Anda di halaman 1dari 5

Bila umarak dan ulama bertelagah dan bercakaran, anak-anak remaja menjadi mangsa keadaan.

"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (Surah Shaad : 26) Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan ( al-Hajj : 40-41) Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda, Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu. Sahabatsahabat pun berkata, Bolehkah kami menentang mereka? Jawab Nabi, Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah pepatah atau peribahasa ini memang tepat untuk menggambarkan senario yang mewarnai kehidupan serta suasana politik dalam masyarakat kita hari ini. Apabila orangorang yang diberi amanah untuk memimpin tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Apabila orang-orang yang berilmu tidak menggunakan kebijaksanaan mereka ke a rah jalan yang benar. Apabila ulama yang yang sepatutnya menggalas tanggungjawab menyatukan ummah tidak menjalankan kewajiban dan amanah Allah dengan seikhlasnya. Apabila institusi kekeluargaan sering berantakan dan runtuh kerana tiada asas yang kukuh. Apabila jiran-jiran tidak mahu mencampuri hal urusan tetangganya yang lain atas alas privacy . Maka akhirnya Allah menurunkan bala dan bencana kepada kita dengan pelbagai bentuk dan suasana. Salah satu bala yang Allah datangkan kepada masyarakat kita hari ini ialah keruntuhan akhlak terutama di kalangan para remaja. Masalah keruntuhan akhlak merupakan agenda utama dan penting untuk sama-sama kita tangani. Lebih

malang sekali segala masalah keruntuhan akhlak remaja hari ini seperti penagihan dadah, pembuangan bayi, budaya samseng, derhaka ibu-bapa, keruntuhan moral dan banyak lagi diungguli oleh remaja Melayu yang sudah semestinya beragama Islam. Kita boleh melihat data-data dan statistik tentang masalah ini samada melalui laman-laman internet atau akhbar-akhbar terpampang jelas dan saban tahun mengalami peningkatan dari segi jumlahnya. Sesuatu yang menakutkan tetapi realiti yang perlu dihadapi. Anak-anak hari ini adalah bakal pemimpin mendatang yang akan memimpin negara. Anak-anak remaja hari ini adalah cerminan masa hadapan peradaban kita. Namun malngnya anak-anak remaja hari ini menjadi mangsa keadaan. Kita sering menuding jari kepadapihak ibu bapa sahaja bila berlakunya remaja bermasalah dan terbabit dalam gejala sosial. Memang tak dapat dinafikan institusi keluarga juga merupakan penyumbang kepada faktor gejala keruntuhan sosial remaja namun factor-faktor lain juga turut menyumbang kea rah permasalahan ini. Sebaik sahaja remaja melangkah dan berada di luar rumah mereka akan menghadapi lebih banyak cabaran dan dugaan kehidupan. Selain pihak ibu bapa, siapakah yang akan memikul tanggungjawab membimbing dan memimpin remaja ke arah jalan yang benar dan berpandukan syariat Islam. Maka tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua anggota masyarakat bermula dari individu, anak khariah, penduduk setempat, pertubuhan, ahli agama, ulama dan para umarak(pemimpin). " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat." ( Surah Al-Hujurat: 10) Malang sekali hari ini bagaimana kita hendak membimbing anak-anak remaja kita kembali kepada hukum Allah dan sunnah rasul sedangkan kita sendiri bercakaran dan berselisih faham sesama sendiri. Bagaimana kita hendak meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi dan menjadi cara hidup sedangkan kita yang dipertanggungjawabkan sendiripun tidak memenuhi tuntutan seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah S.A.W. Bagaimana kita hendak menyelesai dan menangani masalah keruntuhan akhlak remaja sedangkan di waktu yang sama kita menunjukkan contoh dan teladan yang jelek dan menjijikkan. Wajiblah ada di antara kamu suatu umat (golongan0 yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia) (Ali Imran : 104) Apa tidaknya, lihatlah hari ini para pemimpin yang melaung-laungkan slogan sebagai pembela agama, bangsa dan negara dalam waktu yang sama telah memungkiri dan menodai kata-kata tersebut. Para pemimpin baik dari pihak yang pro atau penentang tidak habis-habis bercakaran antara satu sama lain. Para pemimpin dan penyokong fanatik tidak habis-habis melepaskan dendam kesumat,

caci mencaci dan lebih memalukan memaki hamun antara satu sama yang lain. Masing-masing mendabik dada mengatakan yang pimpinannya lebih baik dari orang lain sedangkan pada hakikatnya masing-masing berjuang untuk menjadi pemimpin periuk nasi sendiri. Para pemimpin besar dan kecil ini tidak pernah bersatu atas nama cintakan Islam. Pemimpin besar dan kecil ini tidak pernah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak remaja. Dan perlakuan buruk mereka ini (jika tidak dihentikan) akan menjadi contoh teladan dan diteruskan perlakuan sebegini oleh anak-anak muda ini apabila mereka pula menjadi pemimpin tak kiralah samada dia peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi. Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: Jangan kamu dengki- mendengki, jangan benci -membenci dan jangan musuhmemusuhi. Sepatutnya sebagai pemimpin kita melihat masalah anak-anak buah di bawah jagaan kita dan bukannya bercakaran sepanjang masa hinggakan terlupa menunaikan amanah dan tanggungjawab yang sebenar. Kita tidak pernah rasa ingin berdamai dan bersatu atas nama rasa kasih saying sesama Islam. Kita biarkan sifat mazmumah hidup subur dalam hati kita. Malahan benih-benih negatif ini kita cambahkan pula kepada para pengikut kita agar dalam hati mereka akan berputik benih-benih mazmumah ini dan akhirnya mereka turut mempunyai sifat buruk seperti kita. Selalunya orang-orang awam seperti saya tertanya-tanya, mengapa kita tidak boleh bersatu. Kita punya Islam sebagai sandaran, Al Quran dan Al Sunnah sebagai pegangan tapi kadangkala perlakuan dan sikap kita lebih buruk dan teruk dari golongan kafir yang tiada tetap pendirian agamanya. Malahan dari segi bersatu atas nama kemajuan dan kebajikan bangsa mereka boleh bersatu dan melakukan apa saja. Bagaimana dengan kita? Mengapa kita tidak boleh bersatu dan bermuafakat demi kebaikkan ummah sedangkan dalam pimpinan kita terdiri dari semua golongan baik dari para cendakiawan, para ulama, para ustaz, tokoh koporat, guru-guru dan sebagainya. Sebenarnya kita mengalami penyakit hati yang terlalu kronik. Kita selalu berprasangka buruk dan iri hati pada sesama saudara semuslim kita. Bagaimana kita dapat bersatu jika hati pemimpin hari ini penuh rasa curiga, was-was dan kebatilan? Maka yang menjadi mangsa adalah anak-anak remaja yang sedang meningkat dewasa dalam iklim suasana yang menyedihkan. Dalam 30 Wasiat Imam Syafie berkata : Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betukan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Selain dari para pemimpin, akhir-akhir ini para ulama juga bercakaran sesama sendiri. Bukan sahaja berselisih pendapat (merupakan perkara biasa) malahan sudah ada yang saman menyaman sesama ulamak. Masyaallah Tabarakallah. Apa

sudah jadi dengan umat Islam di negara kita ini. Ulamak sepatutnya menjadi orang paling dihormati kerana bukan sahaja pada ilmunya tetapi peribadi dan adabnya yang bersesuaian dengan gelaran yang disandang. Hari ini terdapat golongan ulama bertengkaran antara satu sama lain, membuka aib ulama lain, kadangkala dilihat bersifat angkuh, sombong, riak dan ujub kerana dirasakan mempunyai tahap keilmuan yang hebat berbanding ulama lain. Teguran dan nasihat tiada langsung dalam kamus hidup golongan seperti ini . Akibatnya masyarakat sekeliling akan tidak menghormati lagi Majlis Ulama. Orang-orang bukan Islam akan memandang enteng peranan Majlis Ulama. Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W: Selagi aka nada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq. Hadis riwayat Ibnu Ady Wahai para pemimpin yang dihormati dan para ulama yang dikasihi, ayuh kita bermuhasabah diri. Menilai kembali kekurangan diri. Janganlah kita atas nama agama sanggup menjual agama untuk hanya keuntungan dunia yang sedikit. Janganlah kita mengaku sebagai pemimpin yang ingin memartabatkan Islam tetapi dalam masa yang sama kita menjadikan matlamat menghalalkan cara. Bila sesuatu yang memberi keuntungan kita mengiya dan menyokong akan tetapi bila sesuatu yang mempersoalkan kelemahan dan keburukkan kita maka kita mudah melatah dan melenting malahan menuding jari dan mencari kesalahan orang lain. Kita sudah tidak punya masa, jika kita benar-benar cintakan Islam dan takut akan hukuman Allah. Ingatlah! Genarasi muda sebagaimanakah yang ingin kita wariskan menjadi khalifah di bumi Allah ini. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang maksudnya: Dua golongan di kalangan umatku apabila mereka bersikap baik maka baik umat seluruhnya, dan apabila mereka buruk maka buruklah umat seluruhnya, iaitu golongan umarak (pemimpin-pemimpin) dan golongan ulamak (ahli-ahli cerdik pandai) Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

(Ali Imran: 103)

Anda mungkin juga menyukai