Anda di halaman 1dari 6

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga

bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri Bahan kurikulum: Sukataan pelajaran Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Linear Reka bentuk kurikulum: Modular Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan

modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit. Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira) Fokus: 4M (Membaca, menulis dan menaakul)

KSSR Ganti KBSR


1 Comment Assalammualaikum Dulu semasa zaman saya belajar di sekolah rendah, saya menggunakan silibus KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Masa itu perlu mengikut kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Zaman saya mula menggunakan silibus KBSR dari tahun 1985 1990. Mengikut pekiraan dari tahun saya mula belajar adalah sudah 26 tahun dan ikut tahun sebenar KBSR sudah berusia 28 tahun. Matapelajaran yang diperkenalkan adalah biasa sahaja seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Alam dan Manusia. Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Alam dan Manusia tidak termasuk di dalam peperiksaan UPSR. Betapa mudah pada masa itu sehingga saya boleh mencapai 4A ketika itu Zaman beralih zaman silibus KBSR diganti dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bermula 2011. Saya merasa sedikit pelik, kenapa digunakan perkataan standard. Bukan kah itu perkataan bahasa inggeris? Tapi bukan itu yang ingin dipertikaikan, cuma ingin berkongsi apa yang kanak-kanak akan datang belajar. KSSR menggunakan konsep 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. Apa itu menaakul? Menaakul ialah membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik. Dengan kata lain mengajar kita mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang positif dan mana yang negatif supaya kita dapat tahu perbezaan antara dua itu. Penambahan satu konsep ini lagi amat bagus kerana kanak-kanak memang patut diajar perbezaan kedua-dua itu supaya mereka dapat melindungi diri mereka. Kali ini subjek yang akan mereka pelajari sangat bagus, antaranya:

Modul Teras Asas seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Pendidikan Kesihatan dan Jasmani, Pendidikan Islam, Moral Modul Teras Tema seperti Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Muzik Modul Elektif seperti Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa Arab, Bahasa Iban Elemen Merentas Kurikulum seperti keusahawanan, Kreatif dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Gempak, dari kecil murid sudah belajar IT dan usahawan. Memang mencabar subjek kali ini sesuai dengan IQ budak-budak zaman sekarang yang bijak belaka. Memang diakui KBSR perlu ditukar sesuai dengan standard kanak-kanak sekarang. Saya sangat teruja.

KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah


by kulanz on 09/01/2011 16 comments

Jumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat ringkas pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011. Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa. Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.

2 Aktiviti Pembelajaran
Shortcuts

Export Content

PORTAL PEMBELAJARAN IPG

PKU3102 BAHASA DAN KOMUNIKASI

Aktiviti 1

Buat satu topik perbincangan dalam bentuk forum di Facebook PPG PKU3102 yang melibatkan perkara-perkara berikut:

Proses komunikasi Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa Teori perkembangan bahasa Bahasa kanak-kanak : lemah pembelajaran, terencat akal, autisme, bermasalah sensori; bermasalah emosi dan tingkah laku 5. Komunikasi augmentatif dan alternatif 1. 2. 3. 4.

Setiap pelajar dikehendaki memberi komen kepada semua topik tersebut sekurangkurangnya sekali.

Aktiviti 2

Kumpulkan maklumat daripada internet dalam bentuk video tentang Masalah Bahasa dan Komunikasi, maklumat-maklumat tersebut hendaklah dikongsikan dan dibincangkan dalam Facebook PPG PKU 3102. Setiap pelajar hendaklah melibatkan diri dalam perbincangan tersebut.

Aktiviti 3

Aspek komunikasi adalah merupakan masalah utama bagi kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran terutamanya kanak-kanak autistik. Banyak kaedah pengajaran telah digunakan sebagai strategi bagi anda menangani masalah ini. Antaranya dengan menggunakan kaedah PECS ( Picture Exchange Communication System)

Video Kaedah Pengajaran Komunikasi PECS

Lihat video kaedah pengajaran komunikasi PECS melalui facebook PPG PKU3102

1. Bincangkan masalah utama bahasa dan komunikasi yang dialami oleh kanakkanak bermasalah bahasa dan komunikasi. 2. Terangkan bagaimana pelaksanaan kaedah PECS terhadap kanak-kanak ini mengikut tahap-tahap pelaksanaannya. 3. Nyatakan kekuatan dan kelemahan kaedah ini, jika diapplikasikan terhadap murid anda.

Jawapan bagi soalan ini boleh dihantar kepada pensyarah anda melalui email

Aktiviti 4

Berdasarkan buku S.Jay Kuder Teaching Students with Language and Communication Disabilities 2nd edition 2003, bincangkan di Facebook Group topik-topik penting yang terdapat dalam buku tersebut. Setiap pelajar hendaklah menghantar komen sekurang-kurangnya 3 kali.

Aktiviti 5 Bincangkan satu kajian kes tentang masalah bahasa dan komunikasi di sekolah anda. Perbincangan itu hendaklah dilakukan dalam bentuk forum di Facebook Group. Komen ilmiah mesti digunakan sekurang-kurangnya 3 kali dalam perbincangan itu.

Anda mungkin juga menyukai