Anda di halaman 1dari 10

KEPENTINGAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab sama ada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita masih ada yang mengeluh mengatakan bahawa tidak dapat menguasai secara menyeluruh untuk berbahasa Arab. Pelbagai persoalan yang wujud di minda antaranya: - Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? - Apakah tips yang mudah untuk menguasai Bahasa Arab? - Adakah teknik mudah untuk mempelajari Bahasa Arab? - Siapakah yang boleh membantu untuk mempelajari Bahasa Arab? - Berapa lamakah pula masa yang diperlukan? - Adakah Bahasa Arab ini mudah dipelajari? Secara umumnya, jika kita tahu teknik dan kaedah yang betul serta sesuai untuk mempelajarinya tidak mustahil untuk kita mahir dalam Bahasa Arab. Bayangkan setiap hari kita membaca Al-Quran, tanpa kita sedari kita telah menyebut sehingga berpuluh-puluh sehingga ratusan perkataan dalam Bahasa Arab tanpa kita sedari kerana bahasa Al-Quran merupakan Bahasa Arab. Alangkah bagus dan indahnya sambil membaca Al-Quran sambil kita mengenal Bahasa Arab. Itu pada peringkat awal untuk kita mengenal Bahasa Arab, seharusnya kita perlu ada pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk kita mempelajari Bahasa Arab secara mendalam dan mudah. Bahasa Arab seperti juga bahasa-bahasa lain mempunyai empat proses pembelajaran kemahiran, iaitu pendengaran, pembacaan, penulisan dan pertuturan (komunikasi). Antara empat proses ini, pertuturan (komunikasi) adalah atu elemen terpenting untuk menguasai kemahiran berbahasa Arab. Ia adalah satu perantaraan yang paling berkesan bagi setiap individu untuk menyampaikan idea yang berbentuk lisan. Penguasaan seseorang terhadap Bahasa Arab bermakna kebolehan atau kewibawaannya untuk bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab secara spontan. Tanpa keupayaan ini, maka proses komunikasi dan interaksi antara individu dan masyarakat tidak akan terlaksana dengan sempurna.

Seperti untuk menjadi biasa untuk bercakap antara satu sama lain dalam bahasa selain daripada Bahasa Arab, yang merupakan simbol Islam dan bahasa Al-Quran, supaya ini menjadi satu tabiat di muka bumi, dengan keluarga dan satu ahli isi rumah, dengan satu-an kawankawan, dalam pasaran, ketika berucap wakil-wakil kerajaan atau angka pihak berkuasa atau apabila bercakap kepada orang ramai pengetahuan, sudah pasti ini adalah makruh (tidak disukai), kerana ia melibatkan seperti bukan Arab, yang makruh, seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh itu apabila umat Islam yang terdahulu pergi untuk tinggal di Syria dan Mesir, di mana rakyat bercakap Yunani Byzantine, dan di 'Iraaq dan Khurasaan, di mana rakyat bercakap Parsi, dan Afrika Utara (al-Maghrib) di mana rakyat bercakap Berber, mereka mengajar rakyat negara-negara berbahasa Arab, agar Bahasa Arab menjadi bahasa yang tersebar luas di dalam tanah, dan semua orang, Islam dan kaafir sama, bercakap Bahasa Arab. Begitulah juga kes di Khurasaan dalam masa lalu, maka mereka menjadi longgar dengan mengambil kira bahasa dan dapat digunakan untuk bercakap Farsee sehingga ia menjadi berleluasa dan Arab telah dilupakan oleh sebahagian besar daripada mereka. Tidak syak lagi ini adalah tidak suka. Cara terbaik ialah untuk menjadi biasa untuk bercakap Bahasa Arab supaya anak-anak muda akan belajar di rumah dan sekolah mereka, supaya simbol Islam dan orang akan diguna pakai. Ini akan membuat lebih mudah untuk rakyat Islaam untuk memahami Al-Quran dan Sunnah, dan kata-kata Salaf itu, tidak seperti orang yang akan digunakan untuk bercakap satu bahasa, maka mahu belajar lain, dan mendapati ia sukar. Tahu bahawa yang digunakan untuk menggunakan bahasa mempunyai kesan yang jelas dan kuat pada otak, tingkah laku dan komitmen agama. Ia juga mempunyai kesan ke atas yang membuat salah satu menyerupai generasi awal umat ini, para sahabat dan Taabi'een. Menjadi seperti mereka meningkatkan pemikiran seseorang, komitmen dan tingkah laku agama. Selain itu, bahasa Arab itu sendiri adalah sebahagian daripada Islaam, dan mengetahui bahasa Arab adalah kewajiban. Jika ia adalah satu kewajipan untuk memahami Al-Quran dan Sunnah, dan mereka tidak boleh difahami tanpa mengetahui bahasa Arab, maka cara-cara yang diperlukan untuk memenuhi kewajipan juga wajib. Terdapat beberapa perkara yang wajib dibayar pada semua individu (Fard 'ayn), dan lain-lain yang wajib dibayar pada masyarakat atau ummah (Fard kifaayah, iaitu, jika ada orang yang memenuhi mereka yang lain dibebaskan daripada kewajipan). Ini adalah makna laporan yang disampaikan oleh Aboo Bakr Ibn Abee Shaybah yang berkata: 'Eesa Ibn Yoonus kepada kami dari Thawr dari' Umar bin Yazid bahawa 'Umar menulis surat kepada Aboo Musa al-Ash'aree () dan berkata: "Pelajari Sunnah dan belajar bahasa Arab; mempelajari Al-Quran dalam bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Arab ". Menurut hadith lain yang diriwayatkan dari 'Umar (), beliau berkata: "Belajar Bahasa Arab kerana ia adalah sebahagian Agama anda, dan belajar bagaimana harta pusaka si mati

hendaklah dibahagikan (faraa'id) untuk ini adalah sebahagian Agama anda." Ini perintah 'Umar, untuk belajar bahasa Arab dan syariat Islam yang menggabungkan perkaraperkara yang diperlukan, untuk Agama melibatkan memahami perkataan dan tindakan. Memahami Bahasa Arab adalah cara untuk memahami kata-kata Islaam, dan memahami Sunnah ialah cara untuk memahami tindakan Islaam .

Alhamdulillah, satu permulaan yang baik bagi memulai sessi pengajian Bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Bercakap mengenai kepentingan mempelajari BA,memang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dalam memahami Islam itu sendiri. Ini jelas kerana Al-Quran diturunkan dalam BA yang tulin, ianya dikategorikan sebagai bahasa Fushah iaitu bahasa rasmi. Bahasa Fushah ini terikat dengan nahu, qawaid serta balaghah Arab. Bahasa Fushah digunakan didalam Al-Quran dan juga Hadis, begitu juga dalam penulisan rasmi, karangan ilmiyyah, surat menyurat dan kitab-kitab. Ianya berbeza dengan bahasa komunikasi atau bahasa 'Amiyyah yang tidak terikat dengan gaya tatabahasa. Jelasnya mereka yang mahir dalam komunikasi BA belum tentu lagi boleh memahami Al-Quran secara tepat selagi tidak mengetahui atau mempelajari Nahu Arab. Oleh kerana kepentingan Nahu Arab ini, Imam As-Sya'bi rhm mengucapkan bahawa " Nahu pada ilmu ibarat garam pada makanan". Bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi uslub antara Al-Quran dan Al-Hadis, perbezaan ini dapat diketahui secara asasnya bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah SWT sedangkan al-Hadis itu pula adalah kalam Rasulullah saw yang maksudnya datang dari sisi Allah SWT. Apapun, Al-Hadis juga mempunyai uslub yang tersendiri yang tidak mungkin kita ketahui melainkan dengan mempelajari ilmu nahu dan balaghah. Kepentingan BA juga seperti kedudukan BI didalam ilmu sains hari ini, hinggakan kerajaan mewajibkan pembelajaran BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Begitu juga langkah yang seharusnya diambil oleh kita dalam memahami Islam yang datang dari dua sumber yakni Al-Quran dan Al-Hadis, bahkan ini seharusnya menjadi prioriti kita kerana kedua-dua sumber ini yang apabila kita pegang dan faham kandungannya necsaya kita tidak akan sesat dunia dan akhirat. Namun disana terdapat segelintir dari golongan yang menggelar diri mereka Islam Liberal, yang mendakwa mempelajari BA bukanlah satu keperluan dan tiada kepentingannya dengan alasan bahawa Al-Quran berbahasa Arab kerana ketika itu ditujukan kepada bangsa Arab sendiri, sedangkan kita sudah mencukupi Allah SWT mengurniakan kita ulama-ulama bahasa yang mampu menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa A'jam yang sudah pasti maksud dan intinya mampu diterima oleh kita yang tidak pandai berbahsa Arab. Lagipun Islam tidak memberatkan umatnya dengan pelbagai syarat yang memberatkan dalam memahami Islam, termasuk terpaksa menguasai nahu dan balaghah Arab. Maka bermalasanlah semua Islam dalam menguasai BA, lantaran kepayahan tersebut padahal kita ada terjemahan Al-Quran dan berapa banyak kitab-kitab ulama muktabar yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Logiknya itu ada, tetapi ia tidak menolak akan kepentingan mempelajari BA, jika sikap begini diteruskan nescaya kita akan jauh dari sumber primer yang sebenarnya.

Karya: Bahasa Arab Adalah Bahasa Al-Quran


Ini adalah karya yang dipertaruhkan oleh Mis Zalina dalam Pertandingan Nukilan Seorang Teman. Merupakan pemenang pertama bagi kategori Undian Pembaca. Meraih undian sebanyak 59. Dan antara peserta yang terawal menyertai. Sehingga terawal beberapa hari sebelum pertandingan bermula. :) Hadiah pemenang undian ditaja oleh Encik Amar Zaim Zamran dariawanpagi.com dan Encik Saifuddin. Terima kasih atas sokongan kalian.


Sesungguhnya Kami telah menjadikan Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kalian memahaminya (QS. Az Zukhruf:3) Aku merupakan seorang guru akademik di SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR, KETEREH KOTA BHARU KELANTAN. Tahun ini satu tugas baru yang terpaksa disandang oleh aku memandangkan aku guru kelas tingkatan 1 A iaitu guru penyelia KELAS KHAS BAHASA ARAB. Bagaikan satu bebanan yang berat terpikul dipundakku memandang aku langsung tidak memahami BAHASA ARAB. Semua borang-borang dan aktiviti serta segala carta yang perlu ada di dalam kelas perlu dibuat dalam Bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab bukan sesuatu yang mudah terutama bagi seorang yang tiada asas seperti aku, memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa AL-Quran dan bebanan tugas yang perlu diselesaikan, aku cuba gagahi juga untuk mempelajari bahasa yang indah itu. Perkataan pertama yang aku pelajari adala la dan na'am(ustazah mazlini yang ajar) dan hari-hari aku asyik guna perkataan yang sama. "Cikgu hari ni ada kelas tamabahan tak?" tanya pelajarku. "La", jawabku ringkas. Sudahnya ini sahaja yang mampu aku pelajari. Walau bagaimanapun untuk menunjukkan aku juga boleh berbahasa Arab, setiap tutur kata akan ku tambahkan dengan perkataan "al".Sudah semestinya ada bunyi-bunyi Bahasa Arab. Ini adalah serba sedikit pengalaman aku dalam mempelajari bahasa Arab.

Dalam hadis yang lain Umar r.a berkata, "pelajarilah bahasa arab dan ilmu waris kerana keduanya adalah sebahagian dari agamamu."
Hadis di atas menunjukkan kepentingan kita dalam mempelajari bahasa Arab dalam memahami agama Islam itu sendiri. Bagaimana kita hendak menghayati isi kandungan dalam al-Quran jika kita tidak memahaminya?? Hanya dengan menguasai bahasa arab, kita dapat mendalami intipati al-Quran, hadis-hadis nabi, zikir dan wirid dan yang

terutama sekali adalah bacaan dalam solat yang dilakukan oleh kita umat Islam lima kali sehari. Kenyataannya sebahagian besar dari kita tidak memahami pengertian setiap bacaan dalam solat walaupun sudah berpuluh-puluh tahun mengamalkannya. Kegagalan inilah punca sebenar kepada kurang kusyuk beribadah serta salah satu punca keruntuhan akhlak remaja pada zaman teknologi ini. Secara umumnya jika kita tahu teknik-teknik dan cara yang betul tidak mustahil kita dapat bertutur dan memahami bahasa syurga ini. Sama-samalah kita mempelajari bahasa yang indah ini. p/s: Tahniah buat pemenang. Saranan saya, apakata anda cuba dengan perkataan baru pula. Seperti Tob'an ( ) yang bermakna Sudah Tentu/Of Course. Mumkin ( ) yang bermakna Mungkin@Boleh Jadi/Maybe. La Ba'sa ( ) yang bermakna Tidak Mengapa/It's Ok. Teknik hanya diperlukan dalam penulisan. Penulisan memerlukan pembacaan yang kerap bagi menambahkan kamus arab dalam ingatan. Pertuturan memerlukan praktikal dan pembacaan. Kesimpulannya, Pertuturan, Pembacaan dan Penulisan saling memerlukan bagi mengukuhkan sesuatu bahasa. Wallahua'lam.

Penggunaan al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu bahasa Arab terutama nahu (grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang utama oleh para nuhat (ahli-ahli nahu) sejak zaman berzaman. Bermula daripada Abu Aswad al-Duali yang telah menyahut seruan saidina Ali K.W dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan al-Quran. Sibaweih (180H) dalam bukunya al-Kitab juga menggunakan dalil ayat-ayat al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu. Penggunaan dalil daripada ayat-ayat al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu dipanggil dengan istilah syahid al-quran. Syahid al-quran yang pertama digunakan oleh Sibawieh di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk pertama tentang ilmu nahu.

Sekiranya dilihat pula Ibnu Hisham (761H) maka beliau juga menggunakan syahid al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu bahasa Arab. Di dalam bukunya syarh qatr al-nada wa bal al-sada penggunaanya (syahid al-quran) yang pertama adalah dalam bab alkalimah apabila beliau membawa ayat al-quran sebagai dalil kepada jumlah mufidah. Begitu juga Ibnu Aqil (769H) yang juga tidak ketinggalan dalam menggunakan syahid alQuran ini di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu. Syahid al-Quran yang pertama di dalam kitabnya syarh ibn Aqil ialah apabila beliau memperkatakan juga tentang al-kalam (iaitu al-kalimah). Jikalau ada pihak yang mengatakan Ibnu Hisham dan Ibnu Aqil kedua-duanya adalah syarih (orang yang melakukan huraian) kepada matan Ibnu Malik (alfiah) yang bersifat nazam atau syair maka sepatutnya lah mereka menggunakan al-Quran, maka kita lihat pula kepada ulama-ulama nahu yang melakukan huraian kepada matan al-ajrumiyah (bukan syair) yang juga menggunakan syahid al-Quran di dalam menghuraikan kaedahkaedah nahu. Kita ambil contoh al-Syeikh muhammad Ab al-Bariy (1298H) yang telah menulis nota tentang matan bekenaan menggunakan syahid al-Quran pada permulaan bab nahu lagi iaitu bab al-ikrab dan al-bina manakala al-syarih bagi matan al-ajrumiyyah pula iaitu al-Syiekh muhammad al-Raaini menggunakan syahid al-Quran, dan syahidnya yang pertama datang dari bab al-kalam. Sekiranya kita perhatikan ulama-ulama nahu terdahulu, mereka sangat berpegang teguh dengan al-quran di dalam pengajaran mereka tentang kaedah-kaedah nahu. Sehinggakan pada permulaan bab lagi mereka telah menggunakan al-Quran sebagai bukti atau dalil ketepatan kaedah yang dibawa. Tetapi apabila kita merujuk kepada kitab-kitab pengajaran nahu yang ditulis oleh ulamaulama kini, maka kita dapati sebahagian daripada mereka menggunakan al-quran dan sebahagian yang lain pula tidak menggunakan al-quran langsung di dalam menerangkan kaedah-kaedah nahu. Di antara kitab-kitab nahu yang masih menggunakan al-quran sebagai bukti ketepatan kaedah nahu adalah seperti kitab jami al-durus yang dikarang oleh al-Ghalayini (1912), kitab al-tatbiq al-nahwi karangan Dr. Abduh al-Rajihi (1988), dan juga kitab terbaru yang mengemukakan huraian (syarh) kepada matan al-ajrumiyyah yang telah dilakukan oleh Muhammad Mahyu al-Din Ab Hamid yang dinamakan dengan al-tuhfatu al-saniyyah juga tidak ketinggalan menggunakan syahid al-quran sebagai hujjah membuktikan ketepatan nahu bahasa Arab.

Manakala kitab-kitab yang tidak menggunakan syahid al-quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu adalah seperti kitab al-nahwu al-wadhih tidak menggunakan syahid al-quran pada kedua-dua jilid (untuk marhalah ibtidaiyah dan thanawiyyah). Begitu juga buku-buku ringkasan nahu bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan syahid al-Quran ini. Kesimpulan daripada kajian yang sedikit ini (jika boleh dikatakan) bahawa terdapat kaitan yang jelas di antara menggunakan syahid al-quran dalam kaedah pengajaran bahasa Arab dengan penguasaan ilmu bahasa Arab itu sendiri dalam kalangan pelajar-pelajar. Maksudnya, kemungkinan kesukaran pelajar-pelajar dan kelemahan mereka menguasai ilmu bahasa Arab kerana mereka kini telah jauh daripada al-Quran itu sendiri yang mana suatu ketika dahulu didekatkan oleh guru mereka melalui kaedah penggunaan syahid alQuran. Hal ini demikian kerana kaitan al-quran itu sendiri dengan bahasa Arab adalah diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tidak sempurnalah jari yang tidak mempunyai kuku tetapi hanya ada isinya sahaja dan begitulah sebaliknya. Jadi usaha untuk memantapkan kembali penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah dengan mengembalikan mereka kepada kaedah sebagaimana yang diasaskan oleh ulama terdahulu, di antaranya adalah menggunakan al-Quran di dalam pengajaran nahu bahasa Arab itu sendiri. Sesungguhnya mukjizat al-quran yang maha suci itu memungkinkan pelajar mudah faham tentang kaedah-kaedah nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah kini. Mudahmudahan usaha mengembalikan al-quran bersama kaedah pengajaran nahu akan memantapkan kembali penguasaan nahu dan bahasa Arab itu sendiri.

Saya sentiasa menghujahkan bahawa kita wajib mewarisi pusaka bangsa sendiri. Tak kiralah kita ni bangsa Melayukah, Cinakah, Indiakah atau bangsa-bangsa lain yang masih wujud di dunia hari ini. Dengan cara ini kita akan terus dekat dengan akar budi (budaya) bangsa sendiri. Budaya itu biarlah tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kita dikenali sebagai Melayu kerana cara hidup yang kita amalkan pertuturan, budi bahasa dan agama yang dianuti. Begitu juga bangsa lain. Di sinilah alasannya mengapa sejarah itu penting kerana ia memperkenalkan kita kepada asal usul kita. Pembelajaran ini berlaku di sekolah selain secara tradisionalnya melalui lisan datuk nenek dan ibu bapa kita kepada kita anak cucu mereka.

Kerana nilainya yang sangat mahal dan bersifat peribadi kepada keturunan kita sampai bila-bila pun, maka budaya asli (asal) kita wajib dipelihara dan sampai ke satu tahap wajib dipertahankan apabila terdapat ancaman ketara yang boleh menghakis asas dan kerangka budaya kita. Antaranya ialah kempen dan promosi mega oleh pihak berkuasa negara dan pihak swasta baik secara langsung dan tidak langsung kerana kesan kebangsaannya agar rakyat berusaha menguasai bahasa Inggeris.

Rakyat cuba dipengaruhi dan diolah pandangannya (public opinion) agar bersetuju dengan langkah ini kerana ia menjadi tuntutan globalisasi suatu fenomena yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana negara dan undang-undang!

Tapi saya ingin memilih untuk akur kepada pandangan budayawan dan sarjana kita yang TIDAK BERSETUJU dengan kempen dan promosi Bahasa Inggeris ini. Mereka telah bersuara dan secara konsisten menyampaikan pandangan mereka bahawa dasar seperti PPSMI dan seumpamanya hanya akan mengakibatkan kepupusan budaya dan tercabutnya akar budi Melayu satu masa nanti. Jika benar bahasa Inggeris mesti dikuasai saya bersetuju dan tidak ada masalah dengan saranan ini tentunya ada cara lain yang lebih praktikal BUKAN dengan cara PPSMI. Pandangan majoriti penentang dasar ini ialah lain yang sakit lain pula yang diubatinya.

Masalah pembelajaran bahasa lazimnya adalah masalah pendekatan atau metodologi. Justeru dalam konteks sekarang, yang perlu ditangani, ditambah baikkan dan diperbetulkan adalah cara pengajaran subjek Bahasa

Inggeris di dalam bilik darjah. Bukan dengan mengajar subjek Sains dan Matematik subjek genting kepada pelajar Melayu dalam Bahasa Inggeris!

Saya tidak akan memanjangkan hujah mengenai isu ini. Sebabnya nawaitu saya menulis pada pagi Sabtu ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai senaksah tulisan Prof Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI mengenai kesan jangka panjang penggunaan Bahasa Inggeris ke atas kelangsungan fikrah dan paradigma asli Melayu. Saya mengutipnya dari blog Prof Abdullah Utusan Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI. Saya telah warnakan frasa-frasa tertentu untuk tujuan menangkap perhatian pembaca. Moga para pembaca budiman sekalian masih memiliki baki kasih dan sayang kepada warisan budaya bangsa sendiri yang semakin diancam dan dihakis kini. Tulisan ini, insyaALlah akan mencelikkan lagi pandangan kita mengenai isu dan polemik bahasa ini. Kerana ia ada ilmu, pengalaman dan kecintahan yang tulus ikhlas kepada bangsa dan tanah air kita, setelah disuluh oleh agama Islam yang sarat roh keimanan dan budi.

Anda mungkin juga menyukai