Anda di halaman 1dari 5

RESONANS

bermaksud untuk “membunyikan semula" – berbunyi bersama dengan bunyi yang


kuat.

1. Apabila suatu sistem bergetar itu dipaksa untuk bergetar pada frekuensi aslinya,
sistem itu dikatakan bergetar pada resonans.

2. Sistem yang bergetar pada resonans mempunyai amplitud maksimum kerana ia


menerima tenaga yang maksimum daripada sistem luar yang memaksanya.

3. Resonans berlaku apabila tenaga dibekalkan kepada suatu sistem terlembap


pada frekuensi yang sama dengan frekuensi aslinya untuk menghasilkan getaran
dengan amplitud terbesar.

Tacoma Narrows Bridge di Washington

Jambatan ini direka bentuk dengan satu frekuensi asli yang sama dengan
frekuensi yang dihasilkan oleh bunyi yang melaluinya. Hasilnya, setiap kali
angin bertiup, jambatan itu akan mula berguling dan berayun, menghasilkan
resonan yang tidak dapat dikawal disebabkan frekuensi asli ini. Dua bulan
selepas pembinaan pada akhir tahun 1940's, gerakan ini menyebabkan
jambatan runtuh dengan dramatik sekali.

KEGUNAAN RESONANS DALAM


KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Resonans dalam sistem mekanik


Apabila suatu bas atau pesawat sedang bergerak pada laju tertentu, enjin bas
atau turbin pesawat akan bergetar pada frekuensi yang sama dengan frekuensi
asli bahagian bas atau pesawat tertentu dan resonans berlaku.

2. Resonans dalam bunyi

Alat-alat muzik seperti oboe, flut, trumpet dan saksofon mempunyai suatu
turus udara yang akan bergetar pada frekuensi yang sama dengan frekuensi asli
turus udara itu untuk menyebabkan resonans berlaku dan bunyi kuat terhasil.

Apabila seseorang ahli soprano menyanyi dengan nada yang tinggi, suatu gelas
nipis mungkin bergetar pada frekuensi aslinya yang sama dengan frekuensi
nada itu. Resonans akan berlaku dan gelas itu mungkin pecah.

3. Resonans dalam litar elektrik

Apabila frekuensi sesuatu litar talaan elektrik itu diselaraskan sehingga sama
dengan frekuensi sesuatu isyarat radio, resonans berlaku dan isyarat radio yang
kuat diterima dan ditukarkan kepada bunyi.

KUALITI BUNYI
 Didefinisikan sebagai darjah ketepatan di mana satu alat merekod atau
mengeluarkan gelombang bunyi yang asli

 Bunyi boleh secara umum dicirikan dengan nada, kekuatan dan kualiti.
 ‘Kualiti’ bunyi atau or "timbre" menunjukkan ciri-cri bunyi yang
membenarkan telinga membezakan bunyi yang mempunyai nada dan kekuatan
yang sama .

 Timbre adalah satu istilah umum untuk mengenal pasti ciri-ciri bunyi yang
ketara.

1. Nada
 Dinyatakan sebagai frekuensi fundamental suatu bunyi. Frekuensi fundemental
sebenar boleh di tentukan melalui pengukuran fizikal, dan boleh berubah
mengikut nada yang diterima.
 Nada adalah kualiti suatu bunyi yang menyebabkan sesetengah bunyi seolah-
olah lebih “tinggi" atau “rendah" dari yang lain. Ia ditentukan dengan bilangan
ayunan yang dihasilkan dalam satu jangka masa yang diberi, dinamakan
frekuensi.
 Satu bunyi yang nada tinggi berhubung dengan gelombang bunyi frekuensi
tinggi dan bunyi nada rendah berhubung dengan frekuensi bunyi nada rendah.
Semakin tinggi frekuensi, semakin tinggi nadanya.
 Frekuensi ini biasanya diukur dalam unit Hertz (Hz).
 Seorang yang normal boleh mendengar bunyi daripada 20 Hz to ke 20,000 Hz.
Had atas frekuensi akan menurun dengan umur.
 Diukur dengan frekuensi yang didengar.

2. Kekuatan
 Kekuatan bunyi adalah amaun atau paras bunyi (amplitud gelombang bunyi)
yang kita dengar.
 Ia adalah ukuran keamatan gelombang bunyi (amaun tenaga yang dipindahkan
melalui luas medium yang diberi seunit masa). Bunyi-bunyi yang yang kuat
didengar adalah kuat
 Keamatan bunyi adalah suatu kuantiti yang boleh diukur menggunakan alat
pengukur yang sensitif di mana kekuatan bunyi oleh berubah disebabkan
beberapa faktor.
 Bunyi yang sama tidak boleh didengar dengan sama oleh setiap indivdu. Faktor
umur boleh mempngaruhi respons telinga manusia terhadap bunyi.
 Paras bunyi biasanya dukur dalam desibel (dB). Paras tekanan bunyi (Sound
pressure level) adalah skala desibel yang menggunakan titik rujuksn kosong
sebagai kayu ukur

3 different complex waveforms that all have the same


period and amplitude

MENGHASIKAN PELBAGAI BUNYI YANG


MENARIK DAN SEDAP

Anda mungkin juga menyukai