Anda di halaman 1dari 7

Asal usul jawi

1 Mohd Rizal Ismail P20187 Tulisan Jawi, Dan Isu-Isunya Dalam Pendidikan 1. Pengenalan
1.1 Dari Mana Datangnya Jawi? Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah
bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam
menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab
yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk
berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi
menahun di Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999:
1). Tulisan Melayu huruI Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi, seperti
yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama
Jawi(??? ?) itu berasal daripada kata nama bahasa Arab Jawah(?
?? ?). Apabila dijadikan kata kata adjektiI Jawah menjadi Jawi
(????). Perkataan Jawah atau Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal
daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba.
Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-
Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata Java sahaja yang diambil, sedangkan
dwipanya ditinggalkan. Kata Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove
this line, click here to buy Virtual PDF Printer 2 Jawa ini digunakan untuk merujuk ke
seluruh daerah Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan denagn menggunakan kata itu
juga, atau dalam bentuk kata adjektiInya menjadi Jawi. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi
merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan
hanya kepada orang Jawa; iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi
merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau,
Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang lain. Oleh sebab inilah,
maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada
hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh
Abdul RauI al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-
Fatani al-Jawi dan lain-lain. Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapanungkapan
seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam
menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17).
Istilah tulisan Jawi hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Negara
Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama tulisan Melayu HuruI
Arab atau tulisan Melayu Arab. Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang
semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan
hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa
Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang emnggunakannya ialah Campa di Indo-
China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan
juga lain-lain. Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruI Arab dikenal dengan nama atau
tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI
you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer 3 digunakan untuk
menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya
ialah kitab TaIsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18). 1.2
Penggunaan Tulisan Jawi Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan
oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan
untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di
dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi
telah digunakan untuk perkara berikut: 1. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti
Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. 2. Batu
hidup. Ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan. 3.
Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya kerajaan-kerajaan
Islam pada zaman silam. Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove this line,
click here to buy Virtual PDF Printer 4 4. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada
mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan Jawi
seperti nama Sultan MuzaIIar Shah, Mansur Shah dan lain-lain. 5. Surat kiriman antara raja.
Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain
seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris atau raja-raja lain. 6. Kitab dan
buku.Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk manuskrip (bertulisan
tangan) atau cap batu. 7. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu. 8.
Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapalkapal
perdagangan. 9. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah
Bustan AriIin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam. 10.Piagam dan teks
pemasyhuran. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang dibacakan ketika melantik
seseorang itu menjadi pembesar. Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove
this line, click here to buy Virtual PDF Printer 5 1.3 Sukatan Pelajaran Jawi Mohd Puad bin
Johar (1999), memetik sukatan pelajaran Diploma Perguruan Malaysia bahawa sukatan
pelajaran Jawi meliputi mengenal abjad Jawi, membentuk huruI Jawi, menyambung huruI
Jawi, menulis Jawi secara mekanis serta latihan membaca dan menulis Jawi. Kemahiran yang
ditekankan dalam sukatan pelajaran ini meliputi mengenal abjad Jawi, menulis dengan
menggunakan sistem ejaan Jawi terkini, mebaca teks tulisan Jawi, memindahkan tulisan Jawi
kepada tulisan Rumi dan sebaliknya, membuat reIleksi pengajaran Jawi berdasarkan
pengetahuan yang diperoleh, serta mengedit teks Jawi berbantukan komputer. Antara nilai
yang ditekankan dalam sukatan ini, antara lain, menyedari kepentingan menguasai tulisan
Jawi untuk mengkaji pelbagai bahan lama yang tersedia dalam tulisan itu, menghargai dan
memasyarakatkan tulisan Jawi, penggunaan Jawinet dan menggunakan Teks Pedoman Ejaan
Jawi, DBP, 1987 dan 1993 sebagai asas rujukan. 2. Isu Yang Dibangkitkan 2.1 Kelemahan
Pelajar Dan Anak-Anak Muda Terhadap Tulisan Jawi Berikutan pengaruh kuat tulisan rumi
yang mencakupi sebahagian besar sistem pembelajaran di negara ini, sesuatu yang kurang
enak namun terpaksa ditelan ialah Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove
this line, click here to buy Virtual PDF Printer 6 semakin ramai anak Melayu agak asing
terhadap tulisan Jawi, manakala penerbitan bertulisan Jawi kian terpinggir (Berita Harian 20
November 2000). Menurut Muzni (1995), kelemahan murid dari segi menulis Jawi adalah
lebih ketara jika dibandingkan dari segi bacaan. Sesuatu langkah berkesan harus diambil
supaya murid dapat menguasai penulisan jawi. Untuk menulis jawi dengan baik, muridmurid
harus mengenali huruI jawi, sambungan suku kata dan latihan menulis. Ini adalah
pengetahuan asas yang bermula dari tahun satu lagi. Oleh itu penekanan haruslah dibuat dari
tahun satu untuk mempastikan murid-murid kenal dan boleh menyambungkan suku kata-suku
kata jawi. Untuk menyemai rasa cinta anak-anak kepada tulisan jawi, ia perlu dilakukan
secara bersepadu dan kolektiI siIatnya, jika kita mahu melihat generasi muda hari ini tidak
mengalami masalah buta jawi dan buta identiti diri di masa depan, ibu bapa
bertanggung-jawab mengasuh anak-anak agar boleh membaca dan menulis jawi semenjak di
rumah lagi, manakala tugas selebihnya, perlu dipikul oleh guru-guru ketika di sekolah
(Utusan Zaman 3 Disember 2000). 2.2 Tulisan Jawi Dipinggirkan Dalam Penerbitan Buku-
Buku Akta baru iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang diluluskan atas landasan
memartabatkan bahasa Melayu dengan ketetapan tulisan rumi, maka secara tidak langsung
ruang menebar pengaruh tulisan jawi tersepit. Paling jelas ialah sebahagian besar penerbit
tidak lagi berminat dengan majalah bertulisan jawi. Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you
wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer 7 ProIesor Dr. Amat Juhari
Moain dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, berkata ketika
berdepan kemelut kehakisan minat terhadap jawi, Dian cuba mempertahankan kehadirannya
dalam penerbitan, apabila diterbitkan dalam dua versi iaitu jawi dan rumi. Dalam suasana
yang muram ini, majalah Dian cuba mempertahankan tulisan jawi dengan mengadakan satu
sistem ejaan jawi baru yang dikenali ejaan Fonetik. Sistem ini diperkenalkan mulai tahun
1970-1972 dalam majalah Dian. Sistem yang dipakai tidak lain daripada sistem ejaan
pengaruh Melayu tahap kedua, namun usaha baik ini tidak dapat meyakinkan orang ramai
terutama kanak-kanak dan guru sekolah kerana mereka sudah biasa dengan tulisan rumi.
Kedudukan tulisan jawi semakin hari semakin parah, sehingga kitab-kitab agama pun
diterbitkan dalam tulisan rumi (Berita Harian 20 November 2000). 2.3 Masa Pengajaran
Tulisan Jawi Peruntukan masa yang kurang bagi pelajaran jawi, iaitu 30 minit seminggu,
tidak membantu guru dan murid untuk meningkatkan penguasaan jawi dengan lebih
berkesan. Jika dibuat perbandingan dengan mata pelajaran lain dari segi peruntukan masa,
didapati pelajaran jawi ini adalah pelajaran kurang penting. Mata pelajaran lain seperti
Muzik, Seni dan Pendidikan jasmani diberi masa 60 minit seminggu. Mata pelajaran-mata
pelajaran lain seperti Bahasa Melayu diberi 300 minit seminggu, Bahasa Inggeris 210 minit
seminggu, Agama Islam 150 minit seminggu, Matemati 210 minit seminggu. Create PDF
with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
8 Jelaslah dari peruntukan masa tersebut, tidak ada keseimbangan peruntukan masa antara
mata-mata pelajaran. Kajian semula perlu dibuat untuk memulihkan penguasaan mata
pelajaran jawi (Muzni 1995: 17-18). 2.4 ObjektiI dan Isi Kandungan Pelajaran Jawi Bahan
yang digunakan dalam pengajaran jawi kebanyakannya diterbitkan sendiri oleh kementerian
Pendidikan. Bahan-bahan pelajaran jawi kurang sekali didapati di kedaikedai buku.
Kekurangan bahan ini adlah kesan dari kurangnya minat pencetak-pencetak untuk
menerbitkan bahan-bahan dalam tulisan jawi. Ini adalah penerbit tidak mendapat untung yang
tinggi kerana permintaan tidak begitu menggalakkan. Guru-guru yang kreatiI biasanya
mencipta bahan sendiri untuk membantu prengajaran mereka supaya lebih berkesan dan
diminati ramai (Muzni 1995: 18). Apa yang penting ialah agar tulisan jawi itu dapat memberi
kesan kepada pelajar itu sendiri supaya mereka dapat memperaktikkannya dalam menghayati
al-Quran. Secara tidak langsung dapat menghindarkan para remaja dari gejala-gejala negatiI
yang cukup membimbangkan kita pada hari ini. Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you
wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer 9 2.5 Pengajaran Guru Para
guru mesti berusaha dengan lebih gigih lagi dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada
para pelajar supaya mencintai tulisan jawi. Mereka harus menunjukkan contoh bahawa
mereka adalah pakar dalam tulisan jawi dan mampu menulis jawi dengan baik. Jika guru
kurang mahir dalam tulisan jawi, mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang ada
kerana pada zaman ini komputer boleh digunakan untuk mempelajari jawi. Ini ialah kerana
tulisan jawi boleh dipelajari melalui internet, ada pihak-pihak tertentu telah membuat laman
web tulisan jawi. Menurut laporan Berita Harian pada 25 jun 2000, seorang pelajar tahun
akhir dari Universiti Malaya (UM) telah mencatat sejarah apabila berjaya mencipta laman
web jawi digital yang pertama di negara ini. Pelajar berkenaan ialah Norhasanita Abu Hasan
yang mengikuti Jurusan Kepintaran Buatan dari Fakulti Sains Komputer dan Maklumat,
mengambil masa satu semester untuk mencipta laman web itu. Laman web yang dihasilkan
oleh pelajar berkenaan menggabungkan unsur-unsur bunyi dan graIik. Menurut pelajar
berkenaan itu lagi, di dalam web tersebut, pengunjung berpeluang mempelajari penulisan
jawi, sejarah Islam termasuk petua dan warisan silam. Orang ramai boleh mengunjungi laman
web berkenaan di alamat jawinet.8k.com. Sementara itu di dalam laporan itu juga, dua orang
pelajar dari Iakulti yang sama iaitu Burhan Abdul Rahim dan Mazlin Zakaria turut berjaya
mencipta perisian multimedia jawi untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Sistem itu Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove this line, click here to
buy Virtual PDF Printer 10 mebolehkan pelajar menjawab pelbagai soalan, mempelajari
penulisan dan sebutan jawi serta membuat terjemahan secara interaktiI. Selain itu terdapat
perisian-perisian komputer yang boleh digunakan untuk menulis atau menaip tulisan jawi
seperti Jawi Writer. Ia amat berguna kepada para guru kerana perisian ini boleh
digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan kepada para pelajar. Ada juga pihak
yang mencipta huruI jawi dan dimasukkan ke dalam senarai huruI-huruI yang ada pada
perisian MicrosoIt Arabic OIIice dan langkah ini adalah amat bagus serta pihak yang
menyediakannya itu perlu dipuji. 2.6 Mewajibkan Tulisan Jawi Pada Peringkat Sekolah
Rendah danmenengah Kementerian Pendidikan sedang mengkaji dengan teliti untuk
mewajibkan tulisan jawi pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Menurut Setiausaha
Parlimennya, Datuk Mahadzir Mohd. Khir, langkah itu diharap dapat meningkatkan lagi
martabat tulisan tersebut. Harapan beliau lagi agar semua institusi pengajian tinggi (IPT)
mengadakan projek bagi memartabatkan tulisan jawi. Dengan ini barulah penggunaan tulisan
jawi menjadi satu identiti di IPT sebelum diikuti oleh institusi lain. Beliau yakin usaha ini
dapat mencapai matlamat dalam jangka masa terdekat kerana semua IPT di negara ini
mempunyai Iakulti bahasa yang tentunya boleh memainkan peranan ke arah tersebut. Dengan
ini juga, jawi berada di kalangan cendikiawan dan intelektual, bukan seperti anggapan
sesetengah pihak yang masih memandang ringan terhadapnya (Mingguan Malaysia 25 Jun
2000). Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove this line, click here to buy
Virtual PDF Printer 11 3.Masalah Yang Timbul Penguasaan kemahiran menulis jawi di
kalangan generasi muda masyarakat Melayu sering diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat, terutama pecinta-pecinta tulisan tersebut Kebimbangan terhadap penguasaan
jawi di kalangan masyarakat Melayu dapat dirasakan apabila Kementerian Pendidikan dalam
siaran pekeliling |KP(PPK)016/24/Jld.V(88)| mengambil langkah mengarahkan pengajaran
Jawi dimulakan dari tahun 1 sekolah rendah mulai Disember 1990. Sebelum ini, pengajaran
jawi bermula dari tahun 3 sahaja. Melalui pekeliling tersebut juga, Kementerian Pendidikan
mengarahkan supaya pengajaran Jawi dilaksanakan dalam matapelajaran Pendidikan Islam
(Muzni 1995: 1). Penerbit akhbar dan buku swasta juga mengalih kegiatan mereka daripada
menggunakan tulisan jawi kepada tulisan rumi bagi memenuhi kehendak pasaran. Seminar
tulisan jawi Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka serta kenyataan-
kenyataan yang tersiar di akhbar-akhbar dan majalah tempat memperlihatkan keinginan
sebahagian masyarakat Melayu yang mahukan tulisan jawi dipulihkan dan memainkan
peranannya semula (Muzni 1995: 2). Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan seminar
tulisan jawi dengan meninjau semula sistem ejaan jawi yang disusun oleh Pendeta Zaba.
Dalam seminar itu telah menyebabkan rumusan sistem ejaan jawi baru berasaskan sistem
yang dikemukakan Zaba, cuma beberapa penyesuaian dilakukan bagi memantapkan cara
penggunaannya. Setelah itu dua buku telah diterbitkan iaitu Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to remove this line, click
here to buy Virtual PDF Printer 12 (terbitan 1986) oleh DBP, manakala DaItar Ejaan Rumi-
Jawi (1988-DBP) menyusul selepas itu sebagai lanjutan. Dalam keadaan tulisan jawi
menghela naIas sukar untuk terus menggagahi wajah penerbitan, gelora songsang nampaknya
tiada ruang untuk reda, pelbagai sorotan negatiI yang dicanang sentimen kurang berasas serta
kajian yang tidak ilmiah terus menerkam kekurangan yang wujud pada kedua-dua buku
berkenaan. Tentangan yang agak gencar dilancarkan oleh Maktab Perguruan Islam Bangi
yang mengkritik kandungan kedua-dua buku berkenaan terutamanya bahagian yang salah
cetak dan juga pandangan mereka yang lebih kepada perancangan bahasa Arab daripada
bahasa Melayu. Ternyata usaha menggalakkan penggunaan tulisan jawi atau sekurangkurang
terus hidup dalam penerbitan agak terhad. Cabaran yang bergolak bukan sahaja daripada
pelaksana dan penyusunan sistem ejaannya, malah sejarah perkembangannya di nagara ini
turut diselimuti jalan berliku (Berita Harian 20 November 2000). Menurut ProI. Dr. Amat
Juhari lagi, sistem ejaan jawi asal tidak dapat dikesan kerana tiada bahan bukti daripada
prasasti atau pun manuskrip, namun ia diagak bahawa pada mulanya mengikut cara ejaan
Arab dengan tanda baris. Katanya, tanggapan demikian dibuat berdasarkan beberapa hujah,
iaitu tulisan Arab untuk bahasa Jawa yang disebut sebagai tulisan pegon masih memakai
tanda baris sampai ke saat ini. Jadi, sistem ejaan jawi pengaruh Arab ada dua, iaitu bertanda
baris sebagai tahap pertama dan kemudian digugurkan baris yang tahap kedua. Dalam ejaan
jawi pengaruh Arab tiada menggunakan huruI saksi atau vokal kerana ia telah dilambangkan
menerusi baris atau diakritik, katanya. Create PDF with GO2PDF Ior Iree, iI you wish to
remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer 13 Sistem ejaan jawi dapat
mengatasi beberapa masalah dari segi sebutan dan juga golongan kata, namun kekeliruan
masih wujud, umpamanya ejaan (??) lam aliI ga boleh melahirkan tiga perkataan
berlainan sebutan iaitu laga, lagu dan lagi. Malah adakalanya lebih daripada tiga perkataan.
Tulisan jawi terus meniti kepayahan dalam membulatkan penggunaanya, kedudukan ejaan
masih bergantung kepada penulis dan pengarang penerbitan tertentu kerana langkah
pembakuan tidak pula terus melangsungkan ketetapan dalam bentuk buku, umpamanya
kamus khas. 4. Tinjauan Literatur Permasalahan penguasaan jawi sering ditimbulkan oleh
ahli-ahli pendidik dan bahasa dalam seminar, jurnal, akhbar, majalah dan lain-lain di negara
kita Malaysia. Norhana (1999) telah memetik kata-kata ProI. Amat Juhari Moin dalam jurnal
Dewan Bahasa mengatakan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran Jawi dimasukkan
dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Namun ia tidak dapat dilaksanakan dengan
sepenuhnya kerana pelajaran Jawi telah mengurangi waktu pengajaran Pengetahuan agama
Islam. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan tulisan jawi terus-menerus malap dan merosot.
Tambahan pula terdapat anggapan penggunaan jawi yang mengatakan bahawa ianya tidak
mempunyai potensi dan nilai dari segi kemajuan ilmu pengetahuan dalam konteks
perkembangan sains dan teknologi, sosial dan ekono

Anda mungkin juga menyukai