Anda di halaman 1dari 23

KHAIRUNNISA BT JA’AFAR

KPLI-SR JANUARI 2011

BAHASA MELAYU
KOMUNIKASI

Pengucapan Awam – Konsep &


Gaya Bahasa
KONSEP
• Definisi
– Gaya
• Mengikut pengertian luas
– Corak, bentuk atau rupa sesuatu

• Dalam konteks Bahasa


– Cara mengungkap bahasa atau cara bertutur
dan menulis
DEFINASI GAYA BAHASA
• 2 Pengertian
– Bahasa indah yang digunakan untuk meningkatkan
kesan dengan memperkenalkan serta
membandingkan sesuatu hal dengan hal yang lebih
umum

– Memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis –


Pemilihan kata, frasa & ayat yg digunakan
CIRI-CIRI GAYA BAHASA
• Gaya bahasa yang baik, mengandungi 2
unsur : -
– Kejelasan
– Unsur-unsur menarik
KEJELASAN
• Penyampaian bahasa dengan terang,
teratur dan mudah difahami
• Perkatan yang diungkap sesuai, ringkas & tidak
berbelit-belit
UNSUR-UNSUR MENARIK
• Gaya bahasa yang dikatakan menarik : -
– Bervariasi
– Unsur humor yang sihat
– Mempunyai perngertian yang baik
– Unsur bertenaga
– Meningkatkan daya imiginasi fikiran
JENIS GAYA BAHASA
• Gaya Bahasa Kiasan
– Sejenis gaya bahasa perbandingan
– Maksud ayat lebih kepada maksud tersirat
– Kiasan digunakan bertujuan :-
• Menggambarkan realiti sebenar apa yang
dimaksudkan
• Menjelaskan dan menajamkan percakapan
• Perhiasan & nilai estetika
• Mengelakkan seseorang menyebut sesuatu
perkara yang boleh menimbulkan rasa malu, takut
dan tidak manis didengar
JENIS GAYA BAHASA
Jenis-jenis gaya bahasa kiasan :-
– Simile
– Metafora
– Personafikasi
– Hiperbola
– Paradoks
– Kiasan Berpindah
SIMILE
• Bahasa perbandingan peringkat termudah
• Perbandingan antara satu objek atau
konsep lain secara langsung
• Kata perbandingan yang digunakan
– Seperti, umpama, bagai, macam, bak dll

“Adik macam cacing kepanasan, tak reti duduk diam”


METAFORA
• Bahasa figuratif
• Melambangkan sesutu bagi sesuatu yang
lain
• Paling singkat, padat & tersusun

“Semua memaku penglihatan kepada pensyarah yang berdiri di


pintu itu”
PERSONAFIKASI
• Benda, keadaan atau peristiwa yang
diberikan sifat-sifat manusia

“ Angin tiba-tiba jadi malas”


“ Merangkak senja menutup pandangan”
HIPERBOLA
• Kiasan yang mengandungi penyataan
yang berlebih-lebihan dari maksud dan
gambaran sebenar

“Lautan api sanggup kurenangi”


“Kita titis air mata darah”
PARADOKS
• Gaya bahasa yang mengandungi
penyataan yang bertentangan dengan
fakta
• Kerap ditemui dalam pepatah dan bidalan

“Angin damai membawa api beracun”


BAHASA KIASAN PINDAH
• Bahasa kiasan pindah tidak menyatakan
bandingan tetapi terdapat perpindahan
daripada perkara yang dimaksudkan
kepda perkara yang dibandingkan
• Terbahagi kepada beberapa jenis :-
- Kiasan Sandar - Kiasan Pemanis
- Kiasan Terus - Kiasan Melompat
- Kiasan Berangkap - Kiasan Melarat
- Kiasan Berbunga
KISAN SANDAR
• Tidak menyatakan bandingan, sebaliknya
terus berpindah kepada benda bandingan
itu sendiri :-
– Contoh
– Pekak Badak
– Mandi Kerbau
KIASAN TERUS
• Mempunyai makna yang lain daripada
makna perkataan itu sendiri :-
– Contoh
– Kutu Embun ( Orang yang selalu pulang lewat
malam)
– Pisau Cukur (Wanita yang suka mengikis harta
lelaki)
KIASAN BERANGKAP

• Kiasan jenis ini menunjukkan


perbandingan dengan cara yang berbeza-
beza atau bersajak – berisi jenaka
– Contoh
Lain Dulang, Lain kakinya
……………………………..
KIASAN BERBUNGA
• Kiasan yang menggunakan rangkai kata
yang indah dan berbunga
– Contoh
– Hancur luluh rasa hatinya
KIASAN PEMANIS

• Menggunakan perbandingan yang tidak


tepat untuk melindungi sesuatu makna
yang kurang elok/ kurang manis
– Contoh
– Kembali ke alam baqa
– Pak Belang
KIASAN MELOMPAT
• Melangkah satu tingkat atau mendukung
maksud yang lebih daripada perkataan
asal
– Contoh
• Lidah lebih tajam daripada pedang
• Kaki tidur
• Mencucuk atap
KIASAN MELARAT
• Kiasan yang maksudnya sudah
menyimpang jauh jauh daripada
maknanya yang asal
– Contoh
• Badannya melidi
• Kaki langit
• Memotong cakap
RUJUKAN
• Kamarudin Haji Husin & Siti Hajar(1997).
Pengajian Melayu 3 (Komunikasi Bahasa).
Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
• Haji Mohd Amin Arshad - Nota Kuliah
Universiti Putera Malaysia Bahasa Melayu
Tinggi – BBM 3401
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai