Anda di halaman 1dari 2

10 Fitrah manusia cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya


dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan
kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah


Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air


sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa


digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil
wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau


semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung


dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya


dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk,


sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan
ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan


mengendurkan otot-otot di sekitarnya.
10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan
berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Anda mungkin juga menyukai