Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN KES MURID

BIODATA MURID.

NAMA : NUR AZIRA BT WAN ABDULLAH


TAHUN :3
NO. SIJIL LAHIR: AQ 70563
TARIKH LAHIR: 7 JUN 2000
JANTINA : PEREMPUAN
KAUM : MELAYU
TARAF : WARGANEGARA
BIL ADIK BERADIK: ANAK BONGSU DARIPADA 2 ORANG
ALAMAT RUMAH: KAMPUNG PASIR NERING,
21700 KUALA BERANG,
HULU TERENGGANU.

PERMASALAHAN MURID.

Pada minggu keenam saya telah menghadapi masalah pengurusan masa.


Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi saya
seringkali tidak pandai menguruskan masa dengan baik. Masa yang digunakan
sering kali tidak cukup menyebabkan beberapa objektif tidak dapat dicapai.

ANALISIS
Masalah ini timbul kerana saya tidak pandai menguruskan masa dengan cekap
dan efisien. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, murid selalu berbual
dan ingin bercerita tentang banyank perkara kepada saya. Saya memberi
peluang mereka bercakap dan mendengar apa yang ingin disampaikan. Inilah
antara faktor yang menyebabkan masa terbuang begitu saja dan menyebabkan
saya seringkali kekurangan masa. Saya mendapati murid tidak perlu dibiarkan
apabila mereka ingin berbual ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid
perlu ditegur supaya memberi tumpuan terhadap apa yang di ajar dan berbual
apabila perlu dan perkara penting yang ingin disampaikan sahaja. Ini penting
kerana mereka akan menganggu ketenteraman kawan-kawan yang lain yang
berminat untuk belajar seandainya tidak diberikan teguran.

CADANGAN DAN LANGKAH PENYELASAIAN MASALAH

1. Saya perlu mencari punca kepada timbulnya masalah ini. Saya perlu
menyenaraikan punca tersebut dan mencari jalan kepada penyelesaian
masalah ini. Contohnya saya perlu meneliti punca terbabit disebabkan
oleh kelemahan guru atau kelemahan murid itu sendiri. Setelah
mengenalpasti kelemahan saya akan berusaha mencari jalan
penyelesaian.
2. Saya patut membaca buku atau bahan berkaitan tentang pengurusan
masa. Dengan pengetahuan daripada pembacaan memberi saya peluang,
idea serta cara untuk mengatasi masalah ini.
3. Saya juga perlu mempelbagaikan cara dan mengetahui kaedah untuk
menarik minat murid dan bagaimana mengatasi sikap mereka yang suka
berbual-bual sewaktu belajar.
4. Saya akan meminta pendapat rakan-rakan guru yang lain yang lebih
berpengalaman serta mendapatkan nasihat dan pendangan daripada guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing.

TEMPOH MASA
Saya akan mencuba mengatasi masalah ini secepat yamg mungkin. Ini penting
keran tanpa kawalan kelas yang baik saya tidak dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.

TINDAKAN SUSULAN
Saya telah berkongsi pendapat dan idea daripada rakan-rakan guru yang
berpengalaman. Cadangan dan langkah yang diambil oleh mereka memberi
inspirasi kepada saya untuk mempraktikkan cara dan langkah yang sama.

PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama Guru Pembimbing dan rakan-rakan guru untuk
memberi komen dan penilaian terhadap kejayaan saya.

Anda mungkin juga menyukai