Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Risda merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Risda telah ditubuhkan pada 1 Januari di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen. Penubuhan Risda membuktikan bahawa kerajaan memandang penting terhadap peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil iaitu sebagai satu sector pengeluaran hasil yang menyumbang kepada ekonomi negara. RISDA telah diaktakan di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah iaitu Akta 85 Tahun 1972. Seterusnya merupakan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah bagi penanaman semula pada tahun 1952. Risda merupakan sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial. Organisasi ini juga bertanggungjawab untuk menentukan perusahaan getah asli Negara ini bertambah maju dan stabil. Penubuhan utama Risda merupakan satu dasar dan stategi baru kerajaan bagi memajukan sector pekebun kecil. Risda juga bertanggungjawab ke atas semua skop dan aspek dalam usaha memajukan sektor pekebun kecil. Hal ini termasuklah peranan RISDA untuk memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik penanaman getah serta memprosesnya. RISDa dengan kerjasama MARDEC telah mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini. Perkara ini menjelaskan lagi konsep RISDA yang mementingkan unsur-unsur pembaharuan dan menjadi asas kepada setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh RISDA. Dengan ini, semua pekebun kecil dapat menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan

mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi. RISDA akan memastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna. Usaha membaiki keadaan ekonomi pekebun kecil berhubung rapat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maka, RISDA akan berkerjasama dengan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam ertikata sepenuhnya. Tidak syak lagi RISDA akan memainkan peranan penting di dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru terutama dari segi penyusunan semula masyarakat. Dengan pelancaran RISDA ini usaha-usaha kita dapat ditumpukan dengan sepenuhnya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil dan membaiki kedudukan mereka.

Misi Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial. Visi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil. OBJEKTIF

Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga menjelang 2015.

Anda mungkin juga menyukai