Anda di halaman 1dari 6

BENARKAH HAWA MEMUJUK ADAM MEMAKAN BUAH KHULDI ?

Muhammad Hanief Awang Yahaya


 
 
Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka
berdua dihantar ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada
mereka berdua makanan-makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis
menyebabkan mereka berdua memakannya lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia
ini.
 
Umum tersebar bahawa Hawa telah memujuk Adam memakan buah tersebut. Hal ini
disebutkan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani ketika menghuraikan hadis berikut:
.‫ ولوال حواء مل ختن أنثى زوجها‬: ‫ عن النيب صلى اهلل عليه وسلم‬،‫عن أيب هريرة رضي اهلل عنه‬
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa,
perempuan tidak akan mengkhianati suaminya.”
 
Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku
kerana Hawa memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu
berlakulah apa yang telah berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan
Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling
serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanitapun
yang terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau
perbuatan. (Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)
 
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Hafiz ibn Hajar tidak merujuk kepada mana-mana
riwayat hadis atau pendapat sahabat. Penjelasan beliau bukanlah sesuatu yang dapat
difikirkan dengan aqal semata-semata. Dengan kata lain, penjelasan ini bukan
berdasarkan kepada ijtihad tetapi pasti bersumberkan mana-mana riwayat. Tentu sekali
beliau mempunyai sumbernya yang tersendiri. Apabila beliau tidak menunjukkan mana-
mana riwayat hadis, tentu sekali sumbernya ialah riwayat Israiliyyat. Kalau diandaikan
adanya riwayat maka riwayat itu tidak sahih kerana bercanggah dengan fakta-fakta al-
Quran.
 
Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan
terdedah. Allah s.w.t. berfirman:
 
‫ َجَر ِة‬+‫ذ ِه ال َّش‬+ِ ‫ه‬+َ ‫ال َما َن َها ُك َما َربُّ ُك َما َع ْن‬+
َ َ‫ ْوآَهِتِ َما َوق‬+‫ي َعْن ُه َما ِم ْن َس‬ ِ
َ ‫ي هَلَُما َما ُوور‬
ِ ِ
َ ‫د‬+‫س هَلَُما الشَّْيطَا ُن ليُْب‬َ ‫َف َو ْس َو‬
ِِ ِ ِ ِ
َ ‫إاَّل أَ ْن تَ ُكونَا َملَ َكنْي أ َْو تَ ُكونَا م َن اخْلَالد‬
‫ين‬
 
Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan
untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata:
Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak
menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-
A`raf: 20)
 
Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan
menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120,
penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:
 
ٍ ‫ك َعلَى َشجر ِة اخْلُْل ِد وم ْل‬
‫ك اَل َيْبلَى‬ َ ُّ‫س إِلَْي ِه الشَّْيطَا ُن قَ َال يَا آَ َد ُم َه ْل أ َُدل‬
َُ ََ َ ‫َف َو ْس َو‬
 
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam!
Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan
musnah? (Taha: 120)
 
Syaitan, bukannya Hawa,  yang menghasut Nabi Adam dengan menimbulkan waswas dan
memberi sumpah yang palsu.
 
ِ ‫ َف‬+‫ص‬ ِ ْ ‫وآَُتهما وطَِف َقا خَي‬+‫ت هَل ما س‬ ٍ ِ ِِ ِ
‫ان‬ َ َ ُ ْ َ َُ ْ ‫د‬+َ +َ‫ َجَر َة ب‬+‫رور َفلَ َّما َذاقَا ال َّش‬+ُ+ُ‫داَّل مُهَا بغ‬+َ +َ‫ ف‬. ‫ني‬ َ ‫ح‬+‫َوقَامَسَ ُه َما إِيِّن لَ ُك َما لَم َن النَّاص‬
‫د ٌّو‬+ُ + +‫ْيطَا َن لَ ُك َما َع‬+ + +‫ل لَ ُك َما إِ َّن ال َّش‬+ْ + +ُ‫ َجَر ِة َوأَق‬+ + +‫َعلَْي ِه َما ِم ْن َو َر ِق اجْلَن َِّة َونَ َادامُهَا َربُّ ُه َما أَمَلْ أَْن َه ُك َما َع ْن تِْل ُك َما ال َّش‬
ٌ ِ‫ُمب‬
‫ني‬
 
Dan dia (syaitan) bersumpah kepada mereka berdua: Sesungguhnya saya termasuk
dalam kalangan orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua. Maka syaitan
membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah
merasai buah tersebut nampaklah bagi mereka berdua aurat masing-masing dan mereka
berdua mulai menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan menyeru mereka
berdua: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku  katakan
kepada kamu berdua, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu berdua. (al-
A`raf: 21-22)
 
 
Allah s.w.t menegur Adam kerana lupa kepada janji bukan kerana menerima pujukan
Hawa dan Hawa pula tidak ditegur oleh Allah kerana kesalahannya mengkhianati
suaminya.
 
Al-Sabuni menukilkan daripada Tafsir al-Tabari dan Tafsir Ibn Kathir bahawa Ibn Abbas
berkata: “Syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpah. Adam menyangka
bahawa tidak seorangpun berani berdusta dalam bersumpah dengan nama Allah lalu
syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpahnya.” (Safwah al-Tafasir, jil. 1 hal.
439)
 
 
 
Bagaimana penafsiran hadis al-Bukhari yang menyabitkan Hawa mengkhianati
Adam?
 
Berlaku tashif dalam meriwayatkan hadis ini iaitu kesilapan dalam hurf ‫ خ‬yang sepatutnya
huruf ‫ح‬. Tashif ialah pengubahan perkataan di dalam hadis.
 
.)‫ ولوال حواء مل حتن أنثى زوجها‬:‫ عن النيب صلى اهلل عليه وسلم‬،‫عن أيب هريرة رضي اهلل عنه‬
 
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa,
perempuan tidak akan merindui suaminya.”
 
Meriwayatkan hadis ini dengan huruf ‫ ح‬lebih tepat dan lebih sesuai dengan fitrah kejadian
kaum wanita. Sifat rindu dan setia kepada suami terdapat pada setiap wanita tanpa
mengira agama dan bangsa.
 
Menisbahkan setiap khianat yang dilakukan oleh wanita kepada Hawa adalah sesuatu
yang tidak adil dan bercanggah dengan akal yang sejahtera dan fitrah yang suci.
 
Apabila kita mengenepikan nas-nas al-Quran dengan menerima riwayat Israiliyyat dan
menafsirkan hadis berdasarkan Israiliyyat, maka kita telah merendahkan kedudukan
wanita. Seolah-olah merekalah punca kerosakan dan dosa orang lain. Sedangkan satu
jiwa tidak sekali-kali menanggung dosa orang lain. Dari satu sudut pula, riwayat ini
menyerupai konsep dosa warisan yang menjadi doktrin agama Kristian iaitu setiap jiwa
tidak bersih dan Nabi Isa yang telah menebus dirinya untuk menyucikannya. (Al-
Mawsu`ah al-Muyassarah Fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu`asarah, hal. 504)
 

________________________________________________________________________
the authnethic view of a boy http://the-authenthic.blogspot.com

http://al-ahkam.net
http://al-qayyim.net
http://islam-qa.com
http://al-firdaus.com
http://groups.yahoo.com/group/alfikrah

Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail.

Reply | Forward | Messages in this Topic (1)


muslim
http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/israiliyat/rusuk.htm
Offline
PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK
Send
 
Muhammad Hanief bin Awang Yahaya
 
 
usuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya
ang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga,
ampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir
etika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-
ahzin dan lain-lain)
 
Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang
jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta
daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan
di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya
juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.
 
Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya
para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan
Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa
Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak
menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong
pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu,
perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang
terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan
perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)
 
Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang
sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada
satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.
 
Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara
yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah
s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk
menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan
menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa
tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah
atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di
dunia dan akhirat.
 
Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika
mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di
dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya
pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah
hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas
dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi
Usul al-Tafsir, hal. 138)
 
Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Anda mungkin juga menyukai