Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL 1 (MOTIVASI) Terangkan Teori Motivasi X dan Y oleh McGregors Douglas McGregor (1960) adalah pakar pengurusan.

terbahagi kepada Teori X dan Teori Y. pengurus. Teori X Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu dilakukan oleh pengurus untuk memotivasikan pekerja yang secara asasnya tidak bermotivasi. Golongan individu dalam teori ini adalah lebih suka diperintah dan tidak mempunyai cita-cita untuk berjaya. Teori ini menyatakan bahawa pada dasarnya manusia adalah makhluk pemalas yang tidak suka bekerja serta senang menghindarkan diri dari pekerjaan serta tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Pekerja memiliki cita-cita yang kecil untuk mencapai tujuan organisasi, tetapi mengharapkan balasan dan jaminan hidup yang tinggi. Dalam bekerja, para pekerja harus terus diawasi dan diarahkan agar dapat bekerja sesuai dengan yang diinginkan oleh organisasi. Teori X menyatakan individu yang tergolong dalam teori ini adalah : Tidak suka bekerja (purata bekerja adalah sikit). Tidak bercita-cita untuk mengalas tanggungjawab sebaliknya suka diperintah. Hanya terdorong atau termotivasi kepada tingkat keperluan yang rendah seperti keperluan asas dan keselamatan sahaja. Mempunyai kemampuan kecil untuk mengatasi masalah kecil dalam sesebuah organisasi. Lebih mementingkan diri sendiri dan berbeza daripada kehendak organisasi. Secara semula jadinya mereka menolak perubahan. Tidak begitu pintar, perlu dipujuk, dan diawasi. Bergantung harap terhadap kepimpinan seseorang pengurus yang berkaitan dengan elemen produktiviti. Oleh itu, Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu dilakukan oleh pengurus bermotivasi. Contohnya, seorang guru menyediakan makanan untuk diberikan kepada pelajarnya semasa menjalankan kelas tambahan. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan fisiologi untuk memotivasikan pekerja yang secara asasnya tidak Beliau menyatakan teori motivasi Teori X dan Teori Y mewakili pelbagai andaian

berkaitan fungsi pengurusan sesebuah organisasi yang menjadi panduan kepada seseorang

pelajar dan sekaligus memotivasikan pelajar untuk menumpukan perhatian semasa kelas tambahan. Teori Y Teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja atau individu keinginan semula jadi pekerja yang pintar dan bermotivasi ini. amat bermotivasi untuk Daya usaha fizikal dan memenuhi keperluan kepada pencapaian dan menjadi tugas pengurus untuk merangsang mental untuk bekerja secara semula jadinya sama seperti bermain dan berehat. Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah merupakan satu-satunya cara untuk menggerakkan daya usaha pekerja ke arah mencapai matlamat organisasi. Ganjaran yang paling signifikan seperti kepuasan terhadap ego dan penghargaan kendiri boleh merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Teori Y menyatakan individu yang tergolong dalam teori ini adalah: i. Dapat mengawasi keupayaan diri sendiri. ii. Tidak mementingkan diri sendiri dan selari dengan kehendak organisasi. iii. Suka bekerja dan berdaya saing. iv. Bercita-cita tinggi dan menerima perubahan. v. Termotivasi kepada tingkat keperluan diri yang tinggi. Pengurus yang berpegang kepada teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja atau individu amat bermotivasi untuk memenuhi keperluan kepada pencapaian dan kepuasan diri dan menjadi tugas pengurus untuk merangsang keinginan semulajadi pekerja yang pintar dan bermotivasi. Contohnya, pengetua memberikan penghargaan dan sokongan kepada guru yang memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik pelajar. Penghargaan tersebut dari segi kata-kata pujian atau sijil penghargaan. Bagaimana anda menggunakan teori tersebut utntuk memotivasikan muridmurid anda? Berdasarkan teori motivasi McGregor yang membahagikan teori motivasi manusia kepada dua jenis iaitu Teori X dan Teori Y, seorang guru haruslah menggunakan cara-cara yang berbeza dalam berusaha untuk memotivasikan seseorang pelajar itu. banyak lagi. Seperti yang kita ketahui, pelajar terdiri daripada pelbagai jenis iaitu ada yang rajin, ada yang malas dan

Teori X Dalam usaha berdepan dengan pelajar yang tergolong dalam kategori teori X, guru digalakkan untuk bertindak dengan lebih tegas. Contohnya, jika berdepan dengan pelajar yang malas untuk menyiapkan latihan yang diberi, guru harus mendenda pelajar tersebut, dengan syarat denda yang bersesuaian dan tidak akan memalukan pelajar tersebut. Mungkin guru boleh mendenda pelajar yang malas ini dengan memberi peringatan bahawa jika ada pelajar yang tidak menyiapkan latihan yang diberi, pelajar tersebut akan ditahan dan tidak dibenarkan pulang sebelum menyiapkan latihan tersebut. Ataupun, guru menjanjikan satu ganjaran kepada pelajar-pelajar yang menyiapkan latihan yang diberi sebagai contoh ganjaran berbentuk hadiah. Dengan itu, pelajar yang jenis malas ini akan berusaha untuk menyiapkan latihan yang diberi kerana tidak mahu didenda ataupun kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan. Ini bersesuaian dengan keinginan pelajar jenis Teori X yang tidak menginginkan kepuasan diri sendiri tetapi hanya mementingkan keperluan fisiologi dan keselamatan. Teori Y Bagi memotivasikan pelajar jenis Teori Y pula, sesuatu dorongan berbentuk positif perlu diberi kepada pelajar tersebut tetapi tidak perlu tindakan yang tegas seperti pelajar jenis Teori X. Sebagai contoh, guru sentiasa memberi penghargaan kepada setiap kejayaan dan kecemerlangan pelajar tersebut sama ada dalam bentuk material ataupun dalam bentuk lisan. Setiap kali pelajar tersebut mendapat keputusan yang baik, guru memberi hadiah sebagai penghargaan kepadanya dan memberi kata-kata semangat. Ini akan menambahkan kepuasan dalam dirinya maka dengan itu dia akan berusaha dengan lebih tekun untuk meningkatkan lagi prestasi pembelajarannya. Guru juga hendaklah memastikan iklim Selain itu, guru pembelajaran yang kondusif untuk pelajar agar pelajar jenis Teori Y ini dapat belajar dalam suasana yang tenang, bersemangat dan penuh rasa tanggungjawab. menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti latihan-latihan ataupun kuiz-kuiz kepada pelajar kerana tidak mustahil ada pelajar yang tidak berkemampuan untuk membeli bukubuku latihan tetapi bersemangat untuk belajar dan berkeinginan untuk meningkatkan prestasinya. Oleh itu, dengan penyediaan bahan-bahan pembelajaran ini, pelajar bersemangat untuk terus belajar.

Anda mungkin juga menyukai