Anda di halaman 1dari 1

Melarat Hingga ke Senja Semaun turun ke bendang dengan rasa bimbang.

Ayahnya, Pak Kasa muntah darah sejak semalam lagi. Semaun teringatkan Dogol, Lebai Debasa dan Jusoh yang cuba hendak mengusirnya sekeluarga dari Kampung Banggul Derdap. Semaun juga teringat dan kesal atas kekasarannya ke atas Pak Senik. Tiba-tiba, adik perempuannya Semek memanggilnya dalam keadaan terburu-buru.Semaun bergegas meninggalkan sawah dan pulang ke rumah memikirkan sesuatu yang buruk berlaku pada ayahnya. Tetibanya, bapanya sedang nazak.Ibunya, meminta Semaun memanggil bomoh untuk mengubati ayahnya. Tapi, Semaun dan Semek enggan mereka tahu bahawa bomoh itu tidak akan datang memandangkan keluarga mereka dipandang serong oleh masyarakat kampung. Semaun pergi ke rumah Pak Senik untuk meminta bantuan. Pak Senik kemudiannya mengajak Semaun ke rumah bomoh Pak Busu. Malangnya, Pak Busu, berpura-pura tidak ada di rumah. Mereka meneruskan perjalanan ke rumah Semaun. setibanya dirumah, pak senik merasai nadi pak kasa. Akhirnya semek melihat pak senik menitiskan air mata dan menarik selimut menyelubungi jasad pak kasa. Mereka meratapi pemergian pak kasa. Semaun telah menyerahkan wang kepada pak senik dan telah menyerahkan segalanya kepada pak senik untuk menguruskan jenazah ayahnya. Semaun sedaya-upaya mencari papan untuk dijadikan keranda untuk ayahnya. Pak senik kembali semula kerumah dengan membawa kain putih dan memberitahu bahawa dia telah mengupah orang yang menggali kubur untuk sama-sama mengusung jenazah bapanya. Namun begitu, setelah jenazah siap diuruskan, tiada seorang pun penduduk kampong datang menziarahi dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Hanya dua orang yang diupah oleh pak senik sahaja yang datang, itupun kerana mereka terpaksa. Akhirnya jenazah pak kasa selamat dikebumikan.

Anda mungkin juga menyukai