Anda di halaman 1dari 5

Kisah Benar Yang Menginsafkan-pasangan bercouple

dibelit ular ketika berzina...MUST READ !!!


by Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak on Friday, 26 November 2010 at 00:53

KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL


BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI
TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar
ini...dipetik dari sebuah blog...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai
anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-
pusat perkelahan mengingatkan.............. 

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah
besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang
dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana
sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan
remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang
mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam
semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila
mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini
langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara
halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. 

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves,
Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan
pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu
encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk
menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta
agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh
pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang
menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan
agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada
masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan
tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar
datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana
sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan
"penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz
Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil
memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan
tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya
akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh
meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi
semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau
tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi
berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang
menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar
kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan
sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya
hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan
mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan
makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata
itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke
bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz
Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu,
sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang
saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz
Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka
bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz
Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki
itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam,
Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang
kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana
pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan
bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada
hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu
ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat
terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
"Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh
hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah
kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja
sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan
motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok
balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia
pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu
kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di
sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara
mengatasi segala-galanya.

 
Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian
melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing.
Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si
perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan
pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun
semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa
sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya
tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit
kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan
diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka
berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali
mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat
hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting,
nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas
kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak
sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan
kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki
itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar
itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil
memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham
kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau
terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang
tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu
sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu
terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih
saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi
meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri.
Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada
mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan
ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu
tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan
selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk
berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui
kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit
daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur
malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka
terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi.
Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat
kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka,
berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan
mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi
azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak
ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia
ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan
zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan
bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar.
Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan
pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka
pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah
memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis
perkahwinan mereka. 

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA


JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN,
PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG
DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN
PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

******************

PERINGATAN DARI ADMIN: Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya


menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda
menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka,
sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup
berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)

                             http://twitter.com/(coming soon)

source:http://pardians.multiply.com/journal/item/181
 

pasangan bercouple x malu dan hanya menunggu dibelit ular

mimpi ular

Anda mungkin juga menyukai