Anda di halaman 1dari 9

KESAN PEMANASAN GLOBAL KEPADA BATU KARANG Tiga bulan yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran

bahawa musim kemarau akibat daripada fenomena El Nino yang menyebabkan penurunan kadar hujan. Sekarang, kesan El Nino dapat dirasai oleh batu karang di seluruh Malaysia di mana beberapa tempat telah mengalami pemutihan batu karang. Batu karang merupakan sumber semula-jadi yang berharga dan penting. Selain daripada membekalkan tempat perlindungan untuk ikan, batu karang juga menarik jutaan pelawat ke Malaysia setiap tahun dan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada industri perlancongan. Batu karang di Malaysia dijangka menjana pasaran sebanyak RM2bil setahun melalui keuntungan daripada industri perlancong, perikanan dan juga perlindungan persisiran pantai. Batu karang terbentuk daripada beribu binatang kecil yang dikenali sebagai polyps. Binatang ini mempunyai hubungan simbiotik dengan sejenis tumbuhan mikroskopik yang dikenali sebagai zooxanthellae, yang tinggal dalam tisu polyps dan membekalkan 70% nutrien yang diperlukan oleh hosnya (polyps) untuk hidup. Kepelbagaian warna yang kita dapat lihat pada batu karang adalah disebabkan oleh zooxanthellae. Walaubagaimanapun, polyps dan zooxanthellae adalah organisma yang sangat sensitif di mana ia senang dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran seperti suhu, kemasinan air laut dan juga kualiti air. Dalam fenomena El Nino baru-baru ini, bersama dengan kesan daripada perubahan iklim, telah meningkatkan suhu air laut dan merupakan salah satu sebab pemutihan batu karang. Peningkatan sebanyak 1C atau 2C dalam satu jangka masa yang tertentu, akan menyebabkan pengeluaran toxin yang berbahaya kepada polyps dan akan menyingkirkan zooxanthellae yang tinggal dalam tisu mereka. Dengan itu, batu karang akan bertukar menjadi putih, di mana ia adalah warna asal kepada rangka batu karang. Fenomena ini dikenali sebagai pemutihan batu karang dan dapat dilihat di Port Dickson dan pulau seperti Pangkor, Redang, Tenggol, Langkawi, Payar, Tioman, Sibu dan juga perhentian. Pemutihan ini dapat diterbalikkan sebab polyps boleh hidup tanpa zooxanthellae untuk satu jangka masa yang pendek. Namun demikian, sekiranya stres yang dialami oleh polyps ditambah dengan stres yang lain dan masa yang lebih yang lama, polyps tersebut akan mati kelaparan.

Adalah penting untuk setiap orang membantu memulihkan batu karang daripada pemutihan dengan mengurangkan stres yang dikenakan pada habitatnya. Senarai dibawah merupakan tindakan yang boleh anda ambil: 1. Tidak menyentuh atau berdiri di atas batu karang. 2. Tidak menggunakan krim pencegahan suria di mana bahan kimia daripada krim tersebut akan mencemarkan kawasan habitat batu karang. 3. Berbual dengan pengendali perlancongan dan mengelakkan diri daripada kawasan batu karang yang mempunyai banyak perlancong untuk mengurangkan kesan kepada batu karang. 4. Tidak membuang sampah di pantai ataupun laut. 5. Jika anda sedang snorkeling ataupun selam scuba, kutiplah dan buangkan sampah yang terdapat dalam laut. Perubahan Iklim-Impak kepada Dunia Bawah Laut 1.0 Pengenalan Mengenai Perubahan Iklim Iklim ialah suatu ungkapan statistik jangka panjang yang dikira daripada cuaca jangka pendek. Iklim juga boleh didefinasikan sebagai ramalan cuaca. Oleh itu, apabila perubahan pada ramalan cuaca berlaku maka ia juga boleh dipanggil perubahan iklim di mana perubahan iklim ini akan memberi impak yang besar kepada manusia, ekosistem, bandar-bandar, dan juga penggunaan tenaga. Kini, julat suhu global adalah 1.4 darjah lebih tinggi berbanding pada awal abad ke-20 dan suhu ini akan terus meningkat lebih kurang 1.1 darjah Fahrenheit (F) kira-kira 30 tahun akan datang. Merujuk kepada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), julat suhu global mungkin akan meningkat antara 2 hingga 11.5 darjah Fahrenheit pada tahun 2100. Bagaimanakah iklim berubah? Iklim mempunyai kitaran jangka pendek dan jangka panjang sehingga mencapai ratus juta tahun yang lalu selagi perubahan itu mampu dikira. Sekitar tahun 2006 dan tahun 2007, IPCC melaporkan bahawa iklim bumi berubah dengan cepat dan aktiviti manusia adalah penyumbang utama kepada perubahan ini. Sebenarnya, banyak faktor lain yang menyebabkan perubahan iklim sejak awal lagi sehingga sekarang tetapi pada hari ini aktiviti manusia lebih banyak memberi kesan kepada perubahan iklim yang begitu cepat. Kita telah banyak mendengar tentang kesan gas rumah hijau tetapi tahukah kita apakah sebenarnya yang dimaksudkan tentang kesan gas rumah hijau? Kenapakah gas-gas ini menimbulkan masalah kepada kita? Seperti yang diketahui, atmosfera kita ialah suatu lapisan yang berada disekeliling bumi dibantu oleh tarikan graviti serta mengandungi gas Nitrogen (78%), gas Oksigen

(21%), wap-wap air, dan juga pelbagai gas lain. Gas-gas lain ini dipanggil gas surih termasuklah argon, karbon dioksida, neon, helium, metana, hidrogen, nitrus oksida dan ozon yang akan menimbulkan masalah kesan gas rumah hijau. Sebagai contoh, aktiviti manusia mengakibatkan pembebasan empat gas rumah hijau yang utama iaitu karbon dioksida, gas metana, nitrus oksida dan halokarbon (suatu kumpulan gas yang mengandungi florin, klorin, dan bromin). Gas-gas ini juga dikenali sebagai Global Warming Potential (GWP) kerana kandungan gas-gas ini adalah lebih tinggi berbanding kandungan gas rumah hijau yang lain. Para saintis menyedari bahawa gas surih ini telah meningkat semenjak beberapa ratus tahun yang lalu. Peningkatan kandungan gas surih ini sebenarnya berlaku sejak tahun Revolusi Industri lagi dimana bahan bakar mula dibakar dalam kuantiti yang banyak bagi menjana enjin berkuasa wap untuk perindustrian, menjana kuasa elektrik dan pemanasan haba di rumah-rumah. Kita selalu memperkatakan tentang perubahan iklim, pemanasan global, peningkatan paras air laut, peningkatan suhu, atau pencairan ais serta beberapa langkah untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut tetapi adakah kita memberi perhatian tentang hidupan di dalam lautan yang juga mendapat impak akibat daripada pemanasan bumi. 2.0 Kesan Perubahan Iklim kepada Lautan Lautan mampu menyimpan kapasiti haba yang tinggi dan lautan juga bergerak lebih perlahan berbanding dengan atmosfera. Oleh hal yang demikian, walaupun sedikit sahaja perubahan berlaku pada iklim di sekeliling kita ia akan memberi kesan yang besar kepada lautan. Perubahan iklim memberi kesan bukan sahaja kepada lautan malah kawasan persisiran pantai turut terjejas disebabkan pertukaran pola cuaca, perubahan tindak balas kimia dalam air di lautan, dan kenaikan paras air laut. 2.1 Pertukaran Pola Cuaca Lautan mempunyai kadar haba spesifik yang tinggi, jadi apabila suhu menaik maka jumlah haba yang dibawa oleh arus air laut juga menaik mengikut sesuatu masa. Dapat diringkaskan bahawa sedikit sahaja kenaikan suhu memberi penunjuk mengenai kekerapan dan keadaan cuaca yang akan berlaku sama ada teruk atau tidak contohnya, taufan atau hujan lebat berserta ribut yang kuat. Sejak kebelakangan abad ini, kekuatan tenaga taufan telah menaik sebanyak 70 peratus. Selain itu, para saintis juga meramalkan bahawa hasil daripada perubahan iklim akan mengganggu pola cuaca. Sebagai contoh, kekuatan taufan mungkin meningkat di sesetengah kawasan dan tempat tersebut akan menerima kadar hujan yang tinggi, manakala kawasan yang lain pula akan mengalami kemarau (IPCC 2007). Keadaan angin serta ribut yang kuat akan menyebabkan kerosakan fizikal yang teruk di kawasan tebing laut dan komuniti-komuniti di kawasan air laut yang cetek termasuklah pantai, hutan paya bakau, komuniti rumput laut, terumbu

karang, dan komuniti hidupan yang tinggal di kawasan cetek. Selain daripada itu, pertambahan air yang mengalir turun akan membawa bahan-bahan tercemar ke kawasan air pesisiran pantai mengakibatkan kualiti air terjejas serta terjadinya banjir. 2.2 Perubahan Tindak Balas Kimia dalam Air Laut Karbon dioksida akan dibebaskan ke udara ketika pembakaran bahan-bahan api dan kemudian akan diserap oleh air laut. Oleh kerana kira-kira 50 peratus karbon dioksida dibebaskan dan diserap oleh lautan, maka peratus gas karbon dioksida di dalam lautan akan menaik. Tindak balas kimia di lautan boleh berubah apabila karbon dioksida dari atmosfera terlarut di dalam air dan membentuk asid karbonik. Kemudian, asid karbonik akan bercampur dengan ion karbonat untuk membentuk ion bikarbonat. Ion bikarbonat adalah penting untuk terumbu karang, plankton yang hidup di air masin, alga koralin, dan juga haiwan yang bercengkerang untuk pembinaan cengkerang serta tulang-tulang di dalam tubuh. Walau bagaimanapun, keasidan air laut akan menaik jika terlalu banyak gas karbon dioksida di dalam lautan. Sejak Revolusi Industri lagi lautan sudah menjadi 30 peratus lebih berasid. Oleh hal yang demikian, tidak mustahil jika pada akhir abad ini lautan boleh menjadi 150 peratus lebih berasid berbanding sebelum ini. Keasidan air sangat mempengaruhi sistem biologi di lautan seperti memusnahkan berbagai-bagai organisma yang menggunakan kalsium karbonat untuk membina cengkerang mereka. Selain itu, keasidan air juga menurunkan keupayaan alga marin dan zooplankton untuk memelihara cengkerang mereka sekaligus mengurangkan kadar untuk hidup bagi spesis larva marin. 2.3 Kenaikan Paras Air Laut Paras air laut bertambah disebabkan kenaikan suhu di lautan di mana mengakibatkan air laut menjadi lebih panas. Apabila air menjadi panas, ia akan mengembang dan isipadunya juga bertambah. Proses ini dipanggil pengembangan terma atau haba. Pemerhatian jangka panjang menunjukkan bahawa paras air laut telah naik di seluruh dunia akibat pemanasan suhu dan penambahan air daripada inland glacier, dimana pencairan berlaku di manamana sahaja dengan berkadar menaik. Pencairan juga banyak berlaku di gunung-gunung yang dilitupi oleh ais seperti di Greenland dan Barat Antartika. Kini, ramai saintis berpendapat bahawa paras air laut akan bertambah sekurangkurangnya satu hingga dua kaki pada tahun 2100. Menurut Taksiran Laporan Kesan Iklim Artik (2005), perubahan iklim di kawasan berkutub dijangka memberi impak dari segi fizikal, ekologi, sosiologi dan ekonomi terutamanya di Artik, semenanjung Antartik dan Laut Selatan. Pada setiap dekad, ais yang melitupi lautan Artik berkurangan sebanyak 7.8 peratus sejak tahun 1978 sehingga tahun 2004. Justeru, jika masalah ini berterusan maka ais laut pada penghujung musim panas mungkin tidak kelihatan lagi di Artik seawal tahun 2030. Purata paras air laut global telah diramalkan akan bertambah sebanyak 7-23 inci pada abad yang berikutnya (IPCC 2007). Penambahan paras air laut mungkin

meningkatkan risiko orang awam yang tinggal berhampiran kawasan persisiran pantai dengan kejadian banjir, ribut, dan hakisan tanah yang teruk. Oleh sebab kebanyakkan bandar utama di dunia juga terletak di sepanjang garisan pantai, penambahan air laut mengakibatkan kesan utama terhadap populasi tersebut di mana hakisan, banjir, kenaikan paras air bawah tanah akan membahayakan bangunan, jalan raya, sistem kereta api bawah tanah, serta keperluan penting yang lain. Dalam masa yang sama, penambahan paras air laut juga membawa kepada kehilangan habitat pesisir pantai yang penting seperti kawasan paya bakau dan kawasan tumpuan orang awam. Jadi, masalah ini akan memberi kesan ekonomi terhadap negara yang bergantung kepada kawasan persisiran pantai sebagai kawasan pelancongan. Kesan lain yang dapat dilihat daripada penambahan paras air laut ini adalah gangguan air masin. Hal ini terjadi apabila air laut mengalir atau berpindah ke sungai-sungai dan lalu diserap menjadi air bawah tanah. Akibatnya, air bawah tanah yang digunakan sebagai sumber minuman oleh manusia telah tercemar dan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. 3.0 Perubahan Iklim Memberi Kesan Terhadap Ikan Perubahan iklim boleh mempengaruhi ikan secara tidak langsung dengan mempengaruhi stok ikan sekaligus pembekalan ikan secara global untuk kegunaan semua atau juga secara tidak langsung seperti mempengaruhi harga ikan serta harga perkhidmatan yang diperlukan oleh nelayan-nelayan dan penjual ikan. Terdapat banyak kesan lain yang mempengaruhi ikan apabila iklim berubah contohnya perpindahan ikan-ikan, perubahan dalam jumlah dan taburan spesis, kemusnahan ikan disebabkan oleh kenaikan suhu air, perubahan tumbesaran ikan, impak terhadap perikanan marin, dan perubahan habitat. 3.1 Migrasi Ikan Berdasarkan kepada peta yang ditunjukkan di atas, kawasan berwarna merah adalah kawasan yang dijangka mempunyai populasi ikan yang paling tinggi pada tahun 2050. Para saintis menyatakan bahawa iklim pendorong persekitaran berubah dan mampu mempengaruhi taburan lebih 1000 spesis ikan komersial dan kerang-kerangan di seluruh dunia. Suatu kajian yang terkini meramalkan bahawa pada tahun 2050, spesis marin dalam kuantiti yang banyak akan bergerak dari laut di kawasan tropikal menuju ke kawasan yang mempunyai air lebih sejuk terutamanya di Artik dan Laut Selatan dengan kadar purata 40 sehingga 45 kilometer dan kira-kira 25-28 batu pada setiap dekad. Migrasi ini mengakibatkan banyak spesis marin di luar kawasan Artik dan Antartika mengalami kepupusan. Migrasi ikan-ikan ini berlaku apabila suhu menaik dan ikan-ikan tersebut bergerak menuju ke kawasan yang lebih sejuk atau bergerak ke kawasan yang lebih dalam sekaligus meninggalkan haiwan-haiwan lain yang bergantung kepada ikan-ikan ini sebagai sumber makanan. Sebagai contoh, ikan-ikan di Teluk Alaska berpindah ke kawasan air yang lebih dalam ketika suhu tinggi tetapi pada tahun 1993 hal ini telah menyebabkan 120 000 burung laut mati kerana burung laut menjadikan ikan-ikan sebagai sumber makanan mereka.

Selain itu juga, kehadiran populasi-populasi ikan yang tinggal di kawasan air yang bersuhu tinggi ke kawasan air yang lebih sejuk akan mengambil alih kawasan yang didiami oleh ikan di kawasan air tersebut. Anggaran menunjukkan bahawa lazimnya spesis ikan dari air panas 14 kali ganda lebih banyak daripada spesis ikan dari air sejuk jika suhu hanya naik sebanyak dua darjah Celsius. Keadaan ini menggambarkan bahawa spesis yang baru akan bersaing dengan spesis ikan yang asal bagi mendapatkan makanan dan ruang. Secara keseluruhannya, hal ini boleh menyebabkan kurangnya kepelbagaian dalam populasi ikan. 3.2 Perubahan dalam Jumlah dan Taburan Spesis Perubahan iklim boleh mengubah taburan spesis. Di bahagian tropikal, spesis ikan seperti ikan tenggiri, snapper, dan sea bass akan menukar habitat mereka ke kawasan yang baru dan sekaligus mengubah jumlah spesis tersebut. Bencana alam seperti ribut, gempa bumi, dan banjir yang menempa akibat perubahan iklim akan mempengaruhi ekosistem pesisir pantai dalam beberapa aspek. Contonhya, penambahan air saliran kesan daripada pemendakan yang sangat tinggi mampu mengurangkan kemasinan sepanjang pesisir pantai, membawa lebih banyak nutrien dalam air saliran dan menambah mendakan di dalam air. Perubahan ini akan mengubah hasil serta taburan spesis termasuklah mengubah haluan perpindahan ikan-ikan tersebut. 3.3 Kesan kepada Organisma sessile Kehidupan organisma marin di pesisiran pantai lebih cepat dan banyak terkesan akibat perubahan iklim berbanding organisma laut dalam. Kebanyakan spesis tersebut tidak mampu untuk beradapatasi dengan perubahan cuaca serta agak mustahil untuk tinggal di kawasan baru. Bilangan spesis akan terhad atau terhapus jika kawasan yang sesuai tidak dibangunkan dan tiada dasar laut yang sesuai atau arus untuk membawa telur-telurnya. 3.4 Kesan kepada Perubahan Rantai Makanan Perubahan iklim juga boleh membawa kepada perubahan rantai makanan dan ini akan memberi kesan kepada ikan. Bagaimana ia berlaku? Perubahan iklan akan mengubah habitat organisma marin dan ia mempengaruhi kelimpahan haiwan mangsa dan pemangsa. Contohnya, angin dan arus kuat boleh menyebabkan percampuran lapisan air. Mangsa yang berlapis-lapis pada kedalaman tertentu menjadi lebih berselerak. Jadi, jumlah mangsa yang tersedia untuk pemangsa berkurangan. Akhirnya jumlah mangsa akan bertambah sedangkan bilangan pemangsa berkurangan. 3.5 Kemusnahan Ikan disebabkan Peningkatan Suhu Air Pemanasan global hari ini telah menyebabkan suhu seluruh dunia meningkat termasuklah suhu air laut. Ini akan membawa kepada masalah pembiakan dan kadar tumbesaran ikan. Ikan di dalam air yang bersuhu tinggi lebih cepat

mencapai kematangan seksual berbanding ikan dalam air yang sejuk. Namun, 90 peratus ikan di dalam air yang panas mempunyai badan yang kecil berbanding ikan di dalam air sejuk. Ini telah menyebabkan masalah pembiakan dan bilangan benih ikan yang rendah. Contohnya, ikan kap kurang berovulasi di dalam air yang bersuhu tinggi dan ikan gapi menghasilkan hanya sedikit anak ikan. Ikan salmon, keli dan sturgeon pula memerlukan suhu menurun pada aras tertentu supaya ia boleh bertelur. Selain itu, suhu tinggi juga merencatkan tumbesaran ikan. Apabila suhu meningkat, kadar metabolisma ikan juga bertambah tinggi sedangkan bekalan makanan yang ada tidak sepadan. Jadi, ini akan memperlahankan tahap tumbesarannya. Sesetengah spesis ikan tidak boleh bertolerasi dengan peningkatan suhu pada bahagian kitar hidupnya yang kritikal. Jadi, jumlahnya dijangka berkurangan. Contohnya, ikan Salmon Pasifik. Tambahan pula, peningkatan suhu air juga menyebabkan kehabisan oksigen. Ikan tidak memperolehi oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya. Apabila suhu air terus meningkat, aras oksigen yang terlampau rendah akan menyebabkan ikan banyak mati. 3.6 Kesan kepada Perikanan Marin Perubahan iklim memberikan kesan yang besar kepada perikanan marin seperti yang dilaporkan di dalam Jurnal Ikan dan Perikanan. Satu kumpulan yang diketuai oleh Wiliam Cheung daripada University of East Anglias School of Environmental Sciences telah membina sebuah model yang meramal kesan perubahan suhu dan arus kepada taburan lebih daripada seribu spesis ikan. Mereka mendapati secara julatnya, ikan akan beralih daripada taburannya lebih daripada 40 km (25 batu) per dekad. Peralihan ini akan menyebabkan kesan yang besar kepada perikanan global terutamanya di kawasan tropika dimana kehilangan yang besar dalam tangkapan akan berlaku. Sesetengah spesis akan pupus. 3.7 Perubahan Habitat Bentuk kehidupan marin pada asasnya boleh beradaptasi dengan baik terhadap keadaan persekitaran yang mempunyai kepelbagaian semulajadi. Mereka boleh bertolerasi dengan situasi ekstrem pada tempoh masa tertentu. Walaubagaimanapun, perubahan iklim telah menyebabkan perubahan besar kepada sesetengah habitat sehingga memberikan tekanan yang hebat kepada kebanyakan spesis. Ini boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk iaitu kepupusan spesis. Contohnya, di dalam laut, ia boleh disebabkan oleh peningkatan pemendakan dan juga algal bloom yang menyebabkan kekurangan cahaya pada lapisan air yang dalam. Pada lokasi dan masa tertentu, suhu, cahaya dan pH boleh berada di luar julat optimum untuk organisma. 4.0 Kesan Perubahan Iklim kepada Organism Marin Yang Lain. 4.1 Pemutihan Batu Karang Pemutihan menghuraikan mengenaikan kehilangan alga simbiotik oleh batu karang atau perumah lain. Alga-alga ini memberikan warna kepada batu karang.

Tisu hidup batu karang tanpa alga adalah lut cahaya, putih dan luntur warnanya. Pemutihan adalah tindak balas tekanan umum yang boleh dirangsang samaada di luar atau di dalam makmal oleh suhu tinggi ataurendah, keamatan cahaya, perubahan saliniti, atau oleh tekanan fizikal dan kimia yang lain. Pemutihan adalah kes variasi semulajadi yang ekstrim dalam populasi alga yang berlaku dalam kebanyakan batu karang. Pertama, pemanasan laut mengurangkan perlindungan batu karang daripada pemutihan batu karang. Batu karang mempunyai Zooxanthellae yang hidup secara simbiotik di dalam tisunya. Zooxanthellae menyediakan makanan dan oksigen. Sebagai pulangan, ia menerima nutrisi, karbon dioksida dan perlindungan bebas musuh. Apabila suhu air semakin panas, hubungan simbiotik ini terputus. Zooxanthellae tersingkir dan ini mengakibatkan kematian batu karang. Fenomena ini dikenali sebagai pemutihan batu karang kerana batu karang menjadi putih selepas kehilangan zooxanthellae. Perubahan iklim juga mengurangkan nilai nutrisi alga. Mikro alga cepat membesar di bawah pengaruh perubahan iklim. Namun begitu, komposisi alga berubah, menyebabkan nilai nutrisinya kepada hidupan akutik menurun. Contohnya, alga yang dibiakkan pada kepekatan karbon dioksida yang tinggi mengandungi banyak karbon dan kurang fosforus. Ini bermaksud nilai nutrisi menurun, di mana ia memberi kesan kepada hidupan kecil yang mengambil alga sebagai makan seperti hama air. Ia kemudiannya menjadi makanan kepada ikan. Disebabkan mereka adalah rantaian pertama, paling atas bagi rantai makanan hidupan bawah air, alga akhirnya mempengaruhi keseluruhan ekosistem dan memberi kesan kepada hidupan bawah air. 4.2 Mamalia Marin Perubahan iklim juga memberi kesan kepada mamalia marin. Bagaimana? Kesan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan pencairan bongkah air yang mengubah kuantiti air tawar di dalam laut, seterusnya mengubah kepekatan saliniti air. Jadi, ia memberi kesan kepada kitaran thermohaline. Kitaran thermohaline adalah penting untuk membawa naik air yang kaya nutrient daripada laut dalam ke atas melalui proses upwelling. Hal ini akan mempengaruhi suhu kawasan dan produktiviti utama. Lokasi yang mempunyai produktiviti utama yang tinggi akan berubah selaras dengan perubahan suhu. Ini akan mempengaruhi migrasi mamalia marin. 5.0 Kesan ke atas Industri Perikanan dan Pelancongan 5.1 Nelayan Hilang Sumber Pendapatan Kesan perubahan iklim menyebabkan kemusnahan teruk kepada perikanan dunia. Ia menyebabkan ikan kehilangan habitat, kekurangan sumber makanan, dan kurang keupayaan adaptasi kepada perubahan baru dalam ekosistem dunia. Jadi, ia telah membawa kepada kepupusan spesis hidupan laut. Kesan perubahan iklim kepada perikanan adalah seperti kualiti air yang teruk dan kekurangan air yang memberi kesan kepada perusahaan komersial apabila ikan mula hilang daripada laut dan dunia. Selain itu, perubahan iklim mengubah taburan dan produktiviti spesis marin dan air tawar. Ia juga sudah mempengaruhi proses biologi dan mengubah jaringan makanan. Kita tahu, pendapatan nelayan adalah bergantung kepada penangkapan ikan. Jika populasi

ikan mengecil disebabkan faktor-faktor di atas, penangkapan juga akan berkurang seterusnya pendapatan nelayan juga akan menurun. Permintaan tinggi terhadap produk perikanan tidak dapat dipenuhi disebabkan kekurangan sumber ikan. Eksport produk juga tidak dapat dijalankan. Tiada penukaran wang asing dan tiada pendapatan untuk ekonomi Negara. Hal ini akan memberi kesan kepada ekonomi seluruh dunia. 5.2 Kurang Sumber Makanan yang Penting untuk Manusia Makanan laut merupakan sumber penting bagi diet manusia global. Ia mempunyai protein yang berkualiti tinggi serta semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan baikpulih tisu oto. Protein dalam ikan serta makanan laut yang lain menyediakan sumber protein lengkap kepada kebanyakan manusia seluruh dunia. Penurunan populasi ikan akan menyebabkan satu daripada sumber makanan penting manusia juga berkurang. 5.3 Industri Pelancongan Setiap tahun, beratus-ratus ribu orang melawat pantai kita yang cantik dan terumbu karang untuk memancing, selam skuba dan sebagainya. Terumbu karang adalah asset kepada industri pelancongan yang mempromosikan Negara kita kepada dunia. Namun, dek kerana masalah perubahan iklim, segala-galanya telah berubah. Tahun lepas, taman marin kita di Tioman dan Redang serta bahagian pulau kita yang lain telah ditutup kerana berlakunya pemutihan batu karang disebabkan oleh pemanasan global. Terumbu karang, yang mana menarik hampir 500 000 pelancong setiap tahun, dilarang masuk kepada penyelam sehingga hujung Oktober 2010 dalam cubaan mengurangkan tekanan kepada ekosistem marin. Apakah kesannya? Bilangan pelancong akan menurun tahun demi tahun. Masalah ini berlaku di seluruh dunia. Seperti yang kita tahu, industri pelancongan telah menjana penukaran wang asing. Penurunan bilangan pelancong disebabkan oleh masalah perubahan iklim akan memberi kesan kepada industri pelancongan serta ekonomi Negara. 6.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, perubahan iklam akan memberi banyak kesan terutamanya kepada ekonomi dunia. Ramai yang akan kehilangan sumber pendapatan. Kerajaan juga perlu membelanjakan banyak duit untuk mengurus dan memulihara semula laut. Bukan itu sahaja, perubahan iklim juga akan memberi kesan kepada organisma seluruh dunia termasuk manusia. Pemanasan bumi akan memusnahkan banyak benda hidup. Radiasi daripada matahari yang bertambah juga membawa masalah kesihatan kepada manusia seperti kanser. Ia sangat berbahaya. Sebenarnya, banyak kesan lain daripada perubahan iklim ini tetapi kadangkala kita tidak menyedarinya. Kita tidak mampu untuk mengelak tetapi kita harus berkerjasama dan bertanggungjawab kepada bumi kita. Sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kadar peningkatan suhu demi generasi kita seterusnya. Kempen kesedaran patut diadakan secara terus menerus di seluruh dunia untuk melindungi bumi kita.

Anda mungkin juga menyukai