Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. Nur?

Hakimah terkesima. Ya, Nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan. Hakimah terdiam. lama dia merenungi ibu. Teringat dia akan kata-kata puan kaunselor yang baru ditemuinya baru-baru ini. Dia mengalami konflik yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaanya sukar dilihat. Tandanya mungkin dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan. Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat. Hakimah terkedu. Direnunginya wajah puan kaunselor itu dengan pandangan sayu. Mir tidak boleh dibiarkan hanyut. Mir harus diberi kekuatan. Mir sahabatnya yang tulus. Mir lambang perjuangan. Namun, jiwa Mir terlalu goyah. Mudah saja Mir tergugah. Mir tidak pernah menikmati kasih sayang sesiapa. Kecuali ayahnya. Kecuali orang tua yang mempunyai kudrat yang rapuh itu. Barangkali, kerana itulah Mir mudah menjadi pemurung. (Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, hal. 179, DBP, 2009) (i) (ii) Kemukakan dua tanda seseorang itu mengalami skizofrenia mudah. (2 markah) Jika anda sahabat baik Mir, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menggembirakan sahabat anda? Nyatakan tiga tindakan (3 markah) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. (4 markah)

(iii)

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. Syahid tidak tahu. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diampit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah terkenal. Mungki dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor. Dia sayang akan negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara, tetapi di warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza. Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati, M16. (Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam Antologi Harga Remaja, hal. 171-172, DBP, 2009)

(i) (ii)

(iii)

Nyatakan dua harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia. (2 markah) Sekiranya ada Syahid, adakah anda akan mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda. (3 markah) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen berserta contoh peristiwa. (4 markah)

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. Um mulai mencapai buah catur berwarna putih. Tapi tangannya segera ditepis. Yang putih aku punya. Engkau pakai yang hitam. Seperti suara amaran. Um terkedu mendengar arahan itu. Hitam atau putih, serupa saja. Yang penting kemampuan kita memulakan strategi. Um memungut buah-buah hitam sambil meyakinkan diri dengan sepenuh keyakinan untuk memenangi pertandingan tersebut. Setapak demi setapak bala tentera kedua-dua belah pihak membuat serangan. Lama, tiga hari tiga malam sudah berlalu. Bukan mudah menentang orang bergelar. Namun, Um tidak akan menyerah kalah. Dia mengumpul segala kemampuan minda untuk memenangi pertarungan. Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun, dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan. Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar milik Um. (Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam Antologi Harga Remaja, hal. 150, DBP, 2009) (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. (2 markah) Nyatakan tiga nasihat yang dapat anda berikan kepada pemain yang kalah dalam pertandingan itu. (3 markah) Jelaskan satu sikap Um yang terdapat dalam petikan dan satu sikap Um yang lain daripada cerpen keseluruhannya berserta contoh peristiwa. (4 markah)

Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar. Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang akan mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. TV pun rosak! Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya, dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung sayong. (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam Antologi Harga Remaja, hal. 133-134, DBP, 2009) (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. (2 markah) Nyatakan tiga nasihat yang dapat anda berikan kepada pemain yang kalah dalam pertandingan itu. (3 markah) Jelaskan satu sikap Um yang terdapat dalam petikan dan satu sikap Um yang lain daripada cerpen keseluruhannya berserta contoh peristiwa. (4 markah)

Anda mungkin juga menyukai