Siapa Khadijah? Dia adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin
Qushay dari suku kaum Asadiyah yang memiliki garis keturunan paling terhormat dalam
keturunan Quraisy. Firman Allah di dalam surah al- Ahzab ayat: 32
Siti Khadijah dilahirkan di Mekkah 68 tahun sebelum hijrah. Sebelum berkhawin dengan
Rasulullah, Khadijah pernah berkahwin sebanyak 2 kali tetapi kedua- dua suaminya
meninggal dunia.Ha....Setakat itu dulu cerita tentang peribadi Khadijah.
Kawan- kawan tahu bagaimana Rasulullah bertemu dengan Saidatina Khadijah? Pada
waktu itu, Rasulullah selalu membantu bapa saudaranya Abu Talib berniaga. Di Mekah
pada waktu itu, kekayaan Khadijah adalah menyamai perniagaan semua orang Quraisy
yang lain. Apabila dia mendengar berkenaan kejujuran dan peribadi Muhammad bin
Abdullah yang sangat mulia, Khadijah menawarkan Baginda menguruskan perniagaanya
ke Syam. Setelah Rasulullah bersetuju, Baginda ditemani oleh Maisarah, salah seorang
pekerja Siti Khadijah untuk menjalankan amanah tersebut.
Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasulullah. Khadijah lah yang meminang
Rasulullah pada ketika itu. Mereka berkhawin dengan mas kahwin sebanyak 400 dinar
Rasulullah berumur 25 tahun, dan Saidatina Khadijah berumur 40 tahun. Mereka
dikurniakan 6 orang anak iaitu Qasim, Ibrahim, Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan
Fatimah. Namun kesemua putera Baginda meninggal pada usia masih muda. Allah
berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 46
Sewaktu Rasulullah menerima wahyu daridapa Jibril A.S ketika umur Baginda 40 tahun,
Rasulullah berasa ketakutan yang amat sangat. Saidatina Khadijah lah yang
menenangkan Rasulullah agar ketakutan itu berkurangan. Pengalaman di Gua Hira’
sangat mencengkam baginya. Sesekali rasulullah berseru ” Selimuti aku! Selimuti aku!”
Khadijah pun menyelimutinya dan terus berada di sampingnya hingga lah Rasulullah
akhirnya terlelap.
Melihat suaminya yang tercinta terlelap, Khadijah segera pergi ke rumah sepupunya,
Waraqah bin Naufal untuk menceritakan pengalaman Rasulullah. Setelah mendengar
penjelasan Waraqah berkenaan kejadian tersebut, Khadijah segera berangkat pulang ke
rumahnya. Khadijah menceritakan apa yang didengarnya daripada Waraqah kepada
Rasulullah. Begitulah, Khadijah menjadi orang pertama yang beriman kepada
Muhammad Utusan Allah.
Kekuatan fizikal dan kecantikan Khadijah semakin lama semakin pudar dimamah usia.
Tetapi ada sesuatu yang tidak pernah berubah di dalam dirinya, kekuatan jiwa dan
kejernihan cinta. Dia selalu dan selamanya beriman kepada Allah serta menyakini
kebenaran risalah suaminya. Itulah cinta hati Rasulullah yang akhirnya dipanggil
menghadap Allah terlebih dahulu. Tidak dapat dinafikan, Khadijah merupakan seorang
isteri yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki perilaku yang mulia, malah dia rela
mengorbankan seluruh harta dan jiwanya untuk dakwah Rasulullah. Begitulah kisah
Khadijah, cinta sejati bersama Rasulullah.
sebelum saya mengakhiri cerita saya, terimalah serangkap pantun dari saya,
Orang putih orang melayu Pantun
Sekian dulu thank you