Kerap kali dicuba dan digunakan oleh muda-mudi sebagai dadah
seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam. Apakah
dadah jenis itu?
Ecstacy
19. Ketamin dikenali juga sebagai?
- Ubat bius untuk haiwan
20. Apakah PPDa?
- Pendidikan Pencegahan Dadah

SOALAN BONUS
1. Nyatakan peranan ibu bapa untuk mewujudkan generasi tanpa
dadah

- Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu


pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu
mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar
tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .

2. Nyatakan peranan guru di sekolah untuk menangani masalah


dadah di kalangan pelajar?

- Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para


muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah .

3. Nyatakan peranan anda sebagai pelajar bagi membendung isu


dadah yang semakin popular di negara Malaysia?

- Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak


melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh
melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah .
Slogan ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan
satu pegangan hidup kepada para pelajar .
4. ”Merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan
yang mudah didapati oleh pelbagai lapisan pembaca .”

Apakah bahan yang dimaksudkan itu?


- Media massa

5. ”perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang


harapan untuk memimpin negara pada masa depan .
Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk
memikul tanggungjawab ini” .

Siapakah orang yang dimaksudkan tadi?


- Belia