Anda di halaman 1dari 31

falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu
yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui."

(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat
ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata
semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan
penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan
berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan
betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini.
Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan
betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat
dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-
pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian
ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah.
Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan
malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki
atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian
ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat.
Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah
S.W.T. ini sangat indah.

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti
mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama
iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya
berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan
kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri
yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan
sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya.
Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya,
atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it
merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan


dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan
dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu
menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah


S.WT. berfirman:
"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu
semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan
berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "

(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan
wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk
mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah
S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah
rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di
bumi sebagai khalifah-Nya.

Mengapa Berkahwin

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita
tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah
menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih
sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam
peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu,
perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan
peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang
mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana
kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang
menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Membentuk Keluarga

Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu


institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama
pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan
penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan
penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa
perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan
rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan
belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak
dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.

Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada


peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-
pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal
menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah
rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah
dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di
taman yang indah.

Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil

Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam
kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan
bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam
pembentukan-

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam


Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan
hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana
keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan
baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti
kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam
keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali
bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

Prinsip Pembentukan Keluarga Islam

Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang
merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan
peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan
ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa
tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran
beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang
mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga
itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-
nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu
hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran
keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa
mengingatiallah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini meiupakan kawalan
berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana
orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah
S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan
peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau
bagaimana sempurnapun undang-undang itu.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua
prinsip.

1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan


taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa
dan lain-lain)

2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami


isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan
penceraian dan sebagainya.

Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini
adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam.
Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil
tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan
tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.

Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu


pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.
Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam
memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda
yang bermaksud:

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan


itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin
harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar
agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih
baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai
pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan
agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau
ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji
sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit
keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak
boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah
ketehtian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada
berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana
rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal
suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah
tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam
keluarga tersebut.

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf.
Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur
dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak.
Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari
segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri
kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua
perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan
yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-
darjat hidup manusia. .

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai
persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan
Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting
yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang
tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah
S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam
peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama
ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam
menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh
diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah,
sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru
yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah
yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka
berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan
suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat
perhatian perundangan dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.
Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak
perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak
daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini
memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan
orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan
kehidupannya di masa hadapan.

Keharusan Berpoligami

Di antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam unisan


perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah
golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan
pelaksanaannya.

Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang
dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang
tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak
mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi
pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip
pembentukan keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab
dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi
perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan
lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh
ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertaqwa sehingga ia
meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.

Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang
haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang haius itu untuk
menjaga dirinya dari melakukan yang haram.

Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih
daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang
diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum
mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan
kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit
masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk
mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.

Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh
yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk
oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah
kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda
yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.

Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud
selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada
masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi sekiranya poligami
disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu dan menempah
dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan
oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak
keiosakan.

Perancangan Keluarga
Beralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga
menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga mengandungi
dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau
membatasinya. Kedua, menyusun pe@alanan keluaiga untuk mencapai kesejahteraan
dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluaiga
serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.

Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori
yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat
beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan
pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan
dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar
1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan
makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.

Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha
membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukalah
ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai,
sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan program sampingan sahaja. Suatu program yang
bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga
yang sebenar. Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak
seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran
anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang
tidak sihat kepada masyarakat.

Kewajipan Dan Tanggungjawab

Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa


kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna
bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa
tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung
keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal,
membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan
hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan
keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia
wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu
mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-
awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan
kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat
beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan


belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT.
terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga
adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik
kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum
wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat.
Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita,
tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya
bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah


pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti
pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan
dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin
walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan
mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin
bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan
perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat
mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan
nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja.
Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka
yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan
tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang
mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri
menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w


menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja
di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam
keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya.
Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham
dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy
berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu
marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali
membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah
mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami
tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya,
ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya
tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang
menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan
patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.
Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan
tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan
tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan
mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT.
Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya.
Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia
yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam

Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini
teihadap perkahwinan.

Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan
kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit
daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat
Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam
teihadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan
personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan
mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia
beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja
memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan
masyarakat.

Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap
kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang
menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga
hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata
hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia
wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan
kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.

Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu
ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan
berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang
berlaku di kalangan ora ng yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka
tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh
banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini
be@angkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita
yang tetap memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah
sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak
diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil perkembangan yang
meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita.

Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan


ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi
keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak.
Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh
dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di
dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini
adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian
perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa
kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat.
Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam
supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan
seluas-luasnya dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.
Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat
perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat
berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinan.
Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah
kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak
berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi
kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan biinbingan yang
wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.

Kesimpulan

1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan
masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam
adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi
kesejahteraan ummat.

2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha
hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping
tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan
oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-
wenangnya. Kehanisan berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib
baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas
terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.

7. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat


diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan
lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta
meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di
dalam Islam.

Siapa Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga

Kita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam
keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu
dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat.

Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi
keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada
suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu?

Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definasi keluarga agama-agama
lain. Di dalam Islam orang-orang yang ten-nasuk dalam takrif keluarga adalah seperti
yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampir dan ada
keluarga yang jauh. Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah:

- Suami isteri
- Datuk, nenek dan seterusnya
- Ayah, datuk dan seterusnya
- Anak, cucu dan seterusnya
- Adik beradik dan zuriatnya
- Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya
- Lain-lain
Setiap individu dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggungjawab. Hak
seorang tidak harus diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya dengan
sempuma. Misalnya, hak anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya, hak isteri
mendapat perlindungan daripada suami, hak wanita menentukan calon suami dan
sebagainya.

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubung kait antara satu sama lain. la tidak
boleh 1-ddup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain. Hubungkait ini adalah
termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti di dalam melakukan kebaikan
atau kejahatan, usaha untuk memperolehi kesenangan, menjaga nama baik keluarga
dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mencipta rekod cemerlang dalarn
hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin yang dihormati, masyarakat akan menyebut
si pulan itu adalah keluarga si pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu tidak
baik, masyarakat akan mengaitkan juga nama keluarganya. Contoh yang lain, apabila
seseorang itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang kaya atau hartawan. Orang
ini hendaklah ineinbantu keluarganya yang miskin.

Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam
menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli
keluarga. Di dalam Islam keluarga bermula dengan suami dan isteri. Dari sinilah keluarga
itu mula berkembang. Selepas itu lahirlah anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar
duai, keluarga sebelah suami, sebelah isteri dan sebagainya.

Peranan ahli keluarga

Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya
dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami dan melakukannya
dengan penuh rasa tanggungjawab. Suami, isteri, ibu dan ayah, masing-masing
mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini diatur
sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin @dup dalam keluarga itu. Dengan itu tidak
ada perebutan tugas atau tolak menolak dalam menjalankan tugas masing-masing. Oleh
sebab itu keluarga muslim yang benar-benar mematuhi disip@ya akan hidup aman,
tenteram, tenang, gembira dan harmoni.

Di dalam Islam, suami atau bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga. Dia wajib
memimpin keluarganya ke jalan yang diredai Allah. Isteri dan anak-anak dikehendaki
taat sepenuhnya kepada suami atau bapa. Menyediakan sara hidup juga adalah
tanggungjawab ketua keluarga. Peranan yang diberikan kepada ketua keluarga ini tidak
boleh disalahgunakan. Dia hendaklah bertindak sebagai penyelamat, bukan bertindak
sewenang-wenangnya.

Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, berrnoral,
bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana
damai sentiasa wujud dalam keluarganya. Peningkatan nilai murni di dalam kehidupan
isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti suami atau bapa.

Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan iailu melayan dan membelai
suami, mengatur rumahtangga, taat kepada suami dan mengasuh serta mendidik anak-
anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat sepenuhnya kepada ibu dan ayah dalam
batasan yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah, menghormati yang lebih tua,
menjaga nama baik keluarga, tidak mengecilkan hati orang tua, memberi tumpuan
kepada pelajaran, menjauhkan diri daripada pergaulan yang merosakkan dan
seumpamanya.

Ibu mertua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubung
baik dengan menantu dan keluarganya. Hubungan antara mertua dan menantu biasanya
sangat sensitif. la perlu kepada perhatian khusus dan sifat berhati-hati. Jika perasaan
salah seorang tersinggung, boleh menyebabkan kerenggangan di dalam keluarga.

Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan bahawa
setiap individu dalam keluarga mempunyai peranan yang berlainan. Antara satu sama
lain ada hubung kait yang rapat di mana setiap orang tidak boleh melepaskan diri
daripada yang lain. Misalnya seorang anak apabila bertindak di luar batasan, dia akan
menyusahkan dan merisaukan orang tua. Bahkan lebih jauh dari itu dia akan
menjejaskan nama baik keluarga. Demikian juga perlakuan di luar batasan ini, walaupun
ia dilakukan oteh keluarga yang jauh, tetap mernberi kesan kepada nama baik keluarga
tersebut kerana definisi keluarga bagi okang Islam amat luas.

Kenal Pasti Diri Dan Tingkatkan Usaha

Seseorang itu perlu mengenali dirinya,siapakah dia dalam keluarga, sebageti bapa?
isteri? ibu? anak? sepupu? datuk? mertua dan sebagainya. Dari semasa ke semasa perlu
menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajarnya? Sudahkah menjalankan tanggungjawab?
Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga? Sebanyak mana
sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan keluarga. Banyak lagi
aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkan.

Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kalangan anggota keluarga,
ialah rasa tangguizgjawab dan kasih sayang. Kalau tanggungjawab semata-mata ia akan
menjadi kering dan tandus. Kalau semata-mata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka
dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan penuh rasa
kasih sayang. Dengan campuran ini semoga kehidupan keluarga menjadi taman indah
yang didiami oleh insan-insan yang berupaya menilai dan menjaga keindahan dan
keharmonian taman.

Hubungan yang baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan atau aqidah
yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah-Nya. Dalam
rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang sebagaimana
kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat mengawal
tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting
dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup
dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian
dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga.

Ciri-ciri penting

Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam
kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan
tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu


pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.

3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan


hidup sehari-hari.

4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam


di kalangan keluarga.
 
PENUTUP

Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan
keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang berbahagia ialah
mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa menjadi manusia
penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu
dan.sucikanlah hati, tingkatkan iman jadilah insan yang bertaqwa

Status Kahwin Lari Mengikut Undang2 Islam Malaysia


Posted on the January 1st, 2010 under Tempatan by johnjimat

 Kongsi Maklumat ini di FB


internet advertising

Sah kahwin lari guna wali hakim

Oleh SITI SHAMSIAH MOHD. SUFI

ISTILAH ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan
dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.

Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak
daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat
melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu
perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.

Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui oleh orang
tua.

Kahwin lari sebenarnya suatu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman


denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun hukuman telah diperuntukkan terhadap
kesalahan ini, akan tetapi fenomena ini seakan tidak nampak bila surutnya. Sekiranya status
pernikahan tidak jelas dan tidak didaftarkan tentulah ia memberi implikasi yang sangat tidak
baik.

Saya fikir, hati nurani mereka sebenarnya tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya
tentang kedudukan pernikahan mereka yang sebenar. Walaupun dari sudut hukum
kemungkinan pernikahan tersebut sah, tetapi dengan ketiadaan dokumen yang diakui oleh
undang-undang negara, menjadikannya tidak diiktiraf oleh undang-undang.

Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan juga menerima tempias
kesan yang tidak baik. Segala perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tentunya
tidak akan dapat dibuat disebabkan ketiadaan dokumen yang diperlukan.

Umpamanya perkara-perkara yang melibatkan kesihatan, persekolahan dan tabungan di bank.


Sekiranya fenomena ini menjadi berleluasa, ia akan memberi kesan kepada kesejahteraan
masyarakat keseluruhannya.
Disebabkan perkahwinan ini biasanya akibat daripada keengganan bapa untuk memberi restu
kepada pasangan, maka tentulah si bapa enggan untuk menjadi wali kepada pernikahan
tersebut. Maka perkahwinan tersebut menggunakan wali hakim.

Ada juga keadaan yang ibu bapa tidak tahu-menahu langsung tentang tindakan kahwin lari
oleh anak-anak mereka. Di sini timbul persoalan sama ada pernikahan yang dilangsungkan
dengan menggunakan wali hakim ini, memang disebabkan ketiadaan wali ataupun lari
daripada wali.

Mereka yang berkahwin lari beranggapan walaupun ia merupakan kesalahan, tetapi ia bukan
masalah yang berat. Ini kerana perkahwinan yang sah tetap boleh didaftarkan melihat kepada
tempat pernikahan dijalankan itu berada lebih dua marhalah (lebih kurang 91 kilometer) dari
tempat tinggal wali. Akan tetapi sebenarnya, perkara yang lebih penting daripada jarak jauh
itu adalah penafian bapa sebagai wali itu sama ada munasabah atau tidak.

Wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud, sekiranya
terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum Syarak.
Sebaliknya, sekiranya keengganan wali itu disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak
wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan.

Dan yang lebih penting lagi untuk diketahui, keengganan wali atas alasan yang munasabah
boleh membatalkan pernikahan tersebut.

Bagi menentukan sama ada keengganan bapa itu munasabah atau tidak, antaranya adalah
sebagaimana yang diputuskan dalam kes Haji Mohamed lawan Bahrunnasran dan Mazliani
Mohamed.

Dalam kes yang diputuskan pada tahun 1997 ini, bapa selaku wali mujbir membuat
permohonan pembatalan pernikahan antara Bahrunnasran dengan Mazliani, anaknya.
Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan
keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya tidak sekufu kerana
Bahrunnasran seorang pesakit HIV dan merupakan penagih dadah.

Pernikahan antara kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, dengan yang pertama
dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim, dan yang
kedua di Narathiwat, Thailand. Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana
dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada.
Permasalahan dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah
kerana jarak jauh yang memang melangkaui dua marhalah dari tempat tinggal wali, tetapi
disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang
berpenyakit HIV dan menagih dadah.

Dalam kes ini Mahkamah memutuskan bahawa tindakan wali hakim berkenaan bertentangan
dengan kehendak hukum Syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak padan
(sekufu) dan perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat
adalah tidak sah menurut hukum Syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang
dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali
hakim, dalam keadaan wali asal masih ada dan wali asal mempunyai alasan yang munasabah
untuk menghalang pernikahan daripada berlaku.

Bidang kuasaPeruntukan sudah pun wujud dalam Seksyen 13(b) Undang-undang Keluarga
Islam yang memperuntukkan bahawa, “Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak
boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah
bersetuju terhadapnya, dan sama ada – (a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap
perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau (b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang
kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang yang diberi
kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan
wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap
perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi
jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali
tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang
mencukupi”.

Sebenarnya konsep dua marhalah bagi tujuan pernikahan sebegini hanya sesuai bagi keadaan
perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara dan tidak memungkinkan bagi pihak-pihak
dalam perkahwinan tersebut untuk kembali ke tanah air dalam tempoh tertentu sebagaimana
yang diperuntukkan dalam Seksyen 31 Akta Undang-undang Keluarga Islam.

Dalam keadaan ini, sekiranya perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu tidak mencapai
rukun nikah seperti lazimnya iaitu tidak adanya wali, maka barulah wali hakim akan
mengambil tempat wali asal untuk menyempurnakan rukun nikah tersebut.
Wajar untuk diketahui bahawa, pasangan yang hendak berkahwin tetapi kehendak mereka
tidak direstui oleh orang tua, dalam keadaan mereka menganggap bahawa perhubungan
tersebut tidak ada cacat celanya dari segi Syarak dan adat, undang-undang sebenarnya
memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut.

Walaupun pada dasarnya doa restu orang tua itu sangat penting dan menjadi batu asas
sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan, akan tetapi garis panduan yang telah diberikan
agama itu sebenarnya lebih mengatasi pertimbangan dan kata hati sesiapa. Melalui pandangan
para ulama, soal kufu atau sifat padan pasangan itu sepatutnya menjadi neraca untuk memilih
pasangan. Pandangan para ulama bersifat sangat bernas untuk dijadikan sebagai panduan.

Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal-hal yang remeh-temeh dan ia


dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana
Mahkamah Syariah bersedia untuk mendengar permohonan bagi kes seumpama ini.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan
memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan
perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah
jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak
timbul soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang
mengatasi semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira
siapa pun seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang
dikeluarkan oleh mahkamah.

Penyelesaian perlu dibuat bagi mengatasi masalah yang tidak kunjung surut ini dan salah satu
jalan penyelesaiannya ini adalah dengan menjalankan kajian imperikal mengenai hukum
‘kahwin lari’. Kajian ini kemudian seharusnya dipanjangkan kepada Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan dengan melihat semula hukum yang telah dikeluarkan pada Fatwa Kebangsaan
Kali ke-52, iaitu pada tahun 2002 yang lalu

http://berita-harian-onhttp://www.islam.gov.my/e-rujukan/kahwin.html
line.com/status-kahwin-lari-mengikut-undang2-islam-

BIDANG KUASA WALI DALAM PERNIKAHAN


 Oleh : Ghafani Awang Teh

Pengertian Wali Dan Tertibnya


Susunan Wali
Wali Mujbir
Perempuan Janda
Perkahwinan Bawah Umur
Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Tiada Persetujuan Antara Wali Yang Sedarjat
Wali Hakim Atau Wali Raja
Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:  Tidak Ada Wali Nasab


Kedua:  Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
Ketiga:  Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
Keempat:  Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Kelima:  Wali Enggan
Wali Berada Jauh Atau Ghaib
Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)
 

Pendahuluan

Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah


Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu:

1. Calon suami
2. Calon isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Sighah ijab qabul

Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah.
Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan
dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes-kes seperti
kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan
anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan anak, bapa angkat bertindak
sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya
berkisar mengenai bidang kuasa wali. Persoalan yang timbul ialah apakah
bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan
memuliakan amanah Allah swt itu.

Pengertian Wali Dan Tertibnya

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri
daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.
Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang
menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:

Firman Allah swt:


“Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan
bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara
mereka dengan cara yang makruf”
( Al-Baqarah : 232)

“Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu


dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman”.
( Al-Baqarah : 222)

Dari hadith Nabi saw:


“Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada nikah melainkan
dengan adanya wali”.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan
semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:

1.  Islam
2.  Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
3.  Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak
sah menjadi wali.
4.  Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
5.  Adil
6.  Merdeka

Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi  wali
kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-
hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta
tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.

Susunan Wali
Susunan wali mengikut tertib alah:

1.  Bapa kandung
2.  Datuk sebelah bapa ke atas
3.  Saudara lelaki seibu-sebapa
4.  Saudara lelaki sebapa
5.  Anak saudara lelaki seibu-sebapa
6.  Anak saudara lelaki sebapa
7.  Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
8.  Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9.  Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
10.  Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11.  Bapa saudara seibu-sebapa
12.  Bapa saudara bapa sebapa
13.  Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
14.  Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
15.  Bapa saudara datuk seibu-sebapa
16.  Bapa saudara datuk sebapa
17.  Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
18.  Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19.  Muktiq (tuan  kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
20.  Sekalian asabah kepada seorang muktiq
21.  Raja/Sultan.

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua
dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah
seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua
perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia
maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan
jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada
saudara lelaki seibu-sebapa kepada  pengantin perempuan dan begitulah
bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan
dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai
wali”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun bt Abdul
Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala Kangsar, Perak,
Yang Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan yang
diwalikan oleh wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka
perkahwinan itu tidak sah.
(Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin
perempuan mengikut susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin
perempuan mengikut susunan wali).
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Pengantin perempuan telah
berkahwin dengan seorang pemuda pada 6hb Mei, 1974 di Kampung
Kandang Hilir, Kota Lama Kanan, Perak. Wali yang bertindak kepada
perempuan tersebut ialah saudara lelakinya kerana bapa perempuan itu
telah meninggal dunia. Pengantin perempuan itu sebenarnya juga masih
mempunyai datuk yang masih hidup dengan segar dan waras yang
tinggal di Bt. 8, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Datuk itu tidak
diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu. Kes ini telah dibawa ke
Mahkamah dan telah diputuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal
dengan alasan:

1. Saudara lelaki pada pengantin perempuan itu tidak ada bidang


kuasa wali kerana wali aqrab iaitu datuk perempuan itu masih
ada.
2. Akal fikiran datuk itu masih waras maka hak kelayakan wali masih
tidak hilang.

Berdasarkan analisa kes tersebut, sepatutnya pengantin perempuan itu


menghubungi datuknya bagi mewalikan perkahwinannya. Jika datuknya
itu tidak dapat hadir, maka datuknya boleh mewakilkan (wakalah wali)
kepada orang lain, untuk menikahkan cucunya itu.

Wali Mujbir
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan
anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa
meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e,
wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke
atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa
saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa
memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:
“Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan
perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan
yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu
adalah sah.

Dalam kes Syed Abdullah Al-Shatiri lawan Syarifah Salmah (1959, Jld. I,
II, JH), ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah
Syariah Singapura, Yang Arif Hakim Ahmad bin Ibrahim menyatakan,
mengikut Mazhab Shafi’e, apabila seorang anak dara dikahwinkan oleh
bapanya tanpa minta izin anak dara itu terlebih dahulu, maka adalah sah
perkahwinan itu.
Fakta kes itu adalah seperti berikut:  Seorang bapa Syed Abdullah Al-
Shatiri mengahwinkan anak daranya Syarifah Salmah dengan Syed Idros
bin Saggof Al-Jofri tanpa izin anak dara itu. Bapa itu bertindak sebagai
wali dan ia sendiri menikahkan perkahwinan itu. Anak perempuan itu
enggan menerima suami pilihan bapanya. Anak perempuan itu membawa
kes itu ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Singapura telah mengeluarkan perintah bahawa
perkahwinan itu tidak sah berdasarkan hadith:

Pertama:
Rasululah saw bersabda:
“Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara
(janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu
dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya”.
(Riwayat Al-Bukhari)

Kedua:
Rasulullah saw bersabda:
“Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar
mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara
haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam
membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan”.
(Riwayat Muslim)

Bapa telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah


Singapura bahawa ia mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa izin
perempuan itu atas bidang kuasanya sebagai wali mujbir.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga
Rayuan Mahkamah Syariah Singapura itu menyatakan:
“Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu
sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna “meminta izin
anak dara” yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-
Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad
dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud
“meminta izin anak dara” adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin
terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan
maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni”.

Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e


sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam
Nawawi:
“Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak
perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya
dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah
sunat berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin
rasminya ke atas perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan
daranya. Manakala seseorang bapa mengahwinkan anak perempuan
sewaktu anak itu masih di bawah umur, maka anak perempuan itu
tidaklah boleh diserahkan kepada suaminya sebelum dia mencapai umur
akil baligh. Jika berlaku kegagalan pada pihak bapanya, maka bapa
kepada bapanya (datuknya sebelah bapa) hendaklah menjalankan semua
kuasanya. Kehilangan dara menghapuskan hak mengahwinkan anak
perempuan tanpa izinnya, dan tidaklah ada perbezaan di dalam aspek ini
bahawa kehilangan dara antara yang disebabkan oleh persetubuhan yang
halal dengan yang diakibatkan oleh persetubuhan haram. Sebaliknya hak
itu tetap tidak terjejas jika kehilangan itu berlaku tanpa persentuhan
badaniah, umpamanya akibat terjatuh ke atas tanah”.

Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu juga Ahmad


Ibrahim merujuk kepada buku “Mohamed Law Of Inheritance, Marriage
And Right Of Women” oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-
Makkawi menyatakan : Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan
seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan
syarat:

1. Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan


bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat
permusuhan yang nyata dan tidak pula terlindung daripada
pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.
2. Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara
itu.
3. Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
4. Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar
mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.
5. Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya
dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang
negara itu.

Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah


Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali
mujbir tanpa izin perempuan  itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah
Syariah yang terdahulu itu telah dibatalkan.

Perempuan Janda

Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan


perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu
terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, “Perempuan janda
diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam,
maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke atasnya”.

(Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:


“Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa’ telah
mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka
demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah
menolak perkahwinan itu”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Ini bermakna perempuan janda mempunyai bidang kuasa menolak


perkahwinan yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh
menfasakhkan perkahwinan itu di Mahkamah Syariah.

Perkahwinan Bawah Umur

Menurut Mazhab Empat bahawa dalam Islam tidak ada larangan had
umur untuk berkahwin. Ini bermakna kanak-kanak kecil boleh berkahwin.

Daripada Siti Aisyah r.a.,


“Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur
enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur
sembilan tahun”..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menunjukkan bahawa dalam Islam tiada had umur larangan
berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen  8, Akta Undang-
Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:
“Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di
bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun
atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali
jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam
hal keadaan tertentu”.

Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur


hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.
Peruntukan Seksyen tersebut bukanlah berlawanan dengan pendapat
Mazhab Empat. Sebenarnya kebenaran dari Mahkamah itu bertujuan
memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis itu dari segi
latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumahtangga dan
menjaga kepentingan kanak-kanak itu.

Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?

Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh
atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari
Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,

“Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil”.
(Riwayat Ahmad)

Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat


(istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama,
mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum
arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta
berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.

Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap bertanggungjawab dari


segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami bagi
kepentingan dan maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu.
Manakala wali fasik pula, ia sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas
dirinya apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada orang lain.

Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah
memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali
itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai
kefasikan secara batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan
atau Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak
mempunyai wali maka kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya
diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.

Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab


Syafi’e seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan
sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi
wali, selepas beristighfar.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan
bahawa seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku
calon suami, jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan
seorang lelaki yang buruk budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun
yang tidak sekufu dengan kedudukannya. Sekiranya ia mengahwinkan
puterinya dengan seorang lelaki yang zalim atau fasik atau yang lemah
agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar perintah
agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan Allah swt,
kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali
kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.

Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta


nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: “Telah banyak orang yang datang
meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku
kahwinkan dia”. Berkata Al-Hasan: “Kahwinkan puterimu itu dengan
orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya
mencintainya kelak pasti ia akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya
membencinya maka tiada dianiayainya”.

Tiada Persetujuan Antara Wali Yang Sedarjat

Wali sedarjat ialah wali-wali yang mempunyai bidang kuasa yang setaraf
atau sama. Misalnya bagi pengantin perempuan yang sudah tidak ada
lagi bapa dan datuk, maka orang yang berhak menjadi wali mengikut
tertib ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu.

Persoalan yang timbul ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada


pengantin perempuan itu ramai. Siapa yang berhak menjadi wali?

Mengikut Islam kalau semua wali sedarjat itu bersependapat dan redha
dengan bakal suami pilihan perempuan itu maka salah seorang boleh
menjadi wali. Yang afdhalnya ialah terdiri daripada orang yang tahu hal-
hal agama atau alim.

Satu isu lagi mengenai wali sedarjat ialah jika sebahagian wali sedarjat
setuju bakal suami itu manakala sebahagian yang lain menentang bakal
suami pilihan pengantin perempuan itu. Siapa berhak menjadi wali dalam
kes seperti di atas?

Menurut Jumhur Fuqqaha (Mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali) jika


perkahwinan itu dilakukan juga oleh wali sedarjat yang redha dengan
bakal suami pilihan pengantin perempuan, maka wali sedarjat yang
menentang itu berhak juga menfasakhkan perkahwinan di Mahkamah
Syariah jika wali yang menentang itu ada alasan syarak.

Dalam kes tiada persefahaman antara wali-wali sedarjat ini, maka


pengantin perempuan hendaklah membuat aduan di Mahkamah Syariah
atas nama wali enggan di mana Mahkamah akan membuat keputusan
yang adil.

Wali Hakim Atau Wali Raja

Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak
sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali.
Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka
ia menyerahkannya kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah
untuk bertindak sebagai wali hakim.
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan,
Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh
Yang DiPertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk
mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:  Tidak Ada Wali Nasab

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti


saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam
atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib
wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam
perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Al-Khamsah)

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali


hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.

Kedua:  Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau
terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika
sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau
sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap
anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang
sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin
dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap
anak tidak sah taraf.

Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia
mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu
juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf,
maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak
mempunyai wali nasab.

Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang
sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada,
bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat
hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan
menyembunyikan keaaan sebenar.

Ketiga:  Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.

Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk
menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka
bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali.
Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak
ada lagi wali yang  lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali
hakim.

Keempat:  Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah

Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab
menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu
juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah
kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum
membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu
tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan
juga tidak boleh berkahwin”.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin,
hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan
menggunakan wali hakim.

Kelima:  Wali Enggan

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk


menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh
menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu
memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara
perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian
darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda
tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk.
Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama
kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya
jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia
selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung
dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa
eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi
mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah
dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:


“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah
datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang
telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan


menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan
dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab
enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang
menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
“Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi
perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH)
mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi
Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu
berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor
bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut
di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara
wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu
dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.

Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang


perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan “Tunggulah dulu
sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan”. Bakal suami itu
bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
“Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak
mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham,
maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali
Raja dengan alasan:

Pertama:  Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:

“Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang
tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)

Kedua:  Rasulullah saw bersabda:

“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka


nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi
fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)

Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa


alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada
wali hakim.

Wali Berada Jauh Atau Ghaib

Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin


perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada
pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.

Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan
tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya,
bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu
pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar
melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.

Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu?
Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang
mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam
di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah
maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.

Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau
pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu
malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua
marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja,
bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti
dalam satu daerah sahaja.

Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh
atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika,
hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui surat supaya ia mewakilkan
hak kewaliannya kepada orang lain untuk mengahwinkan pengantin
perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang segera)
kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.

Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui
langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada
wali hakim.

Dalam kes Hashim bin Mat Isa lawan Fatimah bte Ahmad (1977, Jld. III, I
JH), Yang Arif Kadhi Besar Kedah, Syeikh Ismail bin Hj. Omar (pada masa
itu) memutuskan perkahwinan kahwin lari yang dibuat di Pekan Siam,
Padang Besar, Thailand itu tidak sah.

Fakta kesnya adalah seperti berikut: Kedua-dua pasangan itu


warganegara Malaysia. Pengantin perempuan tinggal bersama bapanya
(wali) di Batu 5, Jalan Sanglang, Kedah. Pengantin perempuan dan
pasangannya telah berkahwin lari di Kampung Pekan Siam, Padang
Besar, Thailand. Sekembalinya ke Kedah pasangan itu mahu
mendaftarkan parkahwinannya. Permohonan itu dibuat di Mahkamah
Syariah Alor Setar, Kedah. Ketika menyampaikan keputusan permohonan
pendaftaran perkahwiann itu, Yang Arif Kadhi Besar memutuskan:
“Perkahwinan pasangan itu tidak sah pada hukum syarak keranan jarak
di antara tempat wali berada pada masa itu dengan tempat akad nikah
yang dibuat di Kampung Pekan Siam itu tidak sampai dua marhalah dan
perempuan itu diperintahkna supaya bereddah”.
Sebagai pengajaran dari keputusan Mahkamah itu, maka adalah
mustahak mana-mana perkahwiann yang hendak dibuat di luar kariah,
daerah dan negeri hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pejabat
kadhi yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)

Dalam Islam, terdapat satu prinsip Undang-Undang Islam yang


menyatakan:
“Tiap-tiap sesuatu yang boleh seseorang melaksanakan dengan
sendirinya, bolehlah ia mewakilkan sesuatu itu kepada orang lain”.

Menurut prinsip tersebut, telah sepakat Fuqaha bahawa setiap akad yang
dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai bidang kuasa, maka
akad itu boleh juga ia mewakilkan kepada orang lain misalnya dalam
akad nikah, jualbeli, cerai, sewa menyewa, tuntutan hak dan akad yang
lain.

Dalam hal akad nikah ini, apabila seseorang wali aqrab itu  berada jauh,
tidak dapat hadir pada majlis akad nikah atau wali itu boleh hadir tetapi
ia tidak mampu untuk menjalankan akad nikah itu, maka wali itu bolehlah
mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie.

Begitu juga bagi bakal suami. Kalau ia tidak dapat hadir pada majlis akad
nikah kerana ia sedang belajar di luar negeri, maka ia bolehlah
mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie bagi
menerima ijab (menjawab) nikah itu. Walau bagaimanapun bagi
perempuan (bakal isteri) ia tidak ada bidang kuasa mewakilkan kepada
orang lain untuk megahwinkannya kerana haknya ada di tangan walinya.

Menurut Jumhur Fuqaha, syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi


wakil wali ialah:

1. Lelaki
2. Baligh
3. Merdeka
4. Islam
5. Berakal (akal tidak lemah)
6. Wakalah itu tidak boleh dibuat semasa orang yang memberi wakil
itu menunaikan ihram haji atau umrah.

Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu dengan


sendirinya sesuai dengan yang ditentukan semasa membuat wakalah itu
kerana orang yang menerima wakil tidak boleh mewakilkan pula kepada
orang lain kecuali dengan izin memberi wakil  atau bila diserahkan urusan
itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil: “Terserahlah kepada
engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu,
engkau sendiri atau orang lain”. Maka ketika itu, boleh wakil berwakil
pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu.

Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang telah ditentukan


oleh orang yang memberi wakil. Misalnya seorang berwakil kepadanya
untuk mengahwinkan perempuan itu dengan si A, maka wajiblah
kahwinkan perempuan itu dengan si A.
Kalau wakil itu mengahwinkan peempuan itu dengan si B, maka
perkahwinan itu tidak sah.
Mengikut amalan di Malaysia, selalunya wakalah wali dibuat di hadapan
Kadhi atau Pendaftar Perkahwinan dengan disaksikan oleh dua orang
saksi.
Sebelum melakukan walkalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji
latar belakang orang yang hendak menereima wakil itu.

Penutup

Demikianlah bidang kuasa wali adalah amat penting dalam perkahwinan


kerana ia menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan. Oleh itu,
setiap ibu bapa dan pengantin perempuan sebelum melakukan sesuatu
perkahwinan hendaklah meyemak dahulu siapa yang  berhak menjadi
wali mengikut tertib dan susunan wali. Sekiranya para ibu bapa dan
penjaga tidak mengetahui tentang wali maka hendaklah merujuk kepada
mana-mana Pejabat Kadhi, Imam atau orang alim untuk mendapat
penjelasan
ma Friday, June 27, 2008
‘Kahwin lari’ undang pelbagai implikasi

‘Kahwin lari’ undang pelbagai implikasi


PENULISAN puan mengenai kahwin lari dan sorok-sorok minggu lalu menarik perhatian
saya. Seorang kawan terbabit dengan kahwin lari dan saya nyaris terbabit sama. Apakah
nasihat puan kepada mereka yang terbabit dalam hal ini? Apakah kesan daripada perkahwinan
lari atau sorok-sorok ini.

Wanita Metropolitan,

Kuala Lumpur

Jawapan:

KITA perlu berhati-hati dan berjaga-jaga terhadap hasutan syaitan. Perlu diketahui
kehancuran rumah tangga adalah matlamat utama musuh nombor satu manusia itu. Jaga batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti yang digariskan Allah serta Rasul.

Adab dan batas itu mesti dipatuhi semua, tidak kira lelaki atau perempuan, sudah berkahwin
atau belum. Kepada isteri, jika ditakdirkan suami berkahwin lain sama ada dengan
pengetahuan atau sebaliknya, jangan bertindak di luar batas kewarasan.

Sebesar manapun kesilapan yang dilakukan suami, kita mesti kembali kepada qada dan qadar
Allah. Kalau bukan kerana jodoh, kita sendiri pun tidak akan menjadi isterinya. Begitulah
juga perkahwinannya dengan wanita kedua atau seterusnya.

Nabi Muhammad SAW ketika berpesan kepada sepupunya Ibn Abbas bersabda yang
bermaksud: “Ingatlah jika seluruh umat bersepakat untuk memberikan sesuatu kebaikan
kepadamu, mereka tidak akan mampu berbuat demikian, kecuali kebaikan yang ditulis oleh
Allah untukmu. Dan jika mereka bersepakat untuk memudaratkan kamu, mereka tidak dapat
memudaratkan kamu, kecuali apa yang sudah ditulis oleh Allah ke atasmu.”

Kesan positif dan negatif daripada kahwin lari dan sorok-sorok antaranya:
l Kesan terhadap isteri dan anak ialah suami tidak berlaku adil dalam hak giliran bermalam,
tidak mampu memberi nafkah, meninggalkan isteri dan anak tanpa nafkah, suami berubah
tingkah laku menjadi pemarah dan isteri terpaksa bekerja kerana tidak menerima nafkah.

l Kesan terhadap Isteri ialah suami enggan atau mengelak untuk mendaftarkan perkahwinan
menyebabkan hak isteri dalam tempoh perkahwinan terabai dan tidak dilaksana oleh suami.

Keadaan akan bertambah rumit jika suami menghilangkan diri selepas dikurniakan anak bagi
proses pendaftaran dan ia akan memberi kesan kepada persekolahan. Sukar untuk mengambil
tindakan mahkamah seperti menuntut cerai.

l Kesan terhadap suami pula, perlu berusaha berlaku adil serta menanggung beban kewangan
(jika berpendapatan rendah), sukar membahagi masa untuk kedua-dua keluarga yang
menjurus kepada berlaku pembohongan.

Seksyen 23(4) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984


memperuntukkan, apabila suami membuat permohonan berpoligami, maka isteri sedia ada
hendaklah dipanggil oleh mahkamah supaya hadir.

Apabila permohonan didengar isteri pertama selepas mengetahui suami berpoligami tanpa
kebenaran mahkamah bolehlah memfailkan tuntutan di mahkamah supaya suami berlaku adil
dalam perkahwinan dan jika mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Persoalan lain membabitkan isu kahwin lari termasuk persoalan sah atau tidaknya
perkahwinan seperti wali hakim dan wali mujbir selain keengganan suami mendaftarkan
perkahwinan bagi mengelak tanggungjawab terhadap isteri.

Perkahwinan tidak didaftar mendatangkan masalah kerana isteri tidak boleh menuntut hak
seperti mutaah, nafkah edah, nafkah anak serta tidak boleh ke sekolah kerana tiada sijil
kelahiran.

Ada juga isteri membenarkan suami berkahwin lain tetapi menetapkan syarat seperti meminta
nafkah bulanan banyak, pindah milik harta atas nama mereka dan tindakan lain menyebabkan
suami mengambil keputusan kahwin sorok-sorok.

Jawapan disediakan oleh peguamcara dan peguambela, Sazira Abdul Aziz yang juga AJK
Wanita JIM Muar, Johor. Persoalan dan jawapan boleh dilayari di
www.bicarakalbu.blogspot.com

laysia/http://www.islam.gov.my/e-rujukan/wali.html

http://bicarakalbu.blogspot.com/2008/06/kahwin-lari-undang-pelbagai-implikasi.html
Kahwin Lari | Kisah Benar Punca Kahwin Di Siam

Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap pasangan yang kahwin lari. Memang
benar, banyak yang negatif tentang perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dapat menyelesaikan
masalah, terutamanya dalam kes wali enggan

Bila ayah enggan membenarkan anaknya nikah dengan lelaki pilihannya, anaknya berhak
membawa perkara tersebut ke mahkamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara seperti ini
ke mahkamah, maka hubungan ayah dan anak akan menjadi teramat buruk, mungkin sehingga
tak dapat diperbaiki lagi.

Membawa kes begini ke mahkamah bukan penyelesaian yang baik.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa nikah di Siam, dalam kes wali enggan, tidak adil
kerana menghapuskan hak wali. Orang yang memberikan pendapat begini tidak pulak
memikirkan perasaan dan keinginan anak yang terhalang. Anak yang akan menanggung,
bukan ayah.

Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayah memang berasas. Tapi tidak
sentiasa begitu.

http://nikah-siam.sukasamasuka.net/kahwin-lari.html

http://berita-harian-online.com/perbuatan-menyimpang-daripada-ajaran-islam/

Anda mungkin juga menyukai