Presentation HIDUP
Presentation HIDUP
- APA ITU IKHTIAR HIDUP - APA ILMU ASAS YANG PERLU ADA SETIAP ORANG - DIMANA DAN BAGAIMANA KITA MEMPEROLEHI ILMU IKHTIAR HIDUP - BILA DAN DI MANA KITA PERLU GUNA ILMU IKHTIAR HIDUP - APAKAH KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP
. Ikhtiar hidup jugamerupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. 2. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. 3. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.
http://lostuniverse.iowoi.com/seni-tempur-beladiri-ikhtiar-hidup-f8/apa-itu-ikhtiar-hidup-t17.htm
http://www.flickr.com/photos/malaysiabackpackers/3333716465/in/photostream/
1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Contoh memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Situasi ikhtiar hidup akan menkadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan
2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu
3. Kawalan diri
Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburuburu. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.
4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.
Contohnya Alat
Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda.
CONTOHNYA, Makanan
Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak. Mempuyai nilai kalori yang tinggi Jenis makanan beras, coklat, garam, oat, mee segera, ubi kentang, kopi
Perubatan
pil anti cirit-birit pil malaria pil pelali air 1 set alatan patukan ular atau binatang berbisa pil pereda kesakitan pil antibiotik ubat sapu antibiotik
Alat kegunaan
2 utas tali pancing panjang 3 meter Mata pancing yang kecil 2 utas tali untuk membuat jerat panjang 3 meter 2 batang lilin 1 kotak mancis kalis air dan pemetik api 1 cermin muka kecil sebagai isyarat untuk menarik perhatian 1 keping aluminum foil Pisau kecil Kompas kecil
Air
Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan. Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak - Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius - Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut) Punca air Anak sungai, tasik, sungai Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air
1. Bunyi
Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
2. Penglihatan
Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
3. Binatang
Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air
4. Serangga
Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.