Anda di halaman 1dari 9

MEMODEN

PANDUAN MEMODEN
1. Baca dan fahami petikan teks yang diberikan. 2. Nama tempat, orang, senjata dan alat muzik hendaklah dikekalkan. 3. Kata perdu seperti Hatta, Arakian, Sebermula, Alkisah hendaklah ditinggalkan. 4. Imbuhan seperti maka, pun dan lah mesti

ditinggalkan

dan

boleh

digantikan

dengan

penanda wacana

5. Cakap ajuk boleh dipindahkan kepada cakap pindah


atau cakap ajuk boleh dikekalkan.

6. Ayat songsang hendaklah ditukarkan kepada ayat


biasa.

7. Penting petikan teks bahasa Melayu klasik hendaklah


ditukarkan sepenuhnya kepada bahasa Melayu Moden.

HIKAYAT HANG TUAH


Hatta, telah datang keesokan harinya, baginda pun bermohonlah kepada Nenek Kebayan lalu berjalan keluar rimba. Setelah keesokan harinya, meminta izin kepada Nenek untuk berjalan keluar ke hutan. baginda Kebayan

Sedang beberapa lamanya, adalah kepada suatu malam baginda pun lalu beradu kepada sepohon kayu di celah banir besar. Setelah lama dalam perjalanan , di suatu malam, baginda tidur di celah pokok besar.

Seraya bersabda, Ayuhai anakku Malim Deman, apalah gerangan anakku ini tiada berkeputusan selama-lamanya, suka menzalimkan diri sendiri. Sekarang ini ke manakah gerangan anakku hendak pergi? Wali Allah Keramat Tuan Sayid berkata bahawa Malim Deman terlalu lama membuat keputusan sehingga menyusahkan diri. Dia bertanya ke mana lagi arah tujuan Malim Deman.

Maka dengan takdir Allah bermimpilah baginda datang seorang Wali Allah keramat tuan sayid: Janggut terlipat hingga ke riba, Jubah terdepa mata kaki. Dengan takdir Allah , baginda didatangi oleh seorang Wali Allah Keramat Tuan Sayid yang mempunyai janggut panjang mencecah ke riba dan jubahnya panjang sampai ke hujung jari kakinya.

Maka titah baginda dalam mimpinya itu, Ayuhai ayahanda, anakanda ini minta ampunlah kepada ayahanda, telah taubatlah anakanda tidak berbuat lagi.

Baginda bertitah dalam mimpinya kepada ayahanda bahawa baginda meminta maaf dan insaf serta tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

Maka sekarang anakanda hendaklah mencari orang yang menaruh borak hendak naik ke kayangan mendapatkan adinda Puteri Bongsu itu.

Anakanda memberitahu kepada ayahandanya bahawa dia sedang mencari orang yang menyimpan borak untuk digunakan naik ke kayangan bagi mendapatkan Puteri Bongsu.

Anda mungkin juga menyukai