Anda di halaman 1dari 29

DI SAMPAIKAN OLEH: PN.

NOR HASNIZAM BINTI PARMAN

Apakah Tingkah laku? TL = sesuatu yang dilakukan oleh organisma


Apakah Pengurusan Tingkah laku? Pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial. Ini bermakna: tanpa perubahan TL, pembelajaran tidak berlaku. Dlm hal pembelajaran , perubahan TL menjadi kayu ukur bagi menentukan samada organisma telah mempelajari sesuatu yang baru/tidak, samada positif / negatif.

Memahami TL dari aspek psikologi


- Psikologi moden boleh didefinisikan sebagai satu kajian

yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia. - 4 pembahagian psikologi: 1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik 2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia 3. kajian ke atas proses mental manusia TL terselindung Secara keseluruhan, psikologi ialah satu disiplin yang mengkaji tingkah laku serta proses-proses jiwa manusia. Bidang psikologi cuba memahami jiwa dan tingkah laku manusia dari beberapa sudut dan perspektif yang berlainan. Satu daripada pendekatan yang digunakan bagi memahami keadaan dalaman ini ialah melalui perspektif psikobiologi.

Kepentingan kefahaman tentang psikologi


Sesungguhnya, setiap pengetahuan itu ada manfaatnya. Dalam bidang ini, ia berupaya memberi kefahaman tentang

manusia, sifat-sifat tabii, tingkah laku serta jiwanya. Oleh kerana setiap manusia mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang berbeza-beza, memahaminya secara am adalah penting.

5 perspektif dalam Psikologi


Psikodinamik Freud, Jung Behaviourisme Ivan Pavlov, Skinner, Watson, Thorndike Kognitif Lewin, Piaget

Kemanusiaan dan Kewujudan May, Rogers


Islam Ibnu Sina, Malik Badri, Al-Ghazali, Al-Farabi

TL terbahagi kepada 2 :
TL Wajar /Positif

Cth: - sikap ingin tahu, - cepat belajar, - proaktif - pintar cerdas

TL Tidak Wajar /negatif/divien

Cth: - Distruktif, - Distruptif, - sikap bergantung

TL Wajar Merupakan TL yang baik untuk perkembangan kanakkanak kerana dengan TL ini;
kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk

melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Melalui sikap ingin tahu murid, guru dapat membina aktiviti yang melibatkan penerokaan. Bila murid cepat belajar, guru boleh memperbanyakkan aktiviti pengayaan. Sikap proaktif menyebabkan kanak-kanak suka melibatkan diri pada aktiviti. Untuk kanak-kanak pintar cerdas, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

TL Tidak Wajar

TL yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses P&P. 1. TL Distruktif : TL yang menunjukkan permusuhan nyata/ menunjukkan TL fizikal ataupun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contoh : vandalisme, sengaja memotong barisan, suka bergaduh, mengejek

TL Distruptif Kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciriciri: Hyperaktif, Suka membuat bising Agresif, Suka bergerak, Suka ketawa dengan kuat Sering menunjukkan TL agresif kepada rakan-rakan yang lain.

TL Bergantungan
Kanak-kanak yang sering mengalami

emosi kebimbangan, Pergantungan berlebihan Mempunyai nilai kendiri yang rendah Sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan Mempunyai sikap pemalu yang berlebihan

FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TL


1. Biologikal - kecelaruan otak yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas juga menjadi faktor kepada wujudnya masalah tingkah laku. 2. Persekitaran 2.1 Persekitaran rumah institusi kekeluargaan yang lemah 2.2 Persekitaran sekolah - kurikulum terlalu padat, terlalu akademikal serta berfokus kepada peperiksaan
- Fizikal bilik darjah yang padat, panas dan tidak menarik. - Strategi P&P/cara penyampaian pengajaran yang membosankan, tidak menarik dan tidak mempunyai objektif yang jelas.

ISU: Pengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid

Sambungan.

3. Pengaruh kawan/media 4. Keperluan asas tidak dipenuhi 5. Pengabaian samada oleh ibu bapa dan keluarga, guru, masyarakat sekeliling 6. Penderaan
Penderaan fizikal Cth: dipukul / dicederakan / disakiti dengan pelbagai cara Penderaan emosi Cth: ibu bapa/keluarga/orang disekitarnya gagal memberikan kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya. Kanak-kanak diejek/dikutuk, diancam, dikritik, tidak diterima oleh keluarga, diasingkan, tidak dipedulikan

Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku

Apakah kepentingan pengurusan tingkah-laku

murid, terutamanya dalam pendidikan khas?


Mengapakah guru pendidikan harus pelajari

teknik untuk mengubah tingkah-laku muridmurid dengan keperluan khas?


Fikirkan keadaan kelas jika pengurusan

tingkah laku tidak berjaya dilaksanakan.

1. Membolehkan pembelajaran yang efektif dan memperoleh kemahiran hidup untuk berdikari 2. Mengajar tingkah-laku yang diterima oleh masyarakat dan meningkatkan maruah (dignity) murid 3. Mengurangkan beban kepada penjaga (khususnya ibu bapa) 4. Dapat menyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya dapat inklusif dalam kegiatan masyarakat yang biasa Penting sekali; Objektif pengurusan tingkah-laku yang utama ialah meningkatkan kualiti hidup murid .

Semasa memikirkan intervensi, guru-guru harus juga

fikir;
Adakah murid diberi peluang untuk memilih

hadiah/penggalak sendiri? Adakah penggalak itu biasanya digunakan untuk rakan yang sebaya dengannya juga?
Bolehkah murid diberi peluang untuk memahami akibat

tingkah-lakunya dan kenapa tingkah-lakunya harus diubah?


Bolehkah murid itu diberi peluang untuk meneliti (monitor)

dan memilih tingkah-laku yang sepatutnya?

Teknik Pengurusan Tingkah laku Murid Berkeperluan Khas

1. Amaran Konstruktif

Pertimbangkan prosedur berikut: - Tarik perhatian murid - Beritahu TL yang diingini dengan jelas - Beritahu TL negatif dengan jelas - Amaran hendaklah ringkas - Teruskan pengajaran dan puji murid lain - Puji sebaik TL diingini wujud - Beri hanya satu amaran sahaja

Hukuman Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan TL positif/wajar yang membina. Menghukum berkaitan denda yang dilakukan begi mencegah TL yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Contoh-contoh hukuman yang biasa dijalankan adalah menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu bapa, kawalan yang mudah, teguran, respon punitif (penggunaan ancaman lisan), amaran, pembetulan, penggantian, time-out dan boleh juga dirujuk kepada guru besar/pengetua.

Model Pengurusan TL oleh Lee Canter (1976) iaitu model

Disiplin Tegas (assertive dicipline model) juga merupakan salah satu teknik hukuman.
Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru

menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah dinyatakan, peraturan BD dibentuk oleh guru dan diamalkan didalam BD.
Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid

diberitahu peraturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan TL yang tidak diingini.

Isu yang timbul:

Pendekatan ini mengawal TL murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima atau pun adakah mereka belajar menyesuaikan diri pada situasi yang lain. Sistem pengurusan TL yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak membantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sisitem ini mengajar murid mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas. Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan menuntut sertamerta contohnya untuk mengelakkan kecederaan atau kecemasan seperti kebakaran.

Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan

merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru pengurus teknikal. Malah ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan TL yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya TL mengganggu. Menurut Maurice Balson (1992); At the heart of a disciplinary problem in the classroom is an educational failure by the school - Pengajaran dan Pembelajaran BD yang tidak berkesan menjadi penyebab masalah disiplin. Murid hilang minat/bosan dan akan bertukar menjadi TL bermasalah.

Memperaktikan strategi disiplin yang sesuai.


1. Mesra dan mudah didekati 2. Uruskan TL yang spesifik dan terkini 3. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang TLnya 4. Buat perancangan perubahan TL 5. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya 6. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya 7. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif

KAEDAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Apakah peneguhan TL secara differential? Mengaplikasi peneguhan dan penghapusan (extinction) bagi meningkatkan TL sasaran yang diingini/ bagi mengurangkan berlakunya TL yang tidak diingini. 1. Differential Reinforcement of Other Behaviors (DRO) peneguh itu merupakan kontingensi bagi hilangnya TL bermasalah (Reynolds, 1961 dalam Miltenberger, 2001). Ini bermaksud peneguh itu tidak lagi diberikan selepas TL bermasalah (penghapusan/extinction) tetapi peneguh itu diberikan selepas satu sela masa (interval) di mana masalah TL tidak berlaku (Miltenberger, 2001).

2. Differential Reinforcement of Alternative Behaviors (DRA)

Merupakan satu prosedur TL yang digunakan untuk meningkatkan kekerapan sesuatu TL yang diingini

dan bagi mengurangkan kekerapan TL yang tidak diingini. TL yang diingini dikukuhkan setiap kali ia berlaku. 3. Differential Reinforcement of Incompatible Behaviors (DRI)
DRI adalah di mana TL alternatif itu secara fizikalnya tidak bersesuaian dengan TL bermasalah. Oleh itu kedua-dua TL tersebut tidak boleh berlaku pada masa yang sama. DRI ini melibatkan kita meneguhkan satu TL yang tidak bersesuaian secara fizikalnya dengan TL sasaran. Cth: 1

) DRI boleh digunakan bagi meneguhkan TL bermain

anak patung dengan bersesuaian bagi seorang kanakkanak yang mengalami autisme yang menggoyanggoyangkan tangannya berulang kali. Kanak-kanak itu tidak boleh menggoyang-goyangkan tangannya dan bermain anak patung pada masa yang sama. Oleh itu, TLnya yang suka menggoyang-goyangkan tangannya berulang kali dikurangkan dengan cara meningkatkan TL bermain anak patung.

4. Differential Reinforcement of Lower Rates of Behaviors (DRL)

DRL ialah prosedur peneguhan TL di mana kita meneguhkan TL klien/individu hanya selepas TL sasaran terjadi pada kadar yang rendah seperti yang telah kita tentukan sebelumnya. Bila hendak gunakan DRL? DRL digunakan bagi TL yang tidak perlu dikurangkan dengan segera/dihapuskan langsung (cth; kerap meminta tolong) atau TL yang merupakan tabiat yang kukuh (spt; stimulasi kendiri, menggigit-gigit gigi). Kita akan meneguhkan secara progresif kadar rendah TL tidak diingini yang ditunjukkan oleh seseorang murid.

Contoh kes; Cikgu Bani ingin mengurangkan TL Jenny yang suka menggigitgigit giginya yang tidaklah perlu dikurangkan dengan kadar segera maka beliau boleh memberi peneguhan kepada Jenny jika dia tidak melakukannya lebih daripada 4 kali dalam masa yang ditentukan. Apabila Jenny berjaya pada peringkat tersebut, peneguhan itu hanya akan diberikan jika ia berkurangan menjadi 3 kali dalam masa yang ditetapkan itu. Kriteria ini akan dikurangkan sehingga TL Jenny menurun ke tahap yang boleh diterima. Dengan membenarkan kanak-kanak mengubah TL yang menjadi tabiatnya secara perlahan-lahan dan bukannya dengan kadar segera, kaedah DRL ini membantu kejayaan kanak-kanak bergerak maju sampai ke tahap yang disasarkan. Namun, DRL tidak sesuai jika TL itu berbahaya/boleh berjangkit pada orang lain.

5.Differential Reinforcement of Higher Rates of Behaviors (DRH) DRH ialah prosedur peneguhan TL di mana kita meneguhkan TL klien/individu hanya selepas TL bersesuaian terjadi pada kadar yang tinggi seperti yang telah ditentukan sebelumnya. Cthnya: Cikgu Fairus ingin Hisham melibatkan dirinya lebih banyak dalam aktiviti kelas semasa beliau mengajar Bahasa Melayu. Hisham memang suka berdiam diri semasa kelas Bahasa Melayu. Cikgu Fairus dengan menggunakan DRH boleh memberitahu Hisham jika dia melibatkan diri sebanyak 3 kali dalam kelas maka dia boleh menggunakan komputer selama 10 minit. Bila Hisham melibatkan diri secara konsisten maka cikgu akan meningkatkan kadar TL yang diingini sehingga bertambah dari masa kesemasa spt menjadi 5 kali, 7 kali dan seterusnya.

6. Extinction (Penghapusan)
- Merupakan prosedur lain bagi menghapuskan TL yang

tidak diingini. - Biasanya ia mengambil masa lebih lama berbanding dengan menggunakan hukuman tetapi ia kurang mendatangkan kesan sampingan.

Bagaimana melaksanakan penghapusan dgn. Berkesan? 1. Elak daripada sekali sekala memberi ganjaran terhadap TL sasaran. Kita mesti sabar dan tabah semasa melaksanakan prosedur penghapusan walaupun adakalanya kita tidak sampai hati/tidak tahan lagi dengan TL tersebut.

Kaedah lain dalam menguruskan TL murid: 1. I-Mesej merupakan ekspresi perasaan. Tegur murid secara terus sekiranya dia sedang melakukan TL yang tidak diingini. 2.Kesan Berlogikpenalti dikenakan apabila murid telah melakukan sesuatu TL. 3. Pujian Pelajar Contohmemuji murid lain yang berjaya menyiapkan tugasan. 4. Susunan bilik darjah yang menarik. 5. Jadual Premack guru memberhentikan seketika P&P yang bersifat formal dan membuat aktiviti seperti bermain, senaman ringan dengan iringan muzik dll.

Untuk menguruskan TL murid, kita perlu faham dan memenangi hati mereka terlebih dahulu. Nak memenangi hati murid kita perlu Ilmu, keberanian, keikhlasan. Tanya pada diri; Adakah kita mempunyai 3 faktor di atas?
BEKERJALAH KERANA ALLAH & UNTUK ALLAH
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai